Saturday, February 19, 2011

Merlimau: Program PM tidak ada sambutan?


Gambar ehsan sahabat blogger Jiwa Paradox

Kagum, bangga dan terharu..Itulah yang boleh diucapkan bila mana melihat gambar di atas. Sudah agak lama tidak melihat manusia seramai ini. Tahniah di atas aura dan karisma yang ada pada Perdana Menteri kita..

Inilah yang menggerunkan PAS untuk berhadapan BN di Merlimau. Aku sendiri sudah mendapat beberapa panggilan dari kawan-kawan waimah makcik dari Merlimau yang mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi PAS di Merlimau. Yang lebih menarik, makcik-makcik yang hubungi aku bukanlah dari DUN Merlimau tetapi adalah dari DUN Serkam yang terletak bersebelahan dengan DUN Merlimau.

Aku tidak pernah hairan dengan semangat anak-anak jati Merlimau. Biar sekuat mana angin melanda mereka tidak pernah akan berganjak dari menyokong Barisan Nasional.

Makcik-makcik itu memaklumkan pada aku, mereka tidak akan mengizinkan mana-mana orang luar membuat onar di kawasan mereka. Cukup berterima kasih mereka kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Tok Ali, hero rakyat Melaka sudah awal-awal lagi merencana segalanya untuk Merlimau. Orang Merlimau tabik spring pada Tok Ali. Satu fakta yang menarik untuk dikongsi bersama, sekuat mana dan sehebat mana pergeseran yang berlaku di antara sesama anak Merlimau tetapi apabila melibatkan parti dan kepentingan negeri, mereka tetap akan dalam satu saf bersama Barisan Nasional.

Ini janji anak Merlimau..biar tidak bersultan dan beraja, angkat kami angkat maruah negeri kami untuk terus bergantung harap kepada Barisan Nasional dan UMNO lebih-lebih lagi kepada Tok Ali. Datanglah satu datanglah dua..sesukar mana akan kami harung!!!

Tok Ali kami sayang, TYT Negeri kami junjung. Jangan sesiapa cuba ubah fakta ini!!!

4 comments:

  1. HOSTEL 20 orang PRK Merlimau, 2 bthroom, aircond di hall, tv, kettle, iron,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 5000, boleh nego lg.. berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. LU PANDAI BRO AZMAN...LU NI UMNO KA PAS

    TAHNIAH TOK ALI, LU LAGI PANDAI

    ReplyDelete
  3. Orang bagi mentekedaghah...

    Orang bagi duit...

    Tak pegi?...banganglah...

    Bukan duit bapak dia pun...ish ish ish...duit sape ye?

    ReplyDelete