Siapa yang dapat menyangkal betapa hebatnya Wanita UMNO sewaktu di bawah seliaan Rafidah Aziz. Selain daripada hebat dibangku Ketua Wanita UMNO beliau juga hebat menjadi Menteri. Semua orang sedar akan keadaan itu dan secara hormatnya kita ucapkan terima kasih di atas sumbangan itu.
Cuma kelantangan Rafidah yang mendesak supaya Sharizat meletakkan jawatan ekoran isu NFC tidaklah menyalahi etika demokrasi tetapi sebagai orang yang berpengalaman luas tentulah Rafidah boleh melihat kelantangan itu boleh diekspolitasi oleh puak sebelah sana untuk menggambarkan betapa keliru dan kelam kabutnya Wanita UMNO.
Sebagai kakak dan adik tentulah ada jalan lain yang boleh digunakan oleh Rafidah untuk bertentangan mata dengan Sharizat. Rasanya medium media bukanlah jalan terbaik untuk mengutarakan sesuatu pandangan kerana terlalu banyak mata yang mengintai dan intaian itu bersifat opurtunis yang secara tidak langsungnya mencacatkan UMNO.
Ada orang yang berkata bahawa inilah adalah politik tinggi tetapi rakyat di luar sana tidaklah sehandal Rafidah di dalam politik dan rakyat hanyalah sebagai pendengar perkara pokok tanpa membuat sebarang analisis seperti yang terkandung di dalam percaturan politik.
Apatah lagi puak sebelah sana yang terlalu bijak mengambil kesempatan. Rakyat pasti akan dimomokkan dengan seribu macam cerita yang segala buruknya terkandung di dalam UMNO dan dengan hujah yang mudah rakyat akan termakan momokan itu.
Perlukah dan bagaimanakah cara yang sesuai untuk kita bentangkan kepada rakyat di luar sana bahawa 'krisis' ini hanyalah percaturan politik yang memang dan tidak sesekali mahu difahami oleh rakyat?
Rakyat sejak dahulu lagi sedar dan cukup faham bahawa 1+1 = 2 dan kefahaman itu tidak akan berubah dengan apa jua bentuk hujah dan analisis kerana minda yang sudah semakin terserong dengan hujah dan fakta mudah puak sebelah sana yang walaupun pada dasarnya tidak langsung dapat diterima minda.
Fahamilah jiwa rakyat Malaysia cukup halus dan yang halus itulah sedang dibeli oleh puak sebelah sana supaya mudah disatukan di bawah satu panji BENCIKAN UMNO.
Inilah yang membezakan penyokong UMNO dan HAMPAS. Penyokong UMNO akan mengkrtitk pemimpinnya tetapi penyokong HAMPAS akan mendewakan pemimpin mereka seolah olah pemimpin mereka maksum
ReplyDelete