Friday, May 10, 2013

Siapa Menteri Penerangan selepas ini?



PRU sudah berakhir..
 
BN menang dan Pakatan Rakyat kalah.
 
Nak terima kenyataan tu terimalah kalau tak mahu terima itu kau orang punya pasal..Ada aku kisah?
 
Sekarang masa untuk mencongak barisan kabinet yang akan Perdana Menteri bentuk. Tak habis-habis nak baca apa yang sedang berlegar di minda Perdana Menteri. Kelakar.
 
Dahulu semua orang mencongak tarikh pembubaran Parlimen. Semua jadi macam nujum.
 
Lepas bubar congak nama calon BN untuk bertanding di dalam PRU ke 13. Sudahnya semua salah. Jelas, PM banyak calonkan nama yang entah apa-apa. Kalau nak harap calon dah tentu BN kena tendang. Calon BN yang bertanding ni kena belajar cium tangan PM. Kalau tak kerana aura PM sah ke laut calon-calon kita. Setuju?
 
Sahabat blogger Putramerdeka dalam artikelnya DI SINI menulis dengan penuh emosi. Pun tidak mahu ketinggalan menjadi nujum rupanya sahabat Putramerdeka.
 
Bila Jebat baca dan fahami apa yang Putramerdeka coretkan, Jebat merasakan ada asas tentang apa yang beliau nukilkan.
 
Rasanya nama individu yang Putramerdeka sebutkan itu sebelum ini pernah cuba mencalar imej seorang Menteri semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri. Motif? Mana lah Jebat tahu..tanyalah individu tu sendiri.
 
Menteri tu pun dah tak bertanding dalam PRU ke 13 ni. Jebat pun hairan kenapa beliau diketepikan biarpun satu Malaya tau Menteri tersebut sangat layak memegang portfolio tersebut.
 
Kalau nak bandingkan individu yang Putramerdeka sebutkan sebagai calon Menteri Penerangan dengan bekas Menteri Penerangan yang tidak bertanding dalam PRU ke 13 yang lalu. jawabnya..BAGAI LANGIT DAN BUMI!!
 
Merasa diri bagus dan sememangnya bagus adalah dua keadaan yang berbeza. Biar orang lain yang menilai. Anda jangan menilai diri anda sebagai bagus.!!
 
Jangan jadi bagus-bagus!!
 
p/s: Rais sangat bagus dalam bidang-bidang budaya dan sejarah. Serahkan portfolio  berkenaan kepada beliau. Kita tahu dia bagus dan tidak macam bagus-bagus..

14 comments:

  1. Menteri KPKK perlu seorang yang tegas kerana sekarang terlalu banyak fitnah disebarkan dalam dunia siber,jadi menteri kena kawal fitnah2 yang berleluasa,jangan dapat menteri tunggu dan lihat last2 kena ceroboh

    ReplyDelete
  2. JANGAN BERANGAN NAK KIRA SIAPA JADI MENTERI .... CUBA KORANG KIRA AIRTHMETIC TAHAP DARJAH 2 INI:-
    BN (pada keseluruhanya) menang 133 kerusi
    Tolak:
    BN Sarawak (non UMNO) menang 25 kerusi

    Jumlah kerusi dimenang BN 108 kerusi

    Bincang SIAPA LAYAK jadi PERDANA MENTERI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua tak faham la lu punya perkiraan.

      Dalam politik `two can play` the same game.

      Lu nak ugut Najib ke???

      Jangan tersilap langkah sudah la.

      Delete
    2. Bukan semua non UMNO hati busuk macam DAP.

      Delete
    3. Hello... Red bean Army... dah gosok gigi.... bau longkang leer. U ni..pheee wiiit

      Delete
  3. My Mathematic yang tak berapa distinction ni yang layak dalam Pakatan jadi PM siapa lagi kalau bukan DAP Lim kit Siang melepas lagi nasib I kempunan hingga akhirnya. Jangan kita sebok menhitung nasib orang Count Your Own Nasib.

    ReplyDelete
  4. rais bgus?die byak buat merepek.dgn slogan merdeka janji ditepati,logo ntah ape2.lagu tulisan die ntah ape2.berita rtm byk berita rais dari najib...rais elok la bersara die bleh mkan duit royalti lagu yg ditayang rtm..aku bukan macai ok.aku prihatin..tlg jgan ulangi kebodohan rais

    ReplyDelete
  5. menteri penerangan : KJ

    ReplyDelete
  6. dr rais sgt bagus layak dan pakar undang2 dan pakar perlembagaan negara. pengetahuannya, hujanhnya dlm bidang budaya sejarah dan undang2 amat berkualiti. semasa beliau menjadi menteri undang2 la malaysia berjaya mendapat kedaulatan ke atas pulau sipadan dan ligitan setelah menharungi battle of law di the hague, belanda. komunikasi bilingual nya sgt mengkagumkan sehingga ada english scholar berkata, ramai org inggeris sendiri tak mampu menggunakan bahasa inggeris sempurna seperti dr rais yatim. terkejut juga dia diketepikan di jelebu. kalau diberi pilihan, saya pilih dr rais yatim utk bertanding menggantikan tan sri isa samad yg tidak begitu digemari oleh rakyat negeri sembilan... negeriku !!!

    ReplyDelete
  7. correction utk di atas : bukan menteri undang2 tetapi MENTERI LUAR

    ReplyDelete
  8. Untuk jawatan Menteri Penerangan terbaru... tolong la lantik dari kalangan mereka yang more Islamic, fresh mind, dan ada knowledge berkaitan social, cultural and technological informative (but not Farid Redzuan please...)... program multimedia yang berkualiti perlu untuk injek ilmu yang berguna kepada masyarakat malaysia..

    jangan la ambik menteri penerangan yang asyik support program artis n hiburan jeeee... hancur minda orang

    ReplyDelete
  9. Anon 10:27pm.... adalah anasir red bean army... usah ambil pusing...biar dia pening sendiri kah kah kah..Provokasinya yang keh keh keh..

    ReplyDelete
  10. @Anon 10:27pm ... sokong! Belajarlah dari kesilapan. Lihat dulu isu yang lebih besar dari berfikir siapa nak dilantik sebagai Menteri? Tidak dapat dinafikan kalau 25 kerusi BN bukan Umno yang diperolehi BN Sarawak terkeluar , Najib tidak akan dapat bentuk kerajaan dengan 108 kerusi, iaitu 4 kerusi kurang dari majority! Najib harus fikir apa nak bagi Sarawak selepas ini, pujian "Fixed Deposit" kepada Sarawak sesen pun tak guna.... Sarawak boleh minta di lantik TPM2 kalau mahu! Tapi orang Malaya mana mahu orang Sarawak atau Sabah pegang jawatan penting dalam kerajaan Malaysia. Orang Malaya masih anggap orang Sarawak mundur dan tak reti mengundi, seperti cemuhan Haji Hadi Awang .....Dayak Sarawak masik pakai "chawat" .... Ingat tanpa Sarawak dan Sabah, TIADA Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Malaya mana mahu orang sarawak & sabah pegang jawatan tinggi dlm kerajaan. setuju sangat @Anon6.17.

      Delete