Friday, May 31, 2013

KDN: Buat lebih banyak penjara


Ramai yang agak resah dengan perkembangan yang dilakukan oleh Menteri KDN yang baru, Zahid Hamidi.

Mana tidaknya, jika melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang pastinya waran tangkap akan dikeluarkan. Itu kehebatan Zahid Hamidi yang sepatutnya dipelajari dan dicontohi oleh Menteri Menteri lain. Bijak gunakan kuasa. 

Hari ini, budak mentah Safwan Anang khabarnya menyerbu ke pejabat KDN. Katanya untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri KDN supaya meletakkan jawatan. Apalagi Zahid..tangkap sahaja budak mentah ni..Makan minum pun mak bapak tanggung lagi ada hati nak ubah negara.!!

Dalam perhimpunan haram Blackout baru-baru ini ada pimpinan Pakatan yang kata kalau polis nak buat tangkapan mampukah penjara yang ada di Malaysia ini memuatkan mereka?

Mudah sahaja kepada soalan tu..Buat dan dirikan penjara banyak-banyak. Selagi ada pesalah bodoh macam puak Pakatan ni selagi tulah kita dirikan penjara. Bilangan puak Pakatan ni bukan ramai pun. Balik-balik muka yang sama yang hadir ke perhimpunan haram tu.

Sumbat mereka dalam penjara. Jangan berikan keistimewaan pada mereka. Sumbatkan mereka dalam sel yang sama dengan penjenayah lain. Penjenayah melakukan kerosakkan kepada seseorang individu sahaja tetapi mereka ini sedang melakukan kerosakkan kepada negara.

Percayalah, mereka ini sekadar berani apabila ramai. Bila keseorangan dalam sel baru mereka akan tahu erti penyesalan. 

p/s: Bila nak tangkap kepala perhimpunan haram tu? Dah banyak lemak sangat dah tu..

Tuesday, May 28, 2013

Jangan hina Ali Rustam


Semalam ada seorang blogger yang 'menghentam' Tok Ali kerana dikhabarkan Tok Ali mahu menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung UMNO di dalam Perhimpunan Agong yang akan datang. Baru khabar angin orang sudah mahu melenting. Hebatnya Tok Ali!!

Tidaklah salah sekiranya blogger tersebut memberikan pandangannya dari sudut ketidaklogikan Tok Ali diberikan mandat untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung tetapi ada bait-bait kata blogger tersebut yang membuatkan kami rakyat Melaka berasa sangat dukacita.

Benar, Tok Ali tewas di dalam PRU yang baru lalu tetapi kami rakyat Melaka cukup merasa terhutang budi dengan jasa Tok Ali membangunkan dan memajukan negeri kami. 

Selepas era Tan Sri Rahim Tamby Chik kami rakyat Melaka sangat khuatir apakah pengganti Tan Sri Rahim akan mampu mentadbir Melaka sebaik Tan Sri Rahim? Alhamdulillah kami diberikan Tok Ali yang pada hemat kami rakyat Melaka sebagai antara Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia. 

Tanyalah kepada mana-mana pelancong yang datang ke Melaka apakah perasaan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Hang Tuah ini. Biarpun negeri kami kecil dan kekurangan sumber alam semulajadi tetapi berkat kerjasama kami semua rakyat Melaka dan dengan kebijaksanaan pemimpin negeri kami, kami sudah mampu duduk sama rendah bahkan berdiri lebih tinggi dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Blogger tersebut menggunakan perkataan 'Apakah yang bagus sangat Tok Ali'. Sukalah kami jelaskan pada blogger tersebut bahawa YA PADA PANDANGAN KAMI TOK ALI SANGAT BAGUS SEBAGAI PEMIMPIN. 

Kalau diambil kira faktor kepetahan bercakap sebagai garis panduan bagus atau tidak seseorang itu sebagai pemimpin maka anda harus bertanya kepada diri anda sendiri APAKAH ANWAR IBRAHIM YANG PETAH BERCAKAP ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERKUALITI?

Biar seburuk mana pandangan orang lain pada Tok Ali tetapi kami rakyat Melaka tetap menganggap Tok Ali sebagai 'legend'. Blogger tersebut mengatakan bahawa Tok Ali tidak sepatutnya diberikan peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO kerana pernah digantung daripada bertanding akibat dakwaan politik wang. 

Jika benar sekalipun dakwaan itu, Tok Ali sudah pun menjalani hukuman itu dan menerima keputusan Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Buat makluman, ramai ahli UMNO Melaka yang bercadang untuk keluar daripada UMNO tempoh hari apabila Tok Ali disahkan tidak boleh bertanding tetapi apabila melihat kepada ketenangan Tok Ali menerima keputusan itu kami menarik balik keputusan itu.

Jika UMNO pusat merasakan Tok Ali tidak layak untuk diberikan peluang menjawat Setiausaha Agung UMNO atas alasan dakwaan salah laku poliitk wang, kami rakyat Melaka tidak sesekali akan merasa marah atau kecewa dengan keputusan itu tetapi kami akan berasa kecewa jika pemimpin terulung kami itu dicerca dan di hina!!!

Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak nak kami pun tak ingin!!

p/s: Blogger tersebut asalnya dari bumi Kelantan. Silalah menangkan dulu BN di Kelantan sebelum mengajar kami buruk dan baik dalam memilih pemimpin. 

Monday, May 27, 2013

Cukup-cukuplah baiki rumah tu Dato Najib


Semalam heboh sahabat blogger menulis tentang kenyataan Tun Daim yang menyarakan pegawai Perdana Menteri di pecat kerana dilihat sebagai gagal membantu Perdana Menteri.

Soalnya, Perdana Menteri tetap Perdana Menteri dan jika hendak dikira kepada soal tanggungjawab tentulah boss yang paling bertanggungjawab kepada apa jua yang berlaku. Penasihat dan pegawai memberikan pandangan tetapi kemuncak kepada soal pembuatan keputusan terletak di tangan boss. Itu asasnya.

Tak mengapalah..siapa pun layak untuk memberikan pandangan. 

Agak-agaknya sudah berapa lama UMNO diserang? Dihina? Dicerca? 

Pandangan mudah sahabat Jebat semasa Jebat minum petang bersama beliau semalam membuatkan Jebat terfikir ada benarnya dengan dakwaan sahabat Jebat itu. Seorang blogger suatu ketika dahulu tetapi sekarang ini lebih suka menghabiskan masa bersama Facebook. Mudah dan cepat katanya.

Ini antara bait kata-kata sahabat Jebat itu "UMNO ni macam rumah. Rumah ni pulak ada kumpulan budak-budak nakal yang sedang baling batu. Niat budak-budak tu nak hancur kan rumah tu. Kesan daripada balingan budak-budak tu rumah (UMNO) ada yang berlubang dan rosak. Tuan rumah tu dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah mengerahkan semua anaknya dan semua isi rumah untuk membaiki rumah tu. Budak-budak yang baling batu tu suka tengok sebab tindakan mereka itu tak mendapat tentangan keras dari rumah dan mereka terus diizinkan untuk menghancurkan rumah tu. Kau rasa tuan rumah tu tak ada akal ke untuk hentikan tindakan budak nakal ni? Instead of repair rumah tu kenapa tak tangkap je budak nakal tu supaya dia orang tak boleh baling lagi? Sampai bila nak repair? Sampai bila nak tutup lubang?

Ada benarnya dengan pandangan mudah sahabat Jebat tu..Tapi kalau Tok Najib memang suka nak baiki rumah sampai bila-bila terpulanglah.

p/s: Abang long Zahid Hamidi dah mula nak sekat budak-budak tu dari terus baling batu. Steadylah Bang Long..Kalau dibiarkan bukan sebiji batu yang datang tapi beribu. Kalau dah beribu macam mana nak elak. Sah satu akan hinggap kat dahi. Benjol!!

Sunday, May 26, 2013

Kau hairan ke kalau Anuwar menipu?


Blogger JUST READ di dalam artikel terbarunya ada menulis berhubung penipuan yang dilakukan oleh Anuwar Ibrahim.

Artikel yang diolah dengan sebegitu baik jika yang membacanya menggunakan akal fikiran yang waras untuk berfikir tentulah akan setuju dengan apa yang JUST READ nukilkan.

Tetapi umum sudah tahu akan gelagat penyokong totok Anuwar. Tunjukkanlah bukti sebaik mana dan sesahih mana sekalipun totok totok Anuwar akan pasti menolak dakwaan itu. Bagi Anuwar jawapan yang pasti digunakan ialah INI ADALAH KONSPIRASI UMNO  TERHADAP KARIER POLITIK SAYA.

Bukan sekali dua kita mendengar alasan yang sama digunakan oleh Anuwar untuk meloloskan diri daripada dakwaan sebegitu. Itulah kelebihan yang ada pada Anuwar. Magik atau totok Anuwar yang terlalu bodoh?

Pendedahan yang dilakukan oleh blogger JUST READ itu jelas menampakkan bagaimana kebodohan totok Anuwar. Calon DAP yang bertanding di dalam PRU ke 13 yang lalu sendiri telah menjelaskan bahawa TIDAK ADA BLACKOUT seperti yang didakwa Anuwar. 

Tetapi Anuwar masih pusing Malaya mendakwa itu dan ini. Dan yang lebih menghairankan totok Anuwar tetap terpesona dengan dendangan lagu tipu Anuwar. 

Kata orang Melaka..Anuwar ni muka seposen!!!

Baca DI SINI tentang apa yang sahabat Blogger JUST READ nukilkan berhubung temberang Anuwar. 

Percaya atau tidak biar otak anda jadi penentu!!

p/s: Jebat tak pernah hairan kalau yang menipu tu namanya Anuwar Berahim!!! Kalau dia bercakap benar itu yang Jebat akan hairan..Video yang tertayang kote bengkok pun boleh dinafikan inikan pulak kalau sekadar artikel..

Saturday, May 25, 2013

Punca BN kalah di Gombak..!!


Kalau bertanya pada Jebat kerja apakah kerja yang paling mudah maka Jebat akan jawab kerja yang paling mudah ialah kerja sebagai Yang Berhormat.

Buktinya? Tanyalah Azmin..Tanyalah pada Azmin berapa kali dia ada turun padang berjumpa dengan pengundi dan rakyat di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. 

Tanyalah kepada pengundi di Parlimen Gombak, Hulu Kelang, Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa berapa kali Azmin turun padang berjumpa pengundi a.k.a rakyat  semasa tempoh berkempen dalam PRU yang baru lalu.

Tanyalah Azmin berapa kali jalan menuju ke Ukay Perdana yang sentiasa berlopak itu dilalui oleh kenderaan Azmin? 

Sudahnya Jebat terfikir, tanyalah Azmin berapa kali dia ada melawat ibunya di Genting Klang. Kalau ibu sendiri pun dia tak hiraukan maka tak hairanlah kalau pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa kena tunggu lagi 5 tahun dalm PRU ke 14 untuk melihat kelibat Azmin. 

p/s: Tapi kenapa Azmin masih menang di Gombak dan Bukit Antarabangsa? Ada yang kata Azmin menang kerana calon BN di Gombak dan Bukit Antarabangsa tidak se handsome Azmin..Oh my English..Hahaha..PM kena tentukan calon BN dalam PRU ke 14 nanti kena handsome!!

Wednesday, May 22, 2013

Kemahuan rakyat desa pada Tok Najib


Syabas pada Perdana Menteri kerana telah berjaya membawa BN memenangi PRU ke 13 yang lalu. Biarpun tak berjaya mendapat 2/3 majoriti tetapi kemenangan tetap menjadi milik BN biarpun Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya pusing Malaya mengatakan mereka sebenarnya yang menang.

Kata orang biar menang satu kerusi sekalipun tetap dinobatkan sebagai pemenang. Entah dari mana sifir yang Pakatan gunakan sehinggakan mendakwa mereka menang kita semua kurang maklum. Meroyan.

Semalam Jebat bertemu muka dengan makcik-makcik di kampung Jebat. Sekadar ingin mengucapkan rasa terima kasih Jebat kepada mereka yang tidak pernah kenal erti lelah membuat kerja untuk memenangkan BN. Biar sekecil mana sumbangan mereka tetapi jasa mereka seharusnya dikenang oleh BN.

Sambil pada berbual dengan makcik-makcik itu sempat juga mereka mengomel sambil berkata "Macam mana boleh aku nak sampaikan rasa geram aku?" "Dekat kampung ni banyak setan-setan yang pangkah bulan tapi kerajaan tetap tolong sama macam kerajaan tolong aku". 'Aku yang penat dia orang tu senang je tuai hasil'.

Makcik tu terus membebel " Anak si anu tu, satu keluarga kerja dengan kerajaan tapi semua pangkah bulan sama parti kaki jubo' Aduh marah betul makcik tu. 'Anak aku sokong kerajaan bagai nak rak tapi sorang pun tak dapat kerja dengan kerajaan. Kerajaan tak tau ke keadaan ni?'

Pertanyaan makcik tersebut tak dapat Jebat nak jawab kerana memang ada benar dengan apa yang makcik tu cakapkan. Hanya kerajaan dan Yang Berhormat kawasan tu sahaja yang selayaknya menjawab soalan makcik tu.

Kerajaan dan wakil kerajaan intai-intailah rakyat di desa. Mereka yang banyak membantu memenangkan BN dalam PRU yang lalu. Kalau nak harapkan jentera BN sendiri agaknya dah lama BN jadi Be End!!


Sunday, May 19, 2013

Harap Pemuda dan Puteri dapat belajar erti malu


Kem Pemuda dan Puteri UMNO seharusnya belajar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana masih tetap meletakkan wakil mereka di dalam barisan kabinet kali ini.

Jika dikira pada sumbangan 2 sayap UMNO itu semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu, rasanya tidaklah layak mereka menjawat jawatan di dalam kabinet PM.

Jebat berada untuk tempoh yang agak lama di kawasan Parlimen Gombak pada PRU kali ini. Kalau ditanya apakah sumbangan Pemuda dan Puteri UMNO semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu ini, jawapan mudah dari Jebat ialah TIDAK ADA SUMBANGAN.

Tanyalah pada mana-mana bilik gerakan di pusat daerah mengundi di kawasan Hulu Kelang adakah mereka mendapatkan kerjasama yang baik dari 2 sayap UMNO itu? Mungkin ada di antara kita yang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bilik gerakan di Parlimen Gombak dibanjiri oleh makcik dan pakcik yang melebihi usia separuh abad.

Yang bergerak sepanjang tempoh berkempen itu hanyalah barisan NGO yang tetap setia menyokong BN. Usahkan hendak berkempen hendak menggantung bendera pun kem Pemuda dan Puteri UMNO tidak lakukan. Bersarang di minda Jebat, mana mungkin Pemuda hendak menggantung bendera dengan berbaju kain linen dan bagaimana Puteri hendak turun berkhemah di bilik gerakan yang tidak berhawa dingin dan tidak glamour?

Aduhai..Menyentuh kepada perlantikan KJ sebagai Menteri, Jebat secara peribadi melihat perlantikan KJ itu hasil daripada kekuatan yang ada pada diri KJ sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bantuan daripada  mana-mana ahli Pemuda dan kalau ditanya mengapa Rosnah Ketua Puteri dilantik sebagai Timbalan Menteri..itu kena tanya Perdana Menteri..Jebat sangat tidak faham!!!!!!!

Friday, May 17, 2013

Anuar cabar Anwar


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mencabar bekas bossnya Anwar Ibrahim untuk membuat pengiraan semula kertas undi di Parlimen Permatang Pauh jika bekas bossnya itu masih pusing Malaya membuat dakwaan kononnya ada penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi.

'Jika Anwar benar-benar yakin bahawa terdapat penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi mengapa beliau tidak mulakan dahulu pengiraan semula di kawasan yang ditandinginya sebelum mencampuri kawasan yang ditandingi orang lain'

'Saya akan meminta bantuan Suruhanjaya Piliharanya untuk perkara ini. Sudah masanya Anwar menerima hakikat bahawa rakyat menolak beliau daripada menjawat jawatan Perdana Menteri' kata Anuar Shaari lagi.

Itu keinginan Anuar Shaari yang pada pandangan Jebat sekadar pandangan kosong kerana Anwar Ibrahim tidak akan sesekali memandang berat kepada perkara yang boleh merugikan pergerakan kerjaya politiknya.

Sudah berapa lama rakyat menantikan paras rupa jam Omega? Sudah berapa lama rakyat menantikan kehadiran lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras seiras Anwar yang dikatakan melakukan adegan seks di dalam video? Berapa lama lagi kita menantikan keberanian Anwar untuk bersumpah?

Anda semua tahu betapa yang kita semua nantikan itu takkan kunjung tiba kerana Anwar tidak akan sesekali berupaya untuk membuktikan kesahihahan dakwaan beliau itu. 

Yang tidak perlu anda tunggu tetapi pasti akan kunjung tiba ialah kebolehan Anwar Ibrahim menyeret rakyat untuk terus berdemonstrasi di jalanraya.

Blogger Stop The Lies ada menulis perihal cabaran Anuar Shaari terhadap bekas bossnya itu DI SINI.

p/s: Tak sabar nak tengok Zahid Hamidi dan IGP baru bertindak menangani kegilaan gerombolan Pakatan ini!!!!

Thursday, May 16, 2013

Taring awal Zahid Hamidi!!!


Sudah lama kita menantikan kehadiran seorang Menteri yang tegas dalam membuat kenyataan.

Sejak Zahid Hamidi menerajui Kementerian Pertahanan kita sudah diperlihatkan dengan ketegasan Zahid apabila membuat keputusan.

Lihat sahaja bagaimana Zahid mengambil pendekatan  di dalam menangani isu pencerobohan tentera Kiram di Lahad Datu.

Nampaknya, keputusan Perdana Menteri meletakkan Zahid untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri telah mengembalikan keyakinan rakyat kepada KDN yang selama ini telah menjadi punca kemarahan rakyat terutama kepada bekas menteri kementerian itu sehinggakan bekas menteri kementerian itu dilabelkan dengan pelbagai panggilan manja yang menjengkelkan.

"Jika anda tidak suka dengan cara ini, anda boleh berpindah dan berhijrah daripada Malaysia".

Itu antara ayat awal yang terpacul keluar daripada mulut Zahid kepada rakyat Malaysia yang 'kurang gembira' dan yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia.

Blogger JUST READ di dalam artikel terbarunya menceritakan dengan panjang lebar tentang kenyataan Zahid itu.

Semoga kehadiran Zahid di KDN mengembalikan nama baik KDN yang sedikit tercalar sejak kebelakangan  ini. Bertindaklah Zahid demi menjaga keamanan negara.

Rakyat Malaysia jumlahnya sekitar 28 juta orang dan jika perlu ditangkap sejumlah 1 juta rakyat Malaysia yang cuba menghancurkan keamanan negara, tangkap sahajalah kerana di belakang anda ada 27 juta lagi rakyat Malaysia yang akan sentiasa menyokong anda demi keamanan.

Syabas Zahid!!!

p/s: Kita menanti aksi Hishamuddin di MINDEF dengan penuh debar!!! Wake up bro Hisham!!!

Wednesday, May 15, 2013

Pertanyaan orang Melaka buat Tok Najib


Salam hormat YAB Perdana Menteri. 

Tahniah kerana telah berjaya membentuk kerajaan baru selepas BN menang di dalam PRU yang baru lalu.

Kami orang-orang Melaka berasa sungguh bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang bijaksana dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Cuma kami berasa terkilan kerana YB YB dari Melaka tidak diberikan kerusi yang pada perkiraan kami sangatlah sikit jumlahnya di dalam barisan kabinet Dato Sri.

Mengapa tidak ada  seorang pun di antara YB kami yang menjawat jawatan Menteri? Biarpun negeri kami kecil tapi kesetiaan kami kepada UMNO dan BN tidaklah boleh dipertikaikan. 

Jika dikira dari segi kemampuan, Melaka terus maju di bawah kepimpinan YB YB kami dan ini jelas membuktikan akan kemampuan YB YB dari Melaka.

Yang besar jangan disangka gajah dan yang kecil jangan disangka kancil. Intai-intailah kami di Melaka.

Pun begitu kami tetap menyokong kepimpinan Dato Sri.

p/s: Melaka hanya ada seorang wakil Timbalan Menteri di dalam kabinet kali ini..Alahai kesian Jebat dengan negeri Jebat ni..Kesabaran orang Melaka teruji lagi!!!

Tuesday, May 14, 2013

Nama yang telah disahkan akan membarisi kabinet Najib


Berikut adalah senarai nama yang telah disahkan akan menjawat jawatan di dalam barisan kabinet Najib yang akan diumumkan jam 4 petang ini. Sumber sahih.

Perdana Menteri                : Mohd Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri : Tan Sri Mahyuddin Yasin

Menteri Kewangan            : Akan diumumkan jam 4 petang

Menteri Pelancongan         : Akan diumumkan jam 4 petang

Menteri Luar Bandar         : Akan diumumkan jam 4 petang

Selain daripada jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hanya akan diumumkan pada jam 4 petang. Jadi kau orang berhentilah daripada terus membuat spekulasi. Harap maklum.

Hahahaha...yang pasti Anwar Ibrahim BUKAN PERDANA MENTERI...

Ampun Pak!!!

Monday, May 13, 2013

Benarkah masyarakat Tionghua mahu Anuwar berundur?

 
 
The Edge Online dilaporkan telah menjalankan undian online yang antara lain memberi pilihan kepada para pembacanya untuk membuat pilihan sama ada memberikan ruang kepada Anuwar Ibrahim untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri atau bersara daripada arena politik kerana kegagalannya di dalam PRU yang baru lalu.
 
Blogger STOP THE LIES di dalam artikel terbarunya menggunakan ayat yang berbunyi 80 peratus daripada pengundi (bancian dalam The Edge) mahukan Anuwar berundur.
 
Stop The Lies juga melaporkan "Since the vast majority of The Edge’s readers are Chinese (who voted for the PR recently) this poll indicates that they now want Anwar to disappear so that we can get on with the job of running the country."
 
Jika benarlah asas pertimbangan Stop The Lies di atas jelas menbayangkan kepada kita bahawa PKR dan HamPAS hanyalah merupakan kuda tunggangan DAPigs untuk memecah belahkan undi Melayu.
 
Umum tahu DAPigs  telah berjaya menarik sokongan padu pengundi Tionghua untuk menyokong mereka di dalam PRU yang baru lalu lantaran kegagalan Anuwar itu boleh saja dijadikan sebab mengapa mereka kini tidak lagi memerlukan individu di bernama Anuwar di dalam perjuangan mereka. Habis madu sepah dibuang.
 
Nasib kamulah Anuwar..
 
p/s: Sources say that since this morning the DAP’s red bean bullshit army has been trying to hijack this Poll but so far it seems to be holding strong. Hahahaha...kelam kabut tentera cyber Dapigs ye..takut rahsia dan strategi mereka yang jelas sekadar menggunakan Anuwar terbongkar?

Sunday, May 12, 2013

Kisah penyokong PKR yang terlampau!!!

Manusia yang bodoh ialah manusia yang tak pernah sedar bahawa mereka adalah bodoh. 

Agak lama Jebat melihat bekas cendol Jebat petang tadi.
 
Semuanya kerana hilang selera akibat daripada tersalah masuk warung.
 
Rupanya warung cendol yang Jebat masuk petang tadi adalah milik pencacai tegar PKR.
 
Kalau namanya tegar tentulah sumpah seranah tidak akan terlepas dari bibir pencacai.
 
Pergi seorang datang pula seorang yang baru. Semuanya pencacai PKR. Kisahnya berkisar kepada perhimpunan yang telah mereka sertai di Kelana Jaya baru-baru ini.
 
Jebat bukan seorang yang hipokrit dan menidakkan perkara yang betul. Jika betul, ianya akan tetap betul di mata Jebat tetapi kalau pencacai PKR ini bodoh lagi dungu maka tetaplah dungu lagi bodoh di mata Jebat.
 
'Abang tahu, 20 juta bang 20 juta bang yang datang kat stadium malam tu. TV tak tunjuk. Tak masuk berita'
 
Itu antara fitnah terbaru yang pencacai PKR lontarkan.
 
Jebat angkat kaki dan  meletakkan RM 5 di atas meja untuk semangkuk cendol. Kalau dilayan sudahnya kita akan jadi seperti Mat Sabu yang tak pernah tahu apa yang dia sendiri cakapkan.
 
Rakyat Malaysia bilangannya sekitar 28 juta orang. Jadi kalau 20 juta yang datang ke stadium malam itu makanya hanya 8 juta yang tidak hadir. Aduh..Tolonglah..Kebodohan apakah ini?
 
Patulah mudah benar Anwar dan Kit Siang menipu hidup-hidup puak bodoh sombong ni..
 
Aduhai malangnya ibu bapa kamu ada anak seperti kamu..!!!

Saturday, May 11, 2013

Apa khabar Ali Rustam aka Tok Ali?



 

Apa khabar agaknya Tok Ali di Melaka selepas kecundang di Bukit Katil?
 
Sebagai anak Melaka, Jebat rasa amat dukacita di atas kekalahan Tok Ali tambah-tambah lagi di tangan manusia yang paling tinggi di Melaka aka Sam Kemetot.
 
Tetapi sebagai rakyat yang faham erti undang-undang, Jebat menghormati keputusan orang Bukit Katil walaupun Jebat merasa sedikit hairan adakah orang-orang di Bukit Katil sudah buta sehingga terlupa akan sumbangan Tok Ali kepada negeri Melaka?
 
Kita penyokong tegar BN bukan seperti penyokong Pakatan Haprak yang tidak tahu menerima keputusan dengan hati yang tenang sehingga memaksa mereka melolong di jalanan. Kalau acuan pemimpinnya begitu apalah yang mahu kita hairankan dengan sikap biadab penyokongnya.
 
Seorang rakan Jebat memaklumkan pada Jebat yang beliau ada menghantar sms pada seseorang yang rapat dengan Tok Ali supaya mencadangkan Tok Ali bertanding di Parlimen Tangga Batu. Tetapi jawapan daripada makhluk perosak kepada Tok Ali itu membalas dengan penuh angkuh ' Kau tak perlu masuk campur'.
 
Pada peringkat awal lagi, Jebat sudah merasa kurang selesa apabila Tok Ali memaklumkan mahu bertanding di Parlimen Bukit Katil. Bukan kerana risaukan kekuatan Sam Kemetot tetapi risaukan akan senario dan trend pengundi di situ.
 
Pada tahun 2004, BN menang besar di situ. Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani menang bergaya di Bukit Katil sebelum landskap politik negara berubah yang menyaksikan Dato Mat Sirat hampir tersungkur di Bukit Katil pada tahun 2008.
 
Bayangkan daripada majoriti puluhan ribu yang diperolehi Mohd Ruddin hanya tinggal seribu lebih semasa era Mat Sirat. Bukit Katil terus menjadi ruang untuk Pakatan bertapak dan menjadi seribu pertanyaan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengibarkan panji BN di situ dalam PRU yang baru lalu.
 
Akhirnya sebagai anak jantan, Tok Ali mengibarkan bendera untuk berjuang di Bukit Katil. Tindakan yang Jebat lihat amat berani walaupun sedikit menggusarkan. Dengan beberapa DUN di situ, yang terdapat ramai pengundi Tionghua risiko yang di ambil Tok Ali amat tinggi. Tetapi tentulah Tok Ali fikir orang-orang Melaka tahu mengenang budi. Tanggapan Tok Ali jauh meleset apabila segala jasa Tok Ali kepada negeri Melaka dihumban begitu sahaja oleh pengundi di situ. Tok Ali tersungkur.
 
Haprak sungguh pengundi di Bukit Katil yang tidak tahu mengenang budi. Kalau selepas ini Melaka kehilangan pemimpin yang berwibawa seperti Tok Ali andalah yang menjadi punca kepada keadaan ini. Lebih malang kerana langkah pertama Tok Ali untuk membantu menambah bangunkan Malaysia telah dibantutkan oleh pengundi di Parlimen Bukit Katil semata-mata dek kerana kecintaan kepada manusia bantut bernama Sam Kemetot.
 
Kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, intai-intailah apa yang boleh Datuk lakukan untuk memberikan kedudukan kepada Tok Ali selaras dengan kemampuan dan jasa Tok Ali.
 
Semoga Tok Ali tidak patah semangat!!!

KJ jadi Menteri?



Ketua Pemuda UMNO sudah buka mulut tawar diri menjadi sebahagian daripada anggota kabinet Najib.
 
Tahniah buat KJ kerana menang besar dalam PRU yang baru lalu. Dalam pada banyak kawasan yang sakit majoriti KJ terus melonjak naik.
 
KJ punya aura tersendiri. Setuju atau tidak itu adalah hakikat. Kadang-kadang terfikir juga mengapa ramai di kalangan kita yang tidak suka pada KJ.
 
Kalau diikut pada perkiraan emosi mungkin ramai yang tidak suka pada KJ kerana aura KJ yang sering membuatkan anak gadis tidak lena malam. Kes cemburu.
 
Kalau dikatakan KJ menjadi perosak kepada parti, tentulah sudah lama Presiden ambil tindakan.
 
Lantaran dakwaan itu, mampukah kita menolak akan kehebatan KJ berdebat dan berhujah di Parlimen? Mampukah kita namakan seorang anak muda yang mampu berdebat dengan pimpinan HamPAS di dalam kubu kuat  HamPAS?
 
Pada perkiraan Jebat, seharusnya KJ diberikan peluang untuk membuktikan kehebatan beliau sebagai pemimpin. Mukhriz sudah diberikan kedudukan, bahkan Naib Ketua Pemuda juga sudah diberikan kedudukan.
 
KJ sudah membuktikan yang beliau hebat dan mungkin kerana itulah beliau sudah merasakan beliau perlu membuka mulut menawarkan diri.
 
Atau mungkin KJ sudah tidak tahan untuk terus bersabar melihat sahabat-sahabatnya dari kilang Pemuda dinobatkan dengan pelbagai jawatan tetapi beliau masih terus terkial-kial menanam tebu berjenama KJ di bibir Presiden UMNO. KJ sudah teruji selama sepenggal.
 
Lebih baik jadi seperti KJ yang berterus terang mahukan jawatan daripada menjadi musang berbulu ayam yang sanggup melacurkan imej kawan untuk mendapatkan jawatan.
 
Aduhai..!!

p/s: Sahabat blogger Parpu tentu tak setuju!!
 
 

Friday, May 10, 2013

Siapa Menteri Penerangan selepas ini?



PRU sudah berakhir..
 
BN menang dan Pakatan Rakyat kalah.
 
Nak terima kenyataan tu terimalah kalau tak mahu terima itu kau orang punya pasal..Ada aku kisah?
 
Sekarang masa untuk mencongak barisan kabinet yang akan Perdana Menteri bentuk. Tak habis-habis nak baca apa yang sedang berlegar di minda Perdana Menteri. Kelakar.
 
Dahulu semua orang mencongak tarikh pembubaran Parlimen. Semua jadi macam nujum.
 
Lepas bubar congak nama calon BN untuk bertanding di dalam PRU ke 13. Sudahnya semua salah. Jelas, PM banyak calonkan nama yang entah apa-apa. Kalau nak harap calon dah tentu BN kena tendang. Calon BN yang bertanding ni kena belajar cium tangan PM. Kalau tak kerana aura PM sah ke laut calon-calon kita. Setuju?
 
Sahabat blogger Putramerdeka dalam artikelnya DI SINI menulis dengan penuh emosi. Pun tidak mahu ketinggalan menjadi nujum rupanya sahabat Putramerdeka.
 
Bila Jebat baca dan fahami apa yang Putramerdeka coretkan, Jebat merasakan ada asas tentang apa yang beliau nukilkan.
 
Rasanya nama individu yang Putramerdeka sebutkan itu sebelum ini pernah cuba mencalar imej seorang Menteri semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri. Motif? Mana lah Jebat tahu..tanyalah individu tu sendiri.
 
Menteri tu pun dah tak bertanding dalam PRU ke 13 ni. Jebat pun hairan kenapa beliau diketepikan biarpun satu Malaya tau Menteri tersebut sangat layak memegang portfolio tersebut.
 
Kalau nak bandingkan individu yang Putramerdeka sebutkan sebagai calon Menteri Penerangan dengan bekas Menteri Penerangan yang tidak bertanding dalam PRU ke 13 yang lalu. jawabnya..BAGAI LANGIT DAN BUMI!!
 
Merasa diri bagus dan sememangnya bagus adalah dua keadaan yang berbeza. Biar orang lain yang menilai. Anda jangan menilai diri anda sebagai bagus.!!
 
Jangan jadi bagus-bagus!!
 
p/s: Rais sangat bagus dalam bidang-bidang budaya dan sejarah. Serahkan portfolio  berkenaan kepada beliau. Kita tahu dia bagus dan tidak macam bagus-bagus..

Wednesday, May 8, 2013

Siapakah lelaki ini? Siapa kenal tolong jelaskan!!

b_p25Harmandar

Secara jujurnya Jebat katakan yang Jebat tidak kenal siapa lelaki di dalam gambar ini. Beliau bukanlah nama besar di dalam arena politik tanahair.

Tetapi setelah membaca sebuah blog yang mendakwa lelaki ini sebagai perancang kepada perjalanan politik DAPigs, Jebat tertarik untuk mengetahui kebolehan lelaki ini kerana jika benarlah beliau bertindak sebagai perancang kepada percaturan propaganda politik DAPigs tentulah boss boss di dalam DAPigs mengakui akan kehebatan lelaki ini kerana jelas DAPigs telah berjaya menarik sokongan besar pengundi Cina untuk memangkah roket.

Soalnya adakah lelaki ini merencana propaganda politik dengan cara yang benar-benar sahih dan beretika atau sekadar menabur fitnah? 

'He should be investigated by the MACC and police for all the hate SMS messages that’s going around. Is he responsible for the picture showing a mock altar of the PM with joss sticks?  He should be checked.'

Kenyataan di atas Jebat cedok daripada blog Stop The Lies yang jelas menggambarkan bahawa sesungguhnya tindakan tegas harus di ambil terhadap lelaki ini jika benarlah dakwaan blogger Stop The Lies.

Untuk cerita selanjutnya berkenaan lelaki ini BACA DI SINI