Showing posts with label Bloggers. Show all posts
Showing posts with label Bloggers. Show all posts
Friday, July 22, 2011
Hebat sangat ke jadi pemimpin?
Semenjak dua menjak ni rakyat Malaysia kemaruk nak jadi pemimpin. Agak-agak susah nak jadi pemimpin dalam Barisan Nasional jadi saja pemimpin dalam Pakatan. Kalau dah bengap sangat tak dapat jadi pemimpin dalam kedua-duanya jadi saja pemimpin dalam NGO.
NGO tumbuh macam cendawan selepas hujan dalam Malaysia sekarang ni. Entah apa yang hendak diperjuangkan gua sendiri tak faham. Perlu ke platform NGO untuk bergerak? Ikhlas ke dengan NGO yang dah tak terhitung dengan jari jumlahnya?
Terbaru, AMANAH pula dilahirkan. Katanya tidak bermotifkan politik tetapi yang kelakar ramai pula orang besar di dalam AMANAH adalah orang-orang politik. Mungkin sehari dua tidak ada unsur politik tetapi lama-kelamaan tak siapa yang tahu apa kesudahannya.
Dalam AMANAH ada individu yang cukup ternama dan rasanya ada direct connection dengan PM jadi apa perlu ada NGO? Tak bolehkan berhubung secara langsung dan menyampaikan idea secara berdepan empat mata dengan PM? Mustahil rasanya kalau persoalan itu dijawab dengan jawapan TIDAK BOLEH.
Tak apalah..kalau itulah satu-satunya jalan untuk memperlihatkan kemampuan lu sebagai pemimpin teruskanlah..Jangan sekadar mewujudkan NGO untuk dapat title sebagai pemimpin tetapi hakikatnya sekadar mahu memahatkan nama dan mewujudkan ruang untuk diiktiraf sebagai pemimpin.
Lama-kelamaan semua orang Malaysia akan menjadi pemimpin NGO. Lepas dah berjaya dalam NGO demand pula untuk menjadi pemimpin negara kerana dah lama nanti mampulah nak mengumpul sejumlah besar ahli.
Jangan pulak nak hairan nanti kalau pemimpin parti tupperware juga nak jadi pemimpin kerana bilangan ahli yang ramai. Sudahnya..sendiri jadi pemimpin dan undi diri sendiri untuk jadi Perdana Menteri.
Lu orang memang huru-hara...Betul ke pemimpin antara golongan yang teruk di soal di alam kubur kelak? Ngeri....
NGO yang memperjuangkan blogger tak mahu diwujudkan? Berantakan pula GOMO dengan Tun Faisal..Jumpa empat mata lagi baik daripada terus melondehkan taik masing-masing..Apa pun kemelut lu orang..selesaikan segera..PRU 13 adalah matlamat...Ek ele..kecoh pulak gua macam lah gua ni pemimpin..Kah Kah Kah...
Monday, June 13, 2011
Rais Yatim dibalun lagi

RM 100 juta dibelanjakan untuk program Hari Seniman? Apa asasnya dakwaan ini?
Dengan RM 100 juta berapa buah kah BMW x6 yang boleh dibeli? Mungkin ada di kalangan bloggers yang memandu BMW x6 dan tentunya mereka boleh mencongak berapa buah X6 yang boleh dibeli dengan wang sebesar RM 100 juta.
Proses untuk menggunakan jumlah wang sebesar RM 100 juta di dalam sektor awam bukanlah perkara mudah yang boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mungkin orang di luar sana tidak arif dengan proses membelanjakan wang di dalam sektor awam. Prosesnya tidak sama sekali sama dengan badan swasta yang mungkin cuma memerlukan tandatangan beberapa orang Lembaga Pengarah untuk membelanjakan jumlah wang sebesar itu. Rasanya itu pun perlu di bawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah.
Tidaklah menghairankan jika Malaysiakini menulis angka sebesar itu dan memohon Rais Yatim memberikan maklumbalas terhadap dakwaan itu.
Tetapi lain pula halnya bilamana bloggers yang mendakwa pro BN pula cuba mengintai-intai ruang untuk membalun Rais Yatim. Ibarat dendam kesumat, jika boleh berapa tinggi Rais Yatim pun hendak dipolitikkan dan dijadikan isu.
Siapa yang pernah lupa bila bloggers tersohor tanahair dan rakan-rakannya membalun Rais Yatim dengan isu merogol amah. Masih tidak puas dengan fitnah itu?
Hari ini Rais Yatim tampil memberikan penjelasan bahawa jumlah sebenar perbelanjaan Hari Seniman adalah RM 97, 665.000
Entah dari mana datangnya angka RM 100 juta tidaklah diketahui. Jika dibandingkan RM 100 juta dengan nilai sebenar itu banyak bilangan angka 0 yang hilang dan kosong yang hilang itulah yang boleh diibaratkan kosongnya pemikiran bloggers tersohor itu dengan proses perbelanjaan wang kerajaan.
"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama hari ini. Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.
Di atas adalah maklumbalas yang diterima oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Malaysiakini.
Kita sarankan mereka yang membuat dakwaan membuta tuli ini memohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim.
Malu bertanya sesat jalan...
Labels:
100 juta,
Bloggers,
BN,
Hari Seniman,
Rais Yatim,
UMNO
Thursday, March 17, 2011
Jangan cepat melatah

Ada pesanan dari beberapa orang sahabat bloggers berhubung gambar di atas. Semasa menerima pesanan dari sahabat bloggers aku masih tidak berkesempatan untuk melihat sendiri gambar di atas.
Hakikatnya, jika benar sekalipun gambar di atas, aku tidak merasa terkejut kerana lumrahnya lelaki mencari wanita tetapi lebih mengaibkan sekiranya lelaki mencari lelaki. Hukumnya tetap berdosa jika tidak ada ikatan yang sah. Soalnya benarkah gambar di atas?
Biarpun aku agak buta dengan dunia IT yang semakin canggih tetapi apabila melihat kepada gambar di atas, aku agak ragu-ragu dengan kesahihan gambar di atas. Tone warna di antara muka si lelaki dengan badannya tampak jelas berbeza. Mungkin aku yang buta IT atau itulah hakikatnya bahawa badan dan kepala adalah orang yang berbeza.
Aku tidak ingin untuk pantas membuat kesimpulan. Kerana jika tersilap membuat perhitungan maka menjadi dosa kepada kesimpulan yang dibuat. Sebaiknya jangan mudah kita membuat kesimpulan..Kita mohon kepada yang berkenaan untuk segera membuat penafian sekiranya beliau dianiaya.
p/s: Makin celaru dengan dengan dunia politik...
Tuesday, March 15, 2011
Mahathir berjasa..Aspan Alias juga berjasa

Rasanya di dalam Malaysia bahkan di dalam dunia seperti yang dicoretkan oleh blogger otai Aspan Alias berhubung membuat jasa ada benar dan ada logiknya. Tidak kira siapa dan apa kedudukan individu itu semuanya pasti menaburkan jasa kepada negara..Sama ada di dalam konteks jasa positif dan jasa negatif ianya tetap dianggap sebagai jasa.
Sinis benar blogger otai Aspan 'menghitung' jasa Mahathir. Dan anggap sahaja apa yang dinukilkan adalah jasa blogger otai Aspan kepada pembaca blognya. Juga boleh dianggap jasa walaupun nukilan blogger otai Aspan itu mungkin sedikit menghiris perasaan pencinta Tun Mahathir seperti blogger Parpukari.
Blogger otai Aspan Alias juga tidak kurang jasanya..Jasa kepada keluarga, jasa kepada orang kampung bahkan mungkin jasa pada negara.
Cuma yang perlu kita congakkan adalah sebesar mana jasa yang telah kita sumbangkan. Mengkritik orang juga adalah suatu jasa jika kritikan itu adalah kritikan yang membina. Kritikan yang sekadar ingin membuka pekung dan menghiris perasaan juga boleh dianggap sebagai jasa walaupun ianya tidak lebih dari jasa yang tidak bermanfaat sama sekali.
Artikel blogger otai Aspan yang bertajuk 'semua orang tidak ada jasa kecuali Tun Mahathir' membuatkan aku berfikir bahawa otai Aspan amat sinis orangnya bila 'berkata-kata'. Pemikiran itu lantas menjuruskan aku untuk berfikir bahawa siapakah individu yang sebenarnya telah membawa Malaysia untuk berdiri segagah ini. Mungkin Tun Mahathir atau mungkinkah blogger otai Aspan?
Pokoknya, seluruh rakyat Malaysia harus tahu menabur jasa atau setidak-tidaknya tahu mengenang jasa!!
Monday, March 14, 2011
'New Politics' yang tidak jelas

Apabila dikeluarkan sesuatu istilah yang kurang difahami dan apabila dipersoalkan orang, maka jalan mudah yang akan diguna pakai ialah dengan mengatakan bahawa itu adalah suatu pendekatan baru.
Kenyataan di atas adalah dirujuk kepada senario yang berlaku di Kerdau, apabila seorang Timbalan Menteri yang dikatakan oleh bloggers sebagai memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak intelek kerana tidak memahami apa yang dikatakan sebagai 'new politics'.
Tambah memburukkan keadaan apabila Timbalan Menteri itu seperti yang didakwa oleh bloggers mengatakan bahawa Timbalan Menteri itu sudah siap siaga untuk membalun mereka. Kata bloggers itu lagi bahawa mereka mempunyai saksi kepada kenyataan Timbalan Menteri itu.
Tidak boleh kita samakan pemikiran seorang Timbalan Menteri dan pemikiran seorang bloggers. Seorang Timbalan Menteri mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau perkatakan dan seorang bloggers mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau tuliskan.
Justeru, jalan terbaik adalah mempertemukan kedua-dua pihak dan memperjelaskan apa yang menjadi punca kepada kekeliruan ini. Baik Timbalan Menteri mahupun bloggers, jika ada mana-mana yang silap eloklah mengakui kesilapan itu. Yang pentingnya adalah kemenangan parti yang disokong..itupun jika masih meletakkan kemenangan itu sebagai suatu matlamat yang tidak boleh dirubah.
Sayugia juga diingatkan bahawa 'sejak BN kehilangan 2/3 di dalam pilihanraya, keadaan tidak ubah seperti orang yang sedang sakit tenat. Dan di dalam prosedur perubatan, hanya ubat yang dikenal pasti boleh diberikan kepada pesakit kerana jika tersalah ubat hanya akan mengancam nyawa pesakit..Lumrahnya begitulah jua kepada BN, haruslah diberi ubat yang tepat kerana jika tidak hanya mengancam hayat BN..kita tidak mahu pendekatan 'trial and error' yang hanya difahami oleh golongan tertentu kerana BN bergerak sebagai suatu pasukan..Setiap langkah harus diterangkan kepada semua jentera'..
Harapnya tidak ada lagi tindakan yang memperlekeh mana-mana pihak di dalam satu pasukan..
Wallahualam..
Thursday, March 10, 2011
Blogger Bujai: Anggapan keterlaluan

Sudah agak keterlaluan dengan apa yang Bujai tuliskan berhubung isu NA. Pada asasnya, Bujai sekadar memberi pandangan dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang apa yang Bujai ingin coretkan di dalam blognya. Tulisan peribadi dan pandangan peribadi.
Jika benar sekalipun dakwaan Bujai, apalah yang perlu Bujai panjangkan isu ini di dalam blognya. Khabarnya Bujai sudah dipanggil oleh SKMM dan juga SPRM berhubung dakwaannya itu.
Suka dinasihatkan kepada Bujai, serahkan kes ini untuk siasatan kedua-dua badan yang bertanggungjawab di dalam kes ini. Tidak perlu Bujai menghebahkan kepada umum apa yang berlaku. Biar sahaja siasatan ini berjalan tanpa ada sebarang gangguan.
Jika di dalam kes Nuar Berahim, apabila Nuar Berahim menggunakan pentas ceramah untuk membersihkan namanya biarpun kes itu masih di dalam siasatan dikatakan sebagai mengganggu proses siasatan..sama jualah di dalam kes ini yang masih di dalam siasatan..tidakkah Bujai mengganggu siasatan atau Bujai sudah hilang keyakinan kepada integriti pihak yang dimaksudkan?
Umum sudah tahu..bahkan pengikut tegar Bujai juga sedang enak menunggu setiap perkembangan dari Bujai berhubung perkara ini..jadi apa lagi mahu Bujai?
Seperti ada keinginan Bujai yang tidak terlangsai sehinggakan Bujai yang aku kenali 'memberontak' sedemikian rupa. Susah hendak membaca apa yang terkandung di pemikiran Bujai jika Bujai tidak berterus terang dan terlalu berselindung..Bujai..bukankah perbincangan akan membawa kepada keputusan yang lebih baik?
Sebagai rakan yang cukup mengenali Bujai, aku cukup kagum dengan kebolehan Bujai..penuh dengan pengalaman sebagai seorang jurnalis..peringkat antarabangsa!!
Tetapi di dalam artikel Bujai yang bertajuk ' Eliminating the Evidence' sudah agak keterlaluan pandangan Bujai. SKMM khabarnya kurang senang dengan artikel Bujai itu kerana difahamkan artikel Bujai itu seolah-olah mencurigai integriti SKMM dan SPRM yang sedang menjalankan siasatan.
Di dalam perkembangan yang sama, SKMM khabarnya ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Cukuplah Bujai..sebagai sahabat aku cuma tidak mahu di dalam mengikut emosi dan keinginan yang membuak-buak untuk merungkai isu ini, Bujai akan tersepit. Cukuplah dengan apa yang Bujai nukilkan dan selebihnya serahkan saja kepada SKMM dan SPRM untuk menjalankan siasatan.
Mungkin akan ada di antara pengikut tegar Bujai akan memandang aku dengan amat sinis kerana seolah-olah aku menjadi 'tali barut' kepada mana-mana pihak..tapi sebagai sahabat senegeri dengan Bujai..aku cuma tidak mahu Bujai terus terheret ke dalam isu ini dengan lebih jauh..Mentimun Bujai..orang di luar sana waimah pengikut lu bro di luar sana cuma inginkan cerita yang sensasi..ada dia orang merasai macam mana susah lu kena soaljawab selama berjam-jam? Lu sendiri beritahu gua yang lu sedikit tertekan dengan keadaan soaljawab ini dan sebagai sahabat gua merasa jerih perih lu..tapi untuk apa bro kalau lu terus-terusan begini?
Entah apa yang Bujai inginkan aku sendiri tidak tahu..Sebaiknya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Friday, February 18, 2011
Blogger Just Read: Benar, retorik atau fiksyen?

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tampaknya seakan menjadi medan melepaskan 'peluru' oleh para bloggers. Tidak ada di antara bloggers dan sekelian pembaca yang pernah lupa bagaimana Blogger Rocky, Big Dog dan beberapa nama lain yang 'membalun' Kementerian ini.
Sketsa yang sedang dimainkan ini, membuat aku tertanya sendiri bahkan orang yang lemah akal fikiran pun boleh menduga dan meneka apakah ada agenda atau rencana tersembunyi yang sedang dilagukan oleh blogger-blogger tersohor a.k.a blogger elitis ini.
Rasanya di kalangan Yang Berhormat, ramai yang bercita-cita mahu menjawat jawatan Menteri. Duduk di kerusi empuk yang penuh dengan kehormatan. Tidak terkecuali dengan Yang Berhormat dari parti pembangkang apatah lagi Nuar Berahim yang terlalu mahukan jawatan Perdana Menteri. Semuanya penuh dengan kemahuan yang didorongi oleh nafsu besar.
Yang terbaru, blogger Just Read a.k.a Blogger Bujai pula sedang melepaskan asap pemedih mata ke arah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Biarpun Blogger Bujai tidak menjurus kepada orang No. 1 di Kementerian itu tetapi Blogger Bujai seakan sedang memalit tahi ke Kementerian tersebut. Soalnya, benarkah Blogger Bujai merupakan Blogger yang mendakwa dirinya Blogger Mesra-BN? Atau Blogger Bujai sedang mengikut telunjuk mana-mana tuan yang tidak diketahui namanya?
Blogger-blogger lain termasuk aku sendiri telah bersua muka bersama orang No. 1 di Kementerian itu dan penilaian yang blogger blogger rumuskan ialah orang No. 1 di Kementerian itu adalah seorang yang amat berbudi pekerti dan dakwaan Blogger Bujai ini tidaklah sebenarnya mencerminkan keperibadian orang No. 1 itu. Mana mungkin beliau akan mengizinkan mana-mana pegawai beliau terlibat seperti yang didakwa Blogger Bujai. Sekadar tanggapan Blogger Bujai dan tanggapan itu tidak boleh diterima. Fiksyen dan lagenda.
Pendedahan Blogger Bujai berhubung orang kanan Menteri di Kementerian itu, membuat aku tertanya-tanya sejauh mana benarnya dakwaan Blogger Bujai itu..
Sempat aku bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berkhidmat di sektor awam..Benarkah orang atasan mencampuri urusan tender terbuka dan jawapan yang aku terima jelas membuktikan bahawa dakwaan Blogger Bujai tidaklah berasas sama sekali. Urusan tender sebenarnya membabitkan satu jawatankuasa yang bukan sedikit bilangan ahlinya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, mampukah mana-mana pihak membeli bilangan ahli jawatankuasa yang bukan sedikit bilangannya? Mana logik dakwaan Blogger Bujai?
Mana-mana proses tender kerajaan bukanlah suatu keputusan yang boleh diambil dalam sekelip mata..Ianya perlu memastikan mana-mana syarikat yang memasuki tender itu mempunyai kemampuan melaksanakan kerja itu dan harga yang ditawarkan itu haruslah munasabah dan kemudiannya barulah syarikat itu akan ditawarkan untuk membuat kerja itu.
Biasanya, orang-orang besar sekadar mengeluarkan surat sokongan. Ayat yang biasa ditulis adalah sekadar ' Sila bantu jika mengikut prosedur yang betul'. Namanya pun orang politik, setiap permohonan perlu disokong dan keputusan akhirnya tetap terletak di jawatankuasa tender. Retorikkah dakwaan Blogger Bujai?
Lagi persoalan berhubung dakwaan Blogger Bujai..Blogger Bujai mendakwa Pembantu Khas Orang No. 1 di Kementerian itu terlibat. Tidakkah Blogger Bujai terfikir bahawa orang yang dimaksudkan itu sekadar Pembantu Khas dan adakah beliau mampu untuk mengarahkan orang-orang besar di SKMM untuk mendengar arahannya?
Persoalan seterusnya..Dari mana Blogger Bujai mendapat nama-nama syarikat yang terlibat? Dakwa Blogger Bujai lagi, beliau mempunyai dokumen yang lengkap berhubung dakwaannya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, adalah menjadi suatu kesalahan kerana memiliki dokumen itu kerana ianya adalah sulit dan rahsia. OSA?
Jika Blogger Bujai mendapat dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sulit itu, daripada mana dan siapa yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai? Adalah amat mustahil untuk dokumen-dokumen itu 'terbang' secara sendiri kepada Blogger Bujai. Milik siapa tangan yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai??
Orang-orang di luar sana diharap tidak terus percaya dengan apa yang didakwa oleh Blogger Bujai..Cuma Blogger Bujai yang tahu siapa dalang disebalik agenda tersirat ini..
Pendedahan yang dilemparkan oleh Blogger Bujai ini tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai satu fiksyen yang hanya cuba memedihkan mata orang besar di Kementerian itu. Entah apa kemahuan Blogger Bujai cuma beliau yang tahu.
Kalau benar pun tuan dibelakang Blogger Bujai mahukan kerusi empuk di Kementerian itu kosong, lagu yang sedang Blogger Bujai ini bukanlah lagu yang paling sesuai didendangkan. Terlalu menjolok mata dan terlalu besar dakwaan Blogger Bujai ini.
Hidup biarlah berfikiran waras dan tidak terlalu berburuk sangka kepada manusia lain.
Friday, January 28, 2011
Tenang: Puncanya Ayam?
Sungguh terhutang budi aku dengan lagu nyanyian Jalil Hamid ni tentang ayam.
Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari tabiee ayam:
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam....
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau dah bersanding kepala teleng..ada kemungkinan menyebabkan anda akan bersanding lagi (kahwin barulah)
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam..
Pengajaran dari di atas: Kalau mulut dah tak reti diam ada kemungkinan anda akan sibuk menawarkan diri menjadi calon wakil rakyat..
Kalau makan ajak-ajak ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Masyarakat harus berhati-hati dengan keadaan ini..ajak makan bersama semasa kempen pilihanraya saja..selepas itu..kau orang boleh makan tahi ayam dia akan makan peha ayam...
Kalau nak tidur..tidur-tidur ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Kalau nak tidur kenalah tidur dengan nyenyak kerana jika tidak anda akan dilanda penyakit DEPRESI atau KEMURUNGAN yang akan menyebabkan anda MC selama berminggu-minggu..(takpe kalau anda ada klinik milik sedara-mara)
Kalau tak nampak, itu rabun ayam..
Pengajaran dari ayat di atas: Untuk sesiapa yang ingin mengambil SPM penyakit ini harus dipandang serius oleh ibu bapa, jika tidak anak-anak anda akan gagal dalam MATEMATIK..mahukah anak melihat anak anda mendapat SAP?
Akhir kalam..Ayam punca jodoh dan ayam punca perceraian..Apa lah kau ni ayam..Sumbangan ayam pada sektor pertanian tetap ayam: KAU NI MEMANGLAH...TAHI AYAM!!!
Moral: Jangan guna nama Jebat Berkokok..kesannya anda akan amat mahir pada soal ayam..Gunalah nama GOMO untuk kesejahteraan kerana Menggomo isteri anda boleh mengelakkan penyakit depresi atau kemurungan.
Wallahualam...
Tenang: Surat terbuka buat GOMO

Apa yang lu merapu papagomo.com/2011/01/ekslusif-18-sx-edisi-tenang-normala-kfc.html
Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia..gua cuma bosan makan ayam..Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..
Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya. Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..
Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon..Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam. Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam..takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak..Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari. Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak..Tengahari makan kari ayam..dan malam makan ayam lagi..Gua jemu Gomo..Lu cubalah faham.
Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam..Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam..Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?
Lu tahu Gomo..Gua sudah seakan badi dengan ayam..Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam..sekejap terbang dan kemudiannya jatuh..gua mahu jadi seperti burung..Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..
Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..
Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang..Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat..Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.
Yang benar,
Aku bukan penchenta ayam..
Labels:
ayam,
Azahar Ibrahim,
Bloggers,
BN,
KFC,
Normala Sudirman,
Papa GOMO,
PAS
Sunday, January 16, 2011
Apabila Najib bersuara

Aneh tetapi kelakar pula bila membaca beberapa buah blog yang mula mempersoalkan kemampuan Najib di dalam soal memilih calon untuk menentang calon PAS di Tenang.
Apa yang tidak benar dengan kenyataan Najib yang mahukan calon yang boleh menang untuk diletakkan sebagai calon BN di Tenang? Ada pula yang mempersoalkan kemampuan Najib untuk melaksanakan hasrat beliau yang mahu meletakkan calon yang boleh menang kerana wujudnya dakwaan akan ada campur tangan daripada isteri beliau, Rosmah Mansor.
Sebagai Presiden parti bukan sahaja BN malah semua pimpinan parti akan meletakkan calon yang boleh menang sebagai calon..Ada ke pucuk pimpinan parti yang mahu meletakkan calon yang akan kalah sebagai calon? Mungkinkah PAS akan meletakkan Normala Sudirman sebagai calon di Tenang sekiranya PAS sudah mengetahui Normala akan kalah di situ?
Ada blog pula yang mendakwa bahawa isteri Najib akan menjadi penentu kepada soal calon yang akan diletakkan sebagai calon BN di Tenang. Di mana logik dakwaan blog sebegini? Kenalkah blogger tersebut secara peribadi kepada isteri Najib? Kalau setakat dengar-dengar elok lupakan saja dakwaan tersebut. Persepsi minda tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlegar di kepala Najib. Bahkan minda yang sedang bermain di kepala orang yang hampir dengan kita pun sukar untuk ditelah. Apatah lagi minda di kepala Najib yang tidak pernah kita temui secara empat mata..Jangkaan atau telahan tidak selalunya betul.
Kepada blogger yang mempersoalkan kemampuan Najib inginlah kita bertanya..Hebat sangatkah mereka sampai mahu mempersoalkan kemampuan Najib yang telah terbukti berjaya..setidak-tidaknya berjaya menjadi Presiden parti bahkan menjadi Perdana Menteri..apa yang saudara boleh banggakan dengan diri saudara?
Cakap memang murah..Mengkritik lebih mudah dari membuat keputusan..
Friday, January 7, 2011
Rubingah tidak diperkosa
Terima kasih kepada sahabat blogger Gerakan-Anti PKR di atas berita yang mengatakan Rubingah yang didakwa dirogol telah membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah diperkosa oleh Menteri Malaysia.
Alhamdulillah..segala teka-teki berhubung kes ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.
Alangkah hinanya pihak-pihak yang membawa cerita palsu ini.
Tetapi aku cukup yakin dan percaya bahawa 'yang hak pasti melenyapkan yang batil'.
Cuma yang agak mendukacitakan kenapa harus ada yang bercerita tanpa ada usul periksa..
Berita lanjut sila ke blog sahabat gerakan-anti-pkr.blogspot.com
Alhamdulillah..segala teka-teki berhubung kes ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.
Alangkah hinanya pihak-pihak yang membawa cerita palsu ini.
Tetapi aku cukup yakin dan percaya bahawa 'yang hak pasti melenyapkan yang batil'.
Cuma yang agak mendukacitakan kenapa harus ada yang bercerita tanpa ada usul periksa..
Berita lanjut sila ke blog sahabat gerakan-anti-pkr.blogspot.com
Lagi Pendedahan isu Rais
Tonton saja video di atas yang dijelaskan oleh pembantu rumah yang bersama-sama bekerja bersama Robengah di rumah Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Kita harap perkara ini jelas dan kalau ada puak pembangkang masih tidak mahu percaya itu masalah mereka.Nama pun pembangkang benda yang betul pun jika tidak kena pada acuan mereka pasti mereka akan bangkang.
Apapun kita harap rakyat Malaysia janganlah mudah berprasangka kepada fitnah yang maha dahsyat yang dilemparkan kepada Rais Yatim.
Moga Rais Yatim akan kembali bersemangat memperjuangkan dasar-dasar kerajaan sejajar dengan portfolio sebagai Menteri Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan.
Kepada sesiapa yang berkenaan, renung-renungkanlah apa yang telah anda lakukan...
Salam perjuangan..
Monday, January 3, 2011
Sam Ketot Merapu lagi
Panglima Perang PKR, Sam Ketot yang gagah berani merapu lagi. Kali ini beliau mahu menjadikan tahun baru 2011 sebagai tahun Pemulihan Malaysia.
Apa yang tidak kena dengan Malaysia sehingga mahu menjadikan tahun ini sebagai Tahun Pemulihan?
Yang kita harapkan tahun baru ini, Malaysia harus dipulihkan kestabilan politiknya tanpa ada sebarang demonstrasi jalanan yang bodoh, tidak berkembang budaya gay di Malaysia, tidak ada doa pecah perut yang ditujukan kepada orang Islam yang lain, tidak ada Melayu yang mempertikaikan hak Sultan dan ketuanan Melayu dan perkara-perkara yang memburukkan Malaysia oleh pihak sebelah sana.
Aku pula sekadar mengharapkan, tahun 2011 ini, Sam Ketot akan berjaya dipulihkan, setidak-tidaknya untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Hehehe..
Apa yang tidak kena dengan Malaysia sehingga mahu menjadikan tahun ini sebagai Tahun Pemulihan?
Yang kita harapkan tahun baru ini, Malaysia harus dipulihkan kestabilan politiknya tanpa ada sebarang demonstrasi jalanan yang bodoh, tidak berkembang budaya gay di Malaysia, tidak ada doa pecah perut yang ditujukan kepada orang Islam yang lain, tidak ada Melayu yang mempertikaikan hak Sultan dan ketuanan Melayu dan perkara-perkara yang memburukkan Malaysia oleh pihak sebelah sana.
Aku pula sekadar mengharapkan, tahun 2011 ini, Sam Ketot akan berjaya dipulihkan, setidak-tidaknya untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Hehehe..
Labels:
Bloggers,
BN,
PAS,
PKR lembik,
Tahun 2011,
UMNO
Saturday, January 1, 2011
Rogol atau fitnah?



Apa sudah jadi? Lagi perbalahan antara sekumpulan bloggers mesra BN dan seorang Menteri..Sampai bila dan kenapa?
Suatu ketika timbul isu khabar angin yang seorang blogger mesra BN nukilkan di dalam blognya berhubung ada dakwaan yang mengatakan anak seorang Menteri terlibat dengan projek jutaan ringgit sehingga mengheret isu tersebut kepada laporan polis..Belum selesai...
Kini timbul pula 'perang dingin' Menteri tersebut dan sekumpulan bloggers.. isu rogol amah...Pendedahan Wikileaks? Jika benar..adalah amat berat tuduhan tersebut.. Ianya melibatkan soal maruah bukan sahaja Menteri tersebut tetapi juga melibatkan keluarganya..lebih buruk lagi..mungkinkah pasir akan dihumban ke dalam periuk nasinya?? Tamatkah karier politik beliau?
Tidak salah blogger tersebut menulis apa yang beliau 'dengar' dan apa yang beliau rasa..bahkan blogger tersebut tidak menulis nama Menteri itu..Cuma yang aku kesalkan..Api yang sedang marak kenapa harus terus disimbah minyak??
Lagi soalan...Khabarnya amah tersebut telah berkahwin..Kenapa suaminya tidak melenting? Tidak melenting sebagaimana melentingnya penyokong Indonesia bilamana mata penjaga golnya didakwa disuluh sinaran laser semasa Piala Suzuki tempoh hari...Selepas beberapa tahun isu ini menjadi isu yang meruntun banyak jiwa..Kenapa baru sekarang?? Lagi soalan dan aku terus keliru..
Sampai bila isu ini akan selesai? Adakah ini rentetan dari kemarahan blogger tersebut terhadap laporan polis yang Menteri lakukan terhadap beliau? Atau mungkinkah pendedahan Wikileaks itu adalah suatu fakta yang menuntut Menteri tersebut tampil memberi penjelasan?
Aku tidak berniat sama sekali untuk menyebelahi mana-mana pihak..baik blogger tersebut mahupun Menteri itu..Cuma rasanya jalan terbaik bawa saja amah tersebut ke dalam cerita ini..dengar penjelasan amah tersebut dan dalam masa yang sama kita beri ruang Menteri itu untuk beri penjelasan..Tidak adil untuk kita membuat penilaian sebelum mendengar perkataan yang keluar dari mulut kedua pihak-pihak..Kalau sebelum ini kita berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas bukanlah suatu perkara yang sukar untuk kita mendapatkan penjelasan amah itu berhubung kes ini..
Jangan tunggu lama-lama..lama-lama akan jadi barah...Alangkah baiknya jika sebarang kenyataan berhubung kes ini berserta bukti..Tidaklah sesukar mana untuk ke Indonesia untuk mencari bukti..Beban pembuktian terletak di bahu siapa? Yang membuka pekung haruslah mengambil tanggungjawab...Yang di'tuduh' haruslah membela diri..Jangan kita ulangi sejarah lama..Tuah dan Jebat siapa yang benar?? Hanya akan mewujudkan pelbagai andaian.
Teringat aku kepada pepatah 'tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri'..Cubit peha kanan peha kiri turut merasa sakitnya..menarik rambut di dalam tepung..rambut tidak putus tepung jangan pula berselerak..Jangan sampai meludah ke langit muka sendiri tersapu air liur...
Aku akan terus menunggu akan kunjungnya bukti dan menunggu mulut pihak terbabit terbuka mengeluarkan kata..
Fitnah adalah besar dosanya..perbuatan terkutuk juga besar dosanya..Tidak akan menghukum sebelum mendapat bukti yang jelas..Bukti yang jelas sama-sama kita tagih dari pihak yang di 'dakwa dan mendakwa'...Bukanlah Islam menuntut kita untuk berlaku adil?
p/s: Laporan di atas tidak cukup jelas menggambarkan kejadian itu benar-benar berlaku. Wujud kemungkinan ianya ditokok tambah atau di olah..Jalan terbaik..cari amah itu dan minta beliau buat pengakuan secara lisan..Mungkinkah?
Thursday, December 23, 2010
Keretapi vs Menteri..Tahniah

Kasihan dan simpati..Dalam keadaan ada blogger sedang berjuang bermati-matian mencari isu untuk dibawa ke medan perang pilihanraya terutamanya di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang ada pula blogger kita sendiri yang sedang seakan menahan usaha ini. Tujuan dan matlamat? Aku sendiri tidak tahu.
Dalam dunia siber dan media baru, digemparkan dengan pendedahan, projek dengan isteri orang di dalam koc keretapi..satu tamparan yang hebat kepada pimpinan sebelah sana. Dan pastinya pendedahan isu koc keretapi ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Malangnya..'peluru' yang disediakan ini didatangi pula oleh kereta kebal yang menahan 'peluru' koc keretapi ini dari meletus. Samalah seperti peluru berpandu Scud yang didatangi oleh peluru berpandu Patriot di dalam Perang Iraq-US.
Yang hebatnya di dalam isu ini..Blogger kita yang menyediakan peluru, blogger kita juga yang menahan peluru itu dari terus pergi ke sasaran. Isu koc keretapi berhadapan pula dengan isu Menteri projek dengan pembantu rumah. Keliru atau apa masalahnya aku sendiri sedang menggaru kepala memikirkannya.
Amarah yang marah?Tidak puashati?Hits? Arghhhhhhhh...macam-macam yang sedang berlegar di dalam kepala aku....
Secara peribadi aku berpandangan..siapa jua bebas memberi pandangan..Biar putih tulang, jangan putih mata..malangnya..sahabat-sahabat sendiri yang sedang memutihkan mata kita sendiri!!
Aduhai..bijak memang bijak tindakan ini..Teruskan usaha melawan arus ini kalau itulah yang dirasakan boleh memberi kepuasan hati..Benarlah pepatah orang tua..IKUT NAFSU LESU, IKUT HATI, MATI!!!!
P/s: Wikileaks dengan Wikileaks...rasanya tidak perlu disambut pendedahan tu..busuk bau pekung sendiri siapa nak tolong lubang hidung?Ahmad Nisfu?
Thursday, December 9, 2010
Jangan marah Nazri Aziz
Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.
Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.
Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..
Labels:
Bloggers,
BN,
dia lebih tahu,
kasar,
lucah,
Namawee,
Nazri Aziz,
parlimen,
UMNO
Tuesday, December 7, 2010
Selamatkah kita?

Tahniahlah kepada BN kerana berjaya dalam beberapa peristiwa..Menang di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas..Selain daripada itu tahniah juga kerana berjaya membawa semangat baru kepada ahli-ahlinya di dalam Perhimpunan Agung UMNO dan yang terbarunya Konvensyen Barisan Nasional.
Kalau dari pandangan mata kasar BN sudah tampak kembali berada di landasan yang betul di dalam menarik perhatian rakyat Malaysia untuk kembali menyokong Barisan Nasional. Soalnya berapa lama semangat dan rentak yang menyebelahi BN ini akan kekal? Adakah akan kekal sehingga tarikh Pilihanraya Umum ke 13 nanti?
Baiklah..kita lupakan soal semangat ini buat sementara..Ramai sangat orang yang duduk mencongak akan tarikh pilihanraya umum ke 13. Aku kurang pasti apa yang membuatkan orang terlalu memikirkan tarikh pilihanraya umum ke 13. Biar saja Perdana Menteri yang memikirkan soal tarikh pilihanraya umum..Tak usahlah semakkan kepala menduga...Yang harus kita fikirkan adakah semangat juang untuk menghadapi pilihanraya itu masih membara sehangat semangat yang ada di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu?
Aku menerima sms dari seorang teman yang dahulunya totok UMNO dan BN..Kali ni smsnya seolah menggambarkan yang beliau telah beralih kiblat..macam sudah ke arah parti bulan saje rentaknya. Ini adalah keadaan yang amat membimbangkan..Bayangkan saje kalau ada ramai lagi di kalangan totok BN dan UMNO yang entah kenapa berubah kiblat..Parah!!!!
Ahli-ahli UMNO dan BN tidaklah usah terlalu selesa dengan keadaan sekarang..Dahulu pun tidak pernah ada di antara kita yang pernah terfikir BN akan kehilangan majoriti 2/3..tidak pernah siapa terfikir BN akan kehilangan 5 negeri..Aku sendiri jadi hilang punca bilamana Bilik Gerakan aku sendiri 'roboh' dihenyak DAP...Memang tidak pernah terduga..
Macam dalam permainan bolasepak..Jangan hanya kerana terlalu asyik menyerang kita lupa aspek pertahanan..Orang kata..'politik adalah seni memungkinkan yang mustahil'..Dalam politik seorang MUSUH JUGA BOLEH MENJADI RAKAN..kalau tidak mana mungkin ada peribahasa 'MUSUH DI DALAM SELIMUT'. Orang politik memang bijak 'menanam tebu di bibir'...Waspada!!
Janganlah kerana fikirkan sudah berada di zon selesa kita lantas lupa untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya..Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk..
Semalam semasa makan malam ada suara sumbang yang kedengaran tentang isu Khir Toyo..Bertepuk tangan saudara kita apabila Khir Toyo dihadapkan mahkamah.. Adakah itu tanda angin tsunami politik belum berakhir? Aku ambil tepukan saudara kita itu sebagai SATU PERINGATAN BAHAWA AHLI-AHLI BN KENA HARUS BERSEDIA DAN BEKERJA LEBIH KUAT...Bayang saja kalau puluhan ribu pengundi yang bertepuk tangan seperti saudara kita itu..
Aku masih bimbang dan ragu-ragu..Kalau Perdana Menteri yang saja yang bijak tetapi yang lain terus leka..Akan parahkah kita?
Tuesday, November 30, 2010
Blogger kurap?
Aku ingat Pemuda UMNO Malaysia saje yang diklasifikasikan sebagai geng dan puak elitis..Rupanya ada jugak bloggers yang dianggap elitis oleh blogger lain..Lagi fenomena baru dalam Malaysia..
Ada yang mengeluarkan istilah blogger nyamuk dan blogger elitis..Siapa yang klasifikasikan atau mengkategorikan blogger sama ada nyamuk atau elitis?Alexa? Boleh ke kita percaya dengan ranking?Kalau hari-hari kita klik blog sendiri mesti naik ranking..Jadi pulak elitis yang masuk bakul angkat sendiri...Tak ikhlas dan hipokrit namanya tu....
Soal elitis tak elitis ni timbul dalam satu forum tertutup seperti yang Dato' Zaini Hasan katakan dalam kolum Cuit Utusan Malaysia. Mungkin ada yang berasa kecil hati kerana tidak dipanggil hadir ke forum tu..Ada benarnya..Tapi rasanya kalau soal kecil hati menjadi isu, bukan semua yang harus dipanggil hadir ke majlis itu..Sebabnya? Sebabnya bilangan blogger yang mesra-kerajaan sekarang ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Boleh buat di Stadium Nasional Bukit Jalil..Mungkin akan dibuat secara berperingkat.
Pada aku soal dipanggil atau tidak ke forum itu tidaklah seharusnya dijadikan satu isu. Kepentingan perjuangan yang dipentingkan atau perjuangan mencari nama dan hits yang diutamakan? Seeloknya kita anggap saja, perjuangan menulis mempertahankan negara ini sebagai satu ibadah yang pastinya dijanjikan pahala. Itu yang lebih penting.
Matlamat utama adalah untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 13..Tiada yang lebih penting dari itu. Kepada yang dijemput hadir ke forum tertutup itu..janganlah pula mendabik dada dan beranggapan 'akulah blogger tersohor'. Apalah gunanya hits mencecah jutaan sekiranya Barisan Nasional gagal dalam pilihanraya. Kepada yang dikategorikan sebagai blogger elitis, jenguk-jenguk dan intai-intailah nyamuk di bawah. Jangan sudah berada di langit tanah dipijak terus dilupakan.
Kepada nyamuk-nyamuk di bawah..Buang saje rasa rendah diri..Duduk semeja dan saling menghormati. Anggap saje blogger elitis sebagai komandan perang dan sebagai 'abang' yang pastinya ada ego sendiri. Kalau pandai mengambil hati 'abang'..rasanya kasih abang pada adik pastinya ada. Cuma harapan 'abang' tidaklah kedekut ilmu.
Aku yang langsung tidak ada hits tidak pernah kecewa atau rasa terpinggir. Pada aku kasih pada Barisan Nasional dan UMNO itu yang aku utamakan. Biarpun sedemikian keadaannya...aku masih duduk semeja dengan blogger elitis dan blogger nyamuk kerana pada aku, perjuangan yang aku junjung adalah sama dengan mereka..MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO. Pada aku, blog adalah tempat menzahirkan rasa dan perasaan yang tidak mungkin boleh aku luahkan pada kerajaan dan orang lain..Biar tidak dibaca..setidak-tidaknya aku puas..Marah dan perasaan geram jangan disimpan..hanya akan menjadi barah.
Katalah apa saje..nyamuk atau elitis..aku tidak pernah hairan kalau aku dikategorikan sebagai banjingan atau kurap kerana aku hanya mengharapkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO sekaligus keamanan Malaysia. Memadailah jika apa yang aku lakukan ini hanya mendapat restu dan keredhaan Allah s.w.t..
Elitis dan nyamuk...Damai-damai saja antara kamu.
Aku menulis bukan kerna nama!!!!!!!
Ada yang mengeluarkan istilah blogger nyamuk dan blogger elitis..Siapa yang klasifikasikan atau mengkategorikan blogger sama ada nyamuk atau elitis?Alexa? Boleh ke kita percaya dengan ranking?Kalau hari-hari kita klik blog sendiri mesti naik ranking..Jadi pulak elitis yang masuk bakul angkat sendiri...Tak ikhlas dan hipokrit namanya tu....
Soal elitis tak elitis ni timbul dalam satu forum tertutup seperti yang Dato' Zaini Hasan katakan dalam kolum Cuit Utusan Malaysia. Mungkin ada yang berasa kecil hati kerana tidak dipanggil hadir ke forum tu..Ada benarnya..Tapi rasanya kalau soal kecil hati menjadi isu, bukan semua yang harus dipanggil hadir ke majlis itu..Sebabnya? Sebabnya bilangan blogger yang mesra-kerajaan sekarang ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Boleh buat di Stadium Nasional Bukit Jalil..Mungkin akan dibuat secara berperingkat.
Pada aku soal dipanggil atau tidak ke forum itu tidaklah seharusnya dijadikan satu isu. Kepentingan perjuangan yang dipentingkan atau perjuangan mencari nama dan hits yang diutamakan? Seeloknya kita anggap saja, perjuangan menulis mempertahankan negara ini sebagai satu ibadah yang pastinya dijanjikan pahala. Itu yang lebih penting.
Matlamat utama adalah untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 13..Tiada yang lebih penting dari itu. Kepada yang dijemput hadir ke forum tertutup itu..janganlah pula mendabik dada dan beranggapan 'akulah blogger tersohor'. Apalah gunanya hits mencecah jutaan sekiranya Barisan Nasional gagal dalam pilihanraya. Kepada yang dikategorikan sebagai blogger elitis, jenguk-jenguk dan intai-intailah nyamuk di bawah. Jangan sudah berada di langit tanah dipijak terus dilupakan.
Kepada nyamuk-nyamuk di bawah..Buang saje rasa rendah diri..Duduk semeja dan saling menghormati. Anggap saje blogger elitis sebagai komandan perang dan sebagai 'abang' yang pastinya ada ego sendiri. Kalau pandai mengambil hati 'abang'..rasanya kasih abang pada adik pastinya ada. Cuma harapan 'abang' tidaklah kedekut ilmu.
Aku yang langsung tidak ada hits tidak pernah kecewa atau rasa terpinggir. Pada aku kasih pada Barisan Nasional dan UMNO itu yang aku utamakan. Biarpun sedemikian keadaannya...aku masih duduk semeja dengan blogger elitis dan blogger nyamuk kerana pada aku, perjuangan yang aku junjung adalah sama dengan mereka..MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO. Pada aku, blog adalah tempat menzahirkan rasa dan perasaan yang tidak mungkin boleh aku luahkan pada kerajaan dan orang lain..Biar tidak dibaca..setidak-tidaknya aku puas..Marah dan perasaan geram jangan disimpan..hanya akan menjadi barah.
Katalah apa saje..nyamuk atau elitis..aku tidak pernah hairan kalau aku dikategorikan sebagai banjingan atau kurap kerana aku hanya mengharapkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO sekaligus keamanan Malaysia. Memadailah jika apa yang aku lakukan ini hanya mendapat restu dan keredhaan Allah s.w.t..
Elitis dan nyamuk...Damai-damai saja antara kamu.
Aku menulis bukan kerna nama!!!!!!!
Monday, October 18, 2010
Rocky-Rais: Cukup-cukuplah
Sudah masuk minggu kedua 'salah-faham' antara Rocky-Rais mewarnai dunia blog pro-BN. Ada yang cuba mencipta pelan perdamaian dan ada pula yang cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak. Cukuplah..jangan kita mempertikaikan pandangan masing-masing kerana dalam pepatah Melayu belum ada mana mana manusia yang mengaku 'berak di tengah jalan'.
Alhamdulillah, hari ini khabarnya sudah ada lampu hijau dan keinginan dari Perdana Menteri untuk cuba mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam menangani isu Rocky-Rais. Harap-harap dengan adanya kata seperti itu dari Perdana Menteri, diharap semua bloggers bertenang dan jangan terus menduga akan sesuatu yang masih belum pasti. Spekulasi-spekulasi hanya akan memburukkan keadaan.
Kita sudah terlalu hampir dengan Pilihanraya Kecil Galas dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Objektif kita adalah untuk menang kedua-duanya. Jasa dan bakti saudara saudari ditagih untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional.
Ingatlah, kalau saudara-saudari percaya akan kewibawaan Perdana Menteri seharusnya kita biarkan perkara ini diselesaikan oleh Perdana Menteri. Kita terima apa sahaja jalan penyelesaian yang difikirkan baik oleh Perdana Menteri. Harus dan barang diingat, Perdana Menteri ibarat 'ayah' kepada kita. Baik Rais mahupun bloggers haruslah menghormati apa saja keputusan dari seorang ayah. Rasanya dalam dunia belum ada ayah yang membawa kepada kebinasaan.
Alhamdulillah, hari ini khabarnya sudah ada lampu hijau dan keinginan dari Perdana Menteri untuk cuba mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam menangani isu Rocky-Rais. Harap-harap dengan adanya kata seperti itu dari Perdana Menteri, diharap semua bloggers bertenang dan jangan terus menduga akan sesuatu yang masih belum pasti. Spekulasi-spekulasi hanya akan memburukkan keadaan.
Kita sudah terlalu hampir dengan Pilihanraya Kecil Galas dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Objektif kita adalah untuk menang kedua-duanya. Jasa dan bakti saudara saudari ditagih untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional.
Ingatlah, kalau saudara-saudari percaya akan kewibawaan Perdana Menteri seharusnya kita biarkan perkara ini diselesaikan oleh Perdana Menteri. Kita terima apa sahaja jalan penyelesaian yang difikirkan baik oleh Perdana Menteri. Harus dan barang diingat, Perdana Menteri ibarat 'ayah' kepada kita. Baik Rais mahupun bloggers haruslah menghormati apa saja keputusan dari seorang ayah. Rasanya dalam dunia belum ada ayah yang membawa kepada kebinasaan.
Tuesday, September 21, 2010
Ke mana haluan blogger pro BN?
Rasanya, ramai blogger yang sudah terlupa bahawa kita makin menghampiri kepada detik pilihanraya umum ke 13. Kalau dulu, ramai blogger pro BN yang halatujunya cukup jelas iaitu membela para pimpinan dan dasar BN tapi kini haluan blogger pro BN di dapati ibarat lalang yang akan condong ke mana ditiup angin. Seakan mengikut rentak blogger pro pembangkang, blogger pro BN seperti sudah lupa asas perjuangan di dalam penulisan.
Benar dan tidak salah memberi pandangan dan teguran tetapi wajarkah membuka pekung di dada di dalam masa yang semakin hampir kepada pilihanraya umum ke 13? Tidak pernah kedengaran dan jika ada pun bilangannya amat kecil di kalangan blogger pro pembangkang yang dengan secara terbuka menghentam dasar dan pimpinan mereka sebaliknya dewasa ini blogger pro BN amat gemar dan tanpa segan silu menghentam dasar dan pimpinan BN. Apabila ditanya pada mereka kenapa mereka membuat teguran ini, mereka akan mudah melenting dengan berkata 'benda tidak betul perlu ditegur'. Benar, apa yang diperkatakan mereka ini, tetapi adakah kita sedar bahawa teguran yang membuta tuli dengan kenyataan yang terbuka untuk tontonan umum di alam maya ini hanya menampakkan kelemahan yang ada pada diri kita. Jangan hanya kerana terlalu mengejar hits dan jumlah pembaca, kita sampai terlupa untuk menjaga asas perjuangan. Menghentam secara terbuka hanya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada keputusan pilihanraya ke 13 nanti.
Pernahkan kita dengar di kalangan blogger pro pembangkang yang melabelkan pimpinan mereka dengan nama nama yang jelek? Biarpun pimpinan mereka membuat dasar dan kenyataan yang terkadang tidak langsung boleh diterima akal mereka akan tetap mempertahankan kenyataan ketua mereka. Itulah prinsip perjuangan yang seharusnya diguna pakai semula oleh blogger pro BN.
Jangan hanya bangga mendabik dada menggelarkan diri sebagai blogger pro BN sekiranya asas perjuangan dilupakan. Siapa yang menjadi kolonel perang dan siapa pula menjadi prebet prebet yang menerima arahan dari kolonel perang? Susah untuk berjaya di dalam perang sekiranya prebet prebet pun terlalu bijak memberi arahan dan pandangan dan mungkinkah di atas puncak gunung akan ada dua ekor harimau?Kalau adapun pastinya seekor akan mati bercakaran sesama sendiri dan yang ruginya adalah diri kita sendiri. Asasnya, kita cuma mahukan keputusan yang terbaik di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Segera sedar dan kita rapatkan saf..
Ikhlas dari sahabat marhaen...jebat...
Benar dan tidak salah memberi pandangan dan teguran tetapi wajarkah membuka pekung di dada di dalam masa yang semakin hampir kepada pilihanraya umum ke 13? Tidak pernah kedengaran dan jika ada pun bilangannya amat kecil di kalangan blogger pro pembangkang yang dengan secara terbuka menghentam dasar dan pimpinan mereka sebaliknya dewasa ini blogger pro BN amat gemar dan tanpa segan silu menghentam dasar dan pimpinan BN. Apabila ditanya pada mereka kenapa mereka membuat teguran ini, mereka akan mudah melenting dengan berkata 'benda tidak betul perlu ditegur'. Benar, apa yang diperkatakan mereka ini, tetapi adakah kita sedar bahawa teguran yang membuta tuli dengan kenyataan yang terbuka untuk tontonan umum di alam maya ini hanya menampakkan kelemahan yang ada pada diri kita. Jangan hanya kerana terlalu mengejar hits dan jumlah pembaca, kita sampai terlupa untuk menjaga asas perjuangan. Menghentam secara terbuka hanya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada keputusan pilihanraya ke 13 nanti.
Pernahkan kita dengar di kalangan blogger pro pembangkang yang melabelkan pimpinan mereka dengan nama nama yang jelek? Biarpun pimpinan mereka membuat dasar dan kenyataan yang terkadang tidak langsung boleh diterima akal mereka akan tetap mempertahankan kenyataan ketua mereka. Itulah prinsip perjuangan yang seharusnya diguna pakai semula oleh blogger pro BN.
Jangan hanya bangga mendabik dada menggelarkan diri sebagai blogger pro BN sekiranya asas perjuangan dilupakan. Siapa yang menjadi kolonel perang dan siapa pula menjadi prebet prebet yang menerima arahan dari kolonel perang? Susah untuk berjaya di dalam perang sekiranya prebet prebet pun terlalu bijak memberi arahan dan pandangan dan mungkinkah di atas puncak gunung akan ada dua ekor harimau?Kalau adapun pastinya seekor akan mati bercakaran sesama sendiri dan yang ruginya adalah diri kita sendiri. Asasnya, kita cuma mahukan keputusan yang terbaik di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Segera sedar dan kita rapatkan saf..
Ikhlas dari sahabat marhaen...jebat...
Subscribe to:
Posts (Atom)
