Showing posts with label Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Siapa Menteri Penerangan selepas ini?



PRU sudah berakhir..
 
BN menang dan Pakatan Rakyat kalah.
 
Nak terima kenyataan tu terimalah kalau tak mahu terima itu kau orang punya pasal..Ada aku kisah?
 
Sekarang masa untuk mencongak barisan kabinet yang akan Perdana Menteri bentuk. Tak habis-habis nak baca apa yang sedang berlegar di minda Perdana Menteri. Kelakar.
 
Dahulu semua orang mencongak tarikh pembubaran Parlimen. Semua jadi macam nujum.
 
Lepas bubar congak nama calon BN untuk bertanding di dalam PRU ke 13. Sudahnya semua salah. Jelas, PM banyak calonkan nama yang entah apa-apa. Kalau nak harap calon dah tentu BN kena tendang. Calon BN yang bertanding ni kena belajar cium tangan PM. Kalau tak kerana aura PM sah ke laut calon-calon kita. Setuju?
 
Sahabat blogger Putramerdeka dalam artikelnya DI SINI menulis dengan penuh emosi. Pun tidak mahu ketinggalan menjadi nujum rupanya sahabat Putramerdeka.
 
Bila Jebat baca dan fahami apa yang Putramerdeka coretkan, Jebat merasakan ada asas tentang apa yang beliau nukilkan.
 
Rasanya nama individu yang Putramerdeka sebutkan itu sebelum ini pernah cuba mencalar imej seorang Menteri semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri. Motif? Mana lah Jebat tahu..tanyalah individu tu sendiri.
 
Menteri tu pun dah tak bertanding dalam PRU ke 13 ni. Jebat pun hairan kenapa beliau diketepikan biarpun satu Malaya tau Menteri tersebut sangat layak memegang portfolio tersebut.
 
Kalau nak bandingkan individu yang Putramerdeka sebutkan sebagai calon Menteri Penerangan dengan bekas Menteri Penerangan yang tidak bertanding dalam PRU ke 13 yang lalu. jawabnya..BAGAI LANGIT DAN BUMI!!
 
Merasa diri bagus dan sememangnya bagus adalah dua keadaan yang berbeza. Biar orang lain yang menilai. Anda jangan menilai diri anda sebagai bagus.!!
 
Jangan jadi bagus-bagus!!
 
p/s: Rais sangat bagus dalam bidang-bidang budaya dan sejarah. Serahkan portfolio  berkenaan kepada beliau. Kita tahu dia bagus dan tidak macam bagus-bagus..

Wednesday, December 5, 2012

Tak perlu parabola untuk membuat panggilan pertanyaan!!!



Cakera parabola untuk akses internet? Akses gambar ni bolehlah...:)

KALAU Pakatan Rakyat yang berkata kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Sabah dan Sarawak tentulah kita faham apakah tujuannya. Tetapi apabila orang besar Sabah di dalam kerajaan negeri Sabah sendiri yang mempersoalkan kebersamaan layanan kerajaan pusat terhadap rakyat di Semenanjung dan Sabah Sarawak tentulah ianya merupakan BOLA TANGGUNG yang ditunggu tunggu oleh Pakatan Rakyat.

Biar apapun permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin kerajaan daripada negeri di bawah bayu itu sebagai pemimpin daripada parti yang sama rasanya beliau mempunyai banyak akses untuk bertanya secara terus kepada pemimpin di kerajaan pusat berhubung kekeliruan yang timbul di benaknya.

Yang menghairankan mengapa beliau mengambil pendekatan untuk menyuarakan ketidakpuashatian beliau di  akhbar yang pastinya mengundang campurtangan pimpinan Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan kerajaan. Adakah udang di sebalik batu?

Struktur mukabumi Sabah dan Sarawak telah menyebabkan rata-rata rumah di sana mempunyai cakera parabola yang membolehkan rakyat di sana menikmati siaran televisyen sebagaimana rakyat di Semenanjung.  

Semasa Jebat berkunjung ke Sibu baru-baru ini, rumah sahabat Jebat mempunyai kemudahan cakera parabola untuk mendapatkan siaran televisyen kerana menurut sahabat Jebat itu cakera parabola membolehkan mereka sekeluarga mendapatkan siaran televisyen yang berkualiti. Siaran televisyen? Maksudnya cakera parabola di rumah itu dan rata-rata rumah di sana adalah untuk mendapatkan siaran televisyen dan apa pula kaitan cakera parabola dengan akses internet seperti yang diperkatakan oleh orang besar di dalam kerajaan negeri Sabah itu?

Adakah parabola boleh digunakan untuk capaian akses internet? Mungkin boleh dan mungkin tidak boleh. Kita tinggalkan persoalan itu kepada mereka yang arif. Cuma yang ingin Jebat persoalkan mengapakan orang besar Sabah itu tidak menggunakan akses sebagai pemimpin daripada parti yang sama untuk bertanya secara langsung kepada rakan sejawatnya daripada kerajaan pusat? 

Hanya dengan membuat panggilan telefon rasanya kekeliruan ini akan dapat diatasi. Khabarnya, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menjelaskan kekeliruan ini kepada orang besar Sabah itu tetapi beliau tidak berpuashati dengan penjelasan yang telah diberikan itu.

Jebat tidak mahu menyentuh dari segi teknikalnya kerana jika tersalah penerangan pastinya akan menjadikan ianya lebih keliru, justeru Jebat hanya ingin bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, adakah beliau tidak mempunyai jaringan akses untuk menghubungi Menteri atau Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mendapatkan penjelasan?

Takkanlah benda semudah ini sebagai Timbalan Ketua Menteri tidak dapat selesaikan..Aduhai...Apa nak jadi...

Friday, February 18, 2011

Blogger Just Read: Benar, retorik atau fiksyen?


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tampaknya seakan menjadi medan melepaskan 'peluru' oleh para bloggers. Tidak ada di antara bloggers dan sekelian pembaca yang pernah lupa bagaimana Blogger Rocky, Big Dog dan beberapa nama lain yang 'membalun' Kementerian ini.

Sketsa yang sedang dimainkan ini, membuat aku tertanya sendiri bahkan orang yang lemah akal fikiran pun boleh menduga dan meneka apakah ada agenda atau rencana tersembunyi yang sedang dilagukan oleh blogger-blogger tersohor a.k.a blogger elitis ini.

Rasanya di kalangan Yang Berhormat, ramai yang bercita-cita mahu menjawat jawatan Menteri. Duduk di kerusi empuk yang penuh dengan kehormatan. Tidak terkecuali dengan Yang Berhormat dari parti pembangkang apatah lagi Nuar Berahim yang terlalu mahukan jawatan Perdana Menteri. Semuanya penuh dengan kemahuan yang didorongi oleh nafsu besar.

Yang terbaru, blogger Just Read a.k.a Blogger Bujai pula sedang melepaskan asap pemedih mata ke arah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Biarpun Blogger Bujai tidak menjurus kepada orang No. 1 di Kementerian itu tetapi Blogger Bujai seakan sedang memalit tahi ke Kementerian tersebut. Soalnya, benarkah Blogger Bujai merupakan Blogger yang mendakwa dirinya Blogger Mesra-BN? Atau Blogger Bujai sedang mengikut telunjuk mana-mana tuan yang tidak diketahui namanya?

Blogger-blogger lain termasuk aku sendiri telah bersua muka bersama orang No. 1 di Kementerian itu dan penilaian yang blogger blogger rumuskan ialah orang No. 1 di Kementerian itu adalah seorang yang amat berbudi pekerti dan dakwaan Blogger Bujai ini tidaklah sebenarnya mencerminkan keperibadian orang No. 1 itu. Mana mungkin beliau akan mengizinkan mana-mana pegawai beliau terlibat seperti yang didakwa Blogger Bujai. Sekadar tanggapan Blogger Bujai dan tanggapan itu tidak boleh diterima. Fiksyen dan lagenda.

Pendedahan Blogger Bujai berhubung orang kanan Menteri di Kementerian itu, membuat aku tertanya-tanya sejauh mana benarnya dakwaan Blogger Bujai itu..

Sempat aku bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berkhidmat di sektor awam..Benarkah orang atasan mencampuri urusan tender terbuka dan jawapan yang aku terima jelas membuktikan bahawa dakwaan Blogger Bujai tidaklah berasas sama sekali. Urusan tender sebenarnya membabitkan satu jawatankuasa yang bukan sedikit bilangan ahlinya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, mampukah mana-mana pihak membeli bilangan ahli jawatankuasa yang bukan sedikit bilangannya? Mana logik dakwaan Blogger Bujai?

Mana-mana proses tender kerajaan bukanlah suatu keputusan yang boleh diambil dalam sekelip mata..Ianya perlu memastikan mana-mana syarikat yang memasuki tender itu mempunyai kemampuan melaksanakan kerja itu dan harga yang ditawarkan itu haruslah munasabah dan kemudiannya barulah syarikat itu akan ditawarkan untuk membuat kerja itu.

Biasanya, orang-orang besar sekadar mengeluarkan surat sokongan. Ayat yang biasa ditulis adalah sekadar ' Sila bantu jika mengikut prosedur yang betul'. Namanya pun orang politik, setiap permohonan perlu disokong dan keputusan akhirnya tetap terletak di jawatankuasa tender. Retorikkah dakwaan Blogger Bujai?

Lagi persoalan berhubung dakwaan Blogger Bujai..Blogger Bujai mendakwa Pembantu Khas Orang No. 1 di Kementerian itu terlibat. Tidakkah Blogger Bujai terfikir bahawa orang yang dimaksudkan itu sekadar Pembantu Khas dan adakah beliau mampu untuk mengarahkan orang-orang besar di SKMM untuk mendengar arahannya?

Persoalan seterusnya..Dari mana Blogger Bujai mendapat nama-nama syarikat yang terlibat? Dakwa Blogger Bujai lagi, beliau mempunyai dokumen yang lengkap berhubung dakwaannya. Jika benar sekalipun dakwaan Blogger Bujai, adalah menjadi suatu kesalahan kerana memiliki dokumen itu kerana ianya adalah sulit dan rahsia. OSA?

Jika Blogger Bujai mendapat dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sulit itu, daripada mana dan siapa yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai? Adalah amat mustahil untuk dokumen-dokumen itu 'terbang' secara sendiri kepada Blogger Bujai. Milik siapa tangan yang membekalkan dokumen itu kepada Blogger Bujai??

Orang-orang di luar sana diharap tidak terus percaya dengan apa yang didakwa oleh Blogger Bujai..Cuma Blogger Bujai yang tahu siapa dalang disebalik agenda tersirat ini..

Pendedahan yang dilemparkan oleh Blogger Bujai ini tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai satu fiksyen yang hanya cuba memedihkan mata orang besar di Kementerian itu. Entah apa kemahuan Blogger Bujai cuma beliau yang tahu.

Kalau benar pun tuan dibelakang Blogger Bujai mahukan kerusi empuk di Kementerian itu kosong, lagu yang sedang Blogger Bujai ini bukanlah lagu yang paling sesuai didendangkan. Terlalu menjolok mata dan terlalu besar dakwaan Blogger Bujai ini.

Hidup biarlah berfikiran waras dan tidak terlalu berburuk sangka kepada manusia lain.

Friday, January 7, 2011

Lagi Pendedahan isu Rais



Tonton saja video di atas yang dijelaskan oleh pembantu rumah yang bersama-sama bekerja bersama Robengah di rumah Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Kita harap perkara ini jelas dan kalau ada puak pembangkang masih tidak mahu percaya itu masalah mereka.Nama pun pembangkang benda yang betul pun jika tidak kena pada acuan mereka pasti mereka akan bangkang.

Apapun kita harap rakyat Malaysia janganlah mudah berprasangka kepada fitnah yang maha dahsyat yang dilemparkan kepada Rais Yatim.

Moga Rais Yatim akan kembali bersemangat memperjuangkan dasar-dasar kerajaan sejajar dengan portfolio sebagai Menteri Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan.

Kepada sesiapa yang berkenaan, renung-renungkanlah apa yang telah anda lakukan...

Salam perjuangan..

Saturday, January 1, 2011

Rogol atau fitnah?




Apa sudah jadi? Lagi perbalahan antara sekumpulan bloggers mesra BN dan seorang Menteri..Sampai bila dan kenapa?

Suatu ketika timbul isu khabar angin yang seorang blogger mesra BN nukilkan di dalam blognya berhubung ada dakwaan yang mengatakan anak seorang Menteri terlibat dengan projek jutaan ringgit sehingga mengheret isu tersebut kepada laporan polis..Belum selesai...

Kini timbul pula 'perang dingin' Menteri tersebut dan sekumpulan bloggers.. isu rogol amah...Pendedahan Wikileaks? Jika benar..adalah amat berat tuduhan tersebut.. Ianya melibatkan soal maruah bukan sahaja Menteri tersebut tetapi juga melibatkan keluarganya..lebih buruk lagi..mungkinkah pasir akan dihumban ke dalam periuk nasinya?? Tamatkah karier politik beliau?

Tidak salah blogger tersebut menulis apa yang beliau 'dengar' dan apa yang beliau rasa..bahkan blogger tersebut tidak menulis nama Menteri itu..Cuma yang aku kesalkan..Api yang sedang marak kenapa harus terus disimbah minyak??

Lagi soalan...Khabarnya amah tersebut telah berkahwin..Kenapa suaminya tidak melenting? Tidak melenting sebagaimana melentingnya penyokong Indonesia bilamana mata penjaga golnya didakwa disuluh sinaran laser semasa Piala Suzuki tempoh hari...Selepas beberapa tahun isu ini menjadi isu yang meruntun banyak jiwa..Kenapa baru sekarang?? Lagi soalan dan aku terus keliru..

Sampai bila isu ini akan selesai? Adakah ini rentetan dari kemarahan blogger tersebut terhadap laporan polis yang Menteri lakukan terhadap beliau? Atau mungkinkah pendedahan Wikileaks itu adalah suatu fakta yang menuntut Menteri tersebut tampil memberi penjelasan?

Aku tidak berniat sama sekali untuk menyebelahi mana-mana pihak..baik blogger tersebut mahupun Menteri itu..Cuma rasanya jalan terbaik bawa saja amah tersebut ke dalam cerita ini..dengar penjelasan amah tersebut dan dalam masa yang sama kita beri ruang Menteri itu untuk beri penjelasan..Tidak adil untuk kita membuat penilaian sebelum mendengar perkataan yang keluar dari mulut kedua pihak-pihak..Kalau sebelum ini kita berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas bukanlah suatu perkara yang sukar untuk kita mendapatkan penjelasan amah itu berhubung kes ini..

Jangan tunggu lama-lama..lama-lama akan jadi barah...Alangkah baiknya jika sebarang kenyataan berhubung kes ini berserta bukti..Tidaklah sesukar mana untuk ke Indonesia untuk mencari bukti..Beban pembuktian terletak di bahu siapa? Yang membuka pekung haruslah mengambil tanggungjawab...Yang di'tuduh' haruslah membela diri..Jangan kita ulangi sejarah lama..Tuah dan Jebat siapa yang benar?? Hanya akan mewujudkan pelbagai andaian.

Teringat aku kepada pepatah 'tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri'..Cubit peha kanan peha kiri turut merasa sakitnya..menarik rambut di dalam tepung..rambut tidak putus tepung jangan pula berselerak..Jangan sampai meludah ke langit muka sendiri tersapu air liur...

Aku akan terus menunggu akan kunjungnya bukti dan menunggu mulut pihak terbabit terbuka mengeluarkan kata..

Fitnah adalah besar dosanya..perbuatan terkutuk juga besar dosanya..Tidak akan menghukum sebelum mendapat bukti yang jelas..Bukti yang jelas sama-sama kita tagih dari pihak yang di 'dakwa dan mendakwa'...Bukanlah Islam menuntut kita untuk berlaku adil?

p/s: Laporan di atas tidak cukup jelas menggambarkan kejadian itu benar-benar berlaku. Wujud kemungkinan ianya ditokok tambah atau di olah..Jalan terbaik..cari amah itu dan minta beliau buat pengakuan secara lisan..Mungkinkah?