Thursday, May 5, 2011

Angkuhnya PAS



Dalam sebuah keluarga jika ayah mengajar anaknya supaya lebih berbudi bahasa maka itu adalah suatu kewajipan yang sekadar bertujuan untuk melihat masa depan anaknya lebih gemilang. Sebagai seorang anak terimalah teguran ayah itu sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Demikian jualah halnya apabila Najib mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan. Halnya adalah kerana Najib mahu melihat Melayu menjadi lebih kuat dan bersatu. Apa lagi yang Najib harapkan sedangkan kuasa dan jawatan sudah ada di tangan beliau. Hasrat Najib itu hanyalah suatu pandangan ikhlas untuk menyatukan bangsanya yang kian retak dan menanti detik-detik untuk terbelah jika tidak dibendung dari sekarang.

Seharusnya PAS turut memandang hasrat Najib ini sebagai suatu hasrat murni demi kepentingan bangsa Melayu. Sepatutnya PAS menadah tangan sebesar nyiru menyambut hasrat Najib kerana UMNO jauh lebih besar dan kuat berbanding PAS. Seharusnya kepentingan politik dan kedudukan ditolak dan mengutamakan kepentingan bangsa.

Salahkah sekiranya PAS mengambil pendekatan untuk duduk semeja bersama UMNO dan membincangkan syarat-syarat yang mereka rasakan perlu untuk menyertai Barisan Nasional? Buatlah apa jua syarat jika benar pimpinan PAS terlalu takut untuk kehilangan jawatan dan kedudukan mereka di dalam parti jika menyertai Barisan Nasional. Apa yang jauh lebih penting adalah menyelamatkan perpaduan di kalangan umat Melayu.

Agak mendukacitakan apabila pimpinan PAS menolak mentah-mentah idea Najib ini dan tidak kurang juga yang mempersendakan hasrat murni ini. Najib bukanlah bodoh apabila mengutarakan pandangan dan hasrat ini. Najib bukan tidak boleh menjangka bahawa PAS pasti akan menolak hasrat ini tetapi jauh di sudut hati Najib bahawa biarlah rakyat tahu betapa tanggungjawab untuk menyatukan Melayu telah dilakukan tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Adakah PAS merasakan bahawa idea untuk membawa PAS menyertai Barisan Nasional hanyalah sebagai suatu helah untuk memperkuatkan semula Barisan Nasional yang dilihat semakin lemah sejak Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu? Jika benar inilah tanggapan PAS maka haruslah disedarkan bahawa tanggapan itu tidak benar sekali dan bukti terhampir boleh disaksikan dengan kecundangnya PAS di semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

PAS sudah berarak memperjuangkan partinya sekian lama dan sejak penyatuan PAS di dalam Pakatan, yang mendapat kelebihan kerana keangkuhan PAS ini adalah Keadilan. Lihat sahaja bagaimana PKR melebarkan sayapnya dengan meraih kerusi-kerusi yang ditandinginya termasuklah di Kelantan biarpun PKR hanya berusia setahun jagung.

Tak mengapalah..Jika Melayu berpecah jangan dituding jari kepada Najib dan UMNO dan renungkanlah kembali apa yang telah Najib lakukan untuk penyatuan bangsanya.

Cuma di manakah suara Nasharuddin Mat Isa dan Hadi Awang yang dahulunya dengan berani menceritakan tentang penyatuan Melayu UMNO-PAS melalu Kerajaan Perpaduan? Adakah mereka lebih berani untuk melihat Melayu berpecah berbanding keberanian untuk berdepan dengan pimpinan PAS yang lain yang lebih mengutamakan kedudukan politik?

Angkuhnya PAS....

8 comments:

  1. tolak pelawaan utk mengukuhkan kuasa umno dikatakan angkuh? pelik awak ni..golongan awak nasionalis hanya pentingkan kuasa kemelayuan yg sebenarnya juak2 pm aje..supaya legasi nasionalis tinggalan british berkuasa di malaysia...alFatihah utk Usama

    ReplyDelete
  2. Namanya pun sudah Persekutuan Tanah Melayu..Buat baik berpada-pada..Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk..Ini bukan soal mengukuhkan kuasa UMNO tetapi mengekalkan kuasa pemerintahan Melayu. Atau adakah Melayu yang tidak memikirkan kuasa pemerintahan Melayu? Anon di atas mungkin salah seorang dari Melayu yang tidak kisah menjadi Melayu dan tidak kisah jika tanah leluhur Melayu diinjak-injak..

    ReplyDelete
  3. Siapakah perosak Melayu? Bukankah UMNO? Siapakah yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu di Zaman Mahathir dulu? Siapakah yang hapuskan bahasa melayu dan digantikan dengan bahasa inggeris? Apakah ada lagi hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan yang jelas menyatakan tanggungjawab pengajian orang melayu dan bumiputera perlu dibiayai oleh kerajaan dengan biasiswa sepenuhnya. Adakah PTPTN itu biasiswa? Mengapa hampir 50% biasiswa JPA diberikan kepada kaum cina dan India? Siapakah yang memberi hak 10% MRSM kepada bangsa cina dan India? Bukankah MRSM itu dibawah MARA sepatutnya hak melayu sepenuhnya? Siapakah yang menghapuskan sistem kuota Universiti dan diganti dengan meritokrasi yang membuka lebih banyak peluang masuk ke IPTA kepada bangsa cina dan India hinggakan Melayu tercampak ke kolej-kolej swasta yang mahal kos nya? Siapakah yang menyebabkan ini berlaku? Bukankah UMNO melalui BN yang mempunyai kuasa majoriti 2/3 suatu masa dahulu yang punya angkara?

    ReplyDelete
  4. Anon May 7, 2011 1:29 am

    Kita jadi begitu pasal kita lemahlah ngok. Kalau PR memerintah bolih jamin ke hak2 org Melayu bolih terjamin, tengok sajalah P. Pinang,
    tengok saja Singapura belajarlah dari sejarah.

    ReplyDelete
  5. Kah..kah..kah.. Baru-baru ni aku pi conference halal, jumpa puak-puak jabatan agama singapura. Diaorang siap story kat aku yang agama islam dan Melayu singapore lebih terjamin berbanding Malaysia. Kata beliau lagi, singapore menjadikan kelantan sebagai rujukan untuk mentadbir masyarakat Islam singapore. Dan yang lebih menarik lagi, diorang kata Melayu iSLAM Malaysia dok kena tipu dengan UMNO & BN kononnya Melayu singapore ditindas.

    Anon May 7,

    Eh nape lak kita lemah? Berdegar-degar aku dengar korang kata UMNO hebat? Siapa yang bagi melayu jadi lemah? Korang tadbir negara dah lebih 50 tahun pun Melayu lemah lagi??? Oh lupa... selama hari ni memang UMNO lemah sebenarnya, kerana takut hilang kuasa, bila cina ugut je sikit, habis hak melayu korang londeh bagi kat bangsa lain... dah hampir nak telanjang, baru korang cari PAS...

    Lagi satu pasal pulau pinang, aku sendiri orang pulau pinang. Kalau DAP tak perintahpun, pulau pinang tu sapa perintah?? UMNO ke? Laaa... cina jugak... Masa DAP ambil pulau pinang tu, habis dah PUlau tuk dapat kat cina kerajaan BN le bagi.. Melayu tinggal le sikit-sikit kat balik Pulau.. Cina yang perintah skrg aku nampak lebih baik daripada cina yang perintah dulu..
    Kalau dulu zaman BN, cina penang pandang hina kat Melayu. Sekurang-kurangnya zaman DAP, masyarakat cina dan Melayu dah boleh tegur sapa dan mula berbaik-baik..

    Anon May 7,
    Apa jadi pada Melayu singapura?
    Laaa.. aku lupa nak bagitau kat engkau... sapa tah yang gadaikan singapura tu kat bangsa cina?? Bukan Tunku Abdul Rahman ke? Eh...bukan tunku tu UMNO ke masa tu?? Laaaa UMNO jugak yang gadaikan tanah melayu kepada cina...
    Ludah cam mana pun kena balik batang hidung UMNO...

    UMNO...penggadai maruah bangsa Melayu
    Kerana UMNO...hak melayu dilondeh, Melayu hanya menang sorak negara tergadai...

    TAHNIAH UMNO kerana UMNO lah Melayu makin lemah..

    ReplyDelete
  6. gitulah org-orng yg terlalu taksub dengna UMNO sehingga yg dilakukan UMNO selama ini yg mengkhianati org sendiri tidak nampak...

    ReplyDelete
  7. biar pun PAS kecil tapi matlamat adalah jelas dan kosistan...tapi UMNO dulu, kini dan selamanya tidak tau apa perjuangan...nak perjuangkan nasib org melayu?nak perjuangkan islam?tak dah...yg jelas kekuasaan dan kemewahan...bila dah nampak kehilangan sokongan baru nak berkerjasama dgn PAS..itulah sikap UMNO yg sebenarnya..niat busuk..

    ReplyDelete
  8. "biar pun PAS kecil tapi matlamat adalah jelas dan konsisten..."

    Boleh tak terangkan dengan lebih lanjut? Nak tahu jugak aku apa yg jelas dan konsisten tu...

    Jimizul

    ReplyDelete