Sunday, March 21, 2010

Live dari Parlimen: Ibrahim Ali mahu KDN menyiasat

Parlimen kembali bersidang setelah berhenti rehat...Ibrahim Ali baru saja menyambung ucapannya. Ibrahim Ali menggesa KDN menyiasat berkenaan road tour Nuar Berahim berkenaan kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah. Tindakan Nuar Berahim yang membuat road tour untuk berceramah kononnya wujudnya konpsirasi ke 2 jelas Ibrahim Ali akan membawa kekeliruan kepada rakyat dan tindakan Nuar Berahim ni mencemar institusi kehakiman dan menggugat ketenteraman awam.

Justeru daripada itu Ibrahim Ali menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini..Selain daripada itu Ibrahim Ali juga menggesa supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja berkenaan dakwaan Nuar Berahim yang mengheret nama Yang DiPertuan Agong dan ATM ke dalam agenda dan pelan 16 September.

Kita sama-sama lihat sama ada KDN akan mengambil tindakan dan menjalankan siasatan ataupun akan kekal sebagai Kementerian Amaran..

-lagi dari Ibrahim Ali-

Ibrahim Ali juga turut menyentuh berkenaan campurtangan Michael Danbys di dalam isu liwat Nuar Berahim. Ibrahim Ali menjelaskan bahawa Michael Danbys adalah bapak gay di Australia. Michael Danbys juga jelas Ibrahim Ali adalah orang yang menyelar tindakan Tun Mahathir yang membela Palestin.

Ibrahim Ali juga menggesa supaya diberikan peluang kepada Saiful untuk bertemu dengan ulamak Yusuf Qardawi untuk menjelaskan kepada ulamak itu apa yang berlaku terhadapnya. Ini adalah kerana ucapan ulamak itu berkenaan kes liwat ini telah di manipulasi oleh Nuar Berahim dan rakaman ucapan ulamak itu disebarkan ke serata negara. Inilah satu keadilan yang seharusnya diberikan kepada Saiful dan jika perlu Saiful boleh bersumpah di hadapan ulamak itu untuk membuktikan dirinya telah diliwat oleh Nuar Berahim dan dapat mengelakkan daripada keadaan berat sebelah terhadap ucapan Yusuf Qardawi yang jelas dimanipulasikan oleh Nuar Berahim.

2 comments:

  1. Bila lagi le babi nak selesaikan kes membontoti ni ke mahkamah.

    ReplyDelete
  2. sayfool nak jumpa Sheikh Yusuf Qaradhawi... aiseh, tekencing la budak tu... silap2 insaf teriak mintak ampun sebab fitnah org

    ReplyDelete