Thursday, July 29, 2010

Tun Dr Ling Liong Sik : Pakatan kena ambil teladan

Amacam geng Pakatan?Bila bekas orang besar BN kena dakwa tak mau pulak kau orang kata telusnya kerajaan dan tidak campur tangan dalam urusan perundangan negara. Sunyi sepi juak juak Pakatan. Bila pimpinan Pakatan kena dakwa, macam macam perkataan yang keluar. Mahkamah tak teluslah, wujud campurtangan kerajaan lah...Tapi sekarang kenapa senyap sunyi?

Apapun kita jangan ganggu urusan pendakwaan Tun Ling Liong Sik ni..Kita serahkan pada sistem perundangan yang ada. Aku angkat topi pada Tun Ling Liong Sik kerana hadir ke mahkamah tanpa banyak songeh macam orang dalam Pakatan yang selalu sangat nak tangguh perbicaraan dia..

Inilah sikap pimpinan Pakatan yang sering berdolak dalik bila taik ayam terpalit kat batang hidung sendiri...Apa nak hairankan pasal dalam Pakatan kan ada wali terompah yang maksum yang boleh bila bila masa mengeluarkan fatwa untuk kepentingan ahli ahlinya..Kalau salah fatwa..neraka jahanam lah tempatnya..

Segala yang hebat ada di Melaka


Tahniah pada kerajaan negeri Melaka. Agak kagum bila negeri yang serba serbi kurang dari segi faktor alam yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi, Melaka masih gah di mata rakyat Malaysia. Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia dan antara negeri penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dari zaman purba sejarah, Melaka begitu tersohor di mata dunia hingga menyebabkan menjadi 'ayam buruan' para penjajah. Pun begitu, rakyat Melaka bermati-matian mempertahankan Melaka. Kalau tidak kerana pembelot yang datang ke Melaka, nescaya Melaka masih gagah hingga ke hari ini. Kalau ditanya rakyat Melaka betapa cintanya pada Melaka, pastinya akan keluar perkataan SEGALANYA UNTUK MELAKA.

Siapa yang lupa kehebatan Tun Tuah memperdaya Tun Teja, kehebatan Tun Tuah merampas Taming Sari, darah kehebatan itu diteruskan oleh pimpinan-pimpinan Melaka pada hari ini. Siapa yang tidak kagum dengan kehebatan Dato' Seri Ali Rustam. Tidak dibenarkan bertanding, tapi masih menunjukkan taat setia pada parti. Siapa yang tidak berasa sedih dengan setianya YB Datuk Idris Haron terhadap parti biarpun cuma menduduki jawatan Timbalan Menteri untuk seketika? Tidakkah Melayu di negeri lain ingin mencontohi Melayu Melaka?

Di sebalik kekurangan faktor alam semulajadi untuk menjana ekonomi, Melaka sudah ada Lapangan Terbang Antarabangsa, kadar pengangguran sekitar 1.3% sahaja, sudah ada limpahan hotel hotel bertaraf 6 bintang, akan ada monorel yang menjadi pengangkutan awam..ini semua bukti kehebatan Melayu Melaka. Tidakkah Melayu di negeri negeri yang lebih besar dan kaya dengan alam semulajadi mencontohi Melaka?

Taatnya Tun Tuah pada rajanya..begitulah taatnya rakyat Melaka pada Ketua Menterinya. Ahli UMNO Melaka memberontak bila Tok Ali tidak dibenarkan bertanding, tapi Tok Ali jua yang mententeramkan rakyatnya.

Mudah-mudahan Melaka akan terus harmoni dan terus gemilang...SEGALANYA UNTUK MELAKA!

Tuesday, July 27, 2010

Anak siapalah yang bangang ni?


Bhai AT,

Diorang nie pon satu... dah tahu Harussani tue bangang... persal nak pi jumpa dier mintak pandangan...

macam nie la... dah tau bomoh judi tue romah dier pun macam nak runtuh... dok pi jumpa mintak nombor baik punya....

Apa punya budus la...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Ni anak gampang mana yang suka hati mak bapak campur atuk nenek dia yang bangang kata Mufti Perak tu bangang. Skrip kat atas tu adalah komen yang aku ambik dalam blog adukataruna yang 'maha bijaksana' walaupun tak berapa nak bijak berhubung isu wujudnya pertemuan wakil dari PAS yang berjumpa Mufti Perak untuk membincangkan kerjasama PAS UMNO.

Si penulis komen yang menggelarkan namanya sebagai cipantapir tenuk sebenarnya adalah klon khinzir yang suka main sondol. Apa kelebihan yang ada pada dia sampai nak menggelarkan Mufti Perak tu sebagai bangang? Kalau dia nak panggil aku dengan panggilan tu pun aku tak ambil port sangat pasal aku tau aku bukanlah orang sebijak mana yang mampu memegang apa apa jawatan macam Mufti Perak tu. Tentunyalah Mufti ada kelayakan yang tertentu yang membolehkan dia menjawat jawatan tu.

Kalau si anak bangang tuan punya komen tu tak percaya adanya pertemuan itu sekalipun janganlah memanggil orang yang arif agama sebagai bangang.Kalau dia tak percaya dia punya pasal..kalau mak dia tak percaya pun itu mak dia punya pasal..Kalau atuk dia menafikan ada rompak pasir pun itu dia punya pasal...Pasalnya di sini ialah..Jangan sedap tekak panggil mufti sebagai bangang.

Berpusing kepala aku fikir..ANAK SIAPALAH YANG BANGANG TULIS KOMEN MACAM NI?

Thursday, July 22, 2010

UMNO PAS : Bukan nak tentukan siapa menang kalah

Kalau susah sangat nak buat kerjasama UMNO dan PAS untuk orang Melayu elok saje Melayu meminta sedekah di bumi Malaysia. Apa yang Melayu kerdil macam aku boleh buat kalau pemimpin pemimpin Melayu sendiri mendabik dada nak tunjuk hero dalam kerjasama yang bertujuan untuk kepentingan perpaduan umat Melayu. Bukan nak cari kata sepakat bagaimana nak menyatukan Melayu tapi sibuk menuduh sana sini.

Sampai ada yang kata UMNO memperalatkan Mufti untuk kepentingan politik. Inilah sakit orang Melayu yang sangat menjijikan. Terlalu berburuk sangka sesama Melayu hinggakan Melayu Melayu kerdil menjadi pelanduk yang mati di antara gajah.

Ada orang orang PAS yang kata, UMNO mahukan kerjasama dengan PAS kerana UMNO dalam keadaan terdesak. Terdesak kepala otak dia..Bukan UMNO yang terdesak kerana UMNO masih lagi kerajaan tetapi ORANG MELAYU YANG DALAM KEADAAN TERDESAK. Dah berapa kali siri pilihanraya kecil..nampak jelas orang Melayu tidak lagi menjadi kuasa penentu. Baik UMNO dan PAS semuanya berkampung di kawasan pengundi mata sepet untuk meraih kemenangan. Itu pun puak puak PAS masih nak angkuh kata yang UMNO dalam keadaan terdesak. Buta atau bangang kah..masih tak nampak macam mana pemimpin pemimpin Melayu terpaksa menagih undi daripada bangsa lain yang dahulunya minoriti di Malaysia tetapi sekarang melebarkan sayap mereka.

Melayu masih nak angkuh?Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS kerana meminta disediakan pelan perdamaian antara PAS dan UMNO. Mana Pemuda UMNO? Tak mahu sambutkah laungan Dewan Pemuda PAS? Kalau pucuk pimpinan susah nak cari jalan perdamaian...KITA CADANGKAN DEWAN PEMUDA PAS DAN PEMUDA UMNO MALAYSIA UNTUK MENJADI PENDESAK AGAR KERJASAMA INI AKAN TERLAKSANA.

Pun begitu aku faham..bukan semua juak-juak PAS boleh menerima kerjasama ni..Ada yang nama saja PAS tapi mengikut bendera lain..Inilah jadinya kalau ketamakkan peribadi melebihi kepentingan bangsa. Kalau kerjasama ini jadi, sama sama kita pulaukan Melayu yang melenting menghalang kerjasama ini. Adakah ini kerja pengkhianat????? Dulu dulu pun Melayu hancur kerana ada tali barut di kalangan kita..

Wednesday, July 21, 2010

UMNO PAS: Kena ada syarat ke?

Aku pun heran bila nak buat kerjasama antara UMNO dan PAS kena ada syarat. Soalnya ikhlas ke nak buat kerjasama ni?Kerjasama untuk orang orang Melayu ke kerjasama apa sampai nak bersyarat-syarat.

Sampai orang perantara untuk kerjasama pun nak dipertikaikan. Kalau Mufti Perak dikatakan tak relevan jadi orang tengah siapa pulak yang layak?Kapal, Khalifah Guan Eng atau Mokhtar?

Sepatutnya kerjasama untuk memperjuangkan nasib orang orang Melayu ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Orang Melayu dah macam lemas dengan politik orang orang Melayu sendiri. Padahal tuan punya tanah adalah orang orang Melayu tapi Melayu seakan minoriti dalam negara sendiri. Sapa punya pasal?Orang politik punya pasal sampai Melayu pecah belah masuk longkang.

PAS jangan ingat orang UMNO tak Islam pulak..Jangan ingat baiah hanya ada dalam PAS..Orang Melayu dalam konteks Malaysia adalah orang Islam dan sebagai orang Islam baiahnya adalah sama iaitu dua kalimah syahadah. Jadi apa beza orang Melayu PAS dan orang Melayu UMNO?

Sekarang aku pulak nak letak syarat pasal kerjasama UMNO PAS ni. Syaratnya UMNO PAS perlu bekerjasama untuk memperjuangkan nasib orang orang Melayu tanpa syarat.Kalau bersyarat baik tak payah kerjasama macam badan koperat pulak bersyarat-syarat..Kalau koperat aku faham lah pasal kejar keuntungan..Ke dia orang pun sama je???

Monday, July 19, 2010

Hai mambang tanah, mambang pasir, mambang angin



Seperti kata laman portal Agendadaily, Pakatan kini punya banyak mambang. Boss Perkasa, YB Ibrahim Ali kata di Selangor ada mambang pasir, di Perak ada mambang tanah apabila isu pemberian tanah selama 999 tahun dan di Kelantan ada mambang balak apabila hutan hutan menjadi gondol akibat aktiviti pembalakan haram.

Ini semua bukaan cubaan macam yang dalam cerita P. Ramlee cakap tapi ini betul betul. Menarik bila Khalid GAP GAP kata yang dia baru tahu akan hal ni. Alaaaaaaaaaa Khalid ini bukan cubaan tapi betul betul!!!!

Nasib baik mambang botol brandi tu tak menang dalam pilihanraya hari tu, kalau tak mesti lengkap ayat dalam cerita P.Ramlee..Hai mambang tanah, mambang angin, mambang air, mambang pasir...MAMBANG MABUK MINUM BRANDI. Patutlah mambang di Selangor kata arak tak haram, rupanya untuk mambang mabuk minum brandi.

Kalau ikut orang tua tua, mambang biasa keluar masa bulan mengambang. Patutlah mambang di Selangor cakap yang orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Mambang bulan penuh biasanya macam orang meroyan.

Mambang yang paling orang takut ialah mambang Mokhtar. Mambang jenis ni mambang yang handal dalam hal ehwal ekonomi lelaki.

Sunday, July 18, 2010

Subsidi: Mana ada benda free dalam dunia

Harga petrol dan beberapa barang lain telah dinaikkan berikutan penstrukturan semula subsidi oleh kerajaan. Kali ni petrol naik tak banyak cuma 5 sen per liter. Tak macam zaman Pak Lah dulu yang naik amat mendadak sampai hampir menjadikan Malaysia seperti 'kiamat' kecil. Nampaknya Najib lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kau orang dekat luar sana, jangan nak melenting membuta tuli dengan kenaikan sebanyak 5 sen ni. Kalau kau orang tak keberatan nak mengundi untuk rancangan realiti TV sebanyak 50 sen per sms, apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau kau orang pergi karaoke dan mampu bayar beratus ratus ringgit apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau mampu beli rokok yang dah hampir 10 ringgit sekotak untuk mempercepatkan kau orang mati, apalah sangat petrol naik sebanyak 5 sen untuk isi tangki minyak kereta kau orang untuk bawa keluarga pergi bersiar- siar.

Dalam dunia tak ada benda yang free. Ada ke Santa Claus yang suka suka bawa guni kasi hadiah? Nak kawin pun kena bayar..Nak berak kat Puduraya pun kena bayar?Konsep dia..Kalau tak mau bayar, berak je kat rumah..Itu pun masih kena bayar bil air walaupun Selangor janji nak kasi air free tapi haram tak ada.

Aku setuju sangat rakyat Malaysia ni disedarkan dengan penstrukturan semula subsidi. Dah berpuluh tahun rakyat Malaysia terlalu menjadi rakyat yang hanya tunggu untuk disuap. Berdikarilah sikit sampai bila nak harapkan kerajaan. Kalau rasa tak mampu elok ubah cara hidup. Tak perlu nak befoya foya dan membazir kalau rasa kenaikan 5 sen membebankan. Tak perlu duduk dekat restoran mamak berjam jam setiap malam kalau riuh rendah bising dengan kenaikan harga gula.

Pembangkang bising dan tunjuk handal macam lah dia boleh tadbir sebaik kerajaan Barisan Nasional. Di Selangor masa buat manifesto pilihanraya 2008 macam macam janji, sudahnya rakyat tetap ke Pejabat Pos bayar bil, tetap terbeban dengan perbelanjaan yang tinggi. Cakap memang mudah dan murah.

Bahasa mudah...tak ada benda yang free dalam dunia..Ini cuma masalah masa, lama lama dah biasa taklah memekak macam sekarang..Dulu pun hantaran kawin cuma 5 ribu ringgit, sekarang dah jadi 10 ribu. Tapi kalau dah rasa kemaruk nak kawin 20 ribu ringgit hantaran pun langgar je..Kalau dah nama keperluan, perlu kita hadapi apa jua keadaan.

p/s: Pimpinan parti politik baik kerajaan dan pembangkang, jangan pandai bercakap. Sama samalah sesuaikan diri dengan keadaan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Tuesday, July 13, 2010

Tak susah jadi Yang Berhormat



Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.

Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.

Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.

Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.

Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.

Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.

Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.

Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.

“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.

Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.

“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.

-agendadaily.com

Sunday, July 11, 2010

Siapa sesat jangan jadi bangsat

Agak bodoh kalau tuan rumah terpaksa meminta izin tetamunya untuk tidur di bilik tidur utama. Agak bodoh bila tuan punya tanah kena minta izin penyewa tanah untuk melihat geran tanahnya. Tuan tanah kedaung yang bodoh atau diperbodohkan?

Namanya Tanah Melayu..Yang tuan punyanya adalah Melayu. Kalau dulu masa pilihanraya..kuasa undi Melayu menjadi kuasa penentu tetapi hari ini Melayu melukut di tepi gantang apabila terpaksa merayu rayu kepada bukan Melayu untuk memberi undi kepada Melayu. Mana perginya Melayu. Terpecah 3 kerana semua gila pada kuasa, mabuk pada tuntutan duniawi sampai terlupa pada perjuangan bangsa dan memartabatkan bangsa. Inilah akibatnya bila Melayu tak sedar diri dan meroyan mengejar kuasa.

Kalau rosaknya Melayu bukan kerana orang lain tetapi akibat khianat Melayu sendiri. Jangan esok dah terbenjol baru riuh nak tengadah. Melayu dah lupa akan sejarah, Melayu dah tidak cinta pada datuk neneknya. Yang Melayu kemarukkan adalah kuasa. Pergi jahanam dengan bangsa, pergi jahanam dengan kedaulatan..Itu pegangan Melayu sekarang. Apabila yang bukan Melayu bertepuk tangan melihat Melayu terpecah, ada pula Melayu yang bangga kata Melayu yang lain kafir dan sesat. Bangsatkah Melayu?

Kalau macam nilah cara Melayu..Pasti Melayu akan jahanam..Kalau esok lusa anak cucu bertanya siapa yang rosakkan Melayu, kita jawab sahaja pada mereka bahawa Melayu yang jual Melayu.. Melayu jangan lupa yang Melayu inilah akan berdepan soal kubur, Melayu ini juga yang akan dibelasah di dalam kubur sampai terpekik terlolong, jangan pulak pada masa itu nanti masih nak kata aku Melayu yang tak sesat sedangkan ada Melayu lain yang lebih sesat. Terang BULAN pun rasanya nanti tak mampu nak menerangkan kegelapan kubur. Atas dunia...masih merasakan bahawa kudrat itu sendiri yang punya..lupa akan asal usul zat..Jadi tahi sembelit lah jawabnya.

Adakah di alam barzakh, masih nak di adakan jawatan Presiden dan Naib Naib Presiden..Kegilaan apakah ini?Sampai bila Melayu nak jadi bangsat?

Wednesday, July 7, 2010

Bilamana Unspinners memohon maaf

Aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan tahniah kepada kumpulan blogger Unspinners bila mana memohon maaf secara terbuka kepada orang besar Proton kerana tersilap menyampaikan fakta. Sebagai manusia kita memang tidak akan lari dari melakukan kesalahan. Dan syabas kepada orang besar Proton tu kerana 'cool' saja menghadapi perkara ini.

Mudah-mudahan apa jua maklumat yang terkeliru dan terkhilaf eloklah menyusun jari memohon maaf. Tidak ada yang ruginya bila memohon maaf.

Sekali lagi syabas kepada kumpulan bloggers Unspinners kerana pantas memohon maaf apabila menyedari kesilapan mereka. Mudah-mudahan Unspinners akan lebih berhati-hati di masa akan datang bila mendapat sebarang maklumat.

Tuesday, July 6, 2010

KSU yang berkuasa?

Heboh satu Malaya bilamana sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa wujudnya seorang KSU yang maha berkuasa di dalam sebuah kementerian. Pun begitu tidak pula disebutkan secara terperinci KSU yang dimaksudkan. Baguslah jika benar sekalipun seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tersebut tetapi mengambil pendekatan untuk tidak menyebut nama KSU yang dimaksudkan. Sebaik-baik tindakan adalah apabila tidak mendedahkan aib seseorang.

Tidak cukup dengan berita akhbar tersebut, para blogger telah memetik berita tersebut dan membawa kepada suatu perbincangan isu tersebut secara terbuka. Dan di sinilah bermulanya episod sama ada isu yang diperkatakan itu benar atau palsu. Aku sendiri mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana aku sendiri kurang pasti dengan apa yang dibincangkan berhubung isu KSU yang berkuasa ini. Pendirian aku mudah, jika aku tidak tahu lebih elok aku mendiamkan diri kerana fitnah adalah lebih tajam dari mata pedang.

Suka aku nasihatkan para blogger untuk lebih cenderung untuk memperjuangkan bangsa dari terus membicarakan aib orang yang belum tentu silapnya. Soal jika ada kekhilafan yang dilakukan oleh orang yang dimaksudkan kita serahkan pada Allah. Sebagai manusia, tidaklah elok untuk kita menjatuhkan hukum kepada mana mana pihak.

Di dalam masa yang semakin hampir untuk menghadapi PRU ke 13 elok kiranya kita mencaturkan hala tuju Barisan Nasional. Pastinya Pakatan sedang bertepuk tangan bila melihat rangkaian bloggers pro Barisan Nasional sedang meninggalkan landasan perjuangan dengan membicarakan sesuatu isu yang menguntungkan Pakatan.

Eloklah kita kembali kepada landasan perjuangan asal dan janganlah terlalu menuding jari dan meninjau ninjau kesalahan orang lain tanpa asas yang kukuh. Aku tidak mahu menerjunkan diri aku di dalam kancah yang tidak aku ketahui mana betul dan mana salahnya. Kepada Allah kita berserah.

Monday, July 5, 2010

PERKASA: Ekstrimis celaka?

PEMUDA MCA SELAR PERKASA:EKSTRIMIS CELAKA INI PATUT DI TAHAN ISA

Kenyataan yang di atas tu bukan aku atau atuk aku yang cakap dan tulis tapi aku terbaca di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10909 Kau orang boleh klik untuk baca lebih lanjut.

Kalau ye pun marah sama Ibrahim Ali dan PERKASA takkan sampai nak keluar perkataan celaka. Bagi orang Melayu perkataan celaka tu satu perkataan yang cukup menyakitkan halwa telinga bila didengar.

Kenapa harus Pemuda MCA mengeluarkan kenyataan terbuka yang jelas akan memporak porandakan. Kenyataan Ibrahim Ali adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak seharusnya Pemuda MCA melenting secara terbuka. Jika Pemuda MCA mahukan supaya kerajaan mengambil kira sensitiviti Pemuda MCA, maka sewajarnya Pemuda MCA juga mengambil kira sensitiviti di dalam penggunaan bahasa. Tidakkah secara matangnya di dalam politik, Pemuda MCA menggunakan pendekatan perbincangan bersama Pemuda UMNO untuk menasihati PERKASA jika sekiranya PERKASA di dapati bersalah di dalam mengeluarkan kenyataan.

Apa yang Pemuda MCA lakukan ini hanya akan menambahkan kejengkelan rakyat terhadap Barisan Nasional. Sama ada Pemuda MCA sedar akan keadaan ini atau tidak, tidaklah kita ketahui. Hakikatnya tidak salah jika Pemuda MCA mempertahankan ketuanya tetapi biarlah dengan perkataan yang sempurna..soalnya sehingga ke hari ini..kita masih belum nampak Pemuda UMNO mempertahankan UMNO. Siapa yang separuh masak?