Sunday, March 4, 2012

Selesaikan hal dalaman baru fikir hal nak ke Putrajaya



Adalah amat menggeletek hati apabila kemelut yang melanda kerajaan HamPAS di Kedah mengambil masa yang lama hendak diselesaikan. Sudah berlarutan ke berminggu-minggu masih tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Keadaan ini jelas menggambarkan ketidakmampuan untuk mengurus dengan baik. Hal yang hanya melibatkan beberapa orang individu pun sukar hendak diselesaikan bagaimana mahu menjadi kerajaan di peringkat pusat yang melibatkan kira-kira 30 juta orang penduduk.

Itu belum lagi mengambil kira hal kepentingan hubungan diplomatik yang melibatkan kepentingan dua buah negara. Entah apalah bentuk dan kaedah yang hendak digunapakai.

Keinginan hendak menawan ke Putrajaya tampaknya haruslah ditangguhkan lagi atau seeloknya dihentikan sahaja. Perbetul dan perkemaskan diri terlebih dahulu sebelum bercita cita mahu menawan Putrajaya. Kita tidak mahu masyarakat dunia nanti akan mentertawakan Malaysia hanya kerana kita memberikan mandat kepada mereka yang tidak mampu mengurus dengan baik dan rasanya gelaran sebagai Ketua Kerajaan terlalu besar untuk diserahkan pada HamPAS.

Menjadi pemimpin untuk memimpin sebuah negara bukanlah perkara semudah membeli cokelat di kedai runcit. 

Sudah berpuluh tahun lamanya kita duduk di bawah pemerintahan kerajaan yang benar-benar telah membuktikan kepada kita akan kemampuan mereka untuk mentadbir dengan baik. Jika ada kesilapan kecil itu adalah lumrah kerana sebagai manusia sifatnya tentulah tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan itu janganlah sampai mencacatkan Malaysia di mata dunia.

Bahasa mudah kepada pimpinan Pakatan. Intai dan cerminlah diri sendiri sebelum bercita-cita berkokok mahu ke Putrajaya. Muhasabah diri adalah jauh lebih baik sebelum anda ditertawakan oleh rakyat di luar sana.

No comments:

Post a Comment