Tuesday, May 28, 2013

Jangan hina Ali Rustam


Semalam ada seorang blogger yang 'menghentam' Tok Ali kerana dikhabarkan Tok Ali mahu menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung UMNO di dalam Perhimpunan Agong yang akan datang. Baru khabar angin orang sudah mahu melenting. Hebatnya Tok Ali!!

Tidaklah salah sekiranya blogger tersebut memberikan pandangannya dari sudut ketidaklogikan Tok Ali diberikan mandat untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung tetapi ada bait-bait kata blogger tersebut yang membuatkan kami rakyat Melaka berasa sangat dukacita.

Benar, Tok Ali tewas di dalam PRU yang baru lalu tetapi kami rakyat Melaka cukup merasa terhutang budi dengan jasa Tok Ali membangunkan dan memajukan negeri kami. 

Selepas era Tan Sri Rahim Tamby Chik kami rakyat Melaka sangat khuatir apakah pengganti Tan Sri Rahim akan mampu mentadbir Melaka sebaik Tan Sri Rahim? Alhamdulillah kami diberikan Tok Ali yang pada hemat kami rakyat Melaka sebagai antara Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia. 

Tanyalah kepada mana-mana pelancong yang datang ke Melaka apakah perasaan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Hang Tuah ini. Biarpun negeri kami kecil dan kekurangan sumber alam semulajadi tetapi berkat kerjasama kami semua rakyat Melaka dan dengan kebijaksanaan pemimpin negeri kami, kami sudah mampu duduk sama rendah bahkan berdiri lebih tinggi dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Blogger tersebut menggunakan perkataan 'Apakah yang bagus sangat Tok Ali'. Sukalah kami jelaskan pada blogger tersebut bahawa YA PADA PANDANGAN KAMI TOK ALI SANGAT BAGUS SEBAGAI PEMIMPIN. 

Kalau diambil kira faktor kepetahan bercakap sebagai garis panduan bagus atau tidak seseorang itu sebagai pemimpin maka anda harus bertanya kepada diri anda sendiri APAKAH ANWAR IBRAHIM YANG PETAH BERCAKAP ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERKUALITI?

Biar seburuk mana pandangan orang lain pada Tok Ali tetapi kami rakyat Melaka tetap menganggap Tok Ali sebagai 'legend'. Blogger tersebut mengatakan bahawa Tok Ali tidak sepatutnya diberikan peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO kerana pernah digantung daripada bertanding akibat dakwaan politik wang. 

Jika benar sekalipun dakwaan itu, Tok Ali sudah pun menjalani hukuman itu dan menerima keputusan Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Buat makluman, ramai ahli UMNO Melaka yang bercadang untuk keluar daripada UMNO tempoh hari apabila Tok Ali disahkan tidak boleh bertanding tetapi apabila melihat kepada ketenangan Tok Ali menerima keputusan itu kami menarik balik keputusan itu.

Jika UMNO pusat merasakan Tok Ali tidak layak untuk diberikan peluang menjawat Setiausaha Agung UMNO atas alasan dakwaan salah laku poliitk wang, kami rakyat Melaka tidak sesekali akan merasa marah atau kecewa dengan keputusan itu tetapi kami akan berasa kecewa jika pemimpin terulung kami itu dicerca dan di hina!!!

Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak nak kami pun tak ingin!!

p/s: Blogger tersebut asalnya dari bumi Kelantan. Silalah menangkan dulu BN di Kelantan sebelum mengajar kami buruk dan baik dalam memilih pemimpin. 

9 comments:

  1. Respek Tok Ali dapat majukan Melaka dgn sumber yg terhad.

    ReplyDelete
  2. yess....setiap kali aku menjejakkan kaki di melaka akan terasa kelainannya dari segi lanskap dan kebersihan bandar serta sungai yang terurus dgn baik sekali walaupun negeri kecil dan tidak banyak sumber alam semulajadi...ini menunjukkan negeri melaka mempunyai pentadbir yg hebat sekali..
    terima kasih tok ali walaupun kalah dlm pru 13 namun jasa tok ali amat signifikan!

    ReplyDelete
  3. btul tu ..pelik gak baca blog sanggahtokjanggut tu..ape yg sakit hati sgt ngan ali rustam...aku yg bukan org melaka nie pun respek kt ali rustam..biar la die bg title ngarut2, idea pelik2..tp disebalik idea2 pelik tu la, die naik kan ekonomi melaka, terutama melalui pelancongan..kalu cuti je, sesak melaka org luar dtg...bersih pun bersih...aku kalu byk2 negeri ni aku nk pindah, aku mmg nk dok melaka..

    -org kl ber'dna' kelantan-

    ReplyDelete
  4. Sampai bila orang Melaka terus dibuli...sudahlah tiada wakil menteri di dalam kabinet.. Kena kutuk lagi akibat dengar khabar angin jadi SU UMNO...Menang dengan Majoriti besar pun masih bernasib malang...Nampaknya UMNO akan terus dirosakkan dari dalam oleh parasit yang gila kuasa.... Any way syabas Ghani Othman kerana menjadi Pengerusi Sime darby....Tok Ali bawa banyak2 bersabar..ada hikmah disebaliknya...TQ

    ReplyDelete
  5. Ala, KJ boleh lepas sekarang ni jadi menteri lagi inikan pula Tok Ali...

    ReplyDelete
  6. benar sekali. Orang-orang PAS kelantan boleh belajar dengan Tok Ali ni cara nak bangunkan negeri dengan sumber yang terhad. Dah 20 tahun lebih PAS perintah, Kelantan taklah semaju mana. Rakyat kelantan beribu-ribu orang mencari rezeki di luar Kelantan dan bila cuti balik dengan bergaya ke Kelantan menunjukkan kemewahan yang dikutip dari luar Kelantan. Kemudian bila keluar semula dari Kelantan menuju ke negeri-negeri lain yang beribu-ribu ini membawa ideologi PAS untuk disebarkan. Kadang rasa macam tak kena je. Pelik. Tak Munasabah. Mereka mencari rezeki di negeri-negeri yang bukan bawah pemerintahan PAS kerana di negeri mereka yang dibawah PAS tiada kerja. Aneh.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Tu yang aku heran kenapa blogger tu benci sanggat dengan tok ali?

    Apa dia ingat tok ali terhegeh ke dengan jawatan su umno tu?

    Apa dia ingat tok ali ta, ada test ke?

    Dari ahli majlis tertinggi nak ke SU UMNO apa kelas.......

    Jangan lupa Tok Ali adalah calon yangbpaling layak untuk menjawat jawatan TYT MELAKA ayang baru tak.

    Setakat jawatan SU UMNO tu apa le sanggat.....

    BRO BUAT LE SATU KEMPEN UNTUK TOK ALI

    " LANTIK TOK ALI JADI TYT MELAKA"

    Jangan lupa ianya strategi serampang dua mata....

    Selain daripada menebus kembali maruah TOK ALI ianya adalah peluang untuk beliau membelasah mereka2 yang menikam beliau di PRU 13

    ReplyDelete
  8. BN PARTI TUNGGAL? BOLEH DIFIKIRKAN TETAPI BN TIDAK BOLEH BUANG MASA MENGKAJI BAIK BURUKNYA. PRIORITY UTAMA `PROGRAM PEMBERSIHAN DAN PENGKUKUHAN SOKONGAN TERHADAP BN’.
    Pada pendapat penulis cadangan Gerakan untuk BN menjadi parti tunggal kepada parti parti adalah rasional tetapi ia perlu kajian mengenai format dan implikasi Perlembagaan Negara. Ini bermakna tiada lagi parti parti yang berasaskan kaum atau kumpulan. Perlantikan PM macamana? Kena ubah ayat di Perlembagaan ke? Kalau perlembagaan BN senang ubah tetapi Perlembangaan Persekutuan, kena ada 2/3 majoriti.
    Sebenarnya konsep BN sudah menepati seruan Gerakan tadi dan identiti sebuah parti di kekalkan. Setiap parti bergerak memperjuangkan hak bangsanya tetapi berlandaskan konsep BN. Gerakan sendiri merupakan BN kerana parti pelbagai kaum walaupun kaum Cina menjadi dominant.
    Datuk Saifuddin Abdullah pernah bersuara untuk BN membuka keahlian terus kepada yang berminat. Katanya ramai yang tidak berminat menjadi ahli UMNO atau MCA atau MIC tetapi OK menjadi ahli BN.
    Jadi satu cadangan untuk parti parti kaum menjadi satu ataupun parti BN setaraf dengan UMNO, MCA dan MIC. Manakala satu lagi cadangan supaya hanya individu yang menjadi ahli BN. Mana yang senang di implement?.
    BN juga mempunyai kawan seperti IPF, MAIKAL SAKTI dan KIMMA. Bagaimana dengan status mereka? Seikhlasnya, parti parti bercantum dahulu mengikut kaum. Umpamanya MIC bergabung dengan PPP, IPF dan MAIKAL SAKTI. Ahli Melayu dalam PPP masuk UMNO manakala ahli Cina PPP masuk MCA. Muslim India macamana? Selepas peringkat ini sudah dilakukan, fasa kedua boleh difikirkan.
    Tujuan utama BN parti tunggal ialah untuk meningkatkan sokongan rakyat keatas BN. Penulis bersetuju dengan apa jua cadangan yang boleh menjadikan BN sebuah parti yang kuat.
    Bagaimanapun dengan perkembangan politik tsunami Cina dan anak muda Bandar dan PRU 14 yang tidak sampai 5 tahun lagi, BN wajib menjawab persoalan yang dihadapainya sekarang. Orang Cina dan anak muda tidak marah jika BN menjadi parti tunggal tetapi mereka marah kerana BN kononnya mengamalkan rasuah dan kronisima.
    Ini yang kena diselesaikan terlebih dahulu. Penulis tidak mahu BN menjalankan sesuatu program yang tidak menyelesaikan masalah pokok. `Address the issue. Not create another issue’.

    SILA BACA HUJAHAN DI www.nasirwise.blogspot.com

    Kesimpulan
    Dengan contoh contoh yang diberikan di sini dan di penulisan sebelum ini, Kerajaan BN sudah cukup `busy’ untuk melakukan transformasi di kalangan Kementerian sahaja. Biro penerangan UMNO boleh menjadi sebahagian daripada team program kerana ketuanya selalu menyatakan yang baik baik sahaja. Very artificial. BN kena tubuh satu badan bertindak seumpama Sekretariat PEMANDU. Jika Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudi menolong, ia sangat meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya. Dedikasi dan keinginan berkerja beliau sangat tinggi. Beliau perlu diberikan peruntukan dan pasukan.

    ReplyDelete
  9. Ank kmbing terlepas ragut rumput kt padang,ank lmbu sakit xde obat,ikan kt dlm balang dok tgu masa jer,trafic light rosak serabut kereta,jln brlobang kasi tampal la,nk mkn roti canai kena pegi mamak,dok rmh rehat2 sudah,sok pagi bgn jgn lupa p keje tau...

    ReplyDelete