Sunday, February 27, 2011

Merlimau: Apa sudah jadi dengan BN??????


Pada aku sampai ke Merlimau pada 20hb tempoh hari..semuanya nampak tenang dan cukup semangat di Merlimau. Bendera BN sudah awal-awal dinaikkan..tampak semuanya akan cukup mudah buat BN di Merlimau.

Keadaan jadi sebaliknya pada dan selepas 23hb Februari..hari pengumuman calon oleh Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kusut dan sekusut-kusutnya di Merlimau..Hilang sudah tenaga kerja di Merlimau..Hilang sudah semangat di Merlimau...Bendera berkibar layu..Kalau ada pun cuma sokongan orang-orang tua yang jiwa dan raga untuk BN dan UMNO.

Dalam senarai nama yang disenarai pendek untuk menjadi calon di Merlimau pastinya ada yang terkecewa. Dan yang lebih memeranjatkan ada yang namanya tidak diistihar menjadi calon ingin melompat parti..Mujurlah tidak ada parti yang sesuai dengan dirinya. Memang menjadi peribadi orang Merlimau tidak akan meninggalkan BN hanya untuk menyertai PAS.

Khabarnya Ketua Wanita Bahagian membuat ranjau dan duri di Merlimau..Ada sabotaj dari dalam aku diberi tahu. Aduhai UMNO..episod permainan memecah dari dalam berulang semula.

Aku baru saja pulang dari minum bersama teman yang mengundi di Merlimau..Rungut kawan aku pada aku..'KALAU INILAH CALON YANG BN KETENGAHKAN, AKU TAKKAN BALIK MENGUNDI'. Cuma yang agak melegakan bila dia kata..'AKU TAKKAN KHIANATI UMNO..JALAN SEBAIKNYA TAK PAYAH MENGUNDI'..

Kalau beginilah keadaannya di Merlimau..Jangan katakan menang dengan majoriti yang lebih besar..MENANG PUN BELUM TENTU.

Aku sudah naik lupa nama calon BN di Merlimau...Rakyat Merlimau lebih kenal siapa calon BN..Aduhai UMNO..

p/s: Tok Ali kena tidur baring di Merlimau..Hanya Tok Ali yang akan kembali memberi semangat kepada penduduk Merlimau..Rasanya Tok Ali takkan lupa dengan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu..Siapa calon di Kuala Terengganu..Wan Parit????? Siapa nama calon di Merlimau...lupa lupa..

1 comment:

  1. Nilah dia masalah orang UMNO. Asal tak puas hati sikit boikot. Pentingkan diri saja. Perjuangan apa macam ni. Haih.

    ReplyDelete