Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Anak bulan telah kelihatan..Jangan ada monyet!!


Esok orang yang kemaruk berpolitik kemungkinan besar boleh mendengar berita yang dia orang tunggu-tunggukan. Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri khabarnya akan dibuat esok selepas selesai Mesyuarat Kabinet.

Kalau yang ada kepentingan dan keinginan untuk menjadi calon tu mungkinlah esok merupakan detik penting kerana ianya merupakan penentu karier politik masing-masing. 

Yang tak ada harapan langsung dan sememangnya tak akan jadi calon pun yang kalut semacam pasal apa? Bila pun pilihanraya bukan mendatangkan masalah pada kita. Yang penting semua bulatkan tekad untuk undi Barisan Nasional. Selesai masalah.

Jangan terikut-ikut gendang dan kompang Pakatan yang menggambarkan yang mereka tu kuat. Dia orang saje nak kasi goyang. Kita buat kerja macam biasa dan tak ada apa yang perlu kita risaukan. Dia merasakan diri dia kuat kerana kita yang mengiakan bahawa mereka memang kuat. Walhal biasa-biasa je.

Selagi kita bersatu dan tak ada monyet dalam sekam dan lipatan rasanya pokok takkan tumbang.

Monday, October 17, 2011

Bajet: Perlu apa pada debat



Suatu perkara yang amat melucukan bila membaca di SINI.

Pimpinan Pakatan bertindak seolah artis yang mencari publisiti murahan dan kegilaan untuk ber'posing' di depan kamera.

Sehebat mana pun bajet yang dibentangkan sama ada oleh Perdana Menteri mahupun bajet 'Mat Jenin' yang 'dibentangkan' oleh Pakatan tempoh hari, tiada siapa pun boleh meluluskannya kecuali dibentang, dibahas dan kemudiannya diluluskan di dalam Dewan Parlimen.

Perdana Menteri dan Nuar tahu keadaan itu tetapi 'kegilaan' yang bersifat mabuk kamera oleh pimpinan Pakatan hanyalah sebagai 'cubaan' untuk mempromosi 'kehebatan' bajet yang dibentangkan mereka yang telah ditertawakan oleh rakyat melihat kepada 'kegilaan' yang tidak langsung menampakkan ciri dan kematangan sebagai pemimpin.

'Kemaluan' itulah yang mahu ditebus oleh pimpinan Pakatan dan ianya hanya dapat ditebus dengan memperlihatkan 'kehebatan' bajet mereka dengan penggunaan 'air liur'. Umum tahu, kehebatan 'lidah' Nuar sebagai seorang 'tukang karut' di dalam dikir barat dan sebagai 'penglipur lara' di dalam wayang kulit.

Sejak debat antara Nuar dan Shabery Cheek tempoh hari, Nuar tahu 'kehebatan' lidahnya masih belum ada tandingan. Nuar mampu menunjukkan bahawa batu yang dipungut di longkang adalah batu permata yang diturunkan dari syurga. Begitulah kehebatan Nuar bermain dengan kata dan kepada manusia di luar sana yang malas untuk berfikir pasti akan 'tergoda' dengan kata Nuar sebagaimana manusia yang akan tergoda dengan tawaran segelas air oleh syaitan tatkala menghembuskan nafas terakhir.

Mendengar kepada mainan lidah Nuar samalah keadaanya dengan membaca novel cinta yang menerbitkan bebola air mata kesedihan di awalnya dan bila tersedar dari lamunan barulah kita tahu bahawa kita hanyalah sedang membaca sebuah novel yang karyanya oleh..Nuar Berahim Anugerah Tuhan.

Tunggu saja keluaran novel terbaru karya Nuar Berahim Anugerah Tuhan. Cuma orang yang suka berkhayal akan terpengaruh dengan cerita Mat Jenin dan tidaklah menghairankan bila Samad Said turut terpesona dengan mainan kata Nuar Berahim. Sama dunia dan sama khayalnya.

Monday, October 3, 2011

Bajet: Lu sakit otak atau gila?



Gua terus terang cakap dah tahap tak boleh nak tengok muka budak penjubo tegar dari utara tu. Macam taik gua tengok.

Wah nak bentangkan bajet pulak hari ni dia..Bajet nak sewa hotel kat Thailand ke? Lu siapa weh nak bentangkan bajet? Lu ingat ada orang peduli dengan bajet lu. Kenapa lu dah macam sasau? Banyak sangat keluar air? Atau makin sasau pasal video kongkek lu nak keluar satu lagi?

Macam bagus je lu..Kalau lu lupa gua nak ingat kan lu sikit..Lu tu bekas banduan..sedar sedarlah diri tu sikit. Jangan nak tunjuk lu macam bagus. Taik tetap taik..

Blogger DET kata  akan ada persamaan antara bajet budak penjubo ni dengan bajet yang akan PM bentangkan. Ada musang berbulu babi dari Pejabat Perdana Menteri. Betul kah ni? Bocorkan teks ucapan PM?

Pegi mampus dengan tu semua. Gua kalau budak penjubo tu cakap 100 patah perkataan...600 billion perkataan gua tak caya..Pendek kata..sampai mampus gua tak percaya dengan budak kaki jubo ni. Lidah dia dah tak boleh nak lurus..Tulah asyik menjubo je..

HamPAS cepat cepat buat hudud..dan manusia yang pertama kena sula di Malaysia ni adalah penjubo tegar dari utara yang namanya...Papa Hebat Anugerah Syaitan..Kah Kah Kah..

Bajet yang akan dibentangkan oleh penjubo tegar hari ni bertajuk .. 1 Jubo : Berjubo di Malaysia, Thailand juga tidak dilupakan.

Koh Tsu Koon: Lari bukan menyelesaikan masalah



Khabar angin Koh Tsu Koon mahu bertanding di luar Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti semakin bertiup kencang.

Kita menjangkakan Koh Tsu Koon adalah ibarat seekor harimau cedera yang akan mengaum selepas kecundang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sebagai seorang pahlawan, sepatutnya 'membalas dendam' haruslah dilakukan di gelanggang yang sama dan dengan lawan yang sama. Itu tradisi seorang pahlawan. Melawan hingga ke 'titisan darah terakhir'.

Jika benarlah khabar angin ini, tidaklah keterlaluan jika kita katakan harimau yang kita ibaratkan adalah sebenarnya kucing siam yang manja. Yang mencari teduh di rumah tuan yang lain untuk terus menjaga bulunya yang kembang lembut dan menarik.

Sebagai orang nombor 1 Gerakan. Tsu Koon seharusnya membuktikan semangat melawan kepada anak-anak buahnya bukan lari dengan rajuk seperti anak dara tua yang menunggu pinangan tak kunjung tiba.

Kewibawaan Gerakan yang sering dipersoalkan adalah tanggungjawab yang harus diselesaikan oleh Tsu Koon untuk membuktikan bahawa Gerakan masih relevan sebagai komponen Barisan Nasional.

Jika mandat diberikan untuk Gerakan terus mentadbir Pulau Pinang maka itulah gelanggang kepada Tsu Koon untuk membuktikan bahawa beliau masih gagah dan mampu bertempur dengan siapa sahaja di bumi yang dipertanggugjawabkan kepadanya.

Lari daripada kekalahan dan bertanding di gelanggang yang lain, hanya akan menampakkan kelemahan Tsu Koon dan pastinya orang akan berkata Tsu Koon mencari kawasan selamat kerana ingin mempertahankan kedudukannya  dan sekadar ingin membutikan Gerakan masih mendapat tempat di hati rakyat.

Sebagai Menteri yang menjaga KPI, Pulau Pinang adalah KPI kepada Tsu Koon. !!!!!

Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.

Thursday, December 16, 2010

Parlimen atau tadika?



Kalau beginilah perangai wakil rakyat aku rasa aku ingin menawarkan diri untuk menjadi calon di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tak ada standard langsung kalau wakil rakyat berperangai macam budak hingusan.

Konon-kononnya hendak menjadi Perdana Menteri, konon-kononnya hendak menjadi Menteri, kalau amarah dan emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, bagaimana hendak menjadi pemerintah? Lagipun, orang yang suka marah-marah ini suka mendengar bisikan syaitan dan iblis. Kalau setakat ujian digantung dari menghadiri sidang parlimen pun tidak terbentung macam mana kalau ujian memerintah negara. Itu belum lagi di dalam kubur.

Rasanya, kalau dialah Perdana Menteri kita, suara rakyat apakah akan didengar? Dalam kelompok yang kecil di dalam Parlimen pun tidak mahu didengar, puluhan juta suara rakyat bagaimana? Adakah dia sentiasa betul? Adakah dia bersifat maksum? Bayangkan kalau orang-orang sebegini mewakili Malaysia ke dalam persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Alangkah malunya!!!!

Mereka kata perbuatan menggantung Ketua Pembangkang adalah direka-reka. Tetapi melihat kepada sepanduk yang ada pada masa kekecohan itu, boleh dijangka kemarahan itu sudah siap dirancang. Adakah kemarahan spontan sebegitu boleh disertakan dengan sepanduk?Jadi siapa yang mereka-reka keadaan ini?

Jangan fikir rakyat akan simpati dengan kamu dalam keadaan sebegini. Bahkan rakyat meluat dan malu wakil rakyat mereka berperangai kebudak-budakan.

Jika rasa parlimen sudah tidak dipercayai dan tidak lagi demokratik, jangan sibuk-sibuk menawarkan diri menjadi Ahli Parlimen lagi. Tidak ada orang yang suruh kamu menjadi Ahli Parlimen bahkan kamu sendiri yang terhegeh-hegeh menawarkan diri. Rakyat yang mengundi kamu minta diperjuangkan nasib mereka di Parlimen. Pernahkah kamu menyuarakan masalah pengundi-pengundi di kawasan kamu?

Jangan buat isu baru..isu liwat belum selesai dan isu Wikileaks kamu belum beri jawapan lagi..Aku takkan lupa dengan isu-isu itu. Kalaulah usaha ini sekadar untuk mengalihkan perhatian, lupakan saja.

Apapun tahniah kepada Speaker Dewan kerana tetap dengan keputusannya. Bertindak tegas di masa akan datang pastinya dapat menjamin keharmonian dewan. Jangan biarkan kaduk naik junjung!!!

Thursday, December 9, 2010

Jangan marah Nazri Aziz

Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.

Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.

Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.

Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..

Wednesday, December 8, 2010

Zahid jangan minta maaf!!



Zahid tidak perlu memohon maaf dalam isu tidak ramai bilangan bukan Bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Kalau dah tidak ramai maksudnya jelas bahawa memang tidak ramai dan itu adalah fakta.

Jawapan yang Zahid bentangkan di dalam Dewan Rakyat di Parlimen adalah jawapan yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan dan perkara itu adalah jelas menunjukkan jawapan itu bukanlah jawapan peribadi Zahid yang disebut sesuka hati.

Tidak ramai bukan bumiputera menyertai Angkatan Tentera bukanlah salah Kementerian Pertahanan ataupun salah Zahid. Tidak ada orang menyuruh dan tidak orang yang menghalang mana-mana rakyat Malaysia untuk menyertai Angkatan Tentera.

Bahkan Kementerian Pertahanan sendiri telah banyak mengadakan 'road tour' untuk membuat pengambilan baru anggota tentera. Kalau dah bukan Bumiputera sendiri tidak berminat untuk menyertai angkatan tentera apa yang boleh Zahid buat waimah apa yang boleh Nik Aziz buat..

Kau orang dengarlah sendiri apa yang Zahid katakan dalam video dekat atas tu..Pakatan sengaja nak mempolitikkan isu itu. Biasalah dah nama pun pembangkang semua benda nak dipolitikkan. Kalau boleh musim hujan sekarang ini pun nak dijadikan isu sebagai modal politik.

Tak payah nak suruh Zahid minta maaf bahkan dia orang yang kena mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak ramai puak dia yang tak mahu sertai Angkatan Tentera. Tugas angkatan tentera adalah menjaga keamanan negara, dari berdemo tengah jalan dan dalam masjid elok masuk tentera..nampak juga tanda sayang pada negara..

Bagi pihak Zahid aku memohon maaf kerana memang tidak ramai bukan Bumiputera yang menyertai Angkatan Tentera dan aku minta maaf pasal Zahid cuma kata semangat patriotik yang ada pada jiwa mereka tidak cukup tinggi bukan tak ada langsung!!!!!

Putar alam!!!

Monday, June 14, 2010

Asyiknya Melayu

Sudah agak lama aku tidak menukilkan apa apa di ruangan ini...Sejak selesai pilihanraya kecil Sibu, aku mengambil pendekatan untuk menjadi Melayu yang tidak bersuara kerana di luar sana sudah terlalu banyak Melayu yang bersuara biarpun bersuara semata mata untuk menoreh hati Melayu lain hanya kerana mengejar kuasa.

Kembali untuk membangkitkan semangat, aku mengambil keputusan untuk meninjau keadaan semasa persidangan di Parlimen hari ini. Mudah mudahan selepas kata sepakat diperolehi oleh ahli ahli Parlimen Melayu dari PAS dan UMNO berhubung kecaman terhadap kekejaman Israel, amat besar harapan aku untuk terus melihat pimpinan Melayu UMNO dan PAS bersatu atas nama Melayu. Mungkinkah akan ada harapan ke arah itu?

Meleset dan kembali membangkitkan rasa gelora aku bilamana semasa persidangan Parlimen tadi, Melayu terlalu angkuh menghentam Melayu. Melayu PAS terlalu angkuh dan bangga diri bila dapat menghentam pimpinan UMNO yang pastinya adalah Melayu. Tidak pulak ada kedengaran Kit Siang menghentam Soi Lek, tidak ada pulak dengar Karpal menghentam Samy Vellu. Yang ada cuma Melayu hentam Melayu.

Seakan menjadi satu budaya baru sekarang ini, setiap kali menyebut perkataan kerajaan dari mulut pimpinan pembangkang, yang disebut ialah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa yang perlu disebut perkataan tersebut? Mudah..sejak dari dulu..Barisan Nasional kuat dan utuh kerana UMNO..Pakatan masih belum mampu merobek Barisan Nasional kerana adanya UMNO..Menyedari akan perkara pokok itu tentulah untuk merobek Barisan Nasional perlulah digoyahkan UMNO sebagai akar tunjang..Runtuh UMNO..runtuh Barisan Nasional..dan Melayu PAS perlu sedar sekiranya runtuh UMNO maka runtuhlah Melayu..Segagah mana PAS boleh mempertahankan Melayu? Nuar Berahim mencadangkan agar Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri..PAS kelu tak bersuara..Melayukah PAS? Hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS sudah boleh dianggap sebagai lagenda..Mana asasnya PAS memperjuangkan Melayu Malaysia?

Suka aku bertanya kepada pimpinan PAS...dalam Barisan Nasional mungkinkah semuanya cuma UMNO yang silap?Maksumkah pimpinan MCA, MIC dan maksumkah pimpinan PKR dan DAP sehingga seperti tidak tampak cacat celanya dan tidak langsung boleh ditegur? Mungkin PAS terlupa bahawa dulunya Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu...tentunya PAS kenal mana yang Melayu dan mana yang mengkudakan Melayu...

Friday, April 16, 2010

Hulu Selangor: Kasihan PAS dan PKR Hulu Selangor

Selepas pengumuman Parlimen Kamalanathan sebagai calon tampak ada benarnya dengan keputusan pucuk pimpian Barisan Nasional. Puak Pakatan buntu nak mengaitkan Kamalanathan dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan kredibiliti Kamalanathan.

Kalau ikut kebiasaannya kredibiliti calon-calon BN pasti dihentam teruk oleh puak Pakatan. Siapa yang boleh lupa bagaimana Rohaizat dimandikan di Permatang Pasir dan Wan Farid di Kuala Terengganu. Tak ketinggalan Isa Samad di Bagan Pinang. Semuanya dihentam berhubung peribadi masing-masing.

Di Hulu Selangor lain ceritanya. Nak dihentam peribadi Kamalanathan, isu berhubung peribadinya langsung tak ada. Inilah kelebihan calon BN yang meletakkan muka baru dan bebas dari segala masalah peribadi. Berbanding dengan calon Pakatan yang dikhabarkan ada kegemaran tersendiri seperti kata Dato' Sharir Samad.

Alangkah malangnya nasib ahli-ahli PKR di Hulu Selangor kerana tidak diberikan ruang untuk mengisi kekosongan sebagai calon di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Bertahun berjuang di dalam parti tetapi agak mengecewakan apabila kekosongan yang ada di tempat mereka ditawarkan kepada ahli PKR yang baru setahun jagung di dalam parti. Lebih malang terpaksa diimport dari Kelantan. Adakah tidak ada di kalangan ahli-ahli PKR di Hulu Selangor yang layak untuk menggalas jawatan sebagai Ahli Parlimen atau adakah pucuk pimpinan PKR dan Pakatan merasakan ahli-ahli PKR Hulu Selangor kurang mahir di dalam politik dan pentadbiran?

Pastinya dan sudah acap kali sebenarnya kita dapat melihat betapa jentera-jentera PAS yang terpaksa memerah keringat untuk kerja-kerja di bawah sinar matahari terik. Kalau hendak dibandingkan dengan jentera PKR memang seperti langit dan bumi. Jentera PAS jauh lebih hebat dari jentera PKR. Dan sejak berkawan dengan PKR yang baru setahun jagung di dalam kancah politik negara PAS terpaksa melepaskan beberapa kerusi yang bertahun disandang mereka hanya untuk memberikan laluan kepada PKR. Jelas dan semua orang tahu, dengan jentera PAS yang kuat, PAS telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sendiri. Dan dek kerana bersekutu dengan PKR, jentera PAS terpaksa melipat gandakan kerja mereka kerana PKR bijak berpaut pada PAS. Biarlah PAS yang buat kerja tetapi jawatan Perdana Menteri hendaklah diserahkan pada PKR?Adakah adil kepada jentera-jentera PAS?

Tak apalah...mungkin jentera-jentera PAS akan dihidangkan dengan beberapa BOTOL air zam-zam di Hulu Selangor. Eh! Kenapa pulak air zam-zam dalam BOTOL?Mungkin air zam-zam dari syurga ciptaan PAS...takebeer!!!

Saturday, March 27, 2010

Hulu Selangor: Dengar apa kata akar umbi


Jumaat ni Suruhanjaya Pilihanraya akan umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor..Belum apa apa lagi MIC dah sibuk nak calonkan G.Palanivel sebagai calon yang akan bertanding di dalam pilihanraya kecil tu. Eh tiba tiba pulak MIC nak bersuara setelah sekian lama sunyi.

Baik siapapun sebenarnya tak boleh nak cadangkan siapa sebagai calon yang sesuai untuk Barisan Nasional. Kalau dah namanya wakil rakyat...orang yang berhak pilih calon adalah rakyat.

Kalau majoriti pengundi di situ mahukan wakil Melayu menjadi wakil rakyat mereka..tidak ada pilihan lain kepada BN selain daripada meletakkan calon UMNO. Soal kuota MIC atau siapa harus BN buang jauh-jauh. Harap-harap MIC faham dengan tuntutan pengundi di Hulu Selangor. Apalah pentingnya dengan kuota kalau akhirnya akan kalah di situ. Kalau MIC mahukan supaya UMNO menghormati kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai kuota MIC..jauh lebih penting bahawa MIC harus menghormati keinginan pengundi di Hulu Selangor.

Kita lihat sahaja pilihanraya kecil Bagan Pinang yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad menang bergaya di situ. Kalau orang dah suka biar seribu isu yang dimainkan oleh Pakatan, pengundi tetap akan pilih orang yang mereka suka. Mahukah UMNO dan BN mengulangi kejayaan ini atau mengulangi kesilapan memilih calon seperti di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu?

Suatu peringatan...sehebat mana atau se gah mana calon yang diletakkan kalau ianya bukan kemahuan pengundi pasti akan kecundang..Zaman telah berubah..rakyat tidak lagi melihat parti sebaliknya melihat kepada calon.

Andaikata sifir ini diguna pakai oleh BN pastinya kemenangan berpihak kepada BN. Semua komponen BN harus melihat kemenangan ini sebagai kemenangan bersama dan atas semangat setiakawan. Yang penting BN harus menang sebagai satu pemangkin semangat menjelang piliharaya umum ke 13 nanti. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...Biar rakyat membuat pilihan..Apa khabar Tan Sri Mohamad Taib?

Wednesday, March 24, 2010

Tangguh lagi...

Aku dapat berita dari kawan yang berada di perkarangan mahkamah..Khabarnya perbicaraan kes liwat Nuar ditangguhkan ke 10 Mei depan..Aduhai..tangguh lagi..Ada seorang kawan tanya aku..bila nak abis kalau tangguh...aku jawab...lain tahun baru abis.

Khabarnya kali ni ditangguhkan pasal Parlimen sedang bersidang...Munasabah alasan tu..cuma kenapa ke luar negara boleh pulak masa Parlimen bersidang..tapi ke Jalan Duta tak boleh..Aku hampir terlupa mana yang lebih jauh...dari parlimen ke Jalan Duta ke atau dari Parlimen ke luar negara?

Dulu-dulu mak aku selalu berpesan kat aku..Kerja bertangguh ni tak menjadi...Strategi lah tu...

Tuesday, March 23, 2010

Ibrahim Ali nak bersumpah...Saifuddin Nasution macam mana?

Marah betul Ibrahim Ali bila namanya disebut oleh Saifudin Nasution yang mendakwa Ibrahim Ali ada kepentingan saham di dalam syarikat judi Ascort Sports milik Vincent Tan.

Khabarnya Ibrahim Ali bersedia bersumpah menjunjung Quran untuk mempertahankan dirinya..Kita tunggulah sama ada Saifudin Nasution berani menyahut seruan sumpah Ibrahim Ali ni ataupun Saifudin akan jadi seperti Nuar Berahim yang sampai ke sudah tak berani nak sumpah junjung Quran.

Betul kita ada undang-undang..tapi pada aku sebaik-baik hakim adalah Al-Quran. Apalagi yang ada pada orang Islam kalau bukan Quran..Salah satu mukjizat Rasulullah yang akan kekal sehingga kiamat..

Tak apalah...aku bukan bijak pasal agama cuma aku tetap percaya Quran adalah sebaik-baik hakim..Pada Allah kita berserah...

Kalabakan menarik balik kenyataan

Alhamdulillah...semua kemelut petang tadi yang menghangatkan Dewan Rakyat kembali reda..Entahlah apa yang meributkan kepala Ahli Parlimen Kalabakan itu petang tadi memang tidak terjangka..apatah lagi apa yang dikatakan oleh YB Zahrain tentang pelan 16 September Nuar Berahim adalah apa yang didengar dan diketahui dan beliau tidak ada niat untuk mengaitkan Kalabakan dengan isu itu. YB Zahrain hanya menceritakan pelan bohongan Nuar Berahim dan nama nama yang YB Zahrain sebutkan itu apa yang beliau dengar dari Nuar Berahim. Pembohongan itu bukannya datang dari YB Zahrain tetapi datang dari Nuar Berahim jadi adalah amat tidak wajar jika YB Zahrain yang disalahkan.

Tak apalah..petang tadi Kalabakan telah menarik balik kenyataannya..Mungkin ada yang tidak enak di dalam kepala Kalabakan pada ketika itu..Kita perlu dan harus memberi keyakinan kepada Kalabakan bahawa apa yang berlaku petang tadi adalah suatu tindakan yang tidak terjangka..Nama pun manusia..memang tak lepas dari melakukan kesilapan..Alhamdulillah beliau telah sedar dan menyesali tindakannya itu.

Cuma pesan Jebat pada Kalabakan...berhati-hatilah di lain kali..Jangan kerana emosi tidak terjangka akan mengguris hati kawan kawan seperjuangan..Jebat tengok tadi ada Ahli Parlimen BN yang terlopong mulut mendengar kata-kata Kalabakan..Buang yang keruh ambil yang jernih...Mudah-mudahan ianya tidak akan berulang kembali..Ayuh Datuk..kita teruskan perjuangan...

Gempar dari Parlimen:Kalabakan naik angin

Ahli Parlimen Kalabakan (BN) naik angin apabila namanya disebut oleh YB Zahrain (Bayan Baru) kononnya dia dipancing oleh Nuar Berahim berhubung pelan 16 September. Ahli Parlimen Kalabakan itu minta YB Zahrain meminta maaf kerana menyebut namanya di dalam agenda 16 September Nuar Berahim.

YB Zahrain cuba mencelah ketika Ahli Parlimen Kalabakan itu berucap namun tidak diizinkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan itu. Mungkin YB Zahrain hendak menjelaskan tentang pelan 16 September itu. Semua di antara kita tahu bahawa pelan 16 September itu adalah suatu pembohongan Nuar Berahim.

Apa yang hendak dilaungkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan itu jika dia menerima pelan 16 September itu adalah suatu pembohongan. Apa yang perlu dirisaukan jika dia tidak terlibat dengan pelan 16 September itu lagipun seperti yang dinyatakan oleh YB Zahrain ianya suatu pembohongan. Dalam sesuatu pembohongan, apa apa jua boleh disebut dan tidak hairanlah kalau nama mana mana Ahli Parlimen disebut berhubung pelan 16 September itu. Dalam pembohongan memang tidak akan wujud fakta.

Apa yang membelenggu fikiran Ahli Parlimen Kalabakan itu ketika ini tidaklah kita ketahui..Yang jelas momentum dan rentak seakan sedang disumbangkan.....

Sunday, March 21, 2010

Pusing-pusing, tangguh tangguh...

Khabarnya Ibrahim Ali akan membawa isu panas di Parlimen hari ni..Mungkin menyedari akan isu panas yang hendak dibangkitkan oleh Ibrahim Ali itu keadaan di Dewan Rakyat jadi riuh rendah sekarang ni..Isu promosi 1 Malaysia dan APCO seperti yang didakwa oleh Nuar Berahim mungkin satu platform yang sesuai untuk melengah-lengahkan isu yang hendak dibawa oleh Ibrahim Ali.

Riuh rendah yang sedang berlaku ini sebenarnya tidak ada asas kerana Speaker Dewan telah membuat keputusan supaya Nuar Berahim diberikan tempoh untuk dia menjelaskan tentang apa yang dikatakan berkenaan dengan isu APCO dan 1 Malaysia. Cuma yang agak pelik mengapa Ahli Ahli Parlimen Pakatan tidak mahu menerima keputusan Speaker Dewan yang telah bersetuju untuk memberikan ruang dan masa kepada Nuar Berahim untuk menjelaskan kekeliruan itu..Pada pendapat aku tepat dan benar keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan kerana cuma Nuar Berahim yang tahu apa yang dia maksudkan dengan ucapan dia semasa membahas titah Di Raja tempoh hari.

Beria-ia benar Ahli-Ahli Parlimen Pakatan mempertahankan Nuar Berahim..Mungkin semua nak cari publisiti kot kotlah boleh jadi Menteri kalau Nuar Berahim jadi Perdana Menteri.

Apa yang lebih menarik mungkin ini satu kaedah untuk melengahkan ucapan Ibrahim Ali yang dijangka akan membawa isu panas yang pasti meresahkan Pakatan....Londeh jangan tak londeh...

Saturday, March 20, 2010

Mahfuz mudah lupa

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.


Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.


-Ini adalah petikan dari kata-kata Mahfuz di Harakahdaily-

Tun Mahathir pernah berkata..'Melayu mudah lupa'..Nampaknya Mahfuz antara salah seorang Melayu yang memang mudah lupa..Belum sampai 2 tahun pelan 16 September yang dikencingkan oleh Nuar Berahim, Mahfuz keluarkan ayat-ayat kelakar macam ni..

Baru berapa orang ahli Parlimen Pakatan melompat keluar parti Mahfuz dah jadi tak keruan sampai keluar perkataan seperti 'pelacur politik' kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti tu..nasib baik jadi YB Bebas kalau jadi YB UMNO dan BN lagi meracau Mahfuz dibuatnya..

Satu Malaya tau acara lompat melompat ni siapa yang mulakan..Siapa lagi kalau bukan Pak CIFUT yang dengan penuh bangga kata Tuanku dah tunggu senarai nama lah..ATM dan setujulah..macam macam kencing yang dia keluarkan..Masa tu Mahfuz sunyi sepi tak melenting pun..nampak sangat tak ikhlas dalam perjuangan..Andaikata jadilah pelan 16 September tu, kalau kita guna perkataan Mahfuz ni..maka ramailah 'pelacur politik' di dalam parlimen..dan biasanya jantan-jantan tak bermoral je yang mendatangi pelacur..hehehehe.....Untuk mengatasi masalah 'pelacur' bapak ayam perlu dikenalpasti terlebih dahulu..

Kenapa masa dalam tempoh mengejar pelan 16 September tu Mahfuz sunyi dan sepi..macam malu-malu kucing..aku pun lupa tentang barisan kabinet bayangan yang dilakarkan oleh Pak CIFUT..nama Mahfuz ada ke?Mungkin dicadangkan jadi Menteri Kabinet kot tu yang senyap sunyi..

Aku tak lupa peristiwa kejar ahli-ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan..hehehe...Masa tu tak ada pulak istilah 'pelacur politik'.Masa tu semua boleh sampai 'pelacur politik' hendak dikumpulkan di dalam parlimen malah 'pelacur politik' ni pulak ditagih jasanya untuk membentuk kerajaan..

Adakalanya 'pelacur' tidak mahu menjadi pelacur..tetapi pasal kena kencing dengan bapak ayam mau tak mau kenalah jugak jadi 'pelacur'...Cuba tanya kat Jalan Alor Bukit Bintang tu..

Friday, March 19, 2010

Fokus kepada matlamat

Dua tiga hari ni aku dok fikir..berulang-ulang kali aku fikir..apa yang berlaku dalam Pakatan sekarang ni bukanlah kayu pengukur tentang kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.. Semua kita tahu matlamat dari apa yang berlaku sekarang yang pusing sana pusing sini sekarang, yang nampak macam bermasalah besar, semuanya hanya akan diukur pada pilihanraya umum ke 13.

Apa pun yang berlaku sekarang dah macam dirancang untuk melekakan kem UMNO dan BN. Mungkin jugak Pakatan nak tagih simpati rakyat kononnya dianiaya oleh UMNO dan BN. Lagi mainan persepsi yang dijalankan oleh Pakatan terhadap rakyat. Sedikit sebanyak rakyat mesti terfikir biarpun tak betul yang apa yang berlaku terhadap Pakatan sekarang adalah mainan UMNO dan BN. Ada yang kata semuanya konspirasi terancang UMNO untuk melemahkan Pakatan. Pakatan kan handal dalam bab pusing-pusing dan mainan persepsi ni dan bagi rakyat yang malas nak berfikir mesti termakan mentah mentah percaturan politik macam ni.

Rakan-rakan bloggers pun dan macam terleka dengan keadaan ni. Dengan melompat sana melompat sini ahli-ahli Parlimen Pakatan, kita seakan mendabik dada dengan kecelaruan ni. Pandai susun atur yang Pakatan buat untuk melekakan kita dengan sambungan perbicaraan Nuar Berahim pada 25 Mac ni.Sampai kita lupa perkataan-perkataan seperti Mokhtar dan CIFUT. Ini agenda yang amat penting kepada Pakatan kerana biarpun PKR bukan lagi majoriti di dalam Parlimen untuk geng-geng Pakatan tetapi Nuar masih memegang jawatan ketua pembangkang.Nampak sangat pentingnya Nuar kepada Pakatan justeru ramai pemimpin Pakatan yang rela berkorban untuk memenangkan Nuar di mata rakyat di dalam perbicaraan pada 25 Mac ni. Atau mungkin acara lompat beramai-ramai ni hanya untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada memerhati dan memikirkan pelan tindakan Pakatan?

Jangan kita fikir, air yang tenang tidak ada buaya..dan jangan hanya kerana guruh di langit air tempayan kita curahkan..jangan hanya menang sorak kampung akan tergadai...kita harus kembali fokus untuk pilihanraya umum ke 13. Jangan sampai kelalaian dan keghairahan menghukum kita...

Wednesday, March 17, 2010

Belum jadi Perdana Menteri dah cabut

Aduhai..apa sudah jadi dengan hero Melayu dan hero rakyat Nuar Berahim?Takkan seorang hero boleh keluar dewan apabila baru nak dicuit oleh kawan lama dalam Pakatan..Macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau dengan kawan pun boleh goyang.Kata biasa dengan pemimpin-pemimpin dunia takkan dengan Zahrain pun dah nak goyang..

Sebelum Zahrain berucap, Nuar Berahim bukan main auta suruh semua orang dengar ucapan dia tapi bila Zahrain bangun dan baru berucap dia pulak keluar dewan..hahahha...kelakar betul..ingat pejuang rupanya telinga nipis..apa ni Pak Sheikh...

Hari ni seluruh rakyat Malaysia dijelaskan tentang cerita dongeng 16 September ciptaan hero rakyat Nuar Berahim. Pengikut-pengikut PAS dan PKR apa mau cerita tentang perkara ni?Dah sedar yang selama ni kena kencing?Ke pasal takut dengan bai'ah talak tiga jadi nak kena mengangguk je lah ye..Tapi kalau dah totok cakap apa pun dia orang tetap akan sayang kat hero rakyat ni..Kena kencing pun tak apa..yang penting Pak Sheikh boleh hiburkan dia orang dengan cerita-cerita dongeng..Hahaha...

Aku pulak yang malu bila baca kononnya Tuanku sedang tunggu di istana untuk dapatkan kenyataan 30 orang Ahli ParlimenBN yang di dakwa akan melompat parti..Hahahaha...Raja Lawak musim ke berapa ni?

Sekarang jelaskan siapa yang lemah daya fikirnya..senang-senang boleh percaya cakap hero Melayu cabut lari ni..Dia punya idea 16 September ni satu hal tapi yang lebih melucukan bila pengikut-pengikut PAS dan PKR boleh percaya dengan cerita lawak macam ni..Aku tak boleh bayangkan berapa punya lemah kepala otak kau orang...

Esok Zahrain akan sambung ucapannya..Tapi hero Melayu cabut lari ni dah cabut dah..ke luar negeri katanya..Nak buat projek khayalan apa pulak Pak Sheikh?

Tuesday, March 16, 2010

Apa hal dengan KJ?

-Langsung dari Parlimen-

Semasa artikel ini ditulis KJ yang juga ahli Parlimen Rembau sedang cuba mencelah ucapan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Ehsan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ianya berkisar kepada isu arak dan sebagainya.

Anwar mendakwa kilang arak itu dimiliki oleh pemimpin UMNO dan dakwaan Anwar ini membangkitkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Rembau dan mendesak Anwar untuk menyebut nama pemimpin UMNO itu. Dan Anwar yang rasa diberi ruang terus menyebut nama Tun Mahathir. Ahli Parlimen Rembau itu sebaliknya mengatakan bukan Tun Mahathir yang memiliki kilang arak tersebut sebaliknya di miliki oleh anak Tun Mahathir.

Aku tidak faham sama ada Ahli Parlimen Rembau itu masih tidak matang dengan politik, tidak dapat mengawal emosi atau sengaja memberikan ruang kepada Anwar untuk menyebut nama itu. Ini yang agak pelik dan apakah Ahli Parlimen Rembau itu terlupa tentang istilah tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri, membuka pekung didada sendiri?

Apakah yang tersirat dengan ucapan Ahli Parlimen Rembau itu tidaklah aku tahu untuk menjangka..