Wednesday, March 21, 2012

Kalau jantan kenapa harus lari?



Keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi membicarakan perihal Lynas membuktikan ketelusan kerajaan di dalam membangunkan kepentingan negara tanpa mengabaikan keselamatan negara.

Telah banyak penjelasan dilakukan oleh kerajaan bahkan dibawa juga pakar dari luar negara bagi menerangkan bahawa projek Lynas tidaklah mendatangkan mudarat kepada rakyat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak tetapi pimpinan Pakatan tetap dengan pegangan politik murah bagi mendatangkan persepsi buruk kepada kerajaan.

Hujah mudah kepada persoalan ini ialah jika benarlah kerajaan tidak mementingkan keselamatan dan kesihatan rakyat apalah perlunya kerajaan mendirikan pusat-pusat kesihatan bukan sahaja di peringkat negara bahkan disetiap daerah.

Acap kali disebut oleh pimpinan Pakatan bahawa projek Lynas ini mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada rakyat sehinggakan mendatangkan kecacatan fizikal kepada rakyat. Pimpinan Pakatan mendakwa mereka memperjuangkan nasib rakyat yang seolah diperkotak-katikkan oleh BN. Jika benarlah dakwaan Pakatan berhubung isu Lynas ini mengapa apabila diberikan ruang yang secukupnya untuk berhujah secara ilmiah di dalam Dewan Rakyat mereka enggan berbuat demikian sehingga bertindak meninggalkan dewan?

Jika dakwaan mereka berasas dan mempunyai bukti kukuh, keluarkan dan hebahkan sahaja di dalam Dewan Rakyat dan biar rakyat sedar akan bahaya projek itu. Tetapi perilaku penakut yang ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan yang bertindak keluar dewan jelas sekali menggambarkan bahawa dakwaan Lynas mendatangkan keburukan hanya satu mitos yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah merekalah yang memperjuangkan nasib rakyat.

Perdana Menteri asal kelahirannya Pahang dan jika benarlah Lynas itu merbahaya tentu seawal-awalnya lagi Perdana Menteri tidak akan meluluskan projek itu.

Malaysia Institute of Nuclear Technology (MINT) di Bangi sudah lama dibangunkan tetapi tidak pula pernah kedengaran perkara buruk yang berlaku bahkan para pekerja di sana tetap sihat seperti sediakala.

1 comment:

  1. Jadi lah pembangkang yang adil dan bijaksana. Jangan hanya untok membangkang saja. Buktikan dengan membentangkan data2 yang cukup untok di perdebatkan. Dan jika perkara itu boleh membawa keuntongan pada negara dan rakyat...sokong lah.

    ReplyDelete