Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Line telefon dan internet pejabat serta rumah PM sudah elok ke?

Boleh kira dengan jari berapa orang cinabeng yang beri undi.. entah-entah yang dalam gambar ni sorang pun tak undi BN!! 

Telefon dan internet salah satu medium untuk komunikasi dan penghantaran berita.

Rasanya PM juga menggunakan alatan yang sama untuk berkomunikasi.

Cuma eloklah kemudahan itu di pejabat dan rumah PM?

Soalannya, kalau elok mengapa PM sering tersalah membuat perhitungan di dalam beberapa perkara sehinggkan keputusan yang di buat tidak menyebelahi kita?

Contohnya pemilihan calon di dalam PRU yang lalu, ramai yang merungut kerana calon yang dinamakan standardnya lebih baik sedikit daripada belacan goreng.

Pelik bin ajaib. Rakyat marhaen dan blogger lorong hitam berbuih mulut dan lenguh jari memberi maklum kepada Perdana Menteri akan keinginan akar umbi berhubung wakil rakyat. Tapi yang belacan juga dipilih PM.

PM kena intai pegawai-pegawai beliau. Internet ada berita buruk baik. Jangan percaya sangat pada pegawai yang selalu nak menyampaikan yang baik sahaja. Yang buruk sudahnya menjadi ulat yang mereput hayat politik.

"Ah Jib Gor, puluhan ribu pengundi menyambut kehadiran Perdana Menteri, Perdana Menteri diraikan dalam majis scara besar-besaran". Wehh jalanlah dengan tajuk akhbar dan berita macam tu..Sudahnya kena mandi jugak. Satu undi pun tak dapat. Ditipu hidup hidup oleh cinabeng.

Tapi rasanya line internet dan phone di rumah dan pejabat PM masih belum elok. Cinabeng masih diberi muka. Dah berjangkit pulak kat Nazri Aziz.

p/s: Berilah gelaran Tan Sri dan Dato ramai-ramai pada cinabeng.!! Apa sangatlah yang Melayu tolong pada BN ni..Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini..sila cuba sebentar lagi..Kalau asyik rosak makanya makin teruklah dalam PRU 14 nanti.

Wednesday, May 22, 2013

Kemahuan rakyat desa pada Tok Najib


Syabas pada Perdana Menteri kerana telah berjaya membawa BN memenangi PRU ke 13 yang lalu. Biarpun tak berjaya mendapat 2/3 majoriti tetapi kemenangan tetap menjadi milik BN biarpun Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya pusing Malaya mengatakan mereka sebenarnya yang menang.

Kata orang biar menang satu kerusi sekalipun tetap dinobatkan sebagai pemenang. Entah dari mana sifir yang Pakatan gunakan sehinggakan mendakwa mereka menang kita semua kurang maklum. Meroyan.

Semalam Jebat bertemu muka dengan makcik-makcik di kampung Jebat. Sekadar ingin mengucapkan rasa terima kasih Jebat kepada mereka yang tidak pernah kenal erti lelah membuat kerja untuk memenangkan BN. Biar sekecil mana sumbangan mereka tetapi jasa mereka seharusnya dikenang oleh BN.

Sambil pada berbual dengan makcik-makcik itu sempat juga mereka mengomel sambil berkata "Macam mana boleh aku nak sampaikan rasa geram aku?" "Dekat kampung ni banyak setan-setan yang pangkah bulan tapi kerajaan tetap tolong sama macam kerajaan tolong aku". 'Aku yang penat dia orang tu senang je tuai hasil'.

Makcik tu terus membebel " Anak si anu tu, satu keluarga kerja dengan kerajaan tapi semua pangkah bulan sama parti kaki jubo' Aduh marah betul makcik tu. 'Anak aku sokong kerajaan bagai nak rak tapi sorang pun tak dapat kerja dengan kerajaan. Kerajaan tak tau ke keadaan ni?'

Pertanyaan makcik tersebut tak dapat Jebat nak jawab kerana memang ada benar dengan apa yang makcik tu cakapkan. Hanya kerajaan dan Yang Berhormat kawasan tu sahaja yang selayaknya menjawab soalan makcik tu.

Kerajaan dan wakil kerajaan intai-intailah rakyat di desa. Mereka yang banyak membantu memenangkan BN dalam PRU yang lalu. Kalau nak harapkan jentera BN sendiri agaknya dah lama BN jadi Be End!!


Friday, May 17, 2013

Anuar cabar Anwar


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mencabar bekas bossnya Anwar Ibrahim untuk membuat pengiraan semula kertas undi di Parlimen Permatang Pauh jika bekas bossnya itu masih pusing Malaya membuat dakwaan kononnya ada penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi.

'Jika Anwar benar-benar yakin bahawa terdapat penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi mengapa beliau tidak mulakan dahulu pengiraan semula di kawasan yang ditandinginya sebelum mencampuri kawasan yang ditandingi orang lain'

'Saya akan meminta bantuan Suruhanjaya Piliharanya untuk perkara ini. Sudah masanya Anwar menerima hakikat bahawa rakyat menolak beliau daripada menjawat jawatan Perdana Menteri' kata Anuar Shaari lagi.

Itu keinginan Anuar Shaari yang pada pandangan Jebat sekadar pandangan kosong kerana Anwar Ibrahim tidak akan sesekali memandang berat kepada perkara yang boleh merugikan pergerakan kerjaya politiknya.

Sudah berapa lama rakyat menantikan paras rupa jam Omega? Sudah berapa lama rakyat menantikan kehadiran lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras seiras Anwar yang dikatakan melakukan adegan seks di dalam video? Berapa lama lagi kita menantikan keberanian Anwar untuk bersumpah?

Anda semua tahu betapa yang kita semua nantikan itu takkan kunjung tiba kerana Anwar tidak akan sesekali berupaya untuk membuktikan kesahihahan dakwaan beliau itu. 

Yang tidak perlu anda tunggu tetapi pasti akan kunjung tiba ialah kebolehan Anwar Ibrahim menyeret rakyat untuk terus berdemonstrasi di jalanraya.

Blogger Stop The Lies ada menulis perihal cabaran Anuar Shaari terhadap bekas bossnya itu DI SINI.

p/s: Tak sabar nak tengok Zahid Hamidi dan IGP baru bertindak menangani kegilaan gerombolan Pakatan ini!!!!

Thursday, April 11, 2013

Saya guna spender RENOMA lah...


Ayat mudah untuk selamatkan diri: 

Bang Non cakap : Perut saya tak sebuncit tu..

Mamat dalam gambar ni dicadangkan supaya berkata 'Spender saya tak sebesar ni..saya guna spender RENOMA atau BODY GLOVE lah'..Kah Kah Kah..

Kau tu dah tua..memang besar gajah lah spender kau.Spender atuk..

Tua kutuk malam tadi kaki kau tak simpul biawak kah? Kah Kah Kah...



Sunday, April 7, 2013

Sapa nak belajar politik budak budak? Baca sini...

Siapa yang rasa diri belum cukup akil baligh dengan provokasi murah boleh gunakan ayat di bawah. 

Ada malaun yang hantar komen di blog Jebat dengan menulis ayat-ayat budak baru bersunat kononnya nak provoke supaya kita semua terpengaruh macam mana dia terpengaruh dengan Pakatan sehingga bersara daripada UMNO.

Sebenarnya orang yang tak ada pendirian macam ni tak perlu ada pun dalam UMNO sejak asal lagi. Bila dia rasa yang dia bebal dan tak boleh nak mencari tempat dalam UMNO mulalah merajuk dan nak menyalahkan  UMNO untuk menutup bebal dia. 

Standard macam ni jelah yang ada pada cai-cai Pakatan. Patutlah senang kena kencing dengan boss dia..Kah Kah Kah...

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Dia ingat orang-orang UMNO dan penyokong UMNO termakan dengan provokasi murah macam ni? Orang tak ada pendirian macam puak ni je yang boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Jual bini sanggup, main dengan Chinadoll sanggup, jual kalimah Allah pun dia sanggup..Setakat nak jual negara apalah sangat pada puak ni..

1 Malaysia Tolak Fitnah!!!

Wednesday, April 3, 2013

Pesanan buat sahabat sahabat blogger


Semua teka teki berhubung pembubaran parlimen sudah berakhir.

Sekarang masa untuk kita 'berperang' melenyek lenyek kebejatan puak sebelah sana.

Bukan bidang kuasa kita untuk mempersoalkan siapa yang akan diangkat sebagai calon dan siapa yang bakal di gugurkan.

Siapa pun calonnya, kita pastikan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kita.

Engkarnya kita bererti kita sedang mempersendakan dan menjadi sebahagian daripada perosak.

Bersedialah untuk dilabelkan sebagai pengkhianat sekiranya anda mengingkari perintah panglima perang kita, Presiden parti.

Monday, April 1, 2013

Anak bulan telah kelihatan..Jangan ada monyet!!


Esok orang yang kemaruk berpolitik kemungkinan besar boleh mendengar berita yang dia orang tunggu-tunggukan. Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri khabarnya akan dibuat esok selepas selesai Mesyuarat Kabinet.

Kalau yang ada kepentingan dan keinginan untuk menjadi calon tu mungkinlah esok merupakan detik penting kerana ianya merupakan penentu karier politik masing-masing. 

Yang tak ada harapan langsung dan sememangnya tak akan jadi calon pun yang kalut semacam pasal apa? Bila pun pilihanraya bukan mendatangkan masalah pada kita. Yang penting semua bulatkan tekad untuk undi Barisan Nasional. Selesai masalah.

Jangan terikut-ikut gendang dan kompang Pakatan yang menggambarkan yang mereka tu kuat. Dia orang saje nak kasi goyang. Kita buat kerja macam biasa dan tak ada apa yang perlu kita risaukan. Dia merasakan diri dia kuat kerana kita yang mengiakan bahawa mereka memang kuat. Walhal biasa-biasa je.

Selagi kita bersatu dan tak ada monyet dalam sekam dan lipatan rasanya pokok takkan tumbang.