Wednesday, March 10, 2010

Apa hal GERAKAN nak menggelabah?

Apahal GERAKAN tak pasal-pasal nak menggesa UMNO dan BN jangan terima Zul Nordin? Sejak bila pulak UMNO dan BN kata nak ambil Zul sertai UMNO dan BN? Yang menggelabah macam ayam berak kapur ni apasal?

Sejak pilihanraya umum 2008 dulu sampai ke hari ni GERAKAN dan jadi macam parti bisu. Dah lah ramai yang kalah kat Pulau Pinang lepas tu senyap macam budak kecik kena sumbat puting. Takde angin takde ribut tahu-tahu menggelabah gesa UMNO dan BN jangan terima Zul..Apa lu cerita ni bhai? Kiranya ini tindakan pertama GERAKAN selepas tumbang dekat Pulau Pinang. Besar jugak tindakan dan sumbangan GERAKAN ye..

Kalau betul sekalipun UMNO nak terima Zul, yang GERAKAN kecoh apasal?Dahlah tak menyumbang apa-apa pada BN sekarang nak memekak pulak. Betulkan parti sendiri sebelum sibuk nak gesa-gesa UMNO. Menteri yang ada dalam kerajaan tu pun atas ehsan UMNO dan BN. Jangan pandai-pandai nak gesa-gesa UMNO.

Kalau Zul nak sertai GERAKAN pun dia punya sukalah. UMNO pun takkan halang. Sejak bila pulak GERAKAN ni pandai nak jaga tepi kain UMNO.

Cuba kasi tau siapa sebenarnya yang menggesa jangan kasi Zul masuk UMNO dan BN ni?Siapa play maker untuk gesaan ni sebenarnya?Patutlah GERAKAN kalah di Pulau Pinang game nya mudah sangat nak baca. Terbit matahari mesti ada bayang..bayang-bayang siapa yang GERAKAN bawak?

2 comments:

  1. Kadang kadang aku heran pasai apa pemimpin2 UMNO tak dapat baca semua ni padahal blogger cabuk pun boleh melihat sekilas ikan di laut.

    ReplyDelete
  2. Siapa dibelakang Gerakan jebat bertanya. Hai siapa lagi kalau bukan brother DAP. Cuba tengok berapa orang Gerakan yang dilantik oleh Lim Eng Guan dalam kabinetnya selepas Pulau Pinang tumbang ke parti rakyat...semuanya orang kanan Gerakan. Betul kata Dato Zahid Hamidi sudah sampai masanya Pulau Pinang di kemudikan oleh UMNO sebagai Pengerusi BN dan Ketua Menteri sekali kalau UMNO menang kelak. Gerakan janganlah "busybody" jagalah tepi kain kau sendiri, lantak lah kalau UMNO terima Zulkifli Nordin apa nak takut kena mintak kelulusan Gerakan pulak....pelawa aje Zulkifli masuk UMNO. Tentunya ramai orang2 UMNO suka dan terima dia.Saya menyokong 100% Zulkifli masuk UMNO... selamat UMNO.

    ReplyDelete