Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Antara nampak bijak dan benar-benar dungu

BERSAWANG..Itu antara ayat yang sesuai diguna pakai untuk blog Jebat yang agak lama terbengkalai. Semuanya dek kerana rasa muak kepada dunia politik yang seakan tidak ada kesudahan. 'Aku betul dan kau salah' 'Aku Islam dan kau kafir kerana tak menyertai aku'. Ayat yang tampak begitu keterlaluan itu sudah menjadi sebati dan sentiasa meniti bibir sebahagian daripada kita, umat Islam Malaysia. Kegilaan apakah ini? Adakah kita lupa semuanya akan kita tinggalkan bila dijemput Pencipta?

Politik biarlah tidak sehingga menggadai hukum agama. Politik janganlah sampai menghancurkan ukwah sesama Islam.

Hari ini jari Jebat terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu dek kerana ketidakfahaman Jebat akan perangai manusia yang tidak akan berubah.

Di minda gerombolan yang menggelarkan diri mereka Pakatan, nama isteri Perdana Menteri seakan menjadi satu kemestian untuk dibusukkan. Jebat merasa simpati kepada DS Rosmah Mansur yang tiada penghujung menjadi mangsa hentaman gerombolan Pakatan.


Di dalam pada rasa muak pada politik terkadang Jebat tersenyum sendirian bila mengenangkan perangai dan tingkahlaku gerombolan Pakatan. Sampaikan ada di kalangan sahabat Jebat yang berkata 'daripada kau melayan bebudak Pakatan baik kau layan budak-budak tadika'.

Ada benarnya dengan saranan sahabat Jebat itu. Hari ini, gerombolan Pakatan membuat onar yang pada pandangan mereka nampak intelek tetapi sebenarnya antara keadaan yang cukup dungu di mata rakyat. Kelakar. Ini antara propaganda dan perang saraf yang paling bengap pernah dikeluarkan.

Adakah dengar sekadar 'crawler' Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri sudah menjadikan DS Rosmah Mansur seorang Perdana Menteri? Aduh..kata orang Melaka..kalau bodoh sekalipun janganlah tunjukan yang kau tu bodoh.

Entah dari mana dan siapa yang mengajar gerombolan Pakatan untuk menggunakan propaganda ini Jebat sendiri tidak pasti tetapi kalau ketam mengajar anak berjalan lurus tentulah gerombolan Pakatan mendapat idea bodoh ini daripada bapa ketam Pakatan.

Mujurlah DS Rosmah tidak berkata ' bukan saya dalam TV tu kerana saya berisi sikit berbanding yang dalam TV tu' macam bapak ketam gerombolan Pakatan berkata ' perut saya tidak sebuncit itu di dalam video gusti lembut dengan China Doll.

Lagipun kita jangan terlupa kepada kenyataan seorang pimpinan gerombolan yang mengatakan bahawa video adalah sekadar besi yang tidak boleh dijadikan saksi. Aduhai..dunia politik yang nampak intelek tapi cukup dungu dan tidak diberikan ilmu. Gila Gila Gila..

Tahniah kepada gerombolan Pakatan kepada serangan terhadap DS Rosmah hari ini yang sekadar menampakkan betapa dungunya pemikiran kalian.

Jika anda dungu anda jangan fikir rakyat Malaysia dungu seperti anda. Sedarlah, rakyat sedang mentertawakan betapa dungunya gerombolan Pakatan.

Jika beginilah kemampuan anda, jangan katakan Putrajaya menjadi Perdana Menteri untuk hospital sakit jiwa di Tampoi pun belum tentu layak.

Baca penjelasan berhubung dakwaan dungu gerombolan Pakatan terhadap DS Rosmah DI SINI

Thursday, July 14, 2011

Cincin berlian vs Omega



Lu orang jangan terpengaruh dengan cerita yang tak munasabah pasal cincin yang berharga berjuta ringgit yang kononnya isteri Perdana Menteri beli dari luar negara.

Lu gila ke bhai beli cincin harga berjuta ringgit nak hantar melalui courier? Lu ingat beli spender yang harga 3 helai 10 ringgit ke nak hantar dengan courier. Kalau cincin tu hilang tengah jalan sapa nak jawab? Lu orang nak jawab atau Pak Maun nak jawab?

Agak-agak lu orang berat sangat ke cincin tu sampai nak kena hantar dengan courier? Tak boleh ke kalau isteri Perdana Menteri beli dan terus pakai cincin tu. Apsal sampai nak kena hantar cincin tu dengan courier? Bukan dia nak kena naik bas atau kereta ke luar negara tu..laki dia ada jet peribadi dan tak ada sebab kenapa cincin tu mesti dihantar dengan courier. Kalau nak kencing pun agak-agaklah bhai.

Sebenarnya gua tak minat dengan cerita karut marut ni..Lagipun gua dah biasa dengar fitnah puak-puak sebelah sana tu. Ada gua heran? Gua lebih minat dengan cerita jam Omega yang dikatakan ada tapi sampai hari ni bayang pun tak nampak.

Kalau lu rasa gua akan teruja dengan cerita cincin ni lu silap banyak..Gua tetap mau tengok itu Omega..Lain cerita gua tak minat. Selagi gua tak nampak itu Omega apa barang lu cerita pun gua tetap tak percaya. Rakyat PAS tolonglah tunjukkan gua macam mana rupa Omega tu?

Cerita orang mati pun lu orang boleh buat takkan setakat Omega lu tak boleh nak cari..Dekat Petaling Street pun banyak bhai..lu beli satu lepas tu tunjuk sama gua..itupun kalau gua nak percaya.

Tak payah nak ubah minda orang Malaysia dengan buat cerita cincin ni..Rakyat Malaysia tetap mahu tengok itu Omega. Cerita karut marut macam ni lu orang cerita sama rakyat PAS. Dia orang memang akan sokong yang karut marut. Banyak sangat tengok wayang kulit bhai itu pasal lah..

Blogger MIM ada buat research..Lu orang boleh baca dekat sana..Research pasal cincin le bukan pasal Omega. Itu Omega Kak Wan sorang je tahu..kah kah kah...'Ada...ada..errr..ada dalam simpanan saya' Pehal lu gagap Kak Wan..?

Sunday, January 16, 2011

Apabila Najib bersuara


Aneh tetapi kelakar pula bila membaca beberapa buah blog yang mula mempersoalkan kemampuan Najib di dalam soal memilih calon untuk menentang calon PAS di Tenang.

Apa yang tidak benar dengan kenyataan Najib yang mahukan calon yang boleh menang untuk diletakkan sebagai calon BN di Tenang? Ada pula yang mempersoalkan kemampuan Najib untuk melaksanakan hasrat beliau yang mahu meletakkan calon yang boleh menang kerana wujudnya dakwaan akan ada campur tangan daripada isteri beliau, Rosmah Mansor.

Sebagai Presiden parti bukan sahaja BN malah semua pimpinan parti akan meletakkan calon yang boleh menang sebagai calon..Ada ke pucuk pimpinan parti yang mahu meletakkan calon yang akan kalah sebagai calon? Mungkinkah PAS akan meletakkan Normala Sudirman sebagai calon di Tenang sekiranya PAS sudah mengetahui Normala akan kalah di situ?

Ada blog pula yang mendakwa bahawa isteri Najib akan menjadi penentu kepada soal calon yang akan diletakkan sebagai calon BN di Tenang. Di mana logik dakwaan blog sebegini? Kenalkah blogger tersebut secara peribadi kepada isteri Najib? Kalau setakat dengar-dengar elok lupakan saja dakwaan tersebut. Persepsi minda tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlegar di kepala Najib. Bahkan minda yang sedang bermain di kepala orang yang hampir dengan kita pun sukar untuk ditelah. Apatah lagi minda di kepala Najib yang tidak pernah kita temui secara empat mata..Jangkaan atau telahan tidak selalunya betul.

Kepada blogger yang mempersoalkan kemampuan Najib inginlah kita bertanya..Hebat sangatkah mereka sampai mahu mempersoalkan kemampuan Najib yang telah terbukti berjaya..setidak-tidaknya berjaya menjadi Presiden parti bahkan menjadi Perdana Menteri..apa yang saudara boleh banggakan dengan diri saudara?

Cakap memang murah..Mengkritik lebih mudah dari membuat keputusan..