Showing posts with label Ali Rustam. Show all posts
Showing posts with label Ali Rustam. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Apa yang tak kena dengan orang UMNO Melaka?





Ramai yang terkejut dengan kekalahan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Bukit Katil dalam PRU ke 13 yang lalu.

Siapa sangka orang banyak jasa dan budi pada bumi Melaka dan harum namanya di kancah politik negara tewas di dalam PRU itu.

Beribu teori yang dikaitkan dengan kekalahan itu dan kemuncaknya bila Tok Ali mengatakan TSUNAMI CINA..

Benarkah TSUNAMI CINA?

Tak lama selepas kekalahan itu Tok Ali mencuba nasib bertanding dalam pemilihan agung UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden. Sekali lagi Tok Ali kecundang.

Lumrahnya, apabila sudah tidak berjawatan tentulah sukar untuk menang dalam pemilihan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan.

Cuma yang perlu dihairankan ialah apabila UMNO Melaka bahkan kawasan Tok Ali sendiri tidak memihak kepada Tok Ali. Ini bukan lumrah tetapi gila dan tidak tahu mengenang budi.

Tok Ali nampaknya pasrah dan terus berkhidmat seperti biasa. Memang seorang pemimpin dan pejuang Tok Ali. Angkat topi tabik Datuk Seri.!!

Menggalas untuk mengemudi Melaka ialah anak didik Tok Ali..Idris Haron. Orangnya cukup mudah mesra dan tidak banyak protokol semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu bahkan semasa menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Petah berbicara dan berbahas di dalam parlimen.Bukan kepalang anak muda ini. Lantaran, apabila dinobatkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Layak!!

Setahun Idris Haron menduduki kerusi nombor 1 Melaka itu, mula tersebar cerita cerita kurang enak. Khabarnya Idris Haron tidak lagi seperti dulu. Benarkah?

Sampai ada yang mengatakan sukar untuk naik ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu..Benarkah?

Katanya, populariti Idris Haron mula merudum..Benarkah?

Tadi..Jebat berpeluang untuk ke Pejabat Ketua Menteri Melaka itu. Pada mulanya Jebat agak khuatir apabila mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Pejabat Ketua Menteri Melaka itu lebih lebih lagi Jebat cuma berseluar jeans. Bolehkan Jebat naik ke Pejabat Idris Haron?

Sampai di kaunter, Jebat bertanya kepada gadis penyambut tetamu di aras G. 'Pejabat Ketua Menteri aras berapa? tanya Jebat. Dengan senyuman gadis itu membalas..'Aras 4 encik'. Nak kena tulis nama atau daftar ke sebelum naik..? tanya Jebat lagi..gadis itu membalas..'Tak perlu encik..terus naik ke aras 4 dan lif ada di situ..' sambil menunjukkan arah lif.

Jebat terpinga-pinga. Mudah pulak nak naik..Kalau ikut cerita sahabat sahabat UMNO Melaka sukar sangat nak tembus ke aras 4. Wayang kulit apa yang sesetengah orang UMNO Melaka senang lakonkan ni? Bentak hati Jebat..

Sampai di aras 4, diringkaskan cerita..Jebat dilayan sangat baik dan penuh senyuman oleh pegawai pegawai di Pejabat Ketua Menteri Melaka itu.

Selesai urusan..Jebat turun ke bawah dan menuju ke kereta lalu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Jebat hanya mampu menggelengkan kepala dan mengeluh mengenangkan cerita cerita kurang enak berkenaan Ketua Menteri Melaka itu.

Jelas segalanya adalah tidak benar dan meleset sama sekali. 

Sekali lagi Jebat terfikir..patutlah Tok Ali kecundang di dalam PRU ke 13 dan pemilihan agong UMNO kalau beginilah tingkahlaku sesetengah orang UMNO Melaka. 

Tumbangnya pemimpin UMNO Melaka yang terulung seperti Tok Ali disebalik TSUNAMI CINA adalah disebabkan kehebatan sesetengah orang UMNO Melaka menjaja cerita cerita kurang enak berkenaan pemimpin.

Kalau tidak dibendung mungkinkah Idris juga akan menjadi seperti Tok Ali?

Melihat dengan mata kepala Jebat sendiri hari ini..Jebat terfikir..siapalah dulu si kitol yang membuka pintu pertahanan Melaka untuk membolehkan tentera Portugis masuk ke bumi Melaka? 

Jomlah kita banteras orang yang mempunyai ciri ciri si kitol..!!!!

p/s: Bila soal Melaka..Jebat tidak akan sesekali berkompromi..!! 


Monday, October 21, 2013

Rupanya UMNO Melaka ramai yang tak reti kenang budi!!


Aku sukarela cuba membantu Ali Rustam. Tok Ali kenal aku pun tidak..

Manifesto aku semasa membantu Tok Ali ialah MASA UNTUK MEMBALAS JASA.

Semua orang tahu bagaimana majunya Melaka. Semuanya kerana budi Tan Sri Rahim dan Dato Ali.. Itu hakikat.

Masa Tok Ali menjadi Ketua Menteri berbondong penjilat telur mengekor Tok Ali ke sana ke mari. Tapi bila orang tua ni dah tak ada jawatan..mana pergi penjilat penjilat telur ni semua? 

Dari 6 bahagian UMNO di Melaka, Tok Ali cuma dapat satu undi..Itupun daripada bahagiannya sendiri dan berada di kedudukan kedua selepas Menteri Zahid. 

Agaknya memang orang UMNO Melaka jenis tak sedar diri dan tak tahu mengenang budi..

Akhirnya aku temui jawapan kenapa di dalam barisan kabinet Najib, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri dan tidak ada Menteri. Ramai orang UMNO Melaka yang LEMAU..!!!!

Aduhai...apa nak jadi dengan anak Melaka!!!!!


p/s: Aku cukup simpati pada Tok Ali. Sekarang jelas bagaimana perangai penjilat penjilat telur!!!!!.

Wednesday, October 16, 2013

Pilih calon yang buat cinabeng gerun!!!!


Vote For Ali Rustam

Undi calon yang KENTAL JIWA MELAYU!!

Hari Sabtu ini hari yang maha penting untuk umat Melayu..

Hari yang akan menentukan 'kepala' dan 'nakhoda' Melayu..

Hari yang akan menentukan sama ada kita akan dipimpin oleh pemimpin yang berani atau yang tidak berapa jantan...

Hari yang akan menentukan 'panglima perang' untuk menghadapi PRU ke 14 yang semakin getir.

Kita akan berdepan ujian yang maha hebat bukan dari PAS atau PKR tetapi daripada DAP.

Justeru, kita harus memilih pimpinan yang kental jiwa Melayu nya..

Pimpinan yang berani menyuarakan hak dan ketuanan Melayu..

Pimpinan yang tahu menjulang dan mempertahankan maruah Melayu...

Dua yang di atas sudah teruji jiwa Melayu..Anda buatlah pilihan yang bijak..!!!!

Tuesday, October 15, 2013

Apakah Ali Rustam dan Shafie Apdal akan jadi mangsa???


Sabtu lepas sudah selesai pemilihan sayap UMNO..Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sabtu ini akan berlangsung pula pemilihan peringkat yang lebih tinggi.

Semua mata tertumpu kepada soal pemilihan jawatan Naib Presiden.

Ketua Puteri orang Melaka, ada EXCO Wanita pun orang Melaka. Kesimpulannya, Melaka sudah ada wakil di peringkat tertinggi. 

Naib Ketua Wanita UMNO orang Sabah, Azizah Dun. Exco Wanita yang merupakan mantan bekas Ketua Puteri, Rosnah juga orang Sabah. Esok, kalau Jamawi diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda lagi akan mewakili Sabah.

Hmmmm..dalam kabinet sekarang, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri.

Adakah kemenangan YB Emi sebagai Ketua Puteri daripada Masjid Tanah, Melaka sudah melengkapkan kerusi pimpinan tertinggi UMNO sekaligus menafikan peluang Ali Rustam? Melaka selalu tidak penting pada mata orang atasan tu.

Sabah? Sudah banyak wakil yang duduk di pimpinan tertinggi selepas pemilihan sayap Sabtu lepas. Adakah ini menyulitkan kedudukan Shafie Apdal untuk mempertahankan jawatannya?

Adakah percaturan ini sudah dirancang? Dirancang untuk apa dan untuk siapa? Bagi meloloskan Hisham dan Mukhriz yang ada nama besar di belakang mereka??

Harap-harapnya tidak ada yang dikambing hitam kan..

Baca PUTRA MERDEKA untuk ulasan lanjut..!!!

p/s: Hari raya korban cukuplah korban lembu atau kambing sahaja..!!

Saturday, September 21, 2013

Jangan pernah berhenti berjasa-Ali Rustam


Tak perlu cakap banyak pasal Tok Ali. 

Tok Ali kecundang di Melaka bukan kerana hebatnya Sam Ketot tetapi seperti kata Tok Ali 'Cina tidak kenang budi'.

UMNO perlu pemimpin yang sentiasa segar perjuangan untuk memartabatkan bangsanya.

Beri ruang dan peluang kepada Tok Ali untuk terus menabur budi dan bakti!!!!

Vote for Tok Ali!!!!!

Thursday, September 5, 2013

Isa Samad dan Ali Rustam: Biar jantan sampai ke sudah!!



Isa dan Ali sudah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Keduanya hebat. Nama besar biarpun sudah menjadi bekas pimpinan tertinggi negeri.

Isa kata beliau tidak terlalu tua untuk merebut jawatan itu.

Ali kata beliau hendak bertanding jawatan itu kerana hendak memartabatkan bangsa Melayu. 

Kedua-dua sebab itu merupakan asas pegangan mereka hendak bertanding. Prinsip.

Sebaik Ali dan Isa mengumumkan untuk bertanding, ada pihak yang tentunya sudah tidak senang duduk kerana  satu Malaya tahu akan kehebatan Ali dan juga Isa.

Ada blogger yang sudah berapi mengatakan apa perlunya Ali di bawa ke persada politik sekali lagi sedangkan beliau sudah DITUNJUKKAN JALAN KELUAR oleh pengundi di dalam PRU ke 13 yang lalu. Benarkah dakwaan blogger itu atau sekadar kenyataan untuk membela mana mana nama yang akan bertanding di dalam Perhimpunan  Agong nanti? Adakah kelibat Ali dan Isa di dalam perebutan itu nanti akan menggoyahkan tuan-tuan tertentu?

Jika benarlah dakwaan blogger tersebut, mengapa beliau tidak menunjukkan jalan keluar kepada Shahrizat Jalil yang juga pernah tewas di dalam PRU?

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa  mungkin akan ada tangan-tangan ghaib yang akan membantu calon-calon tertentu untuk mencapai kemenangan? Atau mungkinkah kita akan dikejutkan dengan penarikan diri di saat-saat akhir oleh Isa dan Ali?

Kita mahu Isa dan Ali terus berprinsip dan teguh pegangan. Tidak mudah terkesima dengan bau-bau harum dan tidak senak perut  dengan mana-mana tangan ghaib seperti yang didakwa.

Isa Samad dan Ali Rustam, biar jantan sampai ke sudah!!!!!

Friday, June 28, 2013

Tutup Jonker Walk..sepatutnya dah lama dah!!!


KALAU di peringkat kerajaan pusat Zahid Hamidi begitu tegas dalam tuturkata dan tindakannya, apa yang kurang pada Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Idris Haron.

Kata orang ibarat bayi yang baru bertatih dan baru setahun jagung, Idris sudah berani untuk mengambil tindakan tegas yang pada hematnya perlu dilaksanakan.

Penutupan Jonker Walk untuk memberikan laluan yang lebih selesa kepada pengguna jalanraya yang dilakukan Idris baru-baru ini memberikan reaksi kurang selesa di kalangan pimpinan DAP yang pada mereka   tindakan itu adalah sebagai langkah 'balas dendam' kepada pengundi Cina yang tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional.

Pada Jebat secara peribadinya tindakan Idris itu mungkin bersifat serampang dua mata. Pertama, untuk memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang sering terbeban dengan masalah kesesakan lalu lintas di situ dan keduanya mungkin ingin memberikan pengajaran kepada pihak tertentu supaya tahu MENGENANG BUDI.

Atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Melaka, Jebat menyokong penuh tindakan Idris. Jika benar Jonker Walk menyesakkan tutup sahajalah. Apalah gunanya kita menyenangkan rakyat di kawasan parlimen tertentu sedangkan seluruh rakyat Melaka dan pelancong yang datang ke Melaka terbeban dengan kesesakan itu. Amat wajar tindakan Idris. Kita harus mengutamakan majoriti daripada minoriti.

Lagipun sudah sampai masanya, kerajaan negeri Melaka menyedari siapa dan pengundi kawasan parlimen manakah yang memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah Melaka.

Kalau hendak membantu, membantu pada yang memerlukan dan tahu mengenang budi. Intai-intailah kami pengundi di Jasin kerana Jasin merupakan kubu kuat BN di Melaka. Kami tidak pernah menghampakan BN.

Kalau perlu buka sahaja tapak perniagaan seperti Jonker Walk di Jasin. Setidak-tidaknya kami orang-orang Jasin tahu mengenang budi dan rela melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa BN di Melaka.

Pedulikan apa yang orang  akan katakan kerana penat berbuat baik sekalipun mereka tetap 'menghukum' kerajaan BN Melaka. 

'Amarah marah' kami  orang Jasin terus menggelegak apabila menyaksikan bagaimana Tok Ali diaibkan oleh pengundi yang tidak tahu mengenang budi.

Ayuh Tok Deris..kalau banyak lagi yang perlu ditutup..tutup sahajalah. Jangan beri muka..Kami akan menyokong penuh tindakan Tok Deris.

Dah lama perlu di tutup dan sebenarnya dah lama perlu di ajar kepada mereka yang tidak tahu mengenang budi!!!

Tuesday, May 28, 2013

Jangan hina Ali Rustam


Semalam ada seorang blogger yang 'menghentam' Tok Ali kerana dikhabarkan Tok Ali mahu menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung UMNO di dalam Perhimpunan Agong yang akan datang. Baru khabar angin orang sudah mahu melenting. Hebatnya Tok Ali!!

Tidaklah salah sekiranya blogger tersebut memberikan pandangannya dari sudut ketidaklogikan Tok Ali diberikan mandat untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung tetapi ada bait-bait kata blogger tersebut yang membuatkan kami rakyat Melaka berasa sangat dukacita.

Benar, Tok Ali tewas di dalam PRU yang baru lalu tetapi kami rakyat Melaka cukup merasa terhutang budi dengan jasa Tok Ali membangunkan dan memajukan negeri kami. 

Selepas era Tan Sri Rahim Tamby Chik kami rakyat Melaka sangat khuatir apakah pengganti Tan Sri Rahim akan mampu mentadbir Melaka sebaik Tan Sri Rahim? Alhamdulillah kami diberikan Tok Ali yang pada hemat kami rakyat Melaka sebagai antara Ketua Menteri yang terbaik di Malaysia. 

Tanyalah kepada mana-mana pelancong yang datang ke Melaka apakah perasaan mereka sewaktu menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Hang Tuah ini. Biarpun negeri kami kecil dan kekurangan sumber alam semulajadi tetapi berkat kerjasama kami semua rakyat Melaka dan dengan kebijaksanaan pemimpin negeri kami, kami sudah mampu duduk sama rendah bahkan berdiri lebih tinggi dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Blogger tersebut menggunakan perkataan 'Apakah yang bagus sangat Tok Ali'. Sukalah kami jelaskan pada blogger tersebut bahawa YA PADA PANDANGAN KAMI TOK ALI SANGAT BAGUS SEBAGAI PEMIMPIN. 

Kalau diambil kira faktor kepetahan bercakap sebagai garis panduan bagus atau tidak seseorang itu sebagai pemimpin maka anda harus bertanya kepada diri anda sendiri APAKAH ANWAR IBRAHIM YANG PETAH BERCAKAP ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG BERKUALITI?

Biar seburuk mana pandangan orang lain pada Tok Ali tetapi kami rakyat Melaka tetap menganggap Tok Ali sebagai 'legend'. Blogger tersebut mengatakan bahawa Tok Ali tidak sepatutnya diberikan peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO kerana pernah digantung daripada bertanding akibat dakwaan politik wang. 

Jika benar sekalipun dakwaan itu, Tok Ali sudah pun menjalani hukuman itu dan menerima keputusan Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Buat makluman, ramai ahli UMNO Melaka yang bercadang untuk keluar daripada UMNO tempoh hari apabila Tok Ali disahkan tidak boleh bertanding tetapi apabila melihat kepada ketenangan Tok Ali menerima keputusan itu kami menarik balik keputusan itu.

Jika UMNO pusat merasakan Tok Ali tidak layak untuk diberikan peluang menjawat Setiausaha Agung UMNO atas alasan dakwaan salah laku poliitk wang, kami rakyat Melaka tidak sesekali akan merasa marah atau kecewa dengan keputusan itu tetapi kami akan berasa kecewa jika pemimpin terulung kami itu dicerca dan di hina!!!

Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak nak kami pun tak ingin!!

p/s: Blogger tersebut asalnya dari bumi Kelantan. Silalah menangkan dulu BN di Kelantan sebelum mengajar kami buruk dan baik dalam memilih pemimpin. 

Saturday, May 11, 2013

Apa khabar Ali Rustam aka Tok Ali?



 

Apa khabar agaknya Tok Ali di Melaka selepas kecundang di Bukit Katil?
 
Sebagai anak Melaka, Jebat rasa amat dukacita di atas kekalahan Tok Ali tambah-tambah lagi di tangan manusia yang paling tinggi di Melaka aka Sam Kemetot.
 
Tetapi sebagai rakyat yang faham erti undang-undang, Jebat menghormati keputusan orang Bukit Katil walaupun Jebat merasa sedikit hairan adakah orang-orang di Bukit Katil sudah buta sehingga terlupa akan sumbangan Tok Ali kepada negeri Melaka?
 
Kita penyokong tegar BN bukan seperti penyokong Pakatan Haprak yang tidak tahu menerima keputusan dengan hati yang tenang sehingga memaksa mereka melolong di jalanan. Kalau acuan pemimpinnya begitu apalah yang mahu kita hairankan dengan sikap biadab penyokongnya.
 
Seorang rakan Jebat memaklumkan pada Jebat yang beliau ada menghantar sms pada seseorang yang rapat dengan Tok Ali supaya mencadangkan Tok Ali bertanding di Parlimen Tangga Batu. Tetapi jawapan daripada makhluk perosak kepada Tok Ali itu membalas dengan penuh angkuh ' Kau tak perlu masuk campur'.
 
Pada peringkat awal lagi, Jebat sudah merasa kurang selesa apabila Tok Ali memaklumkan mahu bertanding di Parlimen Bukit Katil. Bukan kerana risaukan kekuatan Sam Kemetot tetapi risaukan akan senario dan trend pengundi di situ.
 
Pada tahun 2004, BN menang besar di situ. Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani menang bergaya di Bukit Katil sebelum landskap politik negara berubah yang menyaksikan Dato Mat Sirat hampir tersungkur di Bukit Katil pada tahun 2008.
 
Bayangkan daripada majoriti puluhan ribu yang diperolehi Mohd Ruddin hanya tinggal seribu lebih semasa era Mat Sirat. Bukit Katil terus menjadi ruang untuk Pakatan bertapak dan menjadi seribu pertanyaan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengibarkan panji BN di situ dalam PRU yang baru lalu.
 
Akhirnya sebagai anak jantan, Tok Ali mengibarkan bendera untuk berjuang di Bukit Katil. Tindakan yang Jebat lihat amat berani walaupun sedikit menggusarkan. Dengan beberapa DUN di situ, yang terdapat ramai pengundi Tionghua risiko yang di ambil Tok Ali amat tinggi. Tetapi tentulah Tok Ali fikir orang-orang Melaka tahu mengenang budi. Tanggapan Tok Ali jauh meleset apabila segala jasa Tok Ali kepada negeri Melaka dihumban begitu sahaja oleh pengundi di situ. Tok Ali tersungkur.
 
Haprak sungguh pengundi di Bukit Katil yang tidak tahu mengenang budi. Kalau selepas ini Melaka kehilangan pemimpin yang berwibawa seperti Tok Ali andalah yang menjadi punca kepada keadaan ini. Lebih malang kerana langkah pertama Tok Ali untuk membantu menambah bangunkan Malaysia telah dibantutkan oleh pengundi di Parlimen Bukit Katil semata-mata dek kerana kecintaan kepada manusia bantut bernama Sam Kemetot.
 
Kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, intai-intailah apa yang boleh Datuk lakukan untuk memberikan kedudukan kepada Tok Ali selaras dengan kemampuan dan jasa Tok Ali.
 
Semoga Tok Ali tidak patah semangat!!!

Sunday, March 6, 2011

Tahniah untuk warga Merlimau


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anak-anak Merlimau kerana bijak membuat keputusan di dalam memilih Yang Berhormat yang mewakili mereka.

Tahniah jua kepada jentera Barisan Nasional khususnya kepada YAB ikon negeri Melaka, Tok Ali di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen malah sebelum itu lagi.

Kepada pimpinan-pimpinan negeri Melaka, lihat sahaja betapa Tok Ali sememangnya layak untuk mengepalai saudara-saudari.

Kepada sayap-sayap Barisan Nasional, Wanita, Pemuda dan Puteri, anggap saja apa yang kalian lakukan sebagai satu ibadah di dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pucuk pimpinan pusat, jutaan terima kasih di atas sokongan yang kuat di dalam menghadapi getir ketika tempoh berkempen. Anak Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kepada YB yang baru dinobatkan, YB ROSLAN AHMAD kemenangan ini adalah suatu anugerah buat saudara dan sesuatu anugerah itu pastinya memerlukan pengorbanan. Saudara kini adalah 'milik rakyat'. Kemenangan ini pastinya membuatkan banyak mata yang melihat tingkahlaku saudara dan sifat takbur bongkak hanya akan mengundang bala yang tidak tertanggung.

Perjalanan kita masih jauh dan langkah kecemerlangan yang kita mulakan hari ini hanyalah langkah permulaan untuk kita terus melangkah. Di dalam langkah kadangkala jatuh tersadung dan tersadung itulah yang mematangkan kita.

Salam tahniah dan mohon barakah yang berpanjangan kepada warga Merlimau khususnya dan anak-anak Melaka khasnya.

Saturday, February 19, 2011

Merlimau: Program PM tidak ada sambutan?


Gambar ehsan sahabat blogger Jiwa Paradox

Kagum, bangga dan terharu..Itulah yang boleh diucapkan bila mana melihat gambar di atas. Sudah agak lama tidak melihat manusia seramai ini. Tahniah di atas aura dan karisma yang ada pada Perdana Menteri kita..

Inilah yang menggerunkan PAS untuk berhadapan BN di Merlimau. Aku sendiri sudah mendapat beberapa panggilan dari kawan-kawan waimah makcik dari Merlimau yang mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi PAS di Merlimau. Yang lebih menarik, makcik-makcik yang hubungi aku bukanlah dari DUN Merlimau tetapi adalah dari DUN Serkam yang terletak bersebelahan dengan DUN Merlimau.

Aku tidak pernah hairan dengan semangat anak-anak jati Merlimau. Biar sekuat mana angin melanda mereka tidak pernah akan berganjak dari menyokong Barisan Nasional.

Makcik-makcik itu memaklumkan pada aku, mereka tidak akan mengizinkan mana-mana orang luar membuat onar di kawasan mereka. Cukup berterima kasih mereka kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Tok Ali, hero rakyat Melaka sudah awal-awal lagi merencana segalanya untuk Merlimau. Orang Merlimau tabik spring pada Tok Ali. Satu fakta yang menarik untuk dikongsi bersama, sekuat mana dan sehebat mana pergeseran yang berlaku di antara sesama anak Merlimau tetapi apabila melibatkan parti dan kepentingan negeri, mereka tetap akan dalam satu saf bersama Barisan Nasional.

Ini janji anak Merlimau..biar tidak bersultan dan beraja, angkat kami angkat maruah negeri kami untuk terus bergantung harap kepada Barisan Nasional dan UMNO lebih-lebih lagi kepada Tok Ali. Datanglah satu datanglah dua..sesukar mana akan kami harung!!!

Tok Ali kami sayang, TYT Negeri kami junjung. Jangan sesiapa cuba ubah fakta ini!!!

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Orang Merlimau Kejam Begini?


Orang Merlimau ibarat lilin..membakar diri menerangi yang lain. Atas rasa kasih kepada Barisan Nasional dan UMNO, rakyat Merlimau rela menyewakan rumah mereka dengan harga yang agak rendah berbanding dengan Pilihanraya Kecil lain yang terdahulu.

Aku sendiri telah membuat tinjauan di beberapa buah rumah yang sedia disewakan kepada para petugas. Dan tidaklah keterlaluan jika dikatakan harga rumah di Merlimau sepanjang tempoh Pilihanraya ini tidaklah terlalu mahal. Berasas dan munasabah.

Harganya sekitar RM 2000 hingga RM 4500..Harga rumah yang ditawarkan kepada aku siap dengan perabut yang lengkap dan penghawa dingin adalah cuma RM 2500. Sebelum ini di Pilihanraya Kecil yang lain dengan situasi rumah yang serupa harganya mencecah RM 5000.

Tidak jauh dari tempat penamaan calon, harga rumah yang ditawarkan kepada aku adalah sekitar RM 4000 berserta perabut dan 4 bilik. Lazimnya di tempat lain harganya sekitar RM 6000.

Sambil meninjau-ninjau rumah sewa di Merlimau, sempat aku bersembang dengan orang-orang di situ. Aku tanya kenapa harganya tidak semahal tempat lain dan inilah jawapan yang aku terima:

Orang Merlimau bukanlah kejam sangat nak aniaya dan cekik darah orang. Lagipun kerajaan dah banyak bantu kita selama ni jadi apalah salahnya kalau kita membayar balik apa yang kerajaan telah bantu kita dengan harga yang tidak terlalu mahal. Lagipun kita bayar bank pun bukanlah semahal mana. Kita cuma mahukan orang yang datang ke Merlimau tidak serik untuk datang lagi. Negeri Melaka kan negeri pelancongan dan jika kita niaya orang, usaha yang kerajaan Negeri buat pasti terbantut. Inilah cara kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri.

Terlopong aku dengar jawapan dari orang itu dan penuh sesak dalam kepala aku berkata "Patutlah orang kata Merlimau kubu kuat Barisan Nasional'.

Tidak hairanlah kalau PAS awal-awal lagi sudah celaru mahu bertanding di Merlimau.

Kita tunggu saja hari pembuangan undi pada 6hb Mac ini...Terima kasih warga Merlimau!!

Saturday, February 5, 2011

Merlimau: PAS atau PKR silalah datang


Belum lagi proses penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Merlimau Melaka, PAS dan PKR sudah mula menunjukkan ketidakkerjasamaan sesama mereka.

Bagi rakyat Melaka, polemik keributan untuk parti mana yang akan meletakkan calon bukanlah suatu isu yang akan melekakan jentera pilihanraya Barisan Nasional Melaka.

Datanglah PAS, datanglah PKR waimah datanglah DAP sekalipun, warga Merlimau sudah membulatkan tekad untuk terus mengundi Barisan Nasional.

Yang menarik di Merlimau, generasi muda biarpun tidak menjadi ahli UMNO tetapi jiwa mereka lebih cenderung kepada Barisan Nasional. Suka tak suka PAS atau PKR kena terima kenyataan ini.

Semasa Pilihanraya Kecil Tenang tempoh hari, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan dari Merlimau. Jiwanya? Kalau sebelum ini PAS punya pencacai taik yang berwarna hijau, di Merlimau majoriti pengundinya totok Barisan Nasional.

Akan menyedari keadaan itu, Pakatan sudah mula menduga bagaimana cara untuk menarik minat pengundi Merlimau. Langkah awal, mereka telah mula menarik perhatian pengundi Merlimau untuk terus mengikuti perkembangan mereka. Caranya? Mereka telah mula meributkan sama ada PAS atau PKR yang akan diletak di Merlimau. Murahan.

Ada sahabat-sahabat dari Merlimau yang berkata, kalaulah Sam Ketot AMK bertanding di Merlimau, rasanya tidak sabar-sabar mereka mahu mandikan Sam Ketot.

Datanglah siapa sahaja, PAS atau PKR, rakyat Merlimau mengalu-alukan kedatangan kalian.

p/s: Sahabat aku dari Merlimau, Amai namanya...dia cakap..PAS ke PKR ke...KITA RATAKAN AJE.....

Friday, February 12, 2010

Sofi Wahab...kita sesama anak Melaka

Sofi Wahab
Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (12 Februari).
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dalam masa yang sama saya mengucapkan ‘takziah’ kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.

JEBAT- Aduhai saudara Sofi Wahab yang senegeri dengan Jebat..bagaimana saudara boleh terlintas hati untuk mengucapkan 'takziah' kepada rakyat Melaka di atas keputusan SPRM ini?Tidakkah keputusan SPRM ini melegakan seluruh anak-anak Melaka?Bukankah saudara juga anak Melaka?Tidakkah saudara nampak dengan jelas apa sumbangan Tok Ali, Ketua Menteri kita terhadap negeri kita? Benar kita berbeda fahaman politik tetapi sebagai anak Melaka kita seharusnya bangga dengan pencapaian yang telah Tok Ali buat untuk Melaka..Susahkah untuk kita bersyukur dengan apa yang negeri kita ada? Tidakkah kita malu dengan pengunjung yang mengunjungi Melaka yang rata-rata memuji keindahan negeri kita tetapi kita sebagai anak Melaka beria-ia benar nak membuka pekung sesama kita?


Sofi Wahab


Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.
Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.
Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.
Lembaga Disiplin Umno memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.


JEBAT-Apakah yang saudara harapkan untuk memohon supaya SPRM meneliti semula kes ini? Cukuplah saudara, seharusnya keputusan SPRM ini memberi satu kelegaan kepada kita anak-anak Melaka..Jika Tok Ali disabitkan dengan kesalahan ini, kita sebagai anak Melaka terpalit aib yang sama.Kita datang dari kepompong yang sama..makan cencalok sebotol bersama..menjual belacan di lorong yang sama..meratah ikan bakar di pantai yang sama..bahkan udara yang kita hirup adalah udara yang sama..


Sofi Wahab


Pada 18 April 2009, Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009.
Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan Exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Datuk Othman Muhamad.


JEBAT-Saudara, kita mengucap syahadah yang sama..Saudara telah lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka hancur kerana si kitol yang mencucuk mata?Saudara lupa bagaimana Pateh Karma Wijaya membeloti kita?Saudara lupa Tun Tuah berkata 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'?Saudara lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka kehilangan kuasa?Cukuplah saudara..sama-sama kita memartabatkan Melaka..


Untuk makluman-Sofi Wahab ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka