"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St.Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Jadi mengapa kita ingin mnyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari kejatuhan Islam di Sepanyol.!
Esok 14hb Februari..kepada yang merasakan diri tu 'western' bolehlah ke kedai bunga beli bunga, cokelat dan teddy bear kasi pada sesiapa yang mereka rasakan berhak disayangi..Pada asasnya memang tidak nampak salah dengan memberi itu semua kepada sesiapa yang disayangi cuma SECARA TIDAK LANGSUNG kita menghalalkan kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Sayang pada seseorang tidak ada had harinya..sayang adalah suatu yang subjektif yang sukar dimengertikan..cuma janganlah kita terus dibongokkan dengan agenda kafir yang cuba merosakkan dan mengikis kefahaman tentang Islam di dalam jiwa kita.
Sayugia..apa pun yang kita kerjakan haruslah kita ingat langit mana yang kita junjung. Setidak-tidaknya ingatlah bahawa kita adalah Melayu. Dan orang-orang Melayu seharusnya tidak terikut-ikut dengan budaya Barat yang direka, dicipta,diilhamkan semata-mata untuk merosakkan jiwa dan budaya kita.
Kalau benar sekalipun anda mengejar kemewahan, gaya hidup moden dan ala kebaratan kerana banyak yang indah-indah yang didakwa ada di Barat jangan sesekali kita lupa bahawa nur yang ada di muka semuanya kerana kalimah syahadah..
Jangan hanya kerana sekuntum bunga, satu bungkusan cokelat dan anak patung kita merelakan budaya dan agama kita dinodai..
Tepuk dada tanya selera..
No comments:
Post a Comment