Tuesday, March 6, 2012

"Ini kepala bapak kau, itu kepala bapak dia"..Bodohnya Melayu..



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dikecam hebat di laman twitter kerana tindakan membatalkan konsert Erykah Badu. Sebab mengapa pembatalan itu dilakukan sudah pun dinyatakan di dalam artikel yang terdahulu.

Adalah amat malang kerana yang menghamburkan kata-kata kesat kepada Menteri itu rata-rata terdiri daripada anak-anak Melayu. Bukanlah Jebat ingin mempertahankan indvidu yang bernama Rais tetapi Jebat sekadar ingin anak-anak muda Melayu sedar bahawa cercaan dengan bahasa kesat yang mereka hamburkan adalah terhadap pemimpin Melayu dan apakah kita terlupa bahawa yang kita batalkan adalah disebabkan faktor kesucian agama?

Sedarlah bahawa hiburan dunia akan kekal di dunia tetapi amal kita di dalam mempertahankan kesucian agama akan dihitung di akhirat kelak.

Jika sekalipun nama Mat Sabu atau mana-mana pimpinan Pakatan disebut sebagai orang yang bertanggungjawab membatalkan konsert itu, Jebat pasti akan menyokong tindakan itu. Hal yang melibatkan soal keagamaan tidaklah seharusnya dijadikan permainan dan percaturan politik di dalam mencari populariti.

Entah di mana silapnya bilamana ada anak-anak Melayu yang seakan terlupa akan asal usul sehinggakan tergamak melemparkan kata-kata seperti 'muka seperti taik' kepada seorang tua yang bernama Rais yang sekadar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Adakah perkataan yang sama juga akan terpalit ke muka mana-mana indvidu sekiranya memegang portfolio yang sedang disandang Rais? 

Tidaklah ingin berburuk sangka tetapi jika diintai dari gaya penulisan dan kecenderungan tentulah ianya jelas menggambarkan bahawa ada agenda politik tersembunyi di dalam penulisan yang menghentam Rais. Sama ada ianya percaturan parasit dari dalam atau memang agenda sebelah sana yang bijak mengambil peluang di atas ruang yang terbuka.

Cuma Jebat terfikir, bukankah di dalam sidang medianya Rais sudah memaklumkan dengan jelas bahawa keputusan membatalkan konsert itu adalah keputusan jemaah Menteri?  Seharusnya sebagai rakyat Malaysia kita harus menghormati keputusan itu jika tidak kerana kerajaan sekalipun hormatlah undang-undang Islam yang sudah digunapakai sejak azali.

Permasalahan ini sekadar menampakkan betapa Melayu terpecah dan Melayu sendiri nampaknya yang sedang memijak-mijak kepala Melayu yang lain.

Siapa yang bodoh dan siapa pula yang bijak??

1 comment:

  1. org2 melayu pd teman tak bodah cuma kurang bijak.klu kata org melayu bodoh kenapa sampai sekarang org melayu mampu bertahan dalam menjadi tonggak pemerintahan malaysia masih boleh menjaga hak2 kaum yg lain tanpa pertumpahan darah.tidakkah kita semua patut bersyukur dgn keadaan yg ada sekarang,sistem beraja demokrasi berpaliment dan mempunyai pelbagai bangsa.

    ReplyDelete