Saturday, February 13, 2010

Kisah Tok Bijan dan taik anaknya


Sambungan dari kisah Tok Bijan yang Jebat ceritakan seperti di dalam penulisan Jebat yang terdahulu:

Pada suatu malam sedang Tok Bijan lena tidur dan dibuai mimpi, tiba-tiba pintu bilik Tok Bijan diketuk dengan amat kuat. Ketukan itu membuatkan Tok Bijan terkejut dan segera bangun. Sambil mengesat matanya yang penuh dengan taik mata, Tok Bijan membuka pintu.

Tok Bijan dapati anaknya yang bernama Zahidah yang berusia 7 tahun terbongkok-bongkok di depan pintu sambil memegang perutnya. 'Kenapa ni Zahidah?' tanya Tok Bijan. 'Sakit perutlah pak' jelas Zahidah..Tok Bijan menggeleng-geleng kepala sambil berkata kepada anaknya itu 'Lah kalau sakit perut, pergilah berak..kenapa mesti nak kacau bapak yang tengah tido ni?'

Mendengar kata-kata Tok Bijan itu, Zahidah pun segera ke bilik air dan melepaskan hajatnya. Agak-agak lepas 15 minit, sekali lagi pintu bilik Tok Bijan diketuk lagi. Tok Bijan mendengus kerana dia tahu pasti anaknya Zahidah yang mengetuk pintu bilik tu. 'Ha dah sudah ke?' tanya Tok Bijan..'Dah pak...tapi ada masalah sikit' terketar-ketar suara Zahidah menjawab..'Kenapa pulak ni?' tanya Tok Bijan..'Dah puas saya flush tapi taik saya tak mau tenggelamlah pak' terang Zahidah lagi...Tok Bijan menggeleng-geleng kepala sambil menuju ke bilik air..'Kenapalah busuk sangat kau berak ni Zahidah' tengking Tok Bijan pada Zahidah..Tok Bijan pun mengepam taik Zahidah tapi Tok Bijan hairan bila melihat taik tu tak mau tenggelam..Di pamnya sekali lagi tapi masih tak mau tenggelam. Hairan Tok Bijan bertambah bila mengenangkan pam tu baru je dibelinya..'Takkan dah rosak' dengus Tok Bijan. Setelah berpuluh-puluh kali dipam taik anaknya itu masih tak mau tenggelam dan keadaan ini membuatkan Tok Bijan buntu. Seluruh ilmu fizik semasa di dalam tentera dulu Tok Bijan gunakan untuk tenggelamkan taik tu tapi masih tak berhasil.

Akhirnya Tok Bijan menghubungi anaknya yang lain dan mengarahkan anaknya datang ke rumah. Sebaik sampai di rumah anaknya cuba mengepam tetapi masih tidak berhasil.Kemudian Tok Bijan hubungi anaknya yang lain tapi masih tak berhasil. Dan pada malam tu kesemua anak Tok Bijan datang ke rumah Tok Bijan tapi semuanya gagal untuk menenggelamkan taik tu.

Tok Bijan dah mula naik angin dan dengan menggunakan pengaruh yang dia ada, Tok Bijan membuat pengumuman di balai raya. 'Aku mintak sapa yang pandai sila ke rumah aku untuk menenggelamkan taik anak aku' arah Tok Bijan pada orang kampung. Hampir semua orang kampung mencuba tapi tak berhasil.

Hal taik anak Tok Bijan ni sampai ke pengetahuan penduduk-penduduk kampung lain yang berhampiran. Penduduk-penduduk kampung lain semua tertawa apabila berbicara akan perkara ini. Penduduk-penduduk kampung itu semuanya hairan bukan kerana taik tu tak mau tenggelam tapi pasal kenapa Tok Bijan memberitahu hal taik yang tak mau tenggelam tu pada semua penduduk kampungnya. 'Taik tu dah lah busuk tapi nak cerita pulak pada orang lain..kan ke malu sendiri' penduduk kampung lain mula berbisik sesama sendiri. Dah tak ada benda lain agaknya yang Tok Bijan nak cerita sampaikan kisah taik anaknya sendiri yang tak mau tenggelam pun diceritakan pada orang lain. Itu bau taik anaknya, kalau taik Tok Bijan lagilah busuk agaknya..orang-orang kampung mula berilusi.

Lama jugaklah Tok Bijan tak keluar rumah kerana malu dengan orang kampung atas kesilapan dia menceritakan tentang taik anaknya yang tak mau tenggelam. Tok Bijan merasakan kesilapan itu ibarat membuka pekung di dada sendiri sehinggakan orang kampung mengandaikan taik Tok Bijan jauh lebih busuk. Malu Tok Bijan dengan kesilapan sendiri dan Tok Bijan mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya Zahidah itu ke negeri lain kerana anaknya Zahidah itulah yang telah memalukan dirinya. Rupa-rupanya Zahidah ni memang dah banyak kali memburukkan nama Tok Bijan. Selepas hampir 5 tahun Zahidah dipindahkan, kehidupan Tok Bijan pulih seperti sediakala. Anak-anak Tok Bijan yang lain pun dalam diam setuju untuk dipindahkan si Zahidah tu kerana dah banyak kali memalukan Tok Bijan.

Jebat akan sambung kemudian kerana malam ni malam Jumaat..ada urusan yang Jebat perlu selesaikan..Maaf ye tak boleh kasi tau hal apa kerana ini kehidupan peribadi Jebat yang tak semuanya boleh diceritakan..kelak memalukan diri sendiri..kalau Zahidah tu anak Jebat dah lama Jebat sekeh dan luku kepala dia..Menconteng arang ke muka sendiri betullah Zahidah ni..

moral: Taik memang tak tenggelam dalam air..


1 comment:

  1. sudahnya tok bijan mendapat ilham bahawa ada seorang anak negerinya yang mampu dan layak untuk mengepam najis itu, ini kerana hanya beliau sahaja yang terkenal dengan pelbagai idea bernas dan cerdas untuk membasuh, membersih dan membuang taik dan najis disekitar kampun selama ini, beliau ialah asmadi masalana.

    ReplyDelete