Hari ini blogger Just Read DI SINI sekali lagi mengutarakan perihal terdapatnya kuncu kuncu atau dengan lebih tepat lagi agen kepada pembangkang yang dibiarkan bergerak bebas di dalam agensi kerajaan.
Sebenarnya, apa yang didakwa oleh sahabat blogger Just Read itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak dari dahulu lagi RTM (Radio TV Malaysia) yang merupakan penyampai kepada dasar kerajaan merupakan antara salah agensi kerajaan yang menjadi sarang terbesar berhimpunnya agen-agen pembangkang.
Pihak pengurusan tertinggi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) sememangnya sedar akan kewujudan petualang-petualang ini di RTM tetapi entah mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab. Adakah pihak pengurusan kementerian lebih suka untuk memberikan gambaran yang indah-indah sahaja kepada Menteri?
Melalui sahabat-sahabat Jebat yang bertugas di Kementerian itu mendedahkan bahawa memang benar terdapat penyokong totok Pakatan di dalam Kementerian yang sememangnya terkenal dengan sifat lesu dan kelas kedua itu. Sehinggalah ada di kalangan budak penghantar surat dan dokumen mesyuarat merupakan penyokong tegar Pakatan. Mungkin sahaja dokumen dokumen penting itu telah jatuh ke tangan pimpinan Pakatan?
Menteri silih berganti buat Kementerian yang sebenarnya antara kementerian yang terkanan di dalam pentadbiran kerajaan tetapi kualiti kerja dan sifat keseriusan kementerian ini terus diperkatakan umum. Sejak daripada dahulu lagi, jika kementerian ini menerima kehadiran Menteri baru, perkara yang akan diumumkan oleh Menteri ialah logo baru RTM dan waktu siaran RTM sama ada waktu siarannya 24 jam atau sekadar 12 jam. Tiada transformasi besar-besaran yang dilakukan untuk 'menaiktaraf' kementerian ini.
Kini, Kementerian ini menerima pula kehadiran Menteri baru (sebenarnya kali kedua), Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek untuk menerajui kementerian ini. Ada sahabat memberitahu pada masa Shabery Cheek menjawat jawatan Menteri Penerangan di era Tun Abdullah beliau ada menyebut 'jika hendak mengubah RTM dan Kementerian ini 80 peratus daripada kakitangan kementerian ini hendaklah digantikan dengan muka-muka baru'. Wow..jika benarlah dakwaan ini ternyata betapa seriusnya 'sakit' yang membebani kementerian ini.
Sama-sama kita lihat apakah Shabery Cheek akan mampu untuk membuat transformasi besar-besaran kepada RTM khasnya dan kementerian khususnya. Harap-harap Shabery tidak sekadar menukar logo RTM dan waktu siaran RTM. Apa yang kita harapkan Shabery akan dapat merubah persepsi umum terhadap kementerian ini.
Shabery harus ingat ramai di kalangan pimpinan tertinggi ini sudah terlalu usang dan sebenarnya tidak mampu membantu Shabery selain hanya menjadi TUKANG KIPAS'. Semoga Shabery tidak terlena dengan angin kipas usang yang mereput!!
p/s: Khabarnya pegawai di pejabat tertinggi kementerian juga sudah mula lesu. Jemputan oleh satu syarikat untuk menjemput VIP di Kementerian itu mengambil masa berminggu-minggu untuk mendapatkan maklum balas. Alahai, benda yang boleh diselesaikan dalam tempoh sejam mengambil masa berminggu-minggu..yeah transform jadi Gaban lah jawabnya.!!!!