Wednesday, February 10, 2010

Tamatkan sengketa dengan syarat?

Aku senyum sendiri dengan statement kelakar yang PAS Perak buat...Nak tamatkan sengketa apa sebenarnya ni?Statement yang jelas tak ikhlas..Kalau ikhlas nak tamatkan sengketa tamatkan ajelah, apa pulak nak bersyarat-syarat ni..Apa sengketa di Perak sebenarnya?Sengketanya cuma pada pihak PAS yang semacam tak boleh terima kenyataan apabila BN kembali memerintah..Kita cuba ambil pendekatan macam ni..Apa kata kalau PAS kalau tak boleh terima kenyataan yang BN memerintah cuba PAS terima kenyataan yang Allah s.w.t yang takdirkan BN memerintah..Lagipun barang perlu diingat oleh PAS bahawa kerajaan BN sebenarnya memerintah atas ehsan Tuanku Sultan..Tuanku Sultan yang sebenarnya memerintah..Menteri Besar hanya Dato' Bendahara yang segala tindak tanduk masih di bawah perkenan Sultan..Jangan kita lupa akan sejarah..Menteri Besar tidak melantik dirinya sendiri tapi Tuanku Sultan yang melantik Menteri Besar..

Susah sangat ke PAS nak tunggu pilihanraya umum ke 13? Kalau ditakdirkan Allah yang PAS akan kembali memerintah..silakan memerintah..kami orang-orang UMNO tidak akan sesekali menghalang PAS memerintah sekiranya benar dengan izin Allah. Kenapa PAS tidak mahu menerima ketentuan Allah?Adakah PAS terlupa bahawa apa jua yang mereka usahakan tidak akan membuahkan hasil jika tidak ada izin Allah..Tak lama lagi..2 hingga 3 tahun lagi akan diadakan pilihanraya umum..masa tu PAS boleh kembali bertanding dan jika ada rezeki PAS akan kembali memerintah..Dan diharapakan PAS akan memerintah dengan adil dan saksama tanpa mengikut telunjuk mana mana pihak selain dari menuruti arahan Tuanku Sultan..Tuan punya negeri Perak. Takkan PAS terlupa yang sabar tu sebahagian dari iman.

Sembahyang hajat dan doa telah pun PAS buat tapi semua itu takkan mampu mengatasi kudrat dan takdir Allah. Cuba-cubalah PAS muhasabah diri..apa yang tidak kena dengan PAS sehinggakan doa tidak diterima Allah..Jangan suka mengintai-intai kesilapan orang lain nescaya Allah akan mengintai-intai kesalahan kamu..

Sekalipun Nizar ingin membubarkan DUN tapi kalau tanpa perkenan Sultan pasti tidak akan terbubar juga DUN kerana kuasa mutlak membubarDUN adalah kuasa mutlak Sultan..Nizar pun dah pernah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN semasa menjadi Menteri Besar tetapi tak diperkenan Sultan jadi apa lagi yang Nizar mahu.. Zambry sendiri tidak berdaya membubarkan DUN apatah lagi jawatan yang Zambry sandang sekarang waimah yang Nizar sandang dulu pun atas ehsan perkenan Sultan. Ni yang payah kalau orang lupa siapa sebenarnya yang berkuasa. Jangan PAS berharap yang nak perintah dunia dah lah ye..

PAS bercakap soal mahkamah rakyat..Bila mahkamah rakyat sebenarnya?Mahkamah rakyat cuma diadakan pada pilihanraya umum kan..apa lagi yang PAS nak bercakap pasal mahkamah rakyat?Mahkamah rakyat ke mahkamah PAS yang PAS suarakan ni?Tidak nampak pun rakyat negeri Perak melenting-lenting dengan keputusan mahkamah persekutuan tempoh hari..nampak tenang-tenang sahaja negeri Perak..alhamdullillah..

Jangan cuba libatkan rakyat dalam hal ni..Biarlah rakyat menjalani kehidupan mereka seperti biasa dalam aman dan sentosa. Rakyat berhak mendapat kehidupan yang baik dan mereka pun cuma mahukan kerajaan yang terbaik untuk memerintah..Kembalikan mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dan bukan sekarang. Kalau rakyat sebagai hakim kenapa pula hakim harus diseret dalam kemahuan PAS yang terlalu rakus??Tidakkan itu hanya menampakkan rakyat berat sebelah?

No comments:

Post a Comment