Thursday, June 30, 2011

BERSIH: Kesian UMNO wehh



Barisan Nasional terdiri daripada berapa parti komponen? Jawabnya: Banyakkkkkkkkk

Yang bekerja bagai nak rak setiap kali pilihanraya parti mana? Jawabnya: UMNOOOOOO

Yang menang banyak kerusi semasa Pilihanraya Umum 2008 parti mana? Jawabnya UMNOOOO

Yang kena balun dengan Pakatan Haram Jadah parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang mempertahankan Barisan Nasional parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang menggerakkan Patriot parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang paling Nuar Berahim benci parti mana? Jawabnya UMNOOOOO

Yang bagai nak rak cuba menghalang BERSIH parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Betul ke Barisan Nasional banyak parti komponen? Jawabnya: Rasa-rasanya macam banyak

MCA dan MIC...lu apa bikin?

p/s: Kalau ada puak sebelah sana yang kata UMNO merosakkan negara dan punca segalanya..Gua pulak jawab: Kepala abah kau!!!

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH : Tahniah awal PDRM





Selagi tidak tiba detik 9 Julai selagi itulah kepala dan minda rakyat berputar ligat memikirkan apakah agenda dan detik itu akan menyelubungi bumi Malaysia.



Biar apa pun alasan dan logiknya, perhimpunan haram BERSIH tidaklah wajar menjadi kayu ukur kepada kemahuan seluruh rakyat Malaysia kerana sebahagian besar rakyat Malaysia sudah menyuarakan pendapat untuk menghalang BERSIH biarpun masih ada lagi di luar sana yang angkuh menyatakan bahawa BERSIH adalah kemahuan dan suara nurani rakyat. Benarkah BERSIH mewakili jutaan suara pengundi Malaysia? Suara BERSIH bukanlah suara aku sebagai PENGUNDI


Tahniah kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri kerana telah mengambil langkah awal di dalam mengekang kemaraan perhimpunan BERSIH. Biar apa yang puak sebelah sana katakan dan hujahkan, janganlah PDRM atau KDN merasa goyah dengan tindakannya. Rakyat sebenarnya mengharapkan PDRM akan terus menjadi badan yang mampu untuk mententeramkan negara.



Kita sebolehnya tidak mahu angkatan tentera turut diguna pakai untuk mengawal keadaan kerana imej negara akan cukup tercalar jika keadaan ini berlaku. Pun begitu jika itulah jalan terbaik untuk menyelamatkan keamanan negara, kita sebenarnya terpaksa menggunakan istilah 'dalam keterpaksaan'.



Kita masih ada masa untuk mengekang perhimpunan haram ini daripada terus menghimpit keamanan negara.



Sesungguhnya tindakan PDRM sekarang berada di landasan yang betul dan kita mohon supaya tidak akan ada kegelisahan kepada pihak PDRM untuk terus bertindak atas nama menjaga keamanan negara.



Tahniah Hishamuddin..seluruh rakyat Malaysia sedang mengintai kebolehan dan kemampuan anda sehingga detik 9 Julai..

Monday, June 27, 2011

BERSIH :Kuala Lumpur bakal berwarna warni



Banyak pihak tanpa disedari sedang memberikan publisiti secara percuma kepada perhimpunan haram BERSIH.

Kalau BERSIH dengan baju kuningnya, hari ini Pemuda UMNO Malaysia melancarkan gerakan yang dinamakan Patriot dengan baju berwarna Merah. PERKASA pula sudah mengumumkan bahawa ahli dan penyokongnya akan berbaju Putih.

Tampaknya, kombonasi ketiga-tiga warna ini hampir melengkapkan warna bendera Malaysia..Jalur Gemilang.

Cuma yang belum lengkap adalah warna Biru. Jadi siapakah yang akan memakai baju Biru?

Jawapannya mudah, orang atau pihak yang paling layak memakai baju Biru adalah anggota FRU.

Jadi biarlah baju Biru yang menjalankan kewajipan mereka..

Biarlah baju Biru mengajar baju Kuning bahawa yang Kuning itu hanyalah untuk Raja..

Kuning yang dipakai BERSIH hanyalah melambangkan perlakuan mereka yang busuk seperti busuknya objek berwarna kuning di dalam mangkuk tandas.

Sunday, June 26, 2011

BERSIH : Apa lagi yang kita tunggu





Semuanya sudah terungkai dengan penahanan beberapa individu dan tidak kurang dengan ratusan laporan polis.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak. Masa untuk tunggu dan lihat sudah tidak lagi boleh diguna pakai. Masa untuk memberi amaran sudah boleh dibuang jauh-jauh.

Hishamuddin tolonglah bertindak tegas. Apa lagi yang perlu ditunggu?

Adakah kita perlu menunggu sehingga retak menjadi belah, sudah bengkak baru mahu tengadah atau menunggu nasi menjadi bubur baru kita hendak terkial-kial mencari punca?

Alangkah bodohnya kita jika 'pencuri' sudah mengaku mahu mencuri rumah kita tetapi kita sekadar menganggukkan kepala tanpa sebarang tindakan.

Perkataan yang paling mudah untuk Hishamuddin..MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Friday, June 24, 2011

Negara Berkebajikan: Antara realiti dan angan-angan

Tindakan PAS mengangkat agenda membangun negara berkebajikan memperlihatkan parti itu bukan sahaja hilang arah dalam mengerakkan agenda membangunkan negara Islamnya, tetapi juga terpaksa menurut kehendak rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadi juara rakyat.


Membangun negara kebajikan tafsiran PAS ini lanjutan daripada dasar Buku Jingga yang dilancarkan PR sebelum ini – menjanjikan banyak manfaat kepada rakyat jika mereka berjaya mengambil alih kuasa dari kerajaan Barisan Nasional.


Sama ada Buku Jingga atau membangun negara kebajikan, ia bukan satu perkara baru. Sejak merdeka sehingga ke hari ini, dasar membangunkan negara berkebajikan sudah dilaksanakan kerajaan. Cuma kali ini ia diangkat dalam bentuk sedemikian rupa oleh PAS bagi menunjukkan seolah-olah apa yang dilakukan kerajaan selama ini tidak memberi atau membawa apa-apa makna kepada rakyat.


Untuk membangun negara berkebajikan seperti mana impian PAS bukan mudah. Malah tidak mungkin dilaksanakan oleh mana-mana negara di dunia sekali pun kerana beban yang akan ditanggung negara bukan sedikit. Memberi terlalu banyak penekanan kepada kebajikan boleh menjerat negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara Eropah yang kini dilanda inflasi dan beban hutang sehingga boleh terjerumus ke arah kemuflisan.


Apakah usaha yang dilakukan kerajaan hari ini tidak cukup untuk membela dan membantu rakyat? Sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada import barangan makanan seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan pengguna.


Apakah dengan memberikan subsidi yang besar kepada barangan keperluan utama masih tidak menepati tafsiran membangunkan negara kebajikan seperti diinginkan PAS? Malah jika dibuat perbandingan atas tanggungan subsidi kerajaan, rakyat negara ini masih dikira beruntung kerana harga barangan keperluan utama di pasaran jauh lebih murah berbanding negara-negara tetangga.


Untuk 2010 sahaja, kerajaan memperuntukkan RM10.32 bilion sebagai subsidi barangan keperluan asas. Jumlah ini dijangka mencecah RM20.6 bilion pada 2011.


Subsidi RM10.32 bilion tersebut termasuk subsidi RM789 juta untuk gula, RM 89 juta untuk tepung gandum, RM813 juta untuk minyak masak, RM486 juta untuk beras, RM3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM3.5 bilion untuk diesel, RM1.43 bilion untuk LPG.


Ini bermakna, kerajaan menanggung kos 30 sen bagi setiap kilogram gula, 45 sen setiap kilogram tepung gandum, RM1 bagi setiap kilogram minyak masak, RM4 setiap kampit beras berat 6 kilo, 43 sen setiap liter petrol RON 95, RM27.02 sen bagi setong LPG.


Walaupun kerajaan menyedari subsidi dan peruntukan berbilion ringgit semata-mata untuk memastikan kestabilan harga barangan keperluan utama dan mengelakkan pembantutan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang, langkah itu terpaksa diteruskan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pada masa sama terpaksa menggunakan pendekatan subsidi secara lebih berhemah.


Menjanjikan sesuatu memang mudah tetapi realitinya cukup sukar untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi ketika Malaysia berusaha untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Tidak dapat dielakkan bagi merealisasikan matlamat itu , sudah tentu ia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Pemberian subsidi secara berlebihan semata-mata untuk menjadi popular hanya akan mendatangkan mudarat kepada negara dan rakyat secara jangka panjang.


Apabila kerajaan mengatur rancangan menstrukturkan semula subsidi pada masa akan datang, banyak pihak yang mendakwa langkah tersebut hanya akan membebankan rakyat. Walaupun akan berlaku kenaikan kepada barang-barang keperluan asas ini, kerajaan sudah memberikan jaminan, kepentingan dan kebajikan rakyat tetap terbela, terutama golongan berpendapatan rendah. Lebih penting, penstrukturan semula subsidi ini bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat manfaatnya.


Memberi terlalu banyak juga tidak baik untuk negara dan rakyat. Apabila segalanya diberikan percuma dan disokong subsidi, rakyat akan jadi malas. Malah sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sememangnya menggalakkan kita berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.


Satu lagi adalah mengenai sikap. Banyak subsidi yang diberikan kerajaan sering disalahgunakan sama ada dijual atau diseludupi ke luar. Ia akhirnya merugikan duit rakyat apabila subsidi berbilion ringgit jatuh kepada tangan mereka yang tidak sepatutnya menerima.


Apa yang ingin dilakukan oleh PAS atau pun melalui pelaksanaan dasar Buku Jingga mereka, atas kertas ia nampak cantik dan memang ia boleh membuatkan rakyat terpedaya, tetapi hakikatnya pelaksanaan bukan semudah apa yang diucap.


-malaysiaaktif.my-

Wednesday, June 22, 2011

BERSIH: Lebih sejuta responden sokong?



Benarkah lebih sejuta responden di dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online menyokong supaya BERSIH di adakan?

Mungkin The Star Online sendiri tidak menjangka peratusan yang akan menyokong BERSIH akan menjadi setinggi ini.

Mungkinkah ada pihak yang mengundi lebih dari satu kali (banyak kali) untuk meningkatkan peratusan pengundi yang mengundi supaya BERSIH diadakan? Tidak lenguhkah jari mereka?Berapa ramai bilangan mereka?

Malaysiakini pun 'up' keputusan bancian berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH ini..

Orang yang malas berfikir mungkin akan terus percaya kepada statistik ini tetapi orang buta IT tetapi sedikit rajin mencari fakta akan temui jawapan kepada soalan bagaimana undian boleh ditingkatkan...

Aku tidak arif di dalam bidang IT tetapi hasil dari carian di dalam google ada mengatakan tentang 'automatic voting system'. Cara kerjanya aku tak tahu tapi yang pasti memang ada software yang boleh mengundi secara automatik.

Jadi bukanlah perkara yang menghairankan kalau peratusan mengundi supaya BERSIH di adakan boleh jadi setinggi ini.

it provide automatic voting software design service to implement automatic voting and poll increasing without human attendance. The voting software developed by us adopts intelligent identification technique, which is not limited by any IP, identifying code and so on. The website provides free download of voting software, vote cheating software and so on.

Siapa yang rasa nak buat bancian dan kalau rasa bancian itu tidak mendapat sambutan silalah download software automatic voting system yang ada boleh didapati secara percuma..Cara nak buat? Kau orang carilah dalam google.

Penerangan lanjut ada aku terbaca di malaysiaaktif.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=241:how-to-make-yourself-look-good-by-manipulating-online-poll&Itemid=130

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH : Angkuh benar bunyinya




BERSIH kata masa untuk berunding dan bercakap sudah tamat.

SPR menawarkan untuk berunding dengan BERSIH dengan syarat BERSIH membatalkan niat untuk membuat perhimpunan itu.

Bukankah tujuan BERSIH di adakan adalah untuk menuntut Pilihanraya yang adil dan telus seperti yang mereka inginkan?

Jika benarlah itu tujuan BERSIH dianjurkan mengapa pula BERSIH menolak pelawaan SPR untuk berunding?

Jelas ada maksud tersirat yang lebih besar di kepala hotak BERSIH..

Monday, June 20, 2011

Pemuda UMNO: Bertindak biarlah kena pada tempat



Pemuda UMNO kenapa harus menari mengikut gendang yang sedang dipalu oleh BERSIH?

Sebaiknya, Pemuda menyerahkan tanggungjawab untuk mengawal keadaan perhimpunan BERSIH kepada pihak polis.

Jika Pemuda merasakan bahawa tindakan BERSIH ini akan membawa kepada pelbagai implikasi yang buruk tidakkah Pemuda merasakan bahawa kehadiran mereka akan menjadi 'nasi tambah' kepada keadaan yang sememangnya sudah buruk itu?

Sememangnya rakyat Malaysia sudah bijak di dalam menilai dan rasanya rakyat Malaysia pasti tidak bersetuju dengan tindakan BERSIH ini tetapi apa pula tanggapan rakyat Malaysia kepada Pemuda jika kelibat ahli-ahli mereka turut kelihatan di dalam perhimpunan itu?

Benar, Pemuda ingin menzahirkan pendirian mereka sebagai anti keganasan tetapi bayangkan apa akan berlaku sekiranya terjadi pertembungan di antara ahli Pemuda dan BERSIH? Bukankah ini akan menambah burukkan lagi keadaan?

Kita tidak mahu rakyat di luar sana mengambil pendekatan dan kefahaman yang mudah bahawa Pemuda turut berperangai seperti BERSIH kerana turut berarak di jalanraya.

Kita jangan lupa kepada pepatah 'Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus'.

Apapun tahniah kepada semangat ahli-ahli Pemuda UMNO cuma biarlah kewarasan mendahului emosi.

Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.

Monday, June 13, 2011

Pakatan Rakyat dan kerajaan Pasir Dua Butir


Bagaimanakah cara untuk menubuhkan kerajaan? Caranya adalah parti yang bertanding haruslah melalui proses pemilihan yang dinamakan Pilihanraya dan harus pula menang di dalam pilihanraya tersebut dengan mencapai majoriti 2/3 atau setidak-tidaknya majoriti mudah.

Di Malaysia siapakah yang bertanggungjawab di dalam menyelaraskan proses Pilihanraya? Jawabnya tentulah Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Tidak teluskah SPR di dalam menyelaraskan proses pilihanraya sehingga memaksa Pakatan Rakyat menimbangkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH bagi menuntut proses pilihanraya yang adil dan telus? Ini dakwaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu memperlihatkan betapa Barisan Nasional kehilangan 5 buah negeri yang tidak pernah dialami oleh Barisan Nasional sebelum ini. Dan kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri-negeri ini adalah kerana tewasnya calon-calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya tersebut.

Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kedangkalan hujah Pakatan Rakyat yang masih mempersoalkan ketelusan dan keadilan sistem pilihanraya Malaysia. Jika benarlah SPR tidak telus, bagaimana mungkin 5 buah negeri yang sebelum ini dan tradisinya diperintah oleh Barisan Nasional boleh rebah ke pangkuan Pakatan Rakyat?

Tentunya, perhimpunan BERSIH yang mahu diadakan ini jauh lebih menjurus kepada agenda politik yang terselindung dan hanya menggunakan platform ketelusan SPR yang dipersoalkan sebagai batu loncatan.

Tidakkah Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan negeri-negeri yang berada di bawah kuasa pemerintahan mereka atau mungkin sahaja Pakatan Rakyat mengandaikan bahawa kerajaan pimpinan mereka setaraf kerajaan Pasir Dua Butir yang roboh akibat daripada kerakusan Menteri Fasola seperti yang berlaku di dalam filem P. Ramlee yang cuba membentuk kerajaan sendiri tanpa proses yang sah?

Tahniah awal kepada NGO-NGO yang khabarnya mahu menyekat perhimpunan BERSIH ini daripada berlangsung.

Rais Yatim dibalun lagi



RM 100 juta dibelanjakan untuk program Hari Seniman? Apa asasnya dakwaan ini?

Dengan RM 100 juta berapa buah kah BMW x6 yang boleh dibeli? Mungkin ada di kalangan bloggers yang memandu BMW x6 dan tentunya mereka boleh mencongak berapa buah X6 yang boleh dibeli dengan wang sebesar RM 100 juta.

Proses untuk menggunakan jumlah wang sebesar RM 100 juta di dalam sektor awam bukanlah perkara mudah yang boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mungkin orang di luar sana tidak arif dengan proses membelanjakan wang di dalam sektor awam. Prosesnya tidak sama sekali sama dengan badan swasta yang mungkin cuma memerlukan tandatangan beberapa orang Lembaga Pengarah untuk membelanjakan jumlah wang sebesar itu. Rasanya itu pun perlu di bawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah.

Tidaklah menghairankan jika Malaysiakini menulis angka sebesar itu dan memohon Rais Yatim memberikan maklumbalas terhadap dakwaan itu.

Tetapi lain pula halnya bilamana bloggers yang mendakwa pro BN pula cuba mengintai-intai ruang untuk membalun Rais Yatim. Ibarat dendam kesumat, jika boleh berapa tinggi Rais Yatim pun hendak dipolitikkan dan dijadikan isu.

Siapa yang pernah lupa bila bloggers tersohor tanahair dan rakan-rakannya membalun Rais Yatim dengan isu merogol amah. Masih tidak puas dengan fitnah itu?

Hari ini Rais Yatim tampil memberikan penjelasan bahawa jumlah sebenar perbelanjaan Hari Seniman adalah RM 97, 665.000

Entah dari mana datangnya angka RM 100 juta tidaklah diketahui. Jika dibandingkan RM 100 juta dengan nilai sebenar itu banyak bilangan angka 0 yang hilang dan kosong yang hilang itulah yang boleh diibaratkan kosongnya pemikiran bloggers tersohor itu dengan proses perbelanjaan wang kerajaan.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama hari ini. Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Di atas adalah maklumbalas yang diterima oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Malaysiakini.

Kita sarankan mereka yang membuat dakwaan membuta tuli ini memohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim.

Malu bertanya sesat jalan...

Sunday, June 12, 2011

Benarkah Kamalanathan tidak turun padang?





Hari Sabtu lepas aku berpeluang menjejakkan kaki semula ke kawasan Parlimen Hulu Selangor.


Semasa bersantai di kawasan air terjun yang terletak di Teratak Riverview sempat aku bersembang dengan pengunjung dan peniaga yang berada di situ.


Antara soalan yang aku tanyakan ialah bagaimana kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor.


Jawapan yang aku terima agak memeranjatkan kerana individu yang aku temui di situ berkata jarang benar kelibat Kamalanathan kelihatan di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Individu itu berkata, Kamalanathan hanya tertumpu di kawasan pengundi India dan jarang benar beliau hadir di kawasan pengundi Melayu.


Benarkah dakwaan ini? Jika benarlah seperti apa yang aku dengar eloklah kiranya Kamalanathan membetulkan yang mana silap. Secara peribadi mengenali Kamalanathan, rasanya dakwaan ini bukanlah sesuatu yang tepat bahkan sesiapa juga yang mengenali beliau pasti tahu corak Kamalanathan menjalankan tugas. Boleh saja mengandaikan individu yang aku bertanya soalan itu adalah pengundi pembangkang.


Apapun, kita serahkan semuanya kepada Kamalanathan. Jika benarlah dakwaan ini, aku berharap Kamalanathan agar segera kembali untuk mendekati pengundinya dan jangan benarkan jentera BN bermandi keringat sebagaimana jerihnya memenangkan beliau di dalam Pilihanraya Kecil yang lalu.

Tuesday, June 7, 2011

Serambi Mekah atau Serambi Asmara?









Hebat negeri Kelantan. Membangun bersama Islam adalah slogan yang boleh dilihat di merata tempat di Kelantan. Serambi Mekah adalah nama jolokan yang sering menjadi kebanggaan pemimpin PAS Kelantan.


Hari ini Harian Metro mendedahkan kisah parkir kereta di Kelantan yang menjadi tempat melampiaskan nafsu. Hebat dan maju benar Kelantan.


Menurut Harian Metro, parkir berkenaan yang mengenakan bayaran RM 2 dijadikan tempat sebagai pasangan memadu asmara. Dan yang lebih menarik, sumber yang mengawal CCTV di parkir berkenaan mendedahkan, pasangan yang selalu kelihatan di situ adalah pasangan yang berkopiah dan bertudung labuh. Takebeer!!!


Mungkin Nik Ajis boleh menjawab isu ini dan jalan yang paling mudah mungkinkah sekali lagi Nik Ajis akan berkata "Allah telah memaafkan mereka".


Lagipun apalah pasangan yang memadu kasih di dalam kereta ini khuatirkan kerana syurga sudah terbentang luas di depan mata.


Soalnya: Undi PAS masuk syurga atau masuk neraka? Kalau surga, syurga yang mana? Syurga di Kota Baharu dan hanya perlu membayar RM 2?


Sunday, June 5, 2011

Buta mata dan buta mata hati





Orang alim selalunya memandang dengan mata hati. Sebabnya, hati orang alim bersih dan suci.


Sebagai orang biasa, memandang dengan mata sudah memadai. Adalah sukar untuk memandang dengan mata hati kerana hati manusia biasa sudah sempudal dengan tahi syaitan.


PAS kata video seks hanyalah besi dan bukanlah bukti yang sahih. Butakah mata orang yang memandang dan tambah menyiksakan bila mata hati turut dibutakan.


Bolehkah kita berkata, bahawa yang mengisytiharkan kemerdekaan bukanlah Tunku Abdul Rahman? Bolehkah kita katakan bahawa yang melakonkan watak Tuah dalam filem P.Ramlee bukanlah P.Ramlee hanya kerana kita sekadar menonton pengisytiharan dan filem itu dalam bentuk video?


Mungkin PAS akan mengatakan bahawa adanya krew dan orang-orang yang terlibat dalam pembikinan video P. Ramlee lantaran ianya dikatakan sahih. Siapa pula Eskay di dalam video itu? Tidakkah cukup dengan sumpah yang Eskay lakukan? Tidak sahihkah sumpah Eskay sehingga boleh dinobatkan sebagai saksi?


Alangkah buruknya keadaan apabila orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulamak bukan sahaja buta pandangan tetapi juga buta hati.


Tidakkah PAS bercadang untuk mencari amoi di dalam video seks itu untuk mendapatkan kepastian? Timbalan Presiden PAS yang baru boleh mengambil inisiatif ini.