Wednesday, February 29, 2012

Rumah Rais Yatim hendak dibakar?



If Erykah had a RAIS YATIM tattoo instead of ALLAH, do you think it would been ok?


gues who the fuck i saw today at istana budaya?? rais yatim -_- shuld have gone up to him and smacked his head with my shoe.

sebab tu aku ckp die skinhead.skinhead againts rais yatim hahaha


Slipknot, Skrillex, My Chemical Romance. kalau Rais Yatim cancelkan concert diorang nih aku bunuh dia. HAHAHA!

hahaha, kalau Skrillex datang and then kena ban aku starlight kepala Rais Yatim tuh


Kalau rais yatim ban ed sheeran dtg malaysia, aku penumbuk dia


Yessssir ! RT : Bakar rumah Rais Yatim jom?

Hebatkan anak Melayu/Islam Malaysia? Antara sebab pembatalan konsert Erykah Badu adalah isu sensitiviti agama, adat orang Melayu dan isu keselematan.

Baiklah, kita buang dua isu..adat orang Melayu dan keselamatan. Mampukah dan beranikah anak-anak Melayu/Islam Malaysia membuang hal kepentingan agama demi menyokong dan menggilai seorang penyanyi?

Jawabnya ialah ADA ANAK MELAYU/ISLAM Malaysia yang sanggup menggadai agama demi sebuah hiburan.

Ayat-ayat penghinaan di atas adalah dipetik dari tweeter Rais Yatim. Lihatlah betapa bongkak dan angkuhnya anak-anak Melayu/Islam Malaysia. 

Tidak cukup dengan ayat-ayat hina yang dilemparkan kepada Rais tetapi lebih daripada itu ada yang sanggup membuat perbuatan yang di luar jangka. Membaling kasut, menumbuk, membakar rumah dan jangan terperanjat ada yang sanggup membunuh.

Kita pohon kepada Rais untuk mengambil tindakan tegas kepada tweet yang sehingga membawa kepada maksud ugutan. 

Jika anda tidak mahu menghormati Rais sebagai menteri sekalipun sekurang-kurangnya hormatlah beliau sebagai orang yang lebih tua.

Seburuk mana yang anda sangka tetapi bumi Malaysia sudah merasa jasa Rais..tanyalah pada diri anda apa pula jasa anda pada Malaysia.

Jika sampai menjual agama, di dalam kubur kelak apabila malaikat bertanya jawablah 'saya sudah jual agama saya' 

Tuesday, February 28, 2012

Belajarlah menghormati budaya dan agama orang lain



Tindakan dan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung pembatalan konsert Erykah Badu adalah suatu tindakan yang cukup tepat dan sememangnya ditunggu-tunggu.

Sekiranya kita mengenepikan garis panduan seperti yang terkandung di dalam PUSPAL sekalipun perbuatan melukis tatoo kalimah Allah di badan adalah suatu tindakan yang secara tidak langsungnya 'mencemarkan' kesucian kalimah itu dan pembatalan konsert itu amatlah wajar dilakukan apatah lagi  Islam merupakan agama resmi Malaysia.

Perkataan yang diguna pakai oleh penyanyi itu juga seperti yang tertera di akhbar The Star bertarikh 27 Februari juga jelas menggambarkan ianya tidak kena dengan adat, tatasusila dan budaya orang-orang Malaysia. Berlawanan  dengan slogan BUDI BAHASA BUDAYA KITA yang diperjuangkan kerajaan maka sewajarnya konsert ini dibatalkan.

Apakah perkataan seperti Fcukin dan Bulls**t merupakan perkataan lisan yang diamalkan oleh orang Malaysia?


Tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan kerana mengambil langkah yang tepat dan sesungguhnya seluruh rakyat Islam Malaysia menyokong tindakan ini. 

Di dalam soal agama, budaya dan tatasusila kita tidak akan sesekali BERKOMPROMI!!

Kalau semua nak jadi pemimpin, siapa jadi rakyat?



Saban hari bilangan NGO yang tumbuh di Malaysia semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Benar, ada  baiknya NGO-NGO ini kerana rakyat mempunyai banyak pilihan yang boleh digunapakai tetapi disebalik bilangan yang melumpah ruah itu ianya mempunyai kesan yang kurang baik kepada rakyat.

Kalau dahulunya NGO bergerak dengan berlandaskan kepada objektif dan matlamat tertentu yang pastinya tidak berbau politik tetapi dewasa ini bilangan NGO yang semakin meningkat seakan sudah lari asas perjuangannya dan lebih tertarik untuk menerjunkan diri ke kancah politik yang sudah cukup merabakkan minda rakyat Malaysia.

Seakan sudah tidak ada ikhlas di dalam perjuangan NGO kerana sudah mula kelihatan wujudnya kepentingan kepada pemimpin-pemimpin NGO. Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan jika ada mana-mana pimpinan NGO yang sekadar menggunakan platform NGO untuk 'menjual' diri merealisasikan impian untuk menjadi wakil rakyat.

Dengan nama besar yang sudah mereka 'jualkan' tentulah parti-parti politik melihat kalangan mereka ini sebagai nama yang boleh diketengahkan sebagai pimpinan parti yang memboleh memenangkan parti mereka. Sudahnya, ahli-ahli NGO itu sekadar menjadi 'anak ayam' yang tidak bertuan. 

Keadaan ini jika tidak dikawal akan menjadi punca kepada perpecahan bangsa terutamanya bangsa Melayu kerana orang-orang Melayulah yang paling 'gemar' untuk berpersatuan. 

Tidak ada salahnya untuk berpersatuan atau menyertai NGO tetapi perlulah menjadi NGO yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Harus kembali kepada matlamat asal penubuhan dan tidak terikut-ikut kepada rentak permainan politik yang matlamat akhirnya adalah untuk menjadi pemimpin.

Jika semua pihak mahu menjadi pemimpin siapa pula mahu menjadi rakyat. Maka akan lahirlah ramai pemimpin yang nilainya tidak lebih daripada kaca di tepi jalan. Jadilah pemimpin yang sifat dan nilainya seperti emas di mana di dalam lombong  yang  manusia akan terokai dan cari.

Monday, February 27, 2012

Khalwat: Boleh tuju lagu?



Lagu ini Jebat tujukan kepada mereka yang akan, sedang dan sudah bergelumang dalam maksiat dengan ucapan cepat-cepatlah bertaubat. Kenang daku dalam doamu. Kepada sahabat-sahabat di kelas 5 biru tahun 2012 , Insyaallah, kita akan adakan gathering di Swiss Garden Pahang untuk MERAPATkan kembali ukhwah sesama kita sambil bertukar-tukar fikiran di dalam bilik sehingga lewat pagi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyidai tuala lembab anda ketika berada di hotel.


Khalwat atau tidak satu hal..laporan polis?



Sama ada berita khalwat yang tersadung di kaki pimpinan kanan PKR itu sahih atau tidak adalah satu isu di mana yang  melihat  dengan mata kepala sahaja dapat membenarkan perkara  itu. Dan jika benar tentulah ramai yang boleh menjadi saksi kerana yang didakwa memaklumkan di dalam kenyataannya bahawa beliau dipukul dan dikurung oleh 20 orang lelaki.

Kita boleh membuat andaian bahawa mungkin yang didakwa melakukan khalwat itu tidak mengenali 20 orang lelaki yang menyerangnya tetapi kenyataan yang didakwa melakukan khalwat itu sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan suami wanita tersebut. Tentulah tidak sukar untuk mengenalpasti lelaki-lelaki yang seramai 20 orang itu.

Kita masih lagi tertunggu-tunggu laporan polis dan juga laporan perubatan yang dapat membuktikan bahawa yang didakwa melakukan khalwat itu dibelasah dengan teruk. Jebat sebenarnya tertarik dengan analisis yang dibuat oleh sahabat blogger RBF Online berhubung perkara ini. Antara lainnya RBF mengatakan jika benarlah pembelasahan itu berlaku kenapa yang didakwa melakukan khalwat tidak membuat laporan polis?

Umum tahu dan sudah masak benar dengan pendekatan politik Pakatan. Jika ada ruang yang terbuka luas kepada mereka pasti mereka akan segera mengeskploitasi keadaan itu. Di dalam kes ini, tentulah keadaan di belasah seramai 20 orang lelaki itu sedikit sebanyak menggugat keselamatan lelaki yang didakwa melakukan khalwat itu tetapi yang menghairankan mengapa beliau tidak membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya?

Penafian yang sekadar menafikan dengan hujah tanpa bukti kadang kala amat memualkan. Bahasa mudah untuk penafian sebegitu ialah..SIAPA PUN BOLEH CAKAP..

Nampaknya 20 orang lelaki itu merupakan saksi sahih yang lebih jauh lebih sahih daripada rakaman cctv dan video seperti kata Adi Awang bahawa besi tidak boleh jadi saksi. Sekarang kalau manusia pun tidak boleh jadi saksi apa pula yang dijadikan saksi?

Sunday, February 26, 2012

Jangan salahkan Badrul Amin-suatu konspirasi



Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Kau baca betul betul apa yang Badrul Amin jelaskan ni. Kau orang jangan tuduh-tuduh. Dia sekadar membantu wanita tu. Beri NASIHAT dan kira Badrul Amin ni sedang BEKERJA lah masa tu. Kau orang lupa ke kan Pakatan selalu berkata mereka memperjuangkan rakyat. Ini sebahagian daripada tugas mereka lah MEMBANTU rakyat tanpa mengira jam berapa sekalipun.

Tindakan berada dalam bilik tu janganlah kau orang persoalkan. Kalau aku di tempat dia pun aku bawak masuk bilik aku. Bukan apa, kalau tak bawak masuk bilik manalah tau kalau-kalau wanita tu kena gigit anjing ke maklumlah dah pukul 2 pagi. Kau orang nak bertanggungjawab kalau wanita tu kena gigit anjing?

Lagipun Badrul Amin ni kenal lah dengan suami perempuan tu. Sebab suami wanita bawak kawan-kawan dia samalah macam sebab kenapa wanita tu di bawa masuk ke bilik. Pukul 2 pagi anjing hutan bersepah sepah. Sebagai langkah keselamatan tentulah suami wanita tu bawak kawan-kawan dia takkanlah dia nak bawak kucing pulak. Kan kan kan...

Kita mintak Badrul Amin saman lelaki-lelaki yang pukul dia tu. Kalau boleh dengan kadar segera Badrul Amin ke balai polis untuk membuat laporan polis mengatakan dia dipukul tanpa sebab. Kalau Badrul Amin tak cam muka-muka lelaki yang pukul dia Badrul Amin boleh buat laporan polis terhadap suami wanita tu. Tentu tak jadi masalah pasal mereka saling kenal.

Cuma satu je yang aku duduk fikirkan..Kalau dikatakan sebab bekerjalah wanita itu berjumpa Badrul Amin apa pula kaitannya dengan konspirasi terancang. Agak-agaknya UMNO nak buat kerajaan perpaduan kot dengan PKR...Kah Kah Kah Kah Kah...

Senangnya hidup..kalau orang tanya kenapa kemaluan anda bengkok maka anda jawablah orang-orang UMNO telah memulas kemaluan saya sehingga bengkok. Kah Kah Kah..

Kalau orang tanya bagaimana Normah ada dalam bilik kamu di hotel di Kota Baharu maka anda jawablah..pintu bilik saya tiba-tiba diketuk dan apabila pintu dibuka orang-orang UMNO telah menghumban Normah masuk ke dalam bilik saya..Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana kemaluan anda ada dalam kemaluan China Doll maka anda jawablah orang-orang UMNO yang masukkan kemaluan saya di dalam kemaluan China Doll itu tanpa saya sedar..Kah Kah Kah..

Kalau orang tanya kenapa air di Kelantan kotor anda jawablah setiap hari saya nampak orang-orang UMNO memasukkan sampah sarap ke dalam sungai-sungai di Kelantan. Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana gambar bogel anda boleh diambil maka anda jawablah saya telah diberikan ubat tidur lalu orang-orang UMNO mengambil gambar bogel saya.. Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana anda boleh berkereta mewah sedangkan anda seorang bekas banduan maka anda jawablah bahawa saya mampu berkereta mewah kerana saya penjilat tegar Israel..Kah Kah Kah...Err...lain macam je bunyinya...Kah Kah Kah..

Kah Kah Kah..nasib kaulah Labu....

Wednesday, February 22, 2012

Blogger tampar blogger



Jika kita katakan blogger kita ada yang pendek akal tentulah ada yang bakal melenting kerana bila sudah merasakan 'dunia ana yang punya' dan kepala jadi sebesar Gunung Ledang, fikiran jadi pendek dan terkadang nampak keterlaluan.

Umum sudah mengetahui, PRU ke 13 sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan dan sebagai blogger yang mendakwa cenderung kepada BN, anda seharusnya sudah siap siaga untuk 'bersama' dalam menghadapi detik yang paling sukar dalam sejarah pilihanraya BN.

Semakin hampir kepada detik PRU 13 yang selama ini dijadikan matlamat perjuangan bloggers, semakin celaru pula minda segelintir blogger. Jebat tidak menyatakan semua terguna pakai kepada keadaan ini, tetapi tentulah blogger se-entario maya faham siapa yang Jebat maksudkan.

'Kau lempang aku, aku pijak kau' itu antara ayat yang sesuai buat kecelaruan dan cakar mencakar antara beberapa orang blogger beberapa hari ini. Susah sangatkah hendak menyokong tindakan sesama kita? Benar, dalam perjuangan akan ada pelbagai pendapat dan pendekatan, tetapi janganlah sampai bercakar sesama sendiri sehingga kita tidak dapat 'bersama' di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Saling kenal antara mereka sepatutnya menjadikan apa jua kemelut yang dihadapi diselesai,dirunding dengan secara bersemuka. Kalau pada masa air tenang boleh duduk semeja minum teh tarik mengapa pula dalam keadaan sekarang tidak boleh dibuat perkara yang sama?

Kedua-dua pihak sila ambil pendekatan segera untuk menyelesaikan keadaan ini. Jangan kerana kemelut yang tak sepatutnya tercipta ini, BN pula yang tersadung kaki menyembah bumi. 

p/s: JEBAT KATA: JANGAN JADI TUA TIDAK BERAKAL

Tuesday, February 21, 2012

Jangan suka-suka berbaiah



Kalau benar sekalipun hendak mendapatkan kesetiaan ahli tidaklah perlu sampai berbaiah. Apa yang HamPAS lakukan kadang-kadang nampak sekadar ingin memenuhkan keinginan politik.

Baiah bukan perkara main-main yang sewenang-wenangnya hendak dipermainkan. Mungkin caranya sehingga memerlukan kita menjunjung Al Quran dan bersumpah. 

Terikat dengan baiah memungkinkan seseorang itu menjadi pengikut yang sangat setia walaupun pada dasarnya mungkin ada perkara dan elemen yang tidak dipersetujui tetapi dek kena baiah apa sahaja waimah yang tidak benar sekalipun terpaksa ditelan bulat-bulat.

Khabarnya, baiah yang akan dilakukan di dalam HamPAS adalah untuk memastikan bahawa setiap mereka tidak boleh lari daripada memperjuangkan ajaran Islam. Niat kepada baiah ini amatlah baik dan tidak ada cacat celanya. Tetapi apabila dicampur adukkan dengan politik ianya akan menjadi perkara yang amat meresahkan.

Sepertimana yang dijelaskan acap kali oleh Hasan Ali bagaimana wujudnya campurtangan DAPig di dalam urusan HamPAS tentulah ianya menjadi rumitkan bukan sahaja pimpinan tertinggi HamPAS tetapi turut membebankan Yang Berhormat dari HamPAS. 

Apakah akan ada keberanian daripada pimpinan HamPAS untuk menentang segala arahan daripada DAPig yang jelas tidak mengikut lunas Islam? Sanggupkah HamPAS berpegang teguh kepada baiah walaupun diasak oleh pimpinan DAPig dan sanggupkah HamPAS melepaskan kuasa yang ada pada mereka hasil cantuman Pakatan untuk memperjuangkan Islam?

Yang terus bermain diminda ialah, apakah kesan baiah itu akan terguna pakai kepada mereka yang benar-benar berjuang untuk menegakkan Islam tetapi dek kerana campurtangan yang tidak sepatutnya orang yang memperjuangkan Islam itu dipecat dari HamPAS tanpa kerelaannya?

Siapa yang harus bertanggungjawab kepada kesan baiah yang dilafazkan sekiranya jelas individu itu memperjuangkan Islam tetapi dek kerana campurtangan politik maka individu itu dipecat?

Ahli-ahli HamPAS, renung-renungkan sebelum berbaiah. Ini bukan sekadar hal politik tetapi lebih kepada soal jawab di dalam kubur dan akhirat kelak.

Monday, February 20, 2012

Aspan: Budaya samseng dalil jelas untuk hilang kuasa?



Mungkin saudara Aspan terlupa bahawa di dalam Malaysia parti manakah yang selalu terlibat dengan demonstrasi jalanraya sehingga mencetuskan ketegangan dan merugikan para peniaga. Jika benarlah pendemo tidak melakukan sebarang ketegangan dan kekecohan tentulah para peniaga tidak akan mengambil keputusan untuk menutup perniagaan mereka pada hari kejadian.

Mungkin saudara Aspan juga terlupa bagaimana Puteri UMNO diganggu dengan gangguan seks terlampau (tunjuk kemaluan) semasa pilihanraya kecil tempoh hari. Mungkin juga saudara Aspan terlupa bagaimana orang-orang UMNO dibaling dengan batu dan botol air mineral semasa pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dahulu. Rasanya saudara Aspan tahu dan sedar hakikat itu tetapi sekadar buat-buat lupa untuk menguatkan hujahnya. Tidak ada apa yang perlu kita hairankan dengan kenyataan saudara Aspan itu kerana tentulah 'masuk kandang kambing, akan mengembek dan masuk kandang kerbau, akan menguak'.

Berhubung kejadian di Sembrong, tidaklah dapat kita meyakinkan bahawa kejadian itu dilakukan oleh Pemuda UMNO seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Dakwaan kadang-kadang boleh menjadi fitnah. Ada yang berkata pemuda yang melakukan keganasan itu membawa bendera UMNO. Alangkah lucu jika kejadian itu benar-benar dapat dibuktikan. Samalah keadaanya jika seorang pencuri yang ingin mencuri awal-awal lagi sudah memberitahu tuan rumah akan hajatnya yang ingin mencuri.

Saudara Aspan di dalam artikelnya meluahkan nasihat kepada pemuda UMNO. Sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada saudara Aspan, kita harus mengambil nasihat itu sebagai satu panduan hidup. Tetapi suka jualah kita berpesan kepada saudara Aspan agar memberikan nasihat seperti itu terlebih dahulu kepada ahli yang sama ideologinya dengan saudara Aspan. 

Kita sudah muak dengan segala bentuk provokasi dan kekecohan yang dilakukan oleh orang-orang berdarah hijau, bermata satu dan orang tidak mahu Melayu kekal sebagai Perdana Menteri.Alangkah indahnya jika saudara Aspan mampu menasihati mereka sebagaimana saudara Aspan menasihati kita.

Saudara Aspan mahukan supaya rakyat menolak budaya samseng ini? Dalam hal ini kelakar pula hujahnya. Mengapa setiap kali demo diadakan oleh Pakatan, rakyat harus diseret sama ke jalanraya? Mengapa pelajar-pelajar universiti sanggup ponteng kelas sekadar untuk berarak dijalanraya. Mengapa rakyat diseru untuk menyertai demo yang dianjurkan mereka? 

Tak mengapalah ketam tetap akan kekal sifatnya sebagai ketam dan peribahasa 'seperti ketam mengajar anak berjalan lurus' tidak pernah akan berubah dan dinafikan.

Perlulah dibetulkan sedikit ayat saudara Aspan itu sebagai 'BUDAYA SAMSENG ADALAH DALIL JELAS UNTUK MEREKA YANG KEMARUK KUASA'

Kita tetap hormat saudara Aspan sebagai orang yang lebih tua dan berpengalaman.

Sunday, February 19, 2012

Politik, isteri dan GRO



Mana-mana lelaki pasti mengakui bahawa perempuan yang terbaik buat dirinya adalah sang isteri tercinta. Seburuk atau secantik mana pun sang isteri, cuma sang isteri sahajalah yang menelan buruk dan baik suami. Biarpun terkadang ada keluh kesah dan rintihan sang isteri dek kerana tingkahlaku suami yang tanpa sedar menjolok mata, sang isteri pasti menelan bulat segala kebusukan itu atas nama menyelamatkan sebuah perkahwinan.

Tatkala usia perkahwinan menjelang bilangan bertahun, suami sudah mula melihat segala yang buruk pada sang isteri lantaran adanya godaan dan tawaran daripada gadis yang mencari erti kemewahan hidup dengan lendir yang membusukkan masyarakat.

Lumrah alam, yang jarang-jarang dirasa itulah yang dinamakan nikmat dan untuk mencapai nikmat selazat itu tentulah harganya bukan kepalang. Gunung jika ditarah setiap hari juga lambat laun pasti akan runtuh jika tidak runtuh sekalipun, kudrat suami untuk berjuang mencapai nikmat pasti akan luntur bersama usia yang dimamah waktu.

Di kala inilah, suami pasti kembali kepada sang isteri kerana cuma sang isteri sahajalah yang akan menaburkan bakti tanpa sebarang harga. Mungkin kerana tingkahlaku yang memualkan, kasih sang isteri tidak sekuat dulu dan adalah lebih malang jika kerana kedengkelan minda suami, rumahtangga runtuh di tengah jalan.

Hal kaitnya dengan politik negara adalah membayangkan bagaimana Barisan Nasional menjadi sang isteri dan Pakatan Rakyat sebagai penawar kepada pilihan kedua yang penuh dengan segala kecantikkan yang terus-terusan menggoda rakyat. 

Rakyat janganlah menjadi lelaki jalang yang mencari lendir yang pasti akhirannya akan merugikan kerana rumahtangga yang terbungkam dek kerana kejalangan membuat pilihan itu adalah Malaysia. Nilai hasil dari kerugian itu pasti tidak terhitung sehingga ke akhir zaman.

Sudah kita ketahui, tiada ikatan 'nikah' di dalam penyatuan Pakatan dan sebagai lelaki yang mahu bergelar suami, mengapa harus kita memilih gadis yang keluarganya layak digelar keluarga 69 dan mengapa harus memilih gadis yang mahkotanya bukan seorang dua yang merasa.

Wali besar sudah datang



Ini wali besar daripada mana pulak? Kalau tengok cara dia bercakap rasanya  Nik Ajis kena serah jawatan sebagai pemegang kunci syurga.

Iman tu apa apek? Iman itu adalah kepercayaan. Rukun Iman ada 6 perkara dan satu pun apek ni tak percaya tiba-tiba pandai pulak bercakap pasal iman.

Yang mendengar ceramah tu sila-silalah ingatkan diri anda bahawa anda sedang mendengar hakikat Islam diperlekehkan oleh si kafir dan anda masih mampu gelak sakan mendengar hakikat Islam dipermainkan?

Antara pendengar dan si apek siapa yang lebih beriman?

Intai-intai dalam seluar dan kain..antara pendengar dan apek siapa yang 'kulup' dan siapa pula sudah berkhatan?

Saturday, February 18, 2012

Lambat sangat buang buku Jingga

Apa masalah kalau Ahmad Maslan buang buku Jingga dalam tong sampah? Buku Jingga bukan Al Quran sampai kena dijunjung. Kalau Pakatan rasa buku Jingga tinggi nilai dan harganya, itu dia punya masalah. Tidak ada kena mengena dengan 'pembenci' buku Jingga.

Apalah sangat dengan membuang buku Jingga dalam tong sampah kalau hendak dibandingkan dengan kebiadapan terlampau seperti gambar di bawah ini.



Sepatutnya dah lama, kita humban buku tu dalam tong sampah. Buku tu bukan bawa apa-apa makna kecuali kepada mereka yang bertuankan Pakatan. 

Sekarang ini pun banyak hasil nukilan novel dijadikan filem. Apa salahnya kalau buku Jingga kita jadikan filem yang paling banyak mitosnya. 

Buang buku Jingga dalam tong sampah dikatakan biadap. Pijak gambar muka orang apa pula tarafnya? 

Ahmad Maslan kena cium tangan Nik Ajis kalau tak nanti tak bau pintu syurga..Tabik Ahmad Maslan.

The cat is sitting on the table (dialek Kelantan)



Tidak ada sesuatu yang baru yang diucapkan Hasan Ali malam semalam semasa berceramah di kubu Azmin di Bukit Antarabangsa.

Umum sudah mengetahui, bagaimana HamPAS dikudakan oleh DAPig dan PKR cuma kata-kata yang keluar dari mulut Hasan Ali semalam sekadar mengesahkan bagaimana HamPAS menjadi kuda tunggangan DAPig dan PKR.

Suatu ketika dahulu, Jebat pernah mengutarakan bagaimana dengan menumpang HamPAS, PKR sudah berjaya mendapat kerusi di Kelantan. Kalau hendak dikira kekuatan PKR dan DAPig, politik Malaysia tidak akan jadi sekucar-kacir ini.

Tetapi dek kerana 'buta' mata ahli-ahli dan pimpinan HamPAS, PKR dan DAPig berjaya melebarkan sayap selebar ini. Cuma yang agak pelik bagaimana ahli-ahli dan pimpinan HamPAS gagal membaca pergerakan dan percaturan DAPig? Tidak perlu membuat analisis yang panjang, jika dihitung dari segi usia perjuangan, HamPAS sudah terlalu lama berjuang bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan HamPAS sudah mampu berdikari tanpa dokongan parti-parti lain seperti PKR dan DAPig.

Sudah berpenggal-penggal HamPAS memerintah Kelantan dan lihatlah sahaja bagaimana jentera HamPAS bergerak tanpa sebarang sokongan daripada jentera PKR jauh sekali sokongan ahli DAPig. 

Mungkin sekadar ketamakkan dan termakan 'gula-gula' Nuar Berahim untuk menjadi kerajaan pusat, HamPAS terpaksa mengagihkan kuasa yang ada pada mereka kepada sekutu yang berusia setahun jagung. Kalaulah HamPAS berpegang kepada peribahasa 'orang tamak selalu rugi' dan tahu erti 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran' tentulah HamPAS masih berkuasa di Perak.

Melihat kepada kedengkelan fikiran pimpinan HamPAS itulah, PKR dan DAPig tersenyum lebar kerana 'kenderaan' untuk mereka bergerak sudah disediakan oleh HamPAS. Silap percaturan, HamPAS bakal kehilangan kuasa mutlak di Kelantan.

Ada yang berkata, Ku Li dijunjung oleh DAPig untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya menang di dalam Pilihanraya. Jika benarlah perkara itu terjadi, nampak jelas Kelantan, pintu kubu kuat Melayu bakal terhidang buat DAPig. Siapa pula yang akan menjadi kitol di Kelantan?

Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali semalam, jika Pakatan menang di dalam PRU ke 13, siapa yang akan dinobatkan sebagai  Presiden kepada REPUBLIK MALAYSIA?

Agaknya ramailah orang Kelantan yang kena ke kelas bahasa Inggeris bila Malaysia menjadi sebuah republik? 

'The cat is sitting on the table' (sila baca dalam dialek Kelantan).

Thursday, February 16, 2012

Nuar Berahim layak terima BR1M?

 

Sudah-sudahlah kita mempertikaikan integriti Nuar Berahim. Beliau adalah seorang yang amat tinggi budi bahasanya. Siapa di dalam Malaysia yang sanggup melepaskan gaji puluhan ribu ringgit sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menjawat jawatan sebagai Penasihat Ekonomi dengan gaji RM 1 sebulan!!!

Dengan gaji RM 1 sebulan manalah mampu untuk melanggan China Doll. Dengan gaji RM 1 sebulan mana mampu untuk membeli tiket kapalterbang untuk ke luar negara berjuma Qardhawi. Dengan gaji RM 1 sebulan mana mampu untuk berulang alik ke Bangkok. Itu semua fitnah.

Sebagai orang yang terkenal dengan kewarakannya, mustahil beliau mahu menjalinkan hubungan dengan Israel. Ini semua fitnah jahat yang cuba merampas RM 1 sebulan daripadanya. 

Dengan gaji RM 1 sebulan, Nuar Berahim tidak pernah menaiki kereta mewah. Jika anda terlihat Nuar Berahim ke majlis-majlis dengan kereta mewah, kereta mewah itu adalah kereta pinjam semata-mata. 

Dengan gaji RM 1 sebulan, mana mungkin beliau mampu menerobos masuk ke kedutaan Turki. Itu juga fitnah. Dengan pendapatan sebanyak itu, mana mungkin beliau mampu untuk memiliki jam Omega yang sangat mahal harganya. Hendak membeli jam berharga RM 10 di Uptown Danau Kota pun belum tentu mampu.

Dengan pendapatan RM 1 sebulan. anda fikir beliau mampu membiayai peguam-peguam handalan untuk membelanya di mahkamah? Tentunya belaan itu adalah sumbangan ikhlas daripada orang-orang yang kagum dengan sifat ikhlas Nuar Berahim.

Blogger RBF sebelum ini ada mendedahkan pendapatan staff di pejabat Nuar Berahim yang mencecah puluhan ribu ringgit. Lihatlah keikhlasan Nuar Berahim sebagai boss yang dedikasi. Beliau tidak kisah staffnya mendapat gaji puluhan ribu ringgit sedangkan beliau sendiri hanya memperolehi RM 1 sebulan. Hebatkan Nuar Berahim!!

Jika Nuar Berahim menjadi Perdana Menteri, Malaysia pasti mencatat sejarah di mana Perdana Menteri yang paling rendah gajinya iaitu RM 1 sebulan. Hebat benar Nuar Berahim.

Kalau Nuar Berahim tidak kisah dengan berpendapatan RM 1 sebulan, kerajaan seharusnya menimbangkan untuk memberi wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada beliau kerana beliau sememangnya layak. Tapi rasanya Nuar Berahim tidak akan menerima wang sumbangan itu kerana beliau menyumbang bakti secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan. 

Tak percaya tanyalah dia..... dengan syarat anda bukanlah datangnya daripada RTM, TV3 atau Utusan. Sia-sia je nanti.
 

Wednesday, February 15, 2012

Gambar ini memerlukan otak yang sempurna untuk mentafsir

Aku buat tak apa, kau buat tak boleh sebab kau Perdana Menteri dan aku hanyalah BAKAL Perdana Menteri. Semasa menjawat jawatan BAKAL, buat apa pun tak salah.

Kalau fakta itulah yang diambil kira, apakah Islam hanya terguna pakai apabila seseorang itu menjawat jawatan penting di dalam negara?

Gambar di bawah akan menilai sama ada otak anda masih berfungsi baik atau sebaliknya.








Dia buat tak apa kerana mereka ada tuan guru pencuci dosa dan pemegang kunci syurga.

Lagipun mereka ada Anugerah Tuhan yang sangat tinggi imannya. Ini adalah gambar orang sudah dicuci dosanya.




Hebat fatwa puak-puak ni.....

Tuesday, February 14, 2012

Jangan ganggu urusan rumahtangga orang lain



Kashgari berasal dan rakyat negara mana? Kesalahan yang beliau lakukan berhubung suatu bentuk penghinaan kepada junjungan besar SAW adalah suatu kesalahan yang mendesak supaya beliau diambil tindakannya sejajar dengan agama anutannya, Islam tanpa mengambil kira beliau berasal dari negara mana.

Jika orang bukan Islam sekalipun yang menghina Rasulullah boleh membangkitkan kemarahan umat Islam, kesalahan Kashgari yang beragama Islam tentulah melonjakkan lagi darjah kemarahan umat Islam.

Menyentuh kepada hubungan diplomasi 2 negara, Malaysia tidak punya banyak pilihan selain dari 'memulangkan' Kashgari ke negara asalnya. Adakah kita akan terus memukul anak jiran kita yang bergaduh dengan anak kita tanpa merujuk atau menyerahkan urusan itu kepada ibu bapanya? Jika pendekatan ini yang kita ambil tentulah keadaannya akan menjadi lebih buruk yang mengakibatkan persengketaan di antara ibu bapa kita dan ibu bapa pihak yang satu lagi.

Jika pihak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan manusia berkata tindakan kerajaan Malaysia 'memulangkan' Kashgari sebagai tidak menghormati hak Kashgari bagaimana pula hak kerajaan Arab Saudi terhadap rakyatnya dan bagaimana pula hak kerajaan Malaysia untuk menghormati kerajaan Arab Saudi?

Apakah kita perlu 'menyelamatkan' seseorang yang bukan merupakan rakyat kita yang hasilnya tentulah akan membantutkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi?

Apakah kerajaan Malaysia harus 'merugikan' hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan Arab Saudi untuk 'menyelamatkan' individu yang sememangnya melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima oleh umat Islam se-enterio dunia?

Siapa yang tidak marah jika 'apa yang ada di dalam kain isterinya ingin diintai orang lain'.

Monday, February 13, 2012

Lagi-lagi Valentine



Jangan salahkan penguatkuasa agama kalau terpaksa bertindak tegas kepada umat Islam di Malaysia yang meraikan Hari Valentine. 

Saban tahun isu umat Islam Malaysia yang meraikan Hari Valentine terpaksa diingatkan kepada umat Islam Malaysia. Jika benarlah ada yang mendakwa bahawa mereka sudah matang, maka sematang itu jugalah seharusnya mereka bijak membedakan mana yang mengikut hukum dan mana yang tersasar.

Semaju mana sekalipun kita, haruslah sentiasa diingat bahawa hukum Islam bukanlah sesuatu yang lapuk dan boleh terhakis mengikut peredaran zaman. Jangan pula kita mengikut tingkahlaku orang yang memperjuangkan isu-isu kebebasan seksual.

Adakah terlalu sukar untuk kita tanamkan di minda kita bahawa sambutan Hari Valentine ini adalah suatu agenda yang cukup halus untuk melonggarkan akidah umat Islam?

Jika kemodenan lah menjadi punca kepada isu ini, adakah kelak kemodenan itu akan menjadi perisai kepada jasad yang terbujur kaku?

Sama-sama kita tunggu laporan akhbar esok....

Jangan buat hubungan dengan GOMO

Nama sahabat blogger Papa Gomo terus menjadi sebutan. Di dalam Malaysia Social Media Week di PWTC sebentar tadi nama GOMO dijadikan contoh di dalam perbincangan ahli panel.

'Saya nasihatkan anda supaya tidak membuat hubungan secara langsung dengan Papa Gomo' seloroh Khairy Jamaluddin.

Kata-kata Khairy ini jelas membayangkan betapa nama-nama besar di dalam dunia blogging meresahkan tidur malam ahli-ahli politik bukan sahaja di kalangan pimpinan Pakatan malah turut meresahkan pimpinan BN sendiri.

Inilah yang menggambarkan keikhlasan blogger pro BN di dalam berjuang mengharmonikan negara tanpa mengira BN atau Pakatan. Salah tetap salah..Adakah blogger sebelah sana berprinsip seperti mana blogger pro BN?

Kalau di tanya pada Nuar Berahim tentang istilah jangan 'membuat hubungan langsung dengan GOMO' tentulah lain maksudnya.

Sendiri faham....

Sunday, February 12, 2012

Malaysia social media week: Intai-intailah agenda tersembunyi

Tahniah kepada penganjur Malaysia social media week yang sedang berlangsung di PWTC bermula hari ini hingga hari Jumaat.

Jebat sekadar ingin menyampaikan pesan supaya penganjur membuat penelitian terhadap ahli panel dan moderator yang berketurunan Mat Salleh. Budaya Mat Salleh dan budaya orang-orang Malaysia sudah tentu berbeda.

Mungkin ramai yang tidak akan percaya bahawa sudah ada kedengaran suara yang mempertikaikan kefahaman budaya Malaysia di kalangan ahli panel dan moderator.

"Malaysia hanya menunggu masa untuk mengalami fenomena Arab Spring melalui media sosial". Itu antara perkataan yang keluar dari mulut seorang moderator semasa bersembang dengan rakannya.

Janganlah kita terlalu inginkan program yang bertaraf dunia sehingga kita terlupa akan budaya dan terlupa untuk mementingkan keharmonian negara.