Tuesday, August 13, 2013

Lagi-lagi Pak Lah..sudahlah!!!

 
Orang UMNO jangan dendam tak bertempat.
 
Pak Lah telah dihukum setelah BN gagal mendapat majoriti 2/3 di dalam PRU ke 12.  Hukumannya: LETAK JAWATAN.
 
Orang UMNO dan Malaysia cukup tebal dengan sifat tidak puashati. Harimau Malaya gagal menyinar di Jepun, Rajagobal dihenyak dan dikerah letak jawatan. Walhal Rajagobal lah yang telah membawa Harimau Malaya ke puncak gemilang suatu ketika dahulu. Dipuji kemudian di ludah.
 
Pak Lah pun begitu, PRU tahun 2004 Pak Lah dilambung sebagai hero dengan kemenangan besar BN tetapi dihenyak dan dikerah supaya meletakkan jawatan selepas PRU ke 12. Pak Lah pasrah dan melepaskan jawatan. Orang UMNO mahu apa lagi daripada orang tua dari Pulau Pinang ini?
 
Kini timbul soal buku. Pak Lah tampil kata buku itu bukan tulisan atau tajaan beliau. Orang UMNO masih tidak puashati. Orang UMNO mahu apa lagi daripada orang tua dari Pulau Pinang ini?
 
Apa lagi yang ada pada orang tua itu yang mesti orang UMNO hukum? Kenapa orang UMNO tidak mahu menghukum diri sendiri setelah gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU ke 13 yang lalu? Mahu salahkan Pak Lah lagi dengan kegagalan di dalam PRU ke 13?
 
Adakah ceritera buku ini sengaja ditimbulkan untuk melemahkan kem menantu Pak Lah, KJ?
 
Kalau benar ada yang tidak kena dengan KJ apa yang perlu dilampiaskan amarah marah pada Pak Lah? Pukul anak sindir menantu?
 
Jebat pun kecewa dengan prestasi Pak Lah dalam PRU ke 12 tetapi cukuplah Pak Lah dihenyak dan dicerca. Cukuplah. Anggap sahaja Pak Lah orang tua yang harus dihormati. Jika tidak disanjung apalah salah kita memaafkan Pak Lah.
 
PRU ke 12: ZAMAN PAK LAH KITA PEROLEHI 140 KERUSI
 
PRU ke 13: ZAMAN TOK NAJIB KITA PEROLEHI 133 KERUSI
 
EH nak kena marah Tok Najib ke Pak Lah? Ahhhh!!! sudahlah orang UMNO..sudah-sudah cari salah orang lain untuk tutup lemah sendiri.
 
Kalau asyik nak marah dan tak puashati, apa kata orang UMNO semua dihukum supaya letak jawatan kerana prestasi buruk dalam PRU ke 13...ada berani?
 
Hidup biar bertanggungjawab..!!!!
 
p/s: Orang UMNO kata Pak Lah kuat tidur...tapi dalam PRU ke 13 yang lalu orang UMNO pun banyak yang 'tidur'. Bilik gerakan lengang macam di langgar garuda. Nak salahkan siapa? Pak Lah?

9 comments:

  1. Pak lah menang besar 2004 kerana pengundi cina yang benci tun m berasa seronok dan telah memberi mesej supaya pak lah kekal sebagai pm. Bukan sebab pak lah hebat. Pru12 cina2 bangsat dibantu oleh anwar aljuburi telah menghenyak pak lah secukupnya. Umno yang terpaksa tanggung kerana kebodohan pak lah dan menantunya kj.

    ReplyDelete
  2. janji BN menang... bersatulah UMNO.. sepakat membawa berkat... gaduh2 pun xde gunanya...

    ReplyDelete
  3. mereka yg di atas masih rapat tapi pencacai bawahan tertentu saja yg melatah dan lebih sudu dari kuah.

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu banyak loyar buruk dan berijazah PHD...(Perasan,Hasat & Dengki) apa lagi orang Melayu MAU ni,bila nak maju

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya Pak Lah duduk sahaja diam-diam jika tak boleh mengawal apa yang ingin diucapkan. Ingatlah...ada pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang untuk menggunakan kita dalam menjatuhkan atau mengharubirukan keadaan...

    Finally... Pak Lah... just shut up... and kalau mahu... dok jaga cuculah.....

    ReplyDelete
  6. kenapa pulak Pak Lah kena duduk diam-diam?. Dia adik ko ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adik aku dah lama kena penampar!....hehehe

      Setuju dengan Ghazali,..Pak Lah tak sepatutnya menyerang Tun M dalam wawancara seperti yang terkandung dalam "Awakening" tu.....sebab pulut santan binasa.

      Delete
    2. Apa lokus standi ko nak pertahankan satu pihak dan tidak pihak yang satu lagi?

      Bukankah lebih baik jadi pendamai dari jadi pemutus?

      Tak adik ko yang ko tampau tu, he he... harap-harap adik ko tak repot, keh keh

      Delete
  7. Kematangan membuatkan ahli republikan tidak menyalahkan Bush apabila demokrat tumbang di tangan Oh Bama!

    Lain pulak storinya di negara membangun... kejayaan di julang bagai hulubalang, kegagalan di berikan beratus name calling.

    ReplyDelete