Thursday, March 22, 2012

Bila Naib Ketua Wanita menjadi Tuah



Jika dikatakan tidak bijak tentulah ianya tidak benar kerana jika tidak bijak masakan diangkat menjadi pemimpin. Jawatan nombor 2 di dalam sayap bukanlah calang-calang jawatan yang selain daripada pengaruh tentulah kebijaksanaan menjadi asas pemilihan.

Kita tidak menafikan soal kebijaksanaan bahkan umum tahu betapa peranan wanita amat ditagih di dalam soal meraih undi tetapi kenyataan yang dibuat oleh orang nombor 2 di dalam sayap itu membuatkan kita semua terfikir tentang hal kesetiaan.

Amatlah malang kepada seorang ketua jika mempunyai penolong yang tidak setia. Seharusnya gerakan yang dikuatkan melalui semangat perpaduan di dalam kumpulan itu tidak membuat pilihan yang lain selain daripada menunjukkan kesetiaan kepada ketuanya. 

Lihat sahaja kepada Jebat bagaimana rela mengorbankan dirinya demi Tuah. Jika tamaknya Jebat pada kuasa pada masa itu tentulah 'kematian' Tuah tidak mendatangkan sebarang makna kepada Jebat. Bahkan mungkin saja kematian Tuah amat dinantikan oleh Jebat untuk bergelar hulubalang Melaka. 

Dek kerana KESETIAAN, Jebat akhirnya rebah di tangan Tuah. Berbaloi pengorbanan Jebat kerana sebilangan besar rakyat Melaka menobatkan Jebat sebagai pejuang. 

Kita mengharapkan orang nombor 2 di dalam Wanita mengambil perihal Jebat dan Tuah sebagai teladan. Jika mahu dikenang sebagai pejuang, biarlah pengikut yang memartabatkan anda sebagai pejuang kerana kesetiaan anda pada perjuangan. Tidak perlu kepada soal 'masuk bakul, angkat sendiri' kerana sudahnya orang pasti akan melihat anda sebagai tamak kepada kuasa.

Di dalam era ini, berhubung secara empat mata bukanlah sesukar seperti Tuah terpaksa berbulan lamanya mendayung sampan menculik Tun Teja. Jika benar orang nombor 2 Wanita tidak berpuashati dengan ketuanya, PWTC sentiasa ada untuk membolehkan ahli-ahlinya duduk semeja dan berbincang. Aduhai, Jebat dan Tuah bertikam pun ditutupnya pintu supaya tidak ternampak apa yang berlaku di antara mereka.

Sabarlah Kak Jat, kalau dahulu anda berkata 'itu belum lagi selak kain' tidak pula siapa menyangka di kalangan anda sendiri rupanya yang mahu menyelak kain Kak Jat.

2 comments:

  1. kome nie nak jadi ahli politik utk bela nasib rakyat kaum melayu wanita ker atau nak kumpul harta luar negara mcm ismet ulam raja.kerja raih undi tolong sikit2,dah bagi gaji besar,elaun,hak keistimewaan pemimpin membuat keputusan dan peluang yg amat luas..last2 skandal dgn pelbagai isu kait dgn dana rakyat atas kepentingan keluarga sendiri.

    ReplyDelete
  2. No.2 tu cakap pakal akal.No 2 sampaikan apa yg org 'luar' cakap ttg Wanita UMNO. Ni bukan pasai nak rampas kuasa.Maaf cakap,mana pergi nya integriti; hukum akai pun dah cukup boleh buat kesimpulan dengan isu lembu ni.Apalah no.1 ni masih nak mencangkuk diri kat Wanita lagi.INGAT, yg memangkah tu bukan hanya Wanita Umno... Sayangnya No.1 berpeluang 'berehat' secara bermaruah,she however do otherwise.. She smart, Najib kena perangkap kat situ

    stomedt,ipoh

    ReplyDelete