Tuesday, March 23, 2010

Kalabakan menarik balik kenyataan

Alhamdulillah...semua kemelut petang tadi yang menghangatkan Dewan Rakyat kembali reda..Entahlah apa yang meributkan kepala Ahli Parlimen Kalabakan itu petang tadi memang tidak terjangka..apatah lagi apa yang dikatakan oleh YB Zahrain tentang pelan 16 September Nuar Berahim adalah apa yang didengar dan diketahui dan beliau tidak ada niat untuk mengaitkan Kalabakan dengan isu itu. YB Zahrain hanya menceritakan pelan bohongan Nuar Berahim dan nama nama yang YB Zahrain sebutkan itu apa yang beliau dengar dari Nuar Berahim. Pembohongan itu bukannya datang dari YB Zahrain tetapi datang dari Nuar Berahim jadi adalah amat tidak wajar jika YB Zahrain yang disalahkan.

Tak apalah..petang tadi Kalabakan telah menarik balik kenyataannya..Mungkin ada yang tidak enak di dalam kepala Kalabakan pada ketika itu..Kita perlu dan harus memberi keyakinan kepada Kalabakan bahawa apa yang berlaku petang tadi adalah suatu tindakan yang tidak terjangka..Nama pun manusia..memang tak lepas dari melakukan kesilapan..Alhamdulillah beliau telah sedar dan menyesali tindakannya itu.

Cuma pesan Jebat pada Kalabakan...berhati-hatilah di lain kali..Jangan kerana emosi tidak terjangka akan mengguris hati kawan kawan seperjuangan..Jebat tengok tadi ada Ahli Parlimen BN yang terlopong mulut mendengar kata-kata Kalabakan..Buang yang keruh ambil yang jernih...Mudah-mudahan ianya tidak akan berulang kembali..Ayuh Datuk..kita teruskan perjuangan...

4 comments:

  1. salam bro..takde apa cuma salah faham Kalabakan berhubung pelan 16 September seperti yang dinyatakan YB Zahrain..apa pun YB Kalabakan dah tarik balik kenyataan tu pada sidang media dia petang tadi..

    ReplyDelete
  2. Agaknya YB Kalabakan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh YB Bayan Baru kut sebab itu dia naik hantu.
    Lain kali bagi faham dulu barulah ambil tindakan,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata2 tanggunglah akibatnya.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada orang tuduh ko meliwat jiran ko. Pastu, sedara mara n kengkawan mula pandang slek pada ko, melenting tak ko?

    Macam Kalabakan cakap, orang2 ditempatnya mula curiga dengannya sebab cerita lompat ni. Tu yang dia naik angin.

    ReplyDelete