Friday, February 12, 2010

Sofi Wahab...kita sesama anak Melaka

Sofi Wahab
Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (12 Februari).
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dalam masa yang sama saya mengucapkan ‘takziah’ kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.

JEBAT- Aduhai saudara Sofi Wahab yang senegeri dengan Jebat..bagaimana saudara boleh terlintas hati untuk mengucapkan 'takziah' kepada rakyat Melaka di atas keputusan SPRM ini?Tidakkah keputusan SPRM ini melegakan seluruh anak-anak Melaka?Bukankah saudara juga anak Melaka?Tidakkah saudara nampak dengan jelas apa sumbangan Tok Ali, Ketua Menteri kita terhadap negeri kita? Benar kita berbeda fahaman politik tetapi sebagai anak Melaka kita seharusnya bangga dengan pencapaian yang telah Tok Ali buat untuk Melaka..Susahkah untuk kita bersyukur dengan apa yang negeri kita ada? Tidakkah kita malu dengan pengunjung yang mengunjungi Melaka yang rata-rata memuji keindahan negeri kita tetapi kita sebagai anak Melaka beria-ia benar nak membuka pekung sesama kita?


Sofi Wahab


Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.
Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.
Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.
Lembaga Disiplin Umno memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.


JEBAT-Apakah yang saudara harapkan untuk memohon supaya SPRM meneliti semula kes ini? Cukuplah saudara, seharusnya keputusan SPRM ini memberi satu kelegaan kepada kita anak-anak Melaka..Jika Tok Ali disabitkan dengan kesalahan ini, kita sebagai anak Melaka terpalit aib yang sama.Kita datang dari kepompong yang sama..makan cencalok sebotol bersama..menjual belacan di lorong yang sama..meratah ikan bakar di pantai yang sama..bahkan udara yang kita hirup adalah udara yang sama..


Sofi Wahab


Pada 18 April 2009, Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009.
Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan Exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Datuk Othman Muhamad.


JEBAT-Saudara, kita mengucap syahadah yang sama..Saudara telah lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka hancur kerana si kitol yang mencucuk mata?Saudara lupa bagaimana Pateh Karma Wijaya membeloti kita?Saudara lupa Tun Tuah berkata 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'?Saudara lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka kehilangan kuasa?Cukuplah saudara..sama-sama kita memartabatkan Melaka..


Untuk makluman-Sofi Wahab ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

6 comments:

  1. Tuan Jebat, Saya bukan org Melaka,tapi baru bercuti dari Melaka.Syabas kpd rakyat Melaka yang bijak memilih pemimpin.Pembangunan pesat membangun,kehijauan landscape dan kebersihan bandar terurus.Tahniah kpd Kerajaan negeri yang pro aktif utk.membangunkan Melaka ke persada yang lebih cermelang.Projek DAP bermula dari Melaka oleh pemimpin mereka yang lari ke Pulau Pinang.Teruskan rakyat Melaka membantu dan menegur yang kurang kpd DS.Ali Rustam.

    ReplyDelete
  2. Yup... Melaka tambah maju dengan KM Ali Rustam. Tahniah untuk org Melaka.

    ReplyDelete
  3. Sebagai anak Melaka, Jebat amat berbangga dengan pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh negeri Melaka hari ini..Negerinya kecil, sumber tidak begitu banyak selain dari industri pelancongan tapi Ketua Menteri masih mampu menjana ekonomi negeri dengan jayanya..orang-orang PAS Melaka mungkin tak nampak pembangunan Melaka atau saja buat buat tak nampak..Salute Tok Ali..terima kasih cintai muhammad dan miak bujat..

    ReplyDelete
  4. saya bukan orang melaka
    pandai pantun pandai seloka
    dek hati kerana suka
    pantun dibuat direka cipta

    ali rustam nama diberi
    ketua menteri bijak bistari
    dibawahnya melaka maju, makmur dan disegani
    itu yang PAS dok sakit hati

    Orang PAS memang macam tuh...

    ReplyDelete
  5. Jenis macam sofi wahab ni patut dinyahkan dari negeri melaka,
    keturunan mandaliar dan kitol yang masih berbaki di negeri bertuah ini..
    jahanam PAS!

    ReplyDelete
  6. Syabas Jebat... saya bangga walaupun bukan anak jati Melaka..saya memasang impian utk hidup disana satu hari nnt.. Tok Ali cerdas pemikiran dan tulus dalam laksanakan tugas.. cukuplah kepada anti Tok Ali, buka minda anda.. yg buruk senang kita nampak tetapi baiknya walaupun seribu tahun tak tercapai akal kita utk memuji.. Wassalam..

    ReplyDelete