Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Tok Najib lembut hati atau punaisihat buat hal lagi?


Daulat Tuanku!!

Semalam ramai puak tu yang menerima gelaran Tan Sri. Hebat!!

Tak berjasa malah memboikot kita tetapi tetap kita julang dan beri pingat.

Aduhai..hal mutlak untuk beri gelaran tu tapi ingat-ingat dan kenang-kenanglah apa yang dia orang tu dah buat pada kita masa PRU yang lalu.

Baru sebulan PRU berakhir tetapi apakah kita sudah terlupa apa yang dihempapkan ke muka kita oleh si mata sepet?

Orang sudah beri isyarat bahawa kita ditolak sepenuhnya, kita tidak dihargai tetapi kita masih beri muka. Kalau nak lebih bagus beri sahaja peha untuk mereka robek dengan rakusnya.

Buat baik berpada-pada. Sampai bila kita nak memberi ruang kepada mereka untuk mendesak kita? Yang terbaru mereka mendesak supaya SPR dibaikpulih kerana dakwa mereka ada yang pincang di dalam SOP SPR. Kita tunduk lagi hinggakan PM terpaksa umum SPR akan dikawal selia oleh Ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan. 

Wah kalau bahasa mudahnya bermaksud memang ada pincang di dalam SOP SPR hingga terpaksa dibaikpulih? Kenapa pula tidak PM sarankan supaya DUN Selangor, Pulau Pinang dan kerusi yang dimenangi Pakatan diadakan semula pilihanraya jika benar ada pincang di dalam SOP itu? Tunduk dan tunduklah lagi. 

Jangan sampai tunduk yang akhirnya akan membawa kepada melutut memohon simpati.

p/s: Tok Najib yang salah buat keputusan atau punaisihat beliau seperti yang di dakwa Tun Daim yang semakin bermaharajalela mencucuk tengkuk UMNO dan BN?

Thursday, July 14, 2011

Cincin berlian vs Omega



Lu orang jangan terpengaruh dengan cerita yang tak munasabah pasal cincin yang berharga berjuta ringgit yang kononnya isteri Perdana Menteri beli dari luar negara.

Lu gila ke bhai beli cincin harga berjuta ringgit nak hantar melalui courier? Lu ingat beli spender yang harga 3 helai 10 ringgit ke nak hantar dengan courier. Kalau cincin tu hilang tengah jalan sapa nak jawab? Lu orang nak jawab atau Pak Maun nak jawab?

Agak-agak lu orang berat sangat ke cincin tu sampai nak kena hantar dengan courier? Tak boleh ke kalau isteri Perdana Menteri beli dan terus pakai cincin tu. Apsal sampai nak kena hantar cincin tu dengan courier? Bukan dia nak kena naik bas atau kereta ke luar negara tu..laki dia ada jet peribadi dan tak ada sebab kenapa cincin tu mesti dihantar dengan courier. Kalau nak kencing pun agak-agaklah bhai.

Sebenarnya gua tak minat dengan cerita karut marut ni..Lagipun gua dah biasa dengar fitnah puak-puak sebelah sana tu. Ada gua heran? Gua lebih minat dengan cerita jam Omega yang dikatakan ada tapi sampai hari ni bayang pun tak nampak.

Kalau lu rasa gua akan teruja dengan cerita cincin ni lu silap banyak..Gua tetap mau tengok itu Omega..Lain cerita gua tak minat. Selagi gua tak nampak itu Omega apa barang lu cerita pun gua tetap tak percaya. Rakyat PAS tolonglah tunjukkan gua macam mana rupa Omega tu?

Cerita orang mati pun lu orang boleh buat takkan setakat Omega lu tak boleh nak cari..Dekat Petaling Street pun banyak bhai..lu beli satu lepas tu tunjuk sama gua..itupun kalau gua nak percaya.

Tak payah nak ubah minda orang Malaysia dengan buat cerita cincin ni..Rakyat Malaysia tetap mahu tengok itu Omega. Cerita karut marut macam ni lu orang cerita sama rakyat PAS. Dia orang memang akan sokong yang karut marut. Banyak sangat tengok wayang kulit bhai itu pasal lah..

Blogger MIM ada buat research..Lu orang boleh baca dekat sana..Research pasal cincin le bukan pasal Omega. Itu Omega Kak Wan sorang je tahu..kah kah kah...'Ada...ada..errr..ada dalam simpanan saya' Pehal lu gagap Kak Wan..?

Wednesday, March 23, 2011

Video seks: UMNO/BN boleh karam kalau silap langkah


Siapa Datuk T sudah terjawab..Yang masih belum terjawab adalah ayat-ayat dalam cerita P. Ramlee..'Mari kita lihat siapa yang kena'.

Sama ada sedar atau tidak isu video seks ini jika tersilap hitung akan menjadi malapetaka yang cukup mengerikan UMNO/BN. Licik memang licik percaturan ini.

Seperti mendapat daging mentah salai, blogger Pakatan seakan sudah dapat menghidu detik kegembiraan mereka jika benarlah seperti apa yang mereka rancangkan.

Tidak ada salah pada sesiapa di dalam isu ini..Ini adalah percaturan politik yang cukup hebat. Cuma yang tersilap langkah akan membawa padah. Soal siapa pelakon, ayam dari mana, hotel mana tidak membawa sebarang makna selain daripada agenda yang cukup besar.

Suruhanjaya yang akan ditubuhkan seakan menjadi sang algojo kepada UMNO/BN jika pelakon di dalam video seks itu bukannya Nuar Berahim. Semuanya kerana ada kelibat Rahim Tambi Cik di dalam pendedahan ini.

Nama UMNO/BN secara sendirinya sudah terpalit di dalam ceritera ini dengan kehadiran Rahim Tambi Chik..Seperti yang dibicarakan tadi..jika benarlah pelakon di dalam ceritera ini bukan Nuar Berahim, maka bersorak gembiralah penyokong Pakatan dan dengan bahasa mudah mereka akan mengatakan apa sahaja yang berlaku kepada Nuar Berahim adalah suatu KONSPIRASI JAHAT.

Kurang daripada 24 jam selepas pendedahan video seks ini, semuanya dilondehkan oleh Nuar Berahim. Seakan sudah tahu ada pelanduk yang sudah masuk jerat. Bagaimana boleh Nuar Berahim dengan langkah gagah menuju ke balai polis untuk membuat laporan? Umum tahu bagaimana sukarnya Nuar Berahim hendak menyerahkan DNA di mahkamah tetapi mengapa di dalam isu ini, tidak ada yang suruh, dengan rela dia menyusun langkah menuju ke balai polis.

Mungkin wakil rakyat PKR yang menonton sama video itu di hari gala pra tontonnya telah memaklumkan kepada Nuar Berahim bahawa ada pelanduk yang sudah masuk jerat..Rahim Tambi Chik. Bermula dari detik itu, Nuar Berahim dengan penuh bergaya menyusun langkah. UMNO/BN sudah sedia hendak dikunyah.

Khabarnya ada orang di dalam bilik itu selain dari Nuar Berahim dan Ayam Cina itu. Menarik bukan mengapa ada 3 orang di dalam bilik itu? Mungkin langkah sebagai berjaga-jaga bahawa wujudnya saksi yang boleh yang mengesahkan kejadian itu berlaku. Yang penting, siapa juga sedia dijadikan pelanduk UMNO sedia dibawa masuk ke dalam ceritera ini.

Bayangkan sahaja, ke kedutaan Turki pun Nuar Berahim sanggup melakonkan wataknya inikan pula drama seks yang pastinya amat mudah menarik perhatian umum. Satu dunia sedar manusia dan seks tidak boleh dipisahkan.

Yang menyesakkan kepala aku sekarang ialah bagaimaana boleh wujudnya pelanduk di dalam ceritera ini? Mungkin puak sebelah sana tahu, ada pelanduk yang mengikut sejarahnya tidak boleh terhidu daging mentah..Atau apakah sebabnya, hanya pelanduk yang sedar mengapa dan kenapa boleh termasuk perangkap. Mungkin juga pelanduk digunakan sebagai umpan untuk menangkap hasil buruan yang lebih besar?????

Penafian: Sekadar pandangan penulis..Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Saturday, January 22, 2011

Tenang: Doa yang takkan makbul

Selagi lagi wali besar temberang yang syafaatnya mampu memberi jaminan masuk ke syurga mendoakan yang pelik-pelik kepada rakan sesama Islam.

Setelah puas mendoakan rakan sesama Islam pecah perut dan berhajat agar blogger BN ditimpa bala kali ini, dia berdoa lagi supaya UMNO dihancurkan.

Puas dan rasanya sudah banyak kali wali mangkuk tingkat ini berdoa tetapi tidak satu pun yang dimakbulkan. Orang yang didoakan supaya ditimpa bala itu terus sihat segar bugar dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Kenapa doanya tidak dimakbulkan..Banyak sebab doa tidak dimakbulkan:

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :


"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. "

Fikirkan di mana seharusnya wali mangkuk tingkat ini diklasifikasikan!!!!

Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor: Isu calon selesai, masa untuk buat kerja

Segala teka-teki tentang calon Barisan Nasional yang akan menentang calon PKR dari Kelantan di Hulu Selangor sudah selesai. Tahniah kepada mana mana nujum yang membuat tekaan yang tepat. Tidak ada hadiah kepada sebarang tekaan yang tepat. Jangan hendaklah lepas ni ada lagi nujum yang nak menilik bahawa ada calon lain yang lebih baik seharusnya diketengahkan oleh BN di Hulu Selangor. Kita terima seadanya pilihan pucuk pimpinan.

Masa untuk berilusi sudah selesai, sekarang masa untuk kita sama sama bekerja keras memastikan kemenangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan. Tidak ada kompromi di dalam hal memenangkan calon Barisan Nasional. Harus kita pasang tekad itu sebaik mungkin dan harus kita buang segala yang terpalit di dalam kepala otak untuk memperkatakan isu calon ini. Nujum-nujum sudah boleh simpan kemenyan di bawah katil.

MIC jangan lagi nak mempersoalkan kehendak pucuk pimpinan di dalam memilih P. Kamalanathan sebagai calon. Kehendak dan kemahuan MIC untuk kerusi Hulu Selangor dikekalkan untuk kuota MIC sudah dilangsaikan oleh Barisan Nasional dan semestinya MIC perlu bekerja kuat untuk membantu memenangkan P. Kamalanathan, yang juga orang MIC. Jangan pulak ada yang mahu Samy Vellu bertanding di Hulu Selangor. Dato' G. pun seharusnya membantu P.Kamalanathan di Hulu Selangor. Kalau Dato' G. sibuk mahu menjadi calon di Hulu Selangor atas alasan mahu membantu orang-orang Hulu Selangor, maka pencalonan P.Kamalanathan sebagai calon harus digunakan oleh Dato' G untuk membantu P.Kamalanathan kerana membantu P.Kamalanathan bererti membantu orang-orang Hulu Selangor secara tidak langsung.

Optimis..kita akan menang di Hulu Selangor kerana suara orang-orang Hulu Selangor mahukan muka baru bagi menggantikan Dato' G telah tercapai. Janji orang-orang Hulu Selangor akan sama sama kita tagih kerana kemahuan mereka telah kita tunaikan.

P. Kamalanathan....Huruf P di depan namanya sama-sama kita terjemahkan sebagai PARLIMEN dengan memenangkannya di dalam pilihanraya yang akan berlangsung pada 25hb ni..