Tuesday, February 23, 2010

Handal sangatkah Melayu?

Melayu ni bunyinya macam handal sangat. Ada sibuk bercakap pasal ketuanan, ada yang nampak gah sangat dengan ilmu agama dan ada yang kata berjuang tapi dah jadi macam lembu yang ditindik hidung. Soalnya benarkah Melayu ni handal?

Apa kejadah yang handal sangat kalau tanah Malaysia yang sekangkang kera ni pun tak boleh dijaga dengan baik. Pagi petang siang malam yang Melayu tahu hanya politik. Melayu lain nak melingkup pun Melayu lain peduli apa. Ini masalahnya Melayu. Sibuk nak penuhkan temolok masing-masing. Yang dah ada jawatan Ahli Parlimen dan DUN masih kemaruk nak jadi Menteri Besar. Tak cukup ke dengan elaun dan gaji sebagai Ahli Parlimen. Apa lagi yang Melayu hendak?Kata berjiwa rakyat, takkan tak nampak susah payah dan jerih perih Melayu lain yang jadi nelayan. Menyabung nyawa mencari rezeki untuk anak isteri di rumah. Anak minta mainan pun belum tentu mampu diadakan. Sampai bila Melayu nak tahu bersyukur? Intai-intailah kepada Melayu yang susah di kampung tu. Jangan sibuk dengan 1 Malaysia tapi rakyat kat kampung mati kebulur. Benar, belum ada rakyat Malaysia yang mati kebulur tapi orang orang Melayu kat kampung tu pun ada keluarga. Bila ada keluarga ada pulak permintaan dari keluarga. Kalau sepuluh permintaan keluarga 14 permintaan yang tak dapat ditunaikan, mak bapak pun jadi benci. Yang huru-haranya esok adalah keluarga Melayu.

PAS dan UMNO bila nak duduk semeja, bincang elok-elok. Ini tidak asyik berpolitik. Kau orang tahu tak yang susahnya Melayu lain. Yang jahanamnya Melayu lain. Kau orang bertegang leher pun kau orang dah ada kedudukan selesa. Paling tidak esok lusa ada pencen. Melayu kat kampung ni nak jadi apa?Jadi lembu tunggangan kau orang?Bila nak mengundi kalau boleh tahi Melayu kampung ni pun kau nak cuci suruh undi kau. Bila dah dapat apa yang kau nak..apa yang kau buat? Semua pemimpin Melayu kata, berjuang untuk Melayu. Betul ke ni?Aku balik ke kampung hati aku jadi sayu kerana dari dulu sampai sekarang Melayu kat kampung aku sama macam dulu. Yang tua-tua dah lama baring sekarang ni yang muda-muda pulak tunggu giliran nak baring. Tapi taraf hidup? Sama je macam zaman aku budak-budak dulu. Baik pemimpin UMNO dan PAS..sama je kemahuan mereka. Nak penuhkan temolok kau orang je. Tolonglah, jangan anggap Melayu-Melayu yang lain ni sebagai kenderaan untuk kau bergerak. Kalau nak berjuang-berjuang dengan ikhlas. Kalau tak jangan sibuk nak jadi wakil rakyat. Orang kampung tak suruh pun kau jadi wakil rakyat. Kau je yang sibuk-sibuk nak jadi wakil rakyat. Sibuk suruh pergi daftar sebagai pengundi..untuk apa?Untuk menyenangkan kau anak beranak?Betul rezeki kau orang dapat jadi wakil rakyat tapi agama suruh agih-agihkan kekayaan tu. Bukan penuhkan temolok kau orang je.

Satu lagi aku nak ingatkan pada kau orang yang bergelar wakil rakyat Melayu. Ingat-ingat sikit pada Allah. Allah ni penyayang. Dia beri apa yang kau orang nak. Kalau kau orang rasa kau ni handal sangat berpolitik Allah akan uji kau orang dengan ujian politik. Baik PAS dan UMNO tak payahlah rasa diri tu handal sangat, Allah sahaja yang maha bijaksana.

Aku dah naik muak tengok gelagat kau orang. Ingat-ingat sikit akhirat. Rata-rata wakil rakyat dah berumur. Kata orang Melaka ramai yang dah 'senja'. Buatlah amal banyak-banyak. Dari kau bertekak, baik kau duduk semeja, bincang elok-elok untuk Melayu. Setidak-tidaknya dapat pahala. Ada orang cakap dengan aku, pemimpinlah golongan paling banyak kena soal dalam kubur. Aku pun tak tahu. Yang serban besar atas kepala tu ambillah inisiatif untuk berbincang. Serban tu bukan sekadar hiasan.

Kan dah elok hari tu kata nak buat KERAJAAN PERPADUAN. Tak jadi pulak. Pasal apa?Benda yang ke arah kebaikan pun kau orang tak nak. Buanglah ego masing-masing. Demi kepentingan Melayu, berdamailah. Kalau tidak pilihanraya ke 13 esok tak payah sibuk-sibuk nak jadi calon.

5 comments:

  1. pas nak ke? berani ke pas mengangkat muka didepan tuhan politik mereka kit siang, karpal dan lain-lain lagi kafir harbi tuh..burit eli terdongak-dongak pas tengok dan sokong!

    ReplyDelete
  2. aku sokong penjelasan panjang lebar ko nie.. asyik nak bertelagah jer.. isu tu pulak amat mengaibkan.. Wahai pemimpin sedar lah.. Malaysia ini rakyat nya berbilang kaum.. Hormati lah rakyat malaysia nie.. tak kira lah apa bangsa pun.. bersatu lah demi Malaysia.

    ReplyDelete
  3. org2 Melayu dlm UMNO perlu muhasabah diri itu yg pasti bro.besok jatuh nya Melayu pn kerana org2 UMNO.betulkan MELAYU UMNO dulu baru kita salahkan org lain.kenapa Melayu kurang sokong UMNO sekarang ni? Jawapannya pun ada pada UMNO.
    jangan esok anak Melayu malu dengan UMNO sudahlah...saya tetap Melayu.

    ReplyDelete
  4. Cukup-cukuplah Melayu..baik Melayu PAS mahupun Melayu UMNO..hentikanlah pertelingkahan sesama kita.Cuba kita ambil iktibar dari negara jiran kita. Apa jadi dengan mereka?Bertekak sesama sendiri, sudahnya negara menjadi huru-hara. Memang orang lain mahukan kita bersengketa sesama kita. Mengapa kita harus mengikut telunjuk dan mengikut rentak tari dia orang. Di mana peradaban Melayu?

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum,

    Melayu hari ini dah lain macam. Makan goreng pisang pun pakai sudu garpu. Bila naik darjat kt warong muka tak nampak lagi. Kalau dulu jawab dgn 'insya'alah', hari ini jawab 'no problem'.

    Melayu kutuk melayu pasal politik. Melayu benci melayu kerana parti. Melayu gaduh dgn melayu sebab kuasa. Melayu sibuk nak jatuhkan melayu. Bila melayu nak berbaik2 sesama sendiri melayu lain pulak main belakang.

    Bila melayu hilang segalanya terpaksalah salahkan melayu jugak. Yang masih ada nanti, melayu kawin melayu.

    ReplyDelete