Wednesday, May 15, 2013

Pertanyaan orang Melaka buat Tok Najib


Salam hormat YAB Perdana Menteri. 

Tahniah kerana telah berjaya membentuk kerajaan baru selepas BN menang di dalam PRU yang baru lalu.

Kami orang-orang Melaka berasa sungguh bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang bijaksana dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Cuma kami berasa terkilan kerana YB YB dari Melaka tidak diberikan kerusi yang pada perkiraan kami sangatlah sikit jumlahnya di dalam barisan kabinet Dato Sri.

Mengapa tidak ada  seorang pun di antara YB kami yang menjawat jawatan Menteri? Biarpun negeri kami kecil tapi kesetiaan kami kepada UMNO dan BN tidaklah boleh dipertikaikan. 

Jika dikira dari segi kemampuan, Melaka terus maju di bawah kepimpinan YB YB kami dan ini jelas membuktikan akan kemampuan YB YB dari Melaka.

Yang besar jangan disangka gajah dan yang kecil jangan disangka kancil. Intai-intailah kami di Melaka.

Pun begitu kami tetap menyokong kepimpinan Dato Sri.

p/s: Melaka hanya ada seorang wakil Timbalan Menteri di dalam kabinet kali ini..Alahai kesian Jebat dengan negeri Jebat ni..Kesabaran orang Melaka teruji lagi!!!

17 comments:

  1. Replies
    1. Ya sabar ..... pru12 Sarawak adalah fixed deposit, tapi bilangan YB yang dilantik sebagai Menter/Timbalan Menteri adalah sedikit! Kita bersabar! Kali ini, hasil kesabaran kita, Sarawak mendapat pengiktirafan dari Najib dgn melantik banyak Menteri & Tim Menteri... Terima kasih Najib!!!

      Delete
  2. Harap-harap selepas ini Perdana Menteri akan mengurangkan pegawai-pegawai komiunkasi beliau yang sebahagian besarnya telah basi.

    Karakter tukang jaga artis berpangkat Datuk Seri mungkin boleh kembali kepada tugas asal dan tak perlu menjadi hamba abdi buta tuli. Jangan bodek tak tentu pasal lagi.

    Event organizer company Pasukan Komunikasi Nasional atau NCT harus dibubarkan. Penyangak NCT tidak menilai dan tidak tahu apa itu Janji DiTepati. Mereka hanya tahu salur dana kepada syarikat sendiri.

    Karakter seperti Azman Awaldin, gundiknya Jaqueline dan saudara O, harus disiasat kerana ada maklumat mengatakan kumpulan ini telah menggelapkan dana puluhan juta ringgit.

    Mungkin ada ramai yang tidak mempercayai tetapi fakta dan maklumat risikan tidak boleh ditepis lagi. Penyangak yang tikam Perdana Menteri dari belakang dengan Janji DiTepati harus diadili.

    Jika tidak percaya cuba audit aset dan pemilikan individu-individu yang disebut tadi. Jangan lupa mahligai diP.Pinang dan Australia negeri sejuk mainan biri-biri. Periksa juga siapa pengarah dan pengerusi syarikay sapu sana sini.

    Wahai bekas editor kanan berlagak penasihat memanda perdana menteri, jika ada perasaan malu dan harga diri, mohonlah maaf dan undurlah diri. Jangan khianati kepercayaan Perdana Menteri. Jangan bersekongkol dengan penyangak tak berperi walaupun gaji puluhan ribu diberi.
    Berundurlah secara terhormat jika masih ada maruah diri.

    Concerned Researchers

    ReplyDelete
  3. setelah Dtk Ali di singkir kini YB pula di pinggir..menang 2/3 majoriti di melaka hanya layak Tim Menteri...di mana keadilan Najib...negeri yg kecundang masih ada 2,3 org menteri penuh..di mana pertimbangan nya...kini di katakan seimbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak bermaknanya jika dilantik Menteri/Timbalan Menteri, jika sekiranya 25 MP BN (bukan Umno) Sarawak tarik sokongan kepada BN pusat!! 133 - 25 = 108 kerusi ... dapatkah membentuk Kerajaan? Sama sama kita fikir!!!

      Delete
  4. Saya lihat kegagalan YB dari melaka menjadi menteri disebabkan pemilihan pemimpin Melaka melatakkan calon-calon yg berwibawa utk menjadi calon di peringkar parlimen di Melaka. Saya minta maaf jikalau saya katakan bahawa YB yg mewakili parlimen di Melaka bukanlah boleh diketengahkan di peringkat kabinet/negara. Calon yg hebat telah pun menjadi KM. Oleh itu perlunya KM Melaka yg baharu mencari calon-calon yg berwibawa di masa akan datang. Ianya blh dilakukan dengan mengambil langkah hari ini. Saya percaya Melaka akan tetap menjadi kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  5. Statment bodo sendiri tanya sendiri dah bagi jawapan. Kalau tak ada sorang pun wakil bolih juga nak komplen. Semua negeri nak ramai wakil jadi menteri berapa ratus nak ujudkan jawatan tersebut dalam kabinet? Apakah jika tidak terdapat wakil dari mana-mana negeri ianya akan terlepas dari perhatian kerajaan? Apa gunanya sesuatu negeri ada MB jika tidak bolih mengemukakan masalah..!!

    Bersyukur..lah dengan nikmat yang dah kita terima selama ini. Selain kita di semenanjung, cuba kita lihat di Sabah dan Sarawak negeri mereka besar wakil rakyat ramai, kalau mereka juga menuntut tempat macam mana? sendiri fikirlah admin blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul la tue. Nak bertanding dh bg tp xkn jaw pun mau ...sbb jawatan bkn byk pun. Yg penting keja bkn jaw. Kalo sawarak lg besar dr semenanjung minta ikut keluasan pakat smua xlayak n x dpt

      Delete
    2. Ini bukan statement tapi pertanyaan..mungkin saudara tidak tahu sejarah Melaka..dahulunya Melaka ada seorang Menteri dan seorang Tim Menteri..kami orang Melaka cuma minta satu kerusi untuk YB Melaka..kalau saudara bukan orang Melaka rasanya elok jangan menyemak dalam soal orang Melaka..bodoh sangat kalau mau kan lebih daripada yg sepatutnya..kami cuma mahukan tradisi seorang Menteri dan seorang Tim Menteri dikekalkan..Sabah dan Sarawak ramai yang mendapat kedudukan kali ini. Kami tidak pertikaikan..kami cuma memohon untuk negeri kami...elok saudara buka suratkhabar dan belajar mengira berapa ramai Menteri dan Tim Menteri dari Sabah Sarawak..

      Delete
    3. Calon menteri kuota Melaka dah disediakan dari awal lagi. Malangnya kalah pulak tempohari.....kesiaaann tok Ali.

      memang sial laa cina Bukit Katil tu

      Delete
  6. Org melaka jgn risau... mintak je menteri pengangkutan..... kan masih kosong tu... ada sape2 nk mintak?

    ReplyDelete
  7. AMANAH itu BERAT....sabar..Allah nak selamatkan orang Melaka dari jurang api NERAKA

    ReplyDelete
  8. Oghang Melake dan Johor memang bodoh. Sokong buta tuli. Tak bagi jawatan pun dia sokong. Jadi, bagi ler pada yg taknak sokong kalau tak dapat jawatan macam di Sabah dan Sarawak.

    Jangan marah. Kenyataan.

    ReplyDelete
  9. Ni suma keje Ali Rustam, Dia tak ambil orang yang lebih cerdik dr dia jadi YB. Suma yg lebih cerdik dr dia, dia cantas.Kononnya dia nak jawatan KM seumur hidup. Bila pusat pilih calon ke parlimen, Melaka kekurangan calon yang berwibawa dlm Umno kah kah .kah . Yang berwibawa ialah manager ghumah kawin terbesar di Malaysia. Ali Kutam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa cakap YB Melaka selain Ali Rustam tak ada yang cerdik? MP Masjid Tanah YB Emi tu seorang peguam.Kalau Mat Sabu betullah tak cerdik. Kalau Stopa Ali betullah tak cerdik. Kah Kah Kah

      Delete
  10. Sabar sabar.... tak semestinya jd menteri kalau nak berkhidmat. Banyak lagi jawatan lantikan yg penting dalam organisasi kerajaan. Pengerusi MARA, FELDA dan lain lain lagi Sabau je la...

    ReplyDelete