
Saturday, June 1, 2013
Apa salah Nuar meliwat? Kepala hotak!!!

Sunday, May 26, 2013
Kau hairan ke kalau Anuwar menipu?
Friday, May 17, 2013
Anuar cabar Anwar
Monday, May 13, 2013
Benarkah masyarakat Tionghua mahu Anuwar berundur?
Monday, April 8, 2013
Lagi kejutan dari Papa Gomo hari Sabtu ini..
Tuesday, March 26, 2013
Bila Anwar mahu saman Suara Pakatan Rakyat?
"BAGI mengukuhkan kedudukan beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan upacara sumpah laknat, khabarnya pada Jumaat minggu pertama bulan hadapan di Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa." - Suara Pakatan Rakyat
Thursday, January 31, 2013
September 16: Akhirnya nama MP BN yang akan melompat parti didedahkan
Tuesday, January 22, 2013
PM Opa Gangnam
Video ni bukan baru..tapi kebencian gua pada brader nan seorang ni sentiasa baru dan sentiasa segar.
Tuhan tolong lembutkan hati dia (versi ombak rindu) untuk berhenti bercita-cita menjadi PM..
Ini semua poyoo!!!!
Tuesday, March 20, 2012
Orang paling tidak ada perasaan dalam Malaysia
Monday, January 9, 2012
Anwar kena mohon maaf pada Najib dan rakyat
Kalau sebelum ini riuh di sana sini Nuar Berahim berkata yang mahkamah dan apa jua sistem perundangan di Malaysia dikawal dan dikudakan UMNO khusunya Perdana Menteri keputusan mahkamah yang membebaskan Nuar semalam telah menerangkan segala-galanya.
Jika benarlah dakwaan Pakatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh mengkudakan mahkamah seperti mana PAS dikudakan DAP tentunya semalam Nuar Berahim sudah ke Sungai Buloh. Tanyalah kepada mana-mana individu yang pro kerajaan tentulah mereka mahukan Nuar 'melanjutkan pelajaran' ke Sungai Buloh. Tetapi keputusan semalam yang jelas memihak kepada Nuar menagih suatu penjelasan daripada Pakatan tentang dakwaan mereka berhubung pengawalan sistem perundangan negara oleh Barisan Nasional.
Pengumuman keputusan mahkamah jelas menampakkan semangat kedewasaan di kalangan penyokong kerajaan. Tidak ada sebarang bantahan yang melampau dan keterlaluan. Biarpun ada yang mengeluh dengan keputusan itu tetapi mereka menerima dengan dada yang lapang dan redha. Bayangkan sahaja jika keputusan semalam memenjarakan Nuar. Tentulah ianya akan mengundang 'malapetaka' yang sememangnya sudah boleh dijangka.
Kita hormati keputusan mahmakah dan terpulanglah kepada barisan pendakwaraya sama ada mahu menfailkan kes ke Mahkamah Rayuan atau tidak dan kita percaya kepada ketelusan sistem perundangan kita.
Sudah terlalu lama rasanya Nuar dan Pakatan mendakwa sistem perundangan dikawal oleh Barisan Nasional dan khusunya Perdana Menteri, justeru kita menagih Nuar memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri akan kelantangan dan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Sunday, August 21, 2011
Kes liwat : DAP tak peduli pasal Anu War
Hari ni Mat VCD, Anu War mula beri keterangan kat mahkamah pasal kes liwat. Gua tunggu jugak kalau puluhan ribu yang akan hadir beri sokongan pada Mat VCD ni tapi tau-tau 30 orang je yang hadir. Orang dah tak pedulik pasal lu lagilah Mat VCD.
Sementara tunggu perkembangan perbicaraan tu, gua belek-beleklah twitter dan blog. Adalah pengampu tegar seperti Latheefa Koyak dan dua tiga kerat yang lain dok sibuk komen dalam twitter pasal kes Mat VCD ni.
DAP punya Bruce Lee semua sunyi sepi pasal kes Mat VCD ni..No komen..Eceh macam artis pulak...
Kah Kah Kah..masa BERSHIT hari tu bukan main DAP tunjuk kerjasama dengan Mat VCD tapi bila kes liwat yang takde kepentingan pada DAP, DAP tak ambik port langsung. Lantak lu lah Mat VCD.
DAP memang handal bab kudakan Melayu untuk kepentingan politik dia orang. Kalau DAP bergerak dengan PAS dan PKR maksudnya adalah kepentingan politik yang DAP nakkan.
Agaknya kalau Kapal Karam tak jadi peguam Mat VCD ni, dia pun tak akan ambil port pasal kes liwat ni..
Abis lah lu Mat VCD..sendiri tanggunglah..kawan-kawan lu semua tak sayang sama lu lagi..Kah Kah Kah...
Thursday, May 19, 2011
Taip ML Anuwar dan hantar ke Tanjung Rambutan

Rasanya kumpulan Jambu dan Jozan pun tak boleh menandingi kehebatan Anuwar dalam hal buat lawak..Spontan tetapi penuh makna.
'Saya tahu siapa lelaki dalam video seks' kata Anuwar.
Anuwar berkata bahawa dia mungkin mengenali pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo News.
'Saya ada beberapa orang untuk disyaki..perut buncit dan dada lendut..ha ha'..katanya ketika ditanya mengenai identiti lelaki di dalam video itu.
Kalau dah ada yang disyaki apa tunggu-tunggu lagi..dedahkan saja lelaki itu..Kita ikat lelaki yang Anuwar maksudkan itu di Bulatan Pahang dan kita buka baju lelaki itu dan lihat sama ada perut dan dada lelaki itu sama atau tidak dengan pelaku dalam video itu.
Mungkin disebabkan umur Anuwar yang sudah semakin lanjut dan kehidupan pula penuh dengan tekanan, maka menyebabkan Anuwar menjadi semakin pelupa.
Suatu ketika, semasa video itu mula-mula ditayangkan, Anuwar tidak pula cuba mengaitkan mana-mana lelaki sebagai pelaku di dalam video itu. Bahkan Anuwar dengan langkah penuh berani membuat laporan polis mengatakan yang beliau bukanlah lelaki yang dimaksudkan.
Kita tunggu bila sampai masanya Anuwar pasti akan mendedahkan identiti lelaki itu yang dikatakan mirip dirinya. Tapi bila? Esok, lusa, tulat, langkat, bulan depan, tahun depan, Raya Haji tahun depan, musim cuti sekolah tahun 2020, sampai Parpukari berjaya mengempiskan perut atau UMNO dulu kini dan selamanya..Kah kah kah..sampai tua lah kalau nak tunggu janji Anuwar..
Aku cadangkan sahaja jawapan pada Anuwar..lelaki yang Anuwar maksudkan dalam video itu sebenarnya sudah meninggal dunia dan video itu sebenarnya dirakam semasa lelaki itu berbulan madu di Hospital Tanjung Rambutan bersama isterinya.
Hanya ada satu cara untuk Anuwar mendapatkan identiti lelaki yang dia maksudkan itu..Anuwar kena ke Tanjung Rambutan.
Rakyat Malaysia boleh menghantar Anuwar ke sana dengan cara..TAIP ML ANUWAR DAN HANTAR KE TANJUNG RAMBUTAN...KAH KAH KAH...
Macam setan lawak kau..
Wednesday, April 27, 2011
Video Seks: Ngankung Esok!!!

Kepada kaki-kaki nombor pastinya esok akan membanjiri kedai agensi nombor ramalan itu. Malam ini sekali lagi kaki-kaki nombor diberi 'hint' atau 'cai' tentang kemungkinan nombor yang akan keluar esok.
Video seks Part 1..tempoh yang didedahkan adalah selama 1 minit 47 saat..dan hari ini video seks Part 2 juga tempohnya 1 minit 47 saat. Jadi, jika benarlah ini hint yang diberikan mungkinkah nombor yang akan naik esok 147? Soalnya apakah satu lagi digit? Tapi itu bukan persoalannya kerana kaki nombor pasti tahu apa yang perlu di cai kan untuk mendapat 1 lagi digit.
Kepada kaki nombor harus berterima kasih kepada pelakon yang dianugerahkan dengan kelebihan sedemikian rupa..
Kalau ikut perut pelakon dalam video itu, buncit boleh jadi menggambarkan angka 0. Tapi oleh kerana ada 2 pelakon, mungkin saja digit 2 akan menjadi pelengkap kepada 4 digit yang dicari? Keseluruhan daripada video itu dikatakan mengambil masa 20 minit? Jadi mungkin benarlah angka 2 dan angka 0 boleh diguna pakai.
Apa pun, kaki-kaki nombor bolehlah ngangkung untuk dapatkan satu lagi digit yang belum selesai.
Aku sekadar beri hint kepada kaki nombor..kalau betul-betul naik nombor itu, aku cuma minta kau orang belikan lah jam Omega pada aku..
Aduhai...Ini benar-benar reformasi ngankung!!!
Thursday, April 14, 2011
Standard Nuar Berahim lebih rendah dari tuai rumah panjang

Bunyi cakap berdegar-degar nak tawan Putrajaya pada 16 September. Kalau nak tawan mestilah seorang panglima yang gagah berani tapi rupa-rupanya tak lebih dari seorang lelaki tua yang kudrat sudah sampai ke penghujung.
Dalam ceramah mesti Nuar Berahim cakap yang dia berjumpa pemimpin-pemimpin ternama dunia yang kononnya menyokong dia tapi kalau bila ditanya oleh tuai rumah panjang pun sudah merah telinga, pejuang apa namanya..Kah Kah Kah (ini gelak macam blogger Tukar Tiub)..
Handal juga politik tuai rumah panjang. Nak dihalaunya Nuar Berahim takut Nuar Berahim malu maka jam Omega yang paling ditakuti Nuar itulah yang digunakan sebagai modal untuk menghalau dengan cara baik..Kah Kah Kah..Bakal Perdana Menteri kena halau dengan tuai rumah..Tidak ada standard langsung..
Kita sarankan Nuar Berahim jadi tuai rumah panjang saja dan lupakan niat nak jadi Perdana Menteri. Itu pun kalau standard Nuar Berahim sama taraf dengan tuai rumah panjang..Kah Kah Kah..
Khabarnya, Nuar Berahim tak boleh tahan bila ditanya oleh tuai rumah panjang itu berhubung isu jam Omega sampai tak sempat nak bersalam dengan orang ramai yang hadir..Macam mana agaknya muka Nuar Berahim masa tu..ada tak macam muka orang minum tuak di rumah panjang? Kah Kah Kah..
Buat lawak pulak Nuar Berahim ni..Wan Ajijah tak mau buat sidang akhbar ke di rumah panjang tu? Kalau sudah tak ada sangat jam Omega tu bawak saja jam dinding sebagai ganti..Kah Kah Kah...
Papa..Papa..Papa memang hebat...Macam ayam berak kapur..Kah Kah Kah..
Sunday, April 10, 2011
Betul punya marah orang itu
Apa kena mengena jam Omega dengan isu ini? Kenapa tak jawab saya tak pernah ada jam Omega..maksudnya kau adalah jam Omega ye?
Kenapa saya perlu jawab? Pasal kau adalah orang yang semua orang gambarkan di dalam video itu..takkan nak tanya pada Barrack Obama pulak..
Berani kamu tanya penglibatan tentang pembunuhan Altantuya? Dia dah pernah bersumpah kata tak kenal Altantuya pun..kau tu bila nak bersumpah?
Azizah dah jawab? Jawab tanpa menunjukkan jam itu masih ada dalam simpanan semua orang boleh..samalah macam anak yang dapat keputusan teruk di dalam peperiksaan tanpa menunjukkan slip keputusan kepada bapaknya..
Bayangkan sahaja kalau calon SPM yang menduduki ujian lisan Bahasa Malaysia memberikan jawapan seperti ini?
Maka jangan hairan kalau suatu nanti, bila seorang anak memberikan jawapan kepada soalan ayahnya..1 campur 1 jawabnya 11...maka si ayah akan memberikan soalan, dari mana kamu belajar maka si anak akan tenang beri jawaban...saya belajar dari orang itulah...
Kenapa kau tak jadi Perdana Menteri? Ada kau tanya Tuhan kenapa Tuhan tak mahu berikan kau jawatan itu?
Tuesday, April 5, 2011
Video seks: Peluang terhidang tidak digunakan?
Makin pelik nampaknya dengan apa yang berlaku berhubung isu video seks ini. Suatu ketika,Nuar Berahim tampil berani dan jantan ketika membuat laporan polis berhubung isu video ini.
Apabila video yang didakwa bahawa Nuar Berahim sebagai pelakunya ditayangkan di You Tube tidak ada sebarang tindakan oleh Nuar Berahim untuk membersihkan namanya..
Di dalam norma tabiee manusia, jika difitnah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membersihkan namanya. Tetapi sudah banyak peluang yang terhidang untuk Nuar Berahim membersihkan namanya namun tidak pula Nuar Berahim menggunakan peluang itu.
Baik..kita terima pakai dakwaan Pakatan bahawa ini adalah suatu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Nuar Berahim..Tetapi kenapa Nuar Berahim tidak mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk membersihkan namanya. Jika di dalam adat meminang..diam wanita adalah tanda setuju.
Hari ini, sekali lagi peluang terhidang di hadapan mata. Apabila wartawan bertanyakan sama ada isteri Nuar Berahim masih menyimpan jam itu, isterinya mengiakan tetapi jawapan yang diberikan itu di dalam nada yang cukup tidak meyakinkan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja jam itu kepada wartawan? Atau setidak-tidaknya belilah di mana-mana jam Omega jika itulah peluang yang ada untuk membersihkan nama suaminya? Kenapa tidak digunakan?
Rasanya, jika Nuar Berahim bersumpah, mungkin lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia akan mempercayai bahawa Nuar Berahim dianiaya..soalnya..kenapa tidak digunakan peluang itu?
Isteri Nuar Berahim berkata bahawa bersumpah seperti yang ditanyakan oleh wartawan adalah sumpah cara UMNO..jadi kenapa tidak digunakan sumpah cara Pakatan? Kenapa tidak digunakan peluang itu? Bersumpahlah dengan cara apa sekalipun yang pokoknya haruslah menjunjung Al Quran kerana Al Quran akan kekal sebagai sebaik baik hakim selamanya..
Di dalam permainan bolasepak..tendangan penalti adalah suatu peluang untuk menjaringkan gol..Jika tidak gol..kesalahan itu boleh ditimbang dari pelbagai sudut..sama ada pemain itu lemah, lembab atau mungkin juga kehandalan penjaga gol itu sendiri...Soalnya peluang itu telah terhidang..untuk menang..peluang yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya..
Monday, April 4, 2011
Video seks: Thailand atau Kuala Lumpur?

“Sekarang orang cakap bab agenda di Kuala Lumpur saja...belum lagi cakap bab agenda di Thailand,” katanya secara bersahaja.
Lima soalan berkenaan ialah berapa kali dalam tempoh dua tahun lampau Anwar pernah ke Thailand,siapa yang menyambutnya setiap kali ke sana,siapa yang menempah bilik hotelnya,siapa yang membayar bil hotelnya dan siapa yang bersamanya sepanjang di sana.
“You pi tanya dia...tengok apa dia jawab,”kata Eskay sambil mengakui beliaulah orangnya.
Namun katanya jika Anwar cakap banyak beliau akan ‘ membuka a can of worms’ (mendedahkan pekung) di Thailand pula.
Ketika didesak Eskay tetap enggan memberitahu apa maksud pekung ‘a can of worms’ itu.
Dari cara beliau bermain dengan kata-kata – satu kesimpulan dapat dibuat ialah ada ‘ bom’ yang mungkin meletup pasal Anwar di Thailand pula selepas ini. (dipetik dari agendadaily.com semasa perjumpaan dengan Datuk Trio).
Ini adalah jawapan kepada persoalan yang berlegar di kepala Nik Nazmi bekas Setiausaha Sulit Nuar Berahim yang mempersoalkan lokasi video itu dirakam.
Kita tunggu dan lihat mungkin akan ada pula angin tsunami dari Thailand yang akan membawa pekung yang amat busuk ke Malaysia.
Datuk Eskay seakan sudah memberi isyarat bahawa beliau bukan sekadar cakap-cakap kosong..Mungkinkah video yang di upload di You Tube semalam adalah petanda awal bahawa akan ada ledakan seterusnya yang puncanya adalah dari Thailand..Yang berlaku di Malaysia masih lagi rahsia..Macam permainan sepaktakraw pula di mana Malaysia dan Thailand adalah musuh tradisi..Mana lebih kuat dan bermutu..Tunggu sahaja..
Video seks: Penakut juga satu Anugerah?

Benarkah ini Anuar Berahim?
Peribahasa: Pelanduk dua serupa?
Keliru?
Tanyalah:
Orang UMNO: Sah memang Nuar Berahim!!
Orang Pakatan: Ini bukan Nuar Berahim!!
Datuk Eskay: Saya ada di dalam video itu
Sebaik-baiknya: Biarlah Al Quran sebagai sebaik-baik hakim
Bagaimana?
KITA CABAR ORANG YANG DIMAKSUDKAN UNTUK MENJUNJUNG AL QURAN DAN BERSUMPAH BAHAWA SESUNGGUHNYA DIA TELAH DIFITNAH.
Konspirasi: Kepala otak kau orang kalau Al Quran sebagai hakim masih mahu dikatakan wujudnya konspirasi.
Adakah ini satu Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia?
Caranya: Anugerah disampaikan melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai Anugerah Tuhan?
Fikirlah dengan tenang dan waras!!!
Wednesday, March 23, 2011
Video seks: UMNO/BN boleh karam kalau silap langkah

Siapa Datuk T sudah terjawab..Yang masih belum terjawab adalah ayat-ayat dalam cerita P. Ramlee..'Mari kita lihat siapa yang kena'.
Sama ada sedar atau tidak isu video seks ini jika tersilap hitung akan menjadi malapetaka yang cukup mengerikan UMNO/BN. Licik memang licik percaturan ini.
Seperti mendapat daging mentah salai, blogger Pakatan seakan sudah dapat menghidu detik kegembiraan mereka jika benarlah seperti apa yang mereka rancangkan.
Tidak ada salah pada sesiapa di dalam isu ini..Ini adalah percaturan politik yang cukup hebat. Cuma yang tersilap langkah akan membawa padah. Soal siapa pelakon, ayam dari mana, hotel mana tidak membawa sebarang makna selain daripada agenda yang cukup besar.
Suruhanjaya yang akan ditubuhkan seakan menjadi sang algojo kepada UMNO/BN jika pelakon di dalam video seks itu bukannya Nuar Berahim. Semuanya kerana ada kelibat Rahim Tambi Cik di dalam pendedahan ini.
Nama UMNO/BN secara sendirinya sudah terpalit di dalam ceritera ini dengan kehadiran Rahim Tambi Chik..Seperti yang dibicarakan tadi..jika benarlah pelakon di dalam ceritera ini bukan Nuar Berahim, maka bersorak gembiralah penyokong Pakatan dan dengan bahasa mudah mereka akan mengatakan apa sahaja yang berlaku kepada Nuar Berahim adalah suatu KONSPIRASI JAHAT.
Kurang daripada 24 jam selepas pendedahan video seks ini, semuanya dilondehkan oleh Nuar Berahim. Seakan sudah tahu ada pelanduk yang sudah masuk jerat. Bagaimana boleh Nuar Berahim dengan langkah gagah menuju ke balai polis untuk membuat laporan? Umum tahu bagaimana sukarnya Nuar Berahim hendak menyerahkan DNA di mahkamah tetapi mengapa di dalam isu ini, tidak ada yang suruh, dengan rela dia menyusun langkah menuju ke balai polis.
Mungkin wakil rakyat PKR yang menonton sama video itu di hari gala pra tontonnya telah memaklumkan kepada Nuar Berahim bahawa ada pelanduk yang sudah masuk jerat..Rahim Tambi Chik. Bermula dari detik itu, Nuar Berahim dengan penuh bergaya menyusun langkah. UMNO/BN sudah sedia hendak dikunyah.
Khabarnya ada orang di dalam bilik itu selain dari Nuar Berahim dan Ayam Cina itu. Menarik bukan mengapa ada 3 orang di dalam bilik itu? Mungkin langkah sebagai berjaga-jaga bahawa wujudnya saksi yang boleh yang mengesahkan kejadian itu berlaku. Yang penting, siapa juga sedia dijadikan pelanduk UMNO sedia dibawa masuk ke dalam ceritera ini.
Bayangkan sahaja, ke kedutaan Turki pun Nuar Berahim sanggup melakonkan wataknya inikan pula drama seks yang pastinya amat mudah menarik perhatian umum. Satu dunia sedar manusia dan seks tidak boleh dipisahkan.
Yang menyesakkan kepala aku sekarang ialah bagaimaana boleh wujudnya pelanduk di dalam ceritera ini? Mungkin puak sebelah sana tahu, ada pelanduk yang mengikut sejarahnya tidak boleh terhidu daging mentah..Atau apakah sebabnya, hanya pelanduk yang sedar mengapa dan kenapa boleh termasuk perangkap. Mungkin juga pelanduk digunakan sebagai umpan untuk menangkap hasil buruan yang lebih besar?????
Penafian: Sekadar pandangan penulis..Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Saturday, January 22, 2011
Tenang: Salam celaka pembuka kata
Proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang sudah selesai dan bermula semalam siri kempen sudah bermula..ceramah sana ceramah sini..tipu rakyat sana sini.
Mungkin aku bermula dengan langkah kaki kiri semalam..Ceramah pertama yang aku hadiri telah membuatkan aku bosan tahap dan tahap marah meluap-luap.
Ceramah yang diadakan di Dataran Wayang Pacak PAS semalam turut dihadiri oleh Tian Chua si pengigit tangan polis. Sebaik aku sampai, si penggigit tangan polis ni dah nak habis berucap..entah apa yang dia kencing orang Tenang aku pun tak tahu.
Yang celako (ikut kata Nik Ajis)..akhir ucapan si penggigit tangan polis ni kasi salam..Betapa punya celako (pinjam lagi kata Nik Ajis..kena bayar royalti nanti).
Pak Lebai alim kucing PAS yang ada terhangguk-hangguk kepala bangga dengan kebolehan Tian Chua..Kebolehan ke tu? Mungkin kebolehan yang membodohkan alim kucing PAS tetapi tidak rakyat Tenang.
Unit Amal PAS bersorak suka..Kalau dah dasar mangkuk tingkat, si kafir mainkan salam untuk politik pun bersorak suka..Tapi aku tak hairan kerana dasar mangkuk tingkatlah dia kena dibodohkan oleh si penggigit tangan polis ni.
Ramai betul yang datang ceramah PAS tu semalam..Mencecah puluhan juta orang..Kalau ada yg hadir pun cuma pencacai-pencacai angkat taik PAS (pinjam kata P.Ramlee pulak)..Jumlah yang hadir ke ceramah PAS semakin berkurang..Alhamdullillah Amin..diperkenankan jua doa aku..Tak macam doa Nik Ajis yang tak makbul ye tak??
Khabarnya ceramah Nuar Berahim tidak jauh dari Taman Wawasan siap kena hidangkan nasi beriani nak panggil orang datang? Betul ke?
Pakatan nampaknya dah tak laku..kalau ada penggemar sukan bermotor..anda tunggu saja ketibaan Pakatan Rakyat ke kedai-kedai potong atau ke kedai besi-besi buruk..
Angkuh? Angkuh untuk mempertahankan negara tak apa..Jangan angkuh kerana bangga boleh merosakkan negara..
Rakyat Tenang pilihlah nak yang bagaimana...Tanda yang malang bagi rakyat Tenang kerana jawap salam dari si kafir penggigit tangan polis..




