Friday, April 9, 2010

Hulu Selangor: Analisis Ringan: Jangan Jadi Pembelot

Kalau ikut atas kertas Barisan Nasional akan menang mudah di Hulu Selangor..Ini kerana jumlah ahli Barisan Nasional di Hulu Selangor lebih daripada 45 ribu orang sedangkan jumlah pengundi di Hulu Selangor adalah lebih kurang 65 ribu orang. Jadi secara peratusannya jumlah ahli Barisan Nasional di Hulu Selangor adalah lebih kurang 70%. Kita tolaklah 10 % daripada jumlah itu dengan mengambil kira 10% itu adalah di kalangan ahli Barisan Nasional yang tidak berdaftar sebagai pengundi dan mungkin mengundi di kawasan lain..Jadi masih ada 60% pengundi di kawasan itu terdiri di kalangan ahli Barisan Nasional.

Manakala pembangkang ahlinya di Hulu Selangor adalah lebih kurang 12 % daripada jumlah pengundi. Setelah dicampur antara pengundi yang terdiri daripada ahli Barisan Nasional sebanyak 70% dan ahli pembangkang sebanyak 12% maka pengundi bebas yang tidak menyertai mana-mana parti adalah sebanyak 18 %. Dan sekiranya 18 % peratus pengundi bebas ini kesemuanya memangkah pembangkang maka peratusan undi yang menjadi milik pembangkang adalah sebanyak 30 %. Itu jika kita membuat kiraan mudah dengan mengandaikan kesemua pengundi bebas tadi memangkah pembangkang.

Dalam keputusan Pilihanraya Umum 2008, pembangkang berjaya mendapat 23 ribu lebih undi iaitu lebih daripada jumlah ahli nya di Hulu Selangor yang di dalam lingkungan 8 ribu orang. Andaikata dicampur dengan jumlah peratusan pengundi bebas pun, jumlah yang memangkah pembangkang tidak akan berjaya mencapai angka 23 ribu orang.

Soalnya kenapa Barisan Nasional kecundang di Hulu Selangor pada pilihanraya umum 2008 yang lepas? Jawapannya..ada di antara ahli Barisan Nasional di Hulu Selangor belot kepada parti.

Benarlah, seperti kata sahabat-sahabat semua..semuanya kerana marah dengan calon yang diletakkan di Hulu Selangor iaitu Dato' G. Cuma yang aku ingin persoalkan di manakah letaknya kesetiaan ahli-ahli Barisan Nasional yang kalau dilihat pada pengiraan di atas jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional akan menang mudah di Hulu Selangor. Mana hilangnya semangat cintakan parti sehingga tergamak mengkhianati parti hanya kerana rasa tidak puas hati dengan calon. Di dalam kes ini, tampak benar ahli Barisan Nasional sendiri yang menjatuhkan lambang dacing di Hulu Selangor.

Sama-sama kita berubah dan kembali bertaut kepada matlamat perjuangan asal. Hulu Selangor bakal menjadi medan untuk menagih kesetiaan ahli-ahli Barisan Nasional.

3 comments:

  1. Yakinkah anda PRU08 pengundi 'belot' kerana tidak suka pada calon ? Ramai yang beri analisis termasuk TDM mengatakan sebab faktor Paklah, kenapa di Hulu Selangor sebab calon ?

    Adakah sekarang rakyat dah suka pada pemimpin ? atau trendnya masih sama ?

    Adakah Melayu Hulu Selangor sokong Najib ?

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sekiranya dikatakan PRU08 faktor kekalahan adalah antaranya disebabkan oleh Pak Lah..tetapi wajarkah hanya Pak Lah yang disalahkan..bagaimana dengan Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain-lain?

    Rakyat ada yang suka pada pemimpin dan ada jugak yang benci pada pemimpin..Sebenarnya bergantung kepada sikap pemimpin itu sendiri..Sejak dari dulu lagi beginilah persepsi rakyat pada pemimpin..Bagaimana dengan saudara?Adakah saudara menyukai semua pemimpin atau hanya segelintir yang saudara suka?Perlu diingat bahawa saudara juga termasuk di dalam kalangan rakyat..jadi saudara tentunya boleh menjawab persoalan berhubung kesukaan rakyat pada pemimpin..Sama seperti kesukaan penyokong bolasepak MU dan Liverpool..Pandangan dan pendirian tidak serupa..

    Saya percaya dan yakin bahawa rakyat Hulu Selangor akan sokong kepada Najib..Amat meyedihkan sekiranya laungan dan dakwaan rakyat Hulu Selangor inginkan calon dari UMNO untuk menjadi calon di Pilihanraya kecil sekiranya mereka sendiri tidak menyokong Presiden UMNO...

    ReplyDelete
  3. BRO, LU P CARI TOP UP KER BUAT TOP UP? DAH 72HRS NIE...

    ReplyDelete