Kem Pemuda dan Puteri UMNO seharusnya belajar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana masih tetap meletakkan wakil mereka di dalam barisan kabinet kali ini.
Jika dikira pada sumbangan 2 sayap UMNO itu semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu, rasanya tidaklah layak mereka menjawat jawatan di dalam kabinet PM.
Jebat berada untuk tempoh yang agak lama di kawasan Parlimen Gombak pada PRU kali ini. Kalau ditanya apakah sumbangan Pemuda dan Puteri UMNO semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu ini, jawapan mudah dari Jebat ialah TIDAK ADA SUMBANGAN.
Tanyalah pada mana-mana bilik gerakan di pusat daerah mengundi di kawasan Hulu Kelang adakah mereka mendapatkan kerjasama yang baik dari 2 sayap UMNO itu? Mungkin ada di antara kita yang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bilik gerakan di Parlimen Gombak dibanjiri oleh makcik dan pakcik yang melebihi usia separuh abad.
Yang bergerak sepanjang tempoh berkempen itu hanyalah barisan NGO yang tetap setia menyokong BN. Usahkan hendak berkempen hendak menggantung bendera pun kem Pemuda dan Puteri UMNO tidak lakukan. Bersarang di minda Jebat, mana mungkin Pemuda hendak menggantung bendera dengan berbaju kain linen dan bagaimana Puteri hendak turun berkhemah di bilik gerakan yang tidak berhawa dingin dan tidak glamour?
Aduhai..Menyentuh kepada perlantikan KJ sebagai Menteri, Jebat secara peribadi melihat perlantikan KJ itu hasil daripada kekuatan yang ada pada diri KJ sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bantuan daripada mana-mana ahli Pemuda dan kalau ditanya mengapa Rosnah Ketua Puteri dilantik sebagai Timbalan Menteri..itu kena tanya Perdana Menteri..Jebat sangat tidak faham!!!!!!!
utk PAU nanti pastikan org2 ni diganti,hisham keris,khairy menyemak & menyenakkan umno jer
ReplyDeletebeza putri masa zaman azalina dulu sungguh agresif..sekarang ni ketua dia nak bawa bdn pun tak larat.
ReplyDeleteItulah yang sedihnya bila pemuda dan pemudi UMNO dari generasi googles yang tidak pernah memahami maksud pengorbanan sebenar perjuangan! Ramai yang perasan mereka bergiat dalam UMNO sebagai batu loncatan sahaja! Janganlah ada specie ini dibiarkan dalam UMNO lagi. Aku tak rela UMNO tumbang gara-gara sikap tamak dan kebudak-budakan yang mementingkan diri ini yang masih menebal dalam sebahagian dari merka. UMNO wake up and make sure you rid of this specie!
ReplyDeleteBudak budak ini hanya hebat bercakap di perhimpunan agung umno saja. Tetapi pengecut dipadang. Pemuda pas pandang mereka ini sebagai MAMAT DAN MINAH PENYEBUK MAJLIS. Tetapi puak ni tak tahu malu meminta jawatan menteri dengan PM. Saya rasa Malaysia book of record bpleh catat sejarah orang yang minta jadi menteri secara terbuka.
ReplyDeleteJangan terperanjat . Dalam dunia ni siapa pandai ampu, bermuka-muka, walaupun tak jujur, suka pijak kepala kawan; orang itulah akan diangkat....Inilah tanda-tanda kejatuhan sesuatu bangsa dan kerajaan di dunia ini sejak dahulu kala lagi. Ia berlaku di mana sahaja. Apakah Malaysia terkecuali ? Apakah tidak mungkin berlaku apabila di suatu masa nanti BN tumbang ada pemimpin muda dalam BN sekarang akan berhijrah ke parti lain yang memerintah ketika itu ? Jawabnya tidak mustahil jika ahli dan kepimpinan UMNO sekarang masih sayang dengan golongan seperti ini baik di dalam pemilihan jawatan parti atau lain-lain jawatan.
ReplyDeletekami di pasir gudang wanita yang pasang bendera. pemuda langsung tak nampak muka
ReplyDeleteBenarkah ada boikot di kalangan Pemuda di Pasir Gudang?
ReplyDeletePEMUDA UMNO kini semacam pondan. Tidak seperti zaman Tun Sardon Syed Jaafar Alba atau Dato Harun serta Dato Suhaimi. Pemuda UMNO menjadi lesu bilamana Anuar mula menjadi Ketua nya diikuti oleh Rahim Tamby Chik, Nazri Aziz, Zahid Hamidi , Hisamudin dan kini Khairy. Asas penubuhan sayap PEMUDA ialah untuk menjadi parti dalam parti. Suara PEMUDA harus lantang bilamana UMNO ditekan oleh sesiapa sahaja. PEMUDA seharusnya menjadi jaguh kepada UMNO untuk mempertahankan segala serangan dari kawan dan musuh. Ini tidak terjadi kerana pemimpin PEMUDA UMNO sekarang sibuk memburu projek untuk menjadi kaya raya. Lihat sahaja bilamana Perhimpunan PEMUDA berderatan kereta2 mewah dengan harga beratus ribu malah ada nya hampir mencecah juta diletakan dihadapan bangunan PWTC. Berbelanja dengan bergitu mewah dengan menghantar wakil2 mereka berseronok di pusat2 hiburan seperti karaoke, dangdut dan pusat2 urut. Penuh semuanya dengan ahli PEMUDA UMNO.Saya katakan ini kerna saya sendiri melihat akan kebodohan dan kesombongan mereka ini. Malah ada satu ketika KETUA PEMUDA BAHAGIAN dihadiahkan sebuah kereta Mercedes setiap 1 oleh calon Naib Ketua atas kemenangan nya. Bergitu lah tahap PEMUDA UMNO sekarang ini.
ReplyDelete