Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Menteri Transformasi Ayam

Transformer: Ayam atau ikan? kalau ada menatang ni kami boleh makan ikan dan ayam dalam satu masa Tok!!

'Kalau harga ayam naik, kenalah tukar makan ikan' Hahahaha..ini Menteri kategori apa? Menteri kategori naik pasal cium tangan boss dan bukan jadi Menteri kerana kebijaksanaan?

Anak Jebat pun kata 'Kalau harga ayam mahal, ayah beli ikan je lah ayah' Hahahaha...ayat stardard dengan budak darjah 1. Aduhai..lawak ke apa ni?

Ingatkan calon PRU ke 13 sahaja yang celaru rupanya ada juga barisan kabinet yang celaru.

Kalau ikan sebagai galang ganti ayam, jadi ikan apa yang boleh dijadikan ganti? Ikan kembong?ikan cencaru?ikan bilis?ikan sardin?ikan tongkol? Hahahahaha...Apa kata Menteri ni sarankan pada kerajaan supaya diberikan subsidi ayam? Hahahahaha..

Ataupun Menteri ni pun sama-sama makan ikan dan tak payah makan ayam. Eh! Aku Menteri aku mestilah makan ayam..Kau bukan Menteri jadi makanlah ikan...Hahaha..Janganlah macam ni Tok!!

Cubalah cari jalan penyelesaian yang lebih baik. Abis tu kalau kerajaan naikkan harga minyak agak-agak Menteri akan cakap 'Oleh kerana harga minyak naik, kau orang gunalah basikal atau guna je minyak kelapa sawit' Hahahaha...Aduhai Tok Najib..Tolonglah cari Menteri yang boleh dibanggakan sikit.

Kita tunggu Menteri Transformasi Ayam punya kenyataan selanjutnya!!Steady Tok!!! Hahahaha...

Monday, December 26, 2011

Aspan Alias: Dapat kuah pun rahmat



Jebat agak tertarik dengan artikel yang dinukilkan oleh blogger tersohor Aspan yang berkisar kepada soal ayam dan kuah ayam.

Artikel yang menyifatkan pemimpin enak melayan kehendak tekak dengan membaham ayam sedangkan rakyat disudukan dengan kuah ayam ke dalam mulut. Ini adalah berikutan hal pemberian saguhati dan imbuhan oleh kerajaan kepada rakyat baru-baru ini.

Inilah halnya dengan perkataan 'beri salah tak beri salah'. Sudah acap kali Jebat mengatakan sama ada besar atau kecil nilai sesuatu yang diterima ianya tetap merupakan suatu NIKMAT yang harus DISYUKURI.

Adakah jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan sedia untuk mengagihkan gaji dan elaun-elaun sebagai pemimpin sama rata kepada rakyat? Mungkin nama Aspan juga akan turut tercicir dari kamus harian mereka. Itu lumrah. Siapa juga yang sudah berkuasa sedikit sebanyak akan terpalit dengan dosa melupakan kawan.

Kalau hal ayam dan kuahlah yang menjadi isunya, Jebat inginlah mencadangkan kepada seluruh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan untuk memberikan mandat kepada setiap rakyat di dalam negerinya untuk menjadi penilai kepada sesuatu tender dan sebarang perbelanjaan kewangan negeri. Barulah dikatakan telus dan boleh diyakini. Diulang ingat, setiap rakyat diberikan kuasa penilai dan pemantau kepada perbelanjaan kewangan negeri. Tidak ada seorang yang terkecuali. Mampukah  dicadangkan perkara ini?

Jika begini isu yang dibawa, mungkin dari dulu tidak ada istilah orang miskin . Hidup sama rata dan sama rasa.

Dewan bahasa dan pustaka haruslah berkira-kira semula untuk menyemak perkataan 'miskin kaya' di dalam kamus mereka. Mungkin perlu dilupuskan dua istilah itu kerana selepas ini semua rakyat Malaysia hanya akan ada suatu taraf kehidupan. Tidak ada kaya dan tidak ada miskin.

Pada Jebat, ayam dan kuah ayam kedua-duanya adalah rezeki. Menolak kuah ayam hanya semata-mata mahukan ayam adalah perbuatan yang menolak rezeki.

Entahlah, mungkin saudara Aspan lebih dahulu makan kuah dari Jebat dan Jebat sekadar memberi pandangan sama seperti saudara Aspan yang melontarkan pandangannya.

Kadang-kadang masa makan roti canai, orang lebih mementingkan kuah dari ayam kerana bagi yang kurang mampu kuah ayam pun sudah besar nikmat dan nilainya.

Baca SINI

Friday, January 28, 2011

Tenang: Surat terbuka buat GOMO


Apa yang lu merapu papagomo.com/2011/01/ekslusif-18-sx-edisi-tenang-normala-kfc.html

Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia..gua cuma bosan makan ayam..Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..

Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya. Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..

Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon..Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam. Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam..takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak..Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari. Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak..Tengahari makan kari ayam..dan malam makan ayam lagi..Gua jemu Gomo..Lu cubalah faham.

Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam..Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam..Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?

Lu tahu Gomo..Gua sudah seakan badi dengan ayam..Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam..sekejap terbang dan kemudiannya jatuh..gua mahu jadi seperti burung..Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..

Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..

Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang..Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat..Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.

Yang benar,

Aku bukan penchenta ayam..

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.

Saturday, March 20, 2010

Mahfuz mudah lupa

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.


Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.


-Ini adalah petikan dari kata-kata Mahfuz di Harakahdaily-

Tun Mahathir pernah berkata..'Melayu mudah lupa'..Nampaknya Mahfuz antara salah seorang Melayu yang memang mudah lupa..Belum sampai 2 tahun pelan 16 September yang dikencingkan oleh Nuar Berahim, Mahfuz keluarkan ayat-ayat kelakar macam ni..

Baru berapa orang ahli Parlimen Pakatan melompat keluar parti Mahfuz dah jadi tak keruan sampai keluar perkataan seperti 'pelacur politik' kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti tu..nasib baik jadi YB Bebas kalau jadi YB UMNO dan BN lagi meracau Mahfuz dibuatnya..

Satu Malaya tau acara lompat melompat ni siapa yang mulakan..Siapa lagi kalau bukan Pak CIFUT yang dengan penuh bangga kata Tuanku dah tunggu senarai nama lah..ATM dan setujulah..macam macam kencing yang dia keluarkan..Masa tu Mahfuz sunyi sepi tak melenting pun..nampak sangat tak ikhlas dalam perjuangan..Andaikata jadilah pelan 16 September tu, kalau kita guna perkataan Mahfuz ni..maka ramailah 'pelacur politik' di dalam parlimen..dan biasanya jantan-jantan tak bermoral je yang mendatangi pelacur..hehehehe.....Untuk mengatasi masalah 'pelacur' bapak ayam perlu dikenalpasti terlebih dahulu..

Kenapa masa dalam tempoh mengejar pelan 16 September tu Mahfuz sunyi dan sepi..macam malu-malu kucing..aku pun lupa tentang barisan kabinet bayangan yang dilakarkan oleh Pak CIFUT..nama Mahfuz ada ke?Mungkin dicadangkan jadi Menteri Kabinet kot tu yang senyap sunyi..

Aku tak lupa peristiwa kejar ahli-ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan..hehehe...Masa tu tak ada pulak istilah 'pelacur politik'.Masa tu semua boleh sampai 'pelacur politik' hendak dikumpulkan di dalam parlimen malah 'pelacur politik' ni pulak ditagih jasanya untuk membentuk kerajaan..

Adakalanya 'pelacur' tidak mahu menjadi pelacur..tetapi pasal kena kencing dengan bapak ayam mau tak mau kenalah jugak jadi 'pelacur'...Cuba tanya kat Jalan Alor Bukit Bintang tu..