Wednesday, May 22, 2013

Kemahuan rakyat desa pada Tok Najib


Syabas pada Perdana Menteri kerana telah berjaya membawa BN memenangi PRU ke 13 yang lalu. Biarpun tak berjaya mendapat 2/3 majoriti tetapi kemenangan tetap menjadi milik BN biarpun Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya pusing Malaya mengatakan mereka sebenarnya yang menang.

Kata orang biar menang satu kerusi sekalipun tetap dinobatkan sebagai pemenang. Entah dari mana sifir yang Pakatan gunakan sehinggakan mendakwa mereka menang kita semua kurang maklum. Meroyan.

Semalam Jebat bertemu muka dengan makcik-makcik di kampung Jebat. Sekadar ingin mengucapkan rasa terima kasih Jebat kepada mereka yang tidak pernah kenal erti lelah membuat kerja untuk memenangkan BN. Biar sekecil mana sumbangan mereka tetapi jasa mereka seharusnya dikenang oleh BN.

Sambil pada berbual dengan makcik-makcik itu sempat juga mereka mengomel sambil berkata "Macam mana boleh aku nak sampaikan rasa geram aku?" "Dekat kampung ni banyak setan-setan yang pangkah bulan tapi kerajaan tetap tolong sama macam kerajaan tolong aku". 'Aku yang penat dia orang tu senang je tuai hasil'.

Makcik tu terus membebel " Anak si anu tu, satu keluarga kerja dengan kerajaan tapi semua pangkah bulan sama parti kaki jubo' Aduh marah betul makcik tu. 'Anak aku sokong kerajaan bagai nak rak tapi sorang pun tak dapat kerja dengan kerajaan. Kerajaan tak tau ke keadaan ni?'

Pertanyaan makcik tersebut tak dapat Jebat nak jawab kerana memang ada benar dengan apa yang makcik tu cakapkan. Hanya kerajaan dan Yang Berhormat kawasan tu sahaja yang selayaknya menjawab soalan makcik tu.

Kerajaan dan wakil kerajaan intai-intailah rakyat di desa. Mereka yang banyak membantu memenangkan BN dalam PRU yang lalu. Kalau nak harapkan jentera BN sendiri agaknya dah lama BN jadi Be End!!


1 comment:

  1. sepatutnya kerajaan ade bajet istimewa untuk kaw yg kerajaan menang..
    bru ade beza n istimewa bila sokong kerajaan

    ReplyDelete