Showing posts with label nadi rakyat. Show all posts
Showing posts with label nadi rakyat. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Lagi kejutan dari Papa Gomo hari Sabtu ini..

Sila teliti betul betul..Ada dua keping borang? Apakah akan ada lagi blogger yang akan bertanding??? Atau apakah kejutan selanjutnya??

Tahniah di atas keberanian sahabat blogger Papa Gomo kerana mengumumkan akan bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh atau di mana sahaja lokasi Anwar akan bertanding. 

Sumber memberitahu bahawa pelbagai kejutan yang akan Papa Gomo berikan kepada pengundi Permatang Pauh. Ada juga yang memberitahu bahawa mungkin Papa Gomo akan menghidangkan 'wayang pacak' kepada pengundi Permatang Pauh. Pecah panggung a.k.a 'box office' di Permatang Pauh kalau benar berita dari sumber ini.

Sabtu ini khabarnya akan ada lagi kejutan daripada Papa Gomo sumber itu memberitahu..

Nasib kaulah Nuar...Gomo kata lawan tetap lawan...!!! 


Wednesday, June 29, 2011

BERSIH : Tahniah awal PDRM





Selagi tidak tiba detik 9 Julai selagi itulah kepala dan minda rakyat berputar ligat memikirkan apakah agenda dan detik itu akan menyelubungi bumi Malaysia.



Biar apa pun alasan dan logiknya, perhimpunan haram BERSIH tidaklah wajar menjadi kayu ukur kepada kemahuan seluruh rakyat Malaysia kerana sebahagian besar rakyat Malaysia sudah menyuarakan pendapat untuk menghalang BERSIH biarpun masih ada lagi di luar sana yang angkuh menyatakan bahawa BERSIH adalah kemahuan dan suara nurani rakyat. Benarkah BERSIH mewakili jutaan suara pengundi Malaysia? Suara BERSIH bukanlah suara aku sebagai PENGUNDI


Tahniah kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri kerana telah mengambil langkah awal di dalam mengekang kemaraan perhimpunan BERSIH. Biar apa yang puak sebelah sana katakan dan hujahkan, janganlah PDRM atau KDN merasa goyah dengan tindakannya. Rakyat sebenarnya mengharapkan PDRM akan terus menjadi badan yang mampu untuk mententeramkan negara.



Kita sebolehnya tidak mahu angkatan tentera turut diguna pakai untuk mengawal keadaan kerana imej negara akan cukup tercalar jika keadaan ini berlaku. Pun begitu jika itulah jalan terbaik untuk menyelamatkan keamanan negara, kita sebenarnya terpaksa menggunakan istilah 'dalam keterpaksaan'.



Kita masih ada masa untuk mengekang perhimpunan haram ini daripada terus menghimpit keamanan negara.



Sesungguhnya tindakan PDRM sekarang berada di landasan yang betul dan kita mohon supaya tidak akan ada kegelisahan kepada pihak PDRM untuk terus bertindak atas nama menjaga keamanan negara.



Tahniah Hishamuddin..seluruh rakyat Malaysia sedang mengintai kebolehan dan kemampuan anda sehingga detik 9 Julai..

Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.