Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor:Kebodohan terlampau pencacai PAS



Kalau nak ikut bodoh memang dah lama pun bodoh pencacai-pencacai PAS ni..Tapi di Hulu Selangor kebodohan pencacai PAS makin tak boleh dibendung. Dah sampai bodoh tahap meroyan. Semalam aku dan seorang sahabat blogger ke Kalumpang dan berjumpa dengan beberapa orang jentera pilihanraya PAS Kalumpang. Jentera-jentera bodoh yang sememangnya bodoh ni merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati dia orang pada aku. Sebabnya ialah kerana jentera-jentera PAS telah mula terasa dikudakan oleh jentera PKR yang sememangnya malas dan tiada kualiti tu. Dalam artikel aku sebelum ni pun aku dah cakap kenapalah jentera PAS ni bodoh sangat sampai sanggup dikudakan oleh jentera PKR.Tapi bila aku fikirkan balik apa nak hairan kalau setakat jentera PAS dikudakan oleh PKR kalau pimpinan PAS sendiri pun boleh dikudakan oleh pimpinan PKR dan DAP. Takkan pencacai pencacai PAS tak mau nampak lagi keadaan dikudakan ni. Kalau hijab dah setebal Gunung Kinabalu, gajah di depan mata pun tak akan nampak.
Semalam semasa mengikuti satu ceramah di Taman Ariff, Kuala Kuba Baru, dikhabarkan kebodohan pencacai PAS sudah sampai ke tahap bodoh melampau. Pencacai PAS sedang giat memainkan propaganda 'Undi BN masuk kuil' kerana calon BN adalah dari MIC. Nak ketawa pun ada tapi pasal kenangkan pencacai PAS ni memang terdiri dari golongan bodoh dan pendek akal elok aku diam je. Kalau undi BN masuk kuil maka berduyun duyun lah pencacai PAS akan ke kedai colok kerana kita semua tahu PAS kan lembu yang ditarik hidung oleh DAP dan PKR. Masa kes kematian Teoh Beng Hock, pimpinan PKR dan PAS yang beragama Islam dah pun menunjukkan kebolehan mereka cara-cara menundukkan kepala dan memegang lilin. Agaknya demi Kit Siang, Guan Eng (khalifah pada orang-orang PAS), Karpal, Gobind pencacai-pencacai PAS tak kisah pun kalau mereka terpaksa memegang lilin dan colok di tokong dan gereja. Rendah sangat iman pencacai-pencacai PAS ni. Ke tak ada iman langsung?
Gambar di atas tu adalah ehsan GAP yang terang-terang menampakkan Xavier sedang berucap di dalam masjid. Mari kita tanya pencacai-pencacai PAS, kenapalah bengap sangat kau izinkan kafir ni berucap di dalam masjid? Yang setakat kopiah tinggi melangit tu kalau asas Islam pun tak tahu elok pakai topi cowboy je..Sampai melopong mulut dengar si kafir tu berceramah di dalam masjid. Esok-esok jangan masa sembahyang Jumaat kau suruh si kafir tu berkhutbah pulak sudah. Tapi kalau ikut tahap bodoh pencacai PAS ni ada kemungkinan benda tu akan jadi..

4 comments:

  1. Pemimpin dan penyokong PAS memang la bangang..disebabkan sebungkus kropok lambang nik ajis pun mereka sanggup diperlakukan sebagai budak suruhan sehingga sanggup tidur diatas jalan..tapi itu lah hakikat sebenar nya penyokong PAS ni nak kata mereka tu pandai tak jugak tai kalau bangang tu betul laa

    ReplyDelete
  2. Satu lagi entry yang menunjukkan kejahilan puak UMNO tentang hukum hakam Islam.

    Hukum kafir masuk Masjid:

    Diharamkan orang kafir memasuki Masjidil Haram sahaja (sebagaimana firman Allah dalah surah at-taubah: 28)

    Tetapi, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid (selain Masjidil Haram) walau mereka dalam keadaan berjunub sekalipun. Ini dibuktikan pada zaman baginda Rasulullah s.a.w (Rujuk kitab I'lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid: 318)

    Malah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah juga dengan jelas menceritakan bagaimana seorang Kafir Bani Hanifah (tawanan Perang) di ikat di tiang Masjid.

    Kalau kau tak paham lagi, pergi belajar dgn mufti perak yang korang sanjung.... Kalau tak puas hati lagi, pergi belajar tafsir quran & hadis yang aku bagi kat atas tu.

    Ya Allah, lapangkanlah dada saudaraku dari puak UMNO supaya dapat memahami Islam dari pucuk hingga ke akar umbi. Jauhilah mereka daripada Islam plastik yang membawa kepada kehancuran dunia dan akhirat...Amin..

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan apa yang kau kata tentang sejarah nabi dan hadith pasal aku bukan golongan anti hadith..tapi jangan terlalu taksub dengan tok guru kau sampai kata orang lain jahil..betul tidak ada salahnya kalau orang kafir masuk ke masjid..yang aku persoalkan kenapa boleh kita biarkan orang kafir mentarbiah orang Islam di dalam masjid..itu persoalannya..Aku pun tak buta bilamana ramai pelancong asing yang kafir dibenarkan melawat masjid di Putrajaya cuma aku persoalkan apabila orang kafir mentarbiahkan orang Islam di dalam masjid..yang aku persoalkan kenapa orang Islam seakan dibodohkan oleh orang kafir..Tak apalah kalau kau rasa kau akan masuk syurga dengan pegangan kau, teruskanlah..kalau kau kata aku memegang Islam plastik pun tak pe..pasal pada aku kau tak selayaknya pun menjatuhkan hukum..soal kubur pun belum tentu kau lepas apa aku nak hairan dengan pandangan kau...teruskan kalau kau rasa kau betul..aku tak pernah nak halang...

    ReplyDelete
  4. Jebat,

    Aku memilih parti bukan dengan membuta tuli. Ibu bapa aku dulu juga orang kuat UMNO. Ada yang jadi Menteri, dan ramai yang bertanding dalam pilihanraya. Kaum kerabat ibu bapa aku memang memegang kuasa dalam parti. Seketika dahulu, apabila aku sudah boleh mengundi, aku jadi keliru. Waktu itu aku baru menginjak dewasa. Aku kecewa pabila melihat UMNO kecoh dengan hak istimewa orang Melayu namun hakikat sebenar, bangsa cina menabur duit sponsor macam-macam untuk pilihanraya, namun selepas habis pilihanraya, mereka menagih projek & adakalanya hak Melayu dikorbankan. Aku kecewa dengan kepura-puraan UMNO berselindung atas nama ISLAM tetapi pabila tiba musim mengundi, berkarton-karton arak dibawa masuk ke ladang-ladang sebagai rasuah kepada kaum India. Tak cukup dengan arak, kepingan RM50 laju mengalir dari poket para pemimpin, merasuah rakyat untuk terus menyokong UMNO. Aku juga kecewa bilamana TV kerajaan berat sebelah. DImanakah letaknya demokrasi. Aku terasa seperti orang Melayu diperbodohkan bila mana bangsa asing dengan selamba mengatakan "lu mau buat bisnes, senang saja, kasi duit kopi, semua beres". Pada mulanya aku tak ambil peduli. Namun bila aku mula berniaga, baru aku tahu, nak dapat lot kedai di kawasan strategik, bukannya siapa cepat dia dapat, tapi kena bayar duit kopi sekitar RM60,000 ditambah dengan bukti ahli UMNO. Lagi aku kecewa, bila kawan aku mengeluh, orang asing bebas berniaga kerana mereka ada peruntukan duit kopi tapi Melayu yang tak nak beri rasuah, ada saja yang tak kena, pastu asyik kena saman.

    Bukan aku benci pada UMNO. CUma aku rasa UMNO yang dulunya suci kini sudah busuk sebusuk-busuknya. UMNO bukan lagi pejuang Melayu, apatah lagi ISLam. UMNO hanya tinggal nama.

    Keresahan aku untuk memilih parti mana sungguh menyesakkan dada. Apa yang aku mampu buat sebagai seorang manusia hanyalah merujuk pada Allah s.wt yang maha mengetahui. Aku bersolat Istikharah setiap kali tiba musim mengundi. Alhamdulillah, petunjuk Allah menghilangkan keresahan aku. Walau aku tahu, pakatan pembangkang bukanlah perfect 100%, namun petunjuk daripada Allah menggerakkan aku untuk memilih Pakatan Rakyat/PAS/PKR/DAP.

    Aku juga ingin anjurkan kepada seluruh umat Islam agar mendahului perbuatan dengan Istikharah kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap keputusan yang didahului dengan Istikharah, kita tidak akan menyesal di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

    ReplyDelete