Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Cadangan buat Shabery Cheek: Sekat sahaja penggunaan Facebook


Sukalah Jebat  menyarankan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek untuk mengambil kira asas pertimbangan sesungguhnya sudah wujud kewajaran untuk menyekat pengunaan Facebook di dalam negara kita ini.

Sebabnya mudah, Facebook sudah menjadi platform mengadu domba, menabur fitnah dan pelbagai kegiatan yang tidak sepatutnya berlaku. Rumusan kata, bak kata tajuk debat semasa zaman sekolah 'Facebook membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan' Setuju?Jebat setuju.

Nyatakan apakah yang baiknya dengan Facebook di negara kita ini selain daripada mempertemukan semula teman-teman lama yang terpisah? 

Lihat sahaja bagaimana dewasa ini, gerombolan manusia yang busuk hati mempersendakan agama, menabur fitnah kepada negara, menginjak-injak pembesar negara di dalam Facebook. Adakah sebab itu tidak cukup untuk kita mengambil pendekatan menyekat pengunaan Facebook?

Red Bean Army..bukti jelas bagaimana medium ini telah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk menjahanamkan negara. Apa lagi yang harus kita tunggu?

Tentunya dari segi implikasi politik kerajaan gerun untuk kehilangan undi golongan muda yang menjadi pengguna tegar kepada Facebook. Jebat fikir itu antara perkara yang Shabery sering fikirkan.

Sayugia lah Jebat ingin sarankan. Bahawa sesungguhnya jika niat kita ingin menyekat pengunaan Facebook adalah untuk keharmonian negara, insyaallah Tuhan pasti akan membantu kita. 

Buatlah yang terbaik kepada negara. Jangan pula Shabery merasa gentar kerana lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Perdana Menteri, Segala jenis benda sudah diberikan kepada si mata sepet tetapi mereka tetap tidak mengundi kita, justeru, Shabery harus bijak menggunakan akal dan minda untuk bertindak. Sesekali kenalah tegas. 

Haramkan sahaja penggunaan Facebook kerana niat penggunaannya sudah jauh tersasar daripada yang sepatutnya.

Kalau Shabery tidak percaya, tanyalah kepada orang kuat PKR di Kedah, adakah bukan Facebook yang menyebabkan beliau 'beronani' di hadapan komputer bersama 'gadis' pujaan hati? Hahahahaha...

Sama-sama kita tunggu apa tindakan Shabery Cheek yang petah berkata-kata ini!!!

Thursday, June 6, 2013

Ni kejadah apa pulak anak haram ni tulis? SKMM jangan tidur!!!

 
Lepas satu-satu bahana yang terjadi dalam Malaysia.
 
 
Tak cukup dengan desakan kepada SPR dan rancangan untuk menjahanamkan negara melalui demo jalanraya, agama Islam pula dicerca sewenangnya oleh mereka yang tak bertanggungjawab.
 
 
Sebabnya? Sebabnya ialah apabila kita terlalu berlembut dan bagi muka. Segala kemahuan mereka kita turuti membabi buta sehinggakan kadok naik junjung. Kita beri mereka gelaran yang tinggi seperti Tan Sri dan sebagainya tetapi kita sepatutnya sudah disedarkan dengan tindakan mereka di dalam PRU ke 13 yang lalu.
 
 
Lihat apa yang mereka tulis seperti yang tertera di dalam gambar di atas.
 
 
Adakah kita masih akan menunggu sehingga mereka memijak-mijak kepala kita untuk kita mengambil tindakan?
 
 
Adakah kita menanti detik bendera Malaysia Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain barulah kita hendak mengambil tindakan?
 
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia? Nama anda gah dan peruntukan yang tersedia untuk anda menjalankan tugas dengan efektif bukan kepalang jumlahnya, silalah bergerak dengan pantas dan bijaksana.

Tuesday, November 8, 2011

Jangan termakan propaganda Yahudi



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sumber: Facebook



Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.

Monday, December 14, 2009

Bila Melayu nak sedar dan bersatu??



Petikan dari facebook sahabat blogger:

Bila Melayu nak sedar dan terus terusan berpecah belah sesama sendiri? Sampai bila si tua kutuk Nik Aziz nak memesongkan fikiran orang orang Melayu dengan mengatakan berkawan dengan DAP kafir lagi mulia dari UMNO? Murshit!!!