
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tampaknya seakan menjadi medan melepaskan 'peluru' oleh para bloggers. Tidak ada di antara bloggers dan sekelian pembaca yang pernah lupa bagaimana Blogger Rocky, Big Dog dan beberapa nama lain yang 'membalun' Kementerian ini.
Sketsa yang sedang dimainkan ini, membuat aku tertanya sendiri bahkan orang yang lemah akal fikiran pun boleh menduga dan meneka apakah ada agenda atau rencana tersembunyi yang sedang dilagukan oleh blogger-blogger tersohor a.k.a blogger elitis ini.
Rasanya di kalangan Yang Berhormat, ramai yang bercita-cita mahu menjawat jawatan Menteri. Duduk di kerusi empuk yang penuh dengan kehormatan. Tidak terkecuali dengan Yang Berhormat dari parti pembangkang apatah lagi Nuar Berahim yang terlalu mahukan jawatan Perdana Menteri. Semuanya penuh dengan kemahuan yang didorongi oleh nafsu besar.
Yang terbaru, blogger Just Read a.k.a Blogger Bujai pula sedang melepaskan asap pemedih mata ke arah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Biarpun Blogger Bujai tidak menjurus kepada orang No. 1 di Kementerian itu tetapi Blogger Bujai seakan sedang memalit tahi ke Kementerian tersebut. Soalnya, benarkah Blogger Bujai merupakan Blogger yang mendakwa dirinya Blogger Mesra-BN? Atau Blogger Bujai sedang mengikut telunjuk mana-mana tuan yang tidak diketahui namanya?
Blogger-blogger lain termasuk aku sendiri telah bersua muka bersama orang No. 1 di Kementerian itu dan penilaian yang blogger blogger rumuskan ialah orang No. 1 di Kementerian itu adalah seorang yang amat berbudi pekerti dan dakwaan Blogger Bujai ini tidaklah sebenarnya mencerminkan keperibadian orang No. 1 itu. Mana mungkin beliau akan mengizinkan mana-mana pegawai beliau terlibat seperti yang didakwa Blogger Bujai. Sekadar tanggapan Blogger Bujai dan tanggapan itu tidak boleh diterima. Fiksyen dan lagenda.
Pendedahan Blogger Bujai berhubung orang kanan Menteri di Kementerian itu, membuat aku tertanya-tanya sejauh mana benarnya dakwaan Blogger Bujai itu..
Sempat aku bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berkhidmat di sektor awam..Benarkah orang atasan mencampuri urusan tender terbuka dan jawapan yang aku terima jelas membuktikan bahawa dakwaan Blogger Bujai tidaklah berasas sama sekali. Urusan tender sebenarnya membabitkan satu jawatankuasa yang bukan sedikit bilangan ahlinya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, mampukah mana-mana pihak membeli bilangan ahli jawatankuasa yang bukan sedikit bilangannya? Mana logik dakwaan Blogger Bujai?
Mana-mana proses tender kerajaan bukanlah suatu keputusan yang boleh diambil dalam sekelip mata..Ianya perlu memastikan mana-mana syarikat yang memasuki tender itu mempunyai kemampuan melaksanakan kerja itu dan harga yang ditawarkan itu haruslah munasabah dan kemudiannya barulah syarikat itu akan ditawarkan untuk membuat kerja itu.
Biasanya, orang-orang besar sekadar mengeluarkan surat sokongan. Ayat yang biasa ditulis adalah sekadar ' Sila bantu jika mengikut prosedur yang betul'. Namanya pun orang politik, setiap permohonan perlu disokong dan keputusan akhirnya tetap terletak di jawatankuasa tender. Retorikkah dakwaan Blogger Bujai?
Lagi persoalan berhubung dakwaan Blogger Bujai..Blogger Bujai mendakwa Pembantu Khas Orang No. 1 di Kementerian itu terlibat. Tidakkah Blogger Bujai terfikir bahawa orang yang dimaksudkan itu sekadar Pembantu Khas dan adakah beliau mampu untuk mengarahkan orang-orang besar di SKMM untuk mendengar arahannya?
Persoalan seterusnya..Dari mana Blogger Bujai mendapat nama-nama syarikat yang terlibat? Dakwa Blogger Bujai lagi, beliau mempunyai dokumen yang lengkap berhubung dakwaannya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, adalah menjadi suatu kesalahan kerana memiliki dokumen itu kerana ianya adalah sulit dan rahsia. OSA?
Jika Blogger Bujai mendapat dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sulit itu, daripada mana dan siapa yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai? Adalah amat mustahil untuk dokumen-dokumen itu 'terbang' secara sendiri kepada Blogger Bujai. Milik siapa tangan yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai??
Orang-orang di luar sana diharap tidak terus percaya dengan apa yang didakwa oleh Blogger Bujai..Cuma Blogger Bujai yang tahu siapa dalang disebalik agenda tersirat ini..
Pendedahan yang dilemparkan oleh Blogger Bujai ini tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai satu fiksyen yang hanya cuba memedihkan mata orang besar di Kementerian itu. Entah apa kemahuan Blogger Bujai cuma beliau yang tahu.
Kalau benar pun tuan dibelakang Blogger Bujai mahukan kerusi empuk di Kementerian itu kosong, lagu yang sedang Blogger Bujai ini bukanlah lagu yang paling sesuai didendangkan. Terlalu menjolok mata dan terlalu besar dakwaan Blogger Bujai ini.
Hidup biarlah berfikiran waras dan tidak terlalu berburuk sangka kepada manusia lain.