Friday, May 17, 2013

Anuar cabar Anwar


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mencabar bekas bossnya Anwar Ibrahim untuk membuat pengiraan semula kertas undi di Parlimen Permatang Pauh jika bekas bossnya itu masih pusing Malaya membuat dakwaan kononnya ada penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi.

'Jika Anwar benar-benar yakin bahawa terdapat penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi mengapa beliau tidak mulakan dahulu pengiraan semula di kawasan yang ditandinginya sebelum mencampuri kawasan yang ditandingi orang lain'

'Saya akan meminta bantuan Suruhanjaya Piliharanya untuk perkara ini. Sudah masanya Anwar menerima hakikat bahawa rakyat menolak beliau daripada menjawat jawatan Perdana Menteri' kata Anuar Shaari lagi.

Itu keinginan Anuar Shaari yang pada pandangan Jebat sekadar pandangan kosong kerana Anwar Ibrahim tidak akan sesekali memandang berat kepada perkara yang boleh merugikan pergerakan kerjaya politiknya.

Sudah berapa lama rakyat menantikan paras rupa jam Omega? Sudah berapa lama rakyat menantikan kehadiran lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras seiras Anwar yang dikatakan melakukan adegan seks di dalam video? Berapa lama lagi kita menantikan keberanian Anwar untuk bersumpah?

Anda semua tahu betapa yang kita semua nantikan itu takkan kunjung tiba kerana Anwar tidak akan sesekali berupaya untuk membuktikan kesahihahan dakwaan beliau itu. 

Yang tidak perlu anda tunggu tetapi pasti akan kunjung tiba ialah kebolehan Anwar Ibrahim menyeret rakyat untuk terus berdemonstrasi di jalanraya.

Blogger Stop The Lies ada menulis perihal cabaran Anuar Shaari terhadap bekas bossnya itu DI SINI.

p/s: Tak sabar nak tengok Zahid Hamidi dan IGP baru bertindak menangani kegilaan gerombolan Pakatan ini!!!!

1 comment:

  1. anuwar dah tua, dah tak layak jd pm dlm pru14. jadi anwar dah kempunan. org tua cakap org kempunan selalu kena bala. mcm cerita batu belah batu bertangkup, akibat kempunan telor temakul kena telan oleh batu belah

    ReplyDelete