Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Memang UMNO Selangor dah lemau..!!


kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu


Pak Lah tak dapat 2/3 masa PRU ke 12...Pak Lah kena letak jawatan...

Najib pun tak dapat 2/3 masa PRU ke 13..patutnya macam Pak Lah jugak lah..tapi mungkin Naib Naib Presiden sekarang tak segarang Naib Presiden masa zaman Pak Lah yang berani suruh Presiden letak jawatan.

UMNO Selangor? Hmmm..rakyat Selangor memang dah tak boleh nak terima kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Dah kena buka buku baru dan biar orang baru jadi kepala UMNO Selangor. 

Kepimpinan UMNO yang ada sekarang memang dah patut tutup buku dan tumpu pada keluarga masing masing. Contoh..UMNO Bahagian Gombak..Masa PRU 13 mereka berdepan Azmin Ali untuk kerusi Parlimen Gombak. 

Sepanjang tempoh kempen rasanya tak sekali pun kelibat Azmin hadir beri ceramah tapi Azmin tetap menang besar. Kalau tanya apa yang Azmin buat di Gombak itu bukan isunya tapi isunya ialah orang sudah tidak boleh terima kepimpinan UMNO Selangor sekarang.

Bila Tun M tegur pasal UMNO Selangor sesungguhnya apa yang ditegur itu adalah sesuatu yang benar dan tidak ada sesuatu yang tidak benar melainkan benar belaka.

Kalau pemain bola dah tak pandai main bola elok duduk di rumah atau buatlah kerja kerja lain. Kepimpinan UMNO Selangor yang ada sekarang kenalah terima hakikat bahawa zaman kamu sudah berakhir.

Sesungguhnya perjuangan di dalam politik adalah untuk memenangkan parti dan bukan memenangkan individu khusus.

Selagi UMNO sekarang tidak memberi laluan kepada muka muka baharu..hmmmm,..jangan kata hendak menawan kembali Selangor pada PRU ke 14 nanti tapi rasanya tidak mustahil akan lebih banyak kehilangan kerusi.

Apa? Salah jangkaan Jebat? Kalau sanggup benjol kepala dulu baru nak tengadah takpelah...teruskan sahaja dengan kepimpinan UMNO Selangor yang ada...

Sesiapa pun sahaja berhak membuat keputusan sendiri.,.Tepuk dada tanyalah apa yang kamu mahu!!

p/s: Kalau diberi emas permata sekalipun belum tentu dapat menawan hati yang luka dan lara..Jangan biarkan rindu menjadi benci dan dendam..

Sunday, August 10, 2014

Pecat lah Exco kau tu!!



Khalid Ibrahim sudah dipecat.

Sebabnya, sekadar nak memberi laluan kepada nenek kipas, Wan Ajijah bini Nuar Berahim menjadi Menteri Besar. Memang keluarga kroni. 

Peduli apa kita kalau Khalid  di pecat. Bukan masalah kita. Bukan masalah BN. Dia tetap seteru politik kita. Usah tunduk dan simpati. Sikit pun tidak. 

Geng PKR kata UMNO kemaruk nak tarik Khalid sertai UMNO. Kirim salam pada Tok Anjang bebudak PKR. Setakat macam Khalid  tak pernah kita orang hairan. Kalau Khalid nak sertai PAS itu dia punya pasal. Ada aku kisah?

Kalau Jebat jadi Khalid sudah lama Jebat bertindak kejam macam mana kejamnya PKR memecat Khalid. Apa kata Khalid pecat semua Exco dalam kerajaannya? (ini cadangan Roslan Bian Agendadaily). Baru ganas dan jantan..Untung untung boleh kurang Gap Gap..!! Apa Nuar Berahim nak buat kalau Khalid pecat semua exco kerajaan negeri? Silap silap Nuar Berahim pulak Gap Gap..!!!

Atau lagi ganas..Khalid minta perkenan Sultan..Bubar DUN!! Khalid boleh sertai PAS dan bertanding atas tiket PAS.

Bebudak PKR jangan ingat kita nak tewaskan kerajaan Selangor dengan cara merayu lebihan PKR masuk UMNO. Kirim salam sekali lagi pada Tok Anjang kau orang...!!

Kita jantan dan andaikata kita bertembung sekali lagi dalam Pilihanraya Negeri akibat pembubaran DUN..kita sudah sedia..!!! Kalah menang biar bermaruah!!

Thursday, August 30, 2012

Nak papan tanda atau hadiah?


ESOK kita akan merayakan sambutan hari kemerdekaan kali ke 55. Bermula dengan perarakan di Dataran Merdeka seawal jam 7 pagi petangnya membawa ke malam sambutan diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun pelbagai pandangan dan kecaman yang diterima oleh kerajaan kerana slogan JANJI DITEPATI kita angkat topi pada kerajaan kerana tidak tunduk kepada desakan yang dibuat oleh Pakatan. Persetankan sahaja dengan apa yang mereka lontarkan. Anak jantan!!

Berbalik kepada sambutan kemerdekaan kali ini, di Ulu Kelang Selangor Pakatan sudah pun menaikkan papan tanda untuk menyambut hari kemerdekaan dengan slogan mereka sendiri. Jebat sedikit pun tidak pernah kagum dengan papan tanda tersebut kerana kita sudah muak dengan kebolehan kerajaan Pakatan yang sekadar heboh dengan papan tanda dan janji. 

Bertahun memerintah di Ulu Kelang, tiada sebarang pembaharuan atau kemajuan yang Pakatan terjemahkan. Kalau ada pun sekadar menaikkan papan tanda ' ZON BERSIH' yang tak berapa nak bersih. Papan tanda lagi? Itulah kemampuan yang Pakatan ada MEMBANGUN BERSAMA PAPAN TANDA.

31 Ogos bermula jam 8 malam hingga lewat tengah malam jom ramai-ramai kita membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk acara yang penuh gilang gemilang. Selain untuk mencatat rekod dunia dengan himpunan pengamal twitter teramai kita akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah. Hadiahnya seperti di dalam gambar ini.


Kalau sesiapa nak dapatkan hadiah ini jom ramai-ramai ke stadium, kalau rasa-rasa nakkan papan tanda, pergi sambut merdeka dengan kerajaan PAPAN TANDA. 

Budak-budak Pakatan yang tak berapa nak malu, jomlah sertai kami di Stadium Nasional Bukit Jalil..Kita cukup gentleman tak ada nak sisihkan sesiapa...Moh kita!!!

Friday, February 11, 2011

Kehendak berhelah atau apa?


Dalam setiap demonstrasi yang Pakatan Haram lakukan antara yang paling teruk dicemuh adalah pasukan polis. Bermacam kata nista dan cerca yang dilemparkan pada anggota polis biarpun anggota polis hanya menjalankan tugas dan kewajipan mereka.

Tetapi apabila dikatakan kadar jenayah di Selangor adalah amat membimbangkan, pihak polis juga yang dipertanggungjawabkan di dalam menangani isu ini. Tidak cukup dengan itu, Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Benarkah jenayah menjadi-jadi atau ada udang disebalik batu dengan permintaan itu? Adakah Selangor ingin menubuhkan Pasukan Polis Bantuan yang ahlinya adalah di kalangan ahli-ahli Pakatan yang sedia untuk ditindik hidungnya dan boleh dibawa berunding untuk kepentingan indvidu tertentu?

Atau adakah tindakan penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Selangor ini sekadar mahu mempersoalkan integriti pasukan polis di peringkat pusat? Mungkinkah penubuhan Pasukan Polis Bantuan ini sekadar ingin membayangkan bahawa pasukan yang sedia ada tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab untuk membendung kegiatan jenayah?

Tidak ada salahnya jika Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk ditambah bilangan anggota polis di Selangor dengan menempatkan anggota polis yang sedia ada.

Soalnya, adakah keinginan untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di Selangor benar-benar dapat dan untuk membendung kegiatan jenayah di Selangor atau sekadar merencanakan kemahuan politik yang penuh tersirat?

Kita mahu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengkaji permintaan yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya ini.

Sekadar ingin mengingatkan pepatah "Jerat tidak pernah melupakan pelanduk".

Tuesday, January 4, 2011

Aku maafkan dikau selamanya


Aduhai..Selamat Tahun Baru Dato' Hisham..Tahun 2010 sudah pun meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan pengajaran. Lembaran tahun 2011 kita buka dengan azam dan tekad yang baru dengan mengambil kenangan dan peristiwa di tahun 2010 sebagai pedoman untuk terus berjuang.

Ya ke ni? Dato Hisham nampaknya mahu melupakan semua peristiwa di Tahun 2010 tetapi malangnya gelaran sebagai Menteri Amaran masih Dato' Hisham bawa sampai ke tahun 2011. Masih tiada perubahan?

Kenyataan Media Istana semalam Jelas menyatakan:

"Boleh dianggap cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan mengajak rakyat membenci baginda"

Takkanlah individu yang dimaksudkan dikatakan cuba memberi amaran maka Dato' Hisham juga cuba memberi amaran..

Ada seorang rakan suatu ketika dahulu berkata kepada aku ' Kalau diberi kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa maka ianya menjadikan kuasa itu sendiri tidak berharga'..Ada benarnya.

Jangan sampai Dato' Hisham berkata..'Ini amaran keras yang pertama..amaran yang lebih keras untuk kali kedua..dan amaran akan terus dikeluarkan sehingga hari kiamat'....

Ada ke orang yang akan menongkat dunia.?Amaran dari Tuhan tentang akan berlakunya kiamat juga akan berpenghujung..agaknya amaran dari Dato' Hisham bilalah penghujungnya?

Tuesday, December 21, 2010

Alahai Pakatan Aladdin


Kencing dan kencinglah lagi..Apa pula yang Pakatan janjikan pada rakyat?Janji 100 hari yang diikrarkan di dalam Konvensyen yang entah apa-apa sekali lagi Pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Nak struktur pelbagai aspek ekonomi dalam tempoh 100 hari setelah menawan Putrajaya? Lawak bodoh apa yang Pakatan sedang dendangkan ini? Tidak ada seorang pakar ekonomi dalam dunia pun yang boleh mencorakkan ekonomi dalam tempoh 100 hari. Tanyalah mana-mana economist atau setidak-tidaknya remisier berhubung perkara ini.

Berapa lama kita ambil tempoh nak bina Lebuhraya Utara-Selatan? Berapa lama kita bina Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang?Berapa lama kita bina Jambatan Pulau Pinang..waimah kes liwat Nuar Berahim pun lebih dari 100 hari.

Apa yang Pakatan dendangkan hanyalah untuk meraih undi rakyat yang semakin berkurangan terhadap mereka. Setidak-tidaknya untuk meraih undi di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Nak naikkan gaji, nak hapuskan tol..cakap memang murah dan macam tin kosong. Kalau dengan mendapatkan nasihat Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 macam inilah kesannya.

Sama sahaja seperti seorang ayah yang bergaji RM 1000 (macam aku) menjanjikan hendak membeli Ferrari kepada anaknya..Sudahnya ayah dan seluruh keluarga mati kebulur tidak makan..

Atau kepada yang muda dan sedang bercinta..semuanya dijanjikan kepada pasangan kekasih..Kekasih nak bunga dibelikan bunga..nak phone baru pun sanggup ditunaikan..Sudahnya, si lelaki makan maggi di rumah..Kononnya kerana sayang..Samalah seperti Pakatan..kononnya sayang pada rakyat..Sudahnya dengan rakyat dengan negara sekali bangkrap..

Mungkin Pakatan akan minta doa dari wali selipar Nik Ajis untuk panggil Aladdin..gosok-gosok lampu, keluar jin maka ekonomi Malaysia akan mampu dicorakkan dalam tempoh 100 hari..Kelakar memang kelakar..jangan gosok keluar koch keretapi pulak sudah...kalau keluar wanita bertuala merah lagi haru..

Pakatan Alladin..memang mengharukan..!!!!!!

Thursday, December 9, 2010

Duit aku duit aku..duit engkau duit aku!!

Bila kerajaan pusat dikatakan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Negeri Kelantan, satu Malaya puak Pakatan jaja kata kerajaan pusat kejam lah, tidak adil dan macam-macam lagi segala yang buruk dilontarkan kepada kerajaan pusat.

Rupanya dalam diam, negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran puak Pakatan dikatakan tidak mahu membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat. Wang kutipan duti hiburan yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan pusat itu akan disalurkan kepada FINAS untuk pembangunan industri filem tanahair. Keengganan membayar duti hiburan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh puak Pakatan itu mengakibatkan kerajaan pusat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pembangunan industri filem dan hiburan tanahair.

Negeri Kelantan mungkin terkecuali dalam membayar duti hiburan kerana Kelantan adalah serambi Mekah dan langsung tidak ada hiburan bahkan tak maju pun negeri tersebut jadi elok kita lupakan saja..tapi negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan seperti Selangor dan Pulau Pinang mungkin banyak duti hiburannya. Jadi kenapa enggan membayar duti tersebut kepada kerajaan pusat? Atau mungkinkah pusat hiburan di negeri tersebut beroperasi secara haram menyebabkan tidak ada kutipan duti hiburan yang dikutip oleh kerajaan negeri Pakatan? Soal duit semuanya mungkin!!!

Betullah seperti dalam dialog video di atas...INI TIDAK ADIL!! Kalau seperti yang didakwa kerajaan Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak adil kerana tidak membayar royalti minyak maka seharusnya kerajaan negeri yang diperintah Pakatan berlaku adil dengan membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat.

Jangan menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus..Duit aku duit aku, duit engkau duit aku jugak..mana ada jalan macam ni!!!

Wednesday, December 8, 2010

Sabarkah pihak polis?

Adilkah kita pada mereka?

Ada yang kata PDRM ambil tindakan di luar tabie semasa demo penyerahan memo ke Istana Negara oleh Pakatan tempoh hari lalu. Benarkah?

Baik..aku teringat semasa peristiwa demo Gerakan Mansuhkan ISA di ibukota tidak lama dahulu di mana aku hadir secara langsung di situ.

Sepanjang hari aku berada di situ, aku dapati tidak ada sebarang tindakan yang PDRM ambil pada mana-mana pihak bahkan PDRM telah memohon secara baik dan berhemah supaya penjerit-penjerit jalanan itu beredar dari tempat tersebut.

Soalnya..adakah PDRM robot atau manusia? Kalau dah dinamakan manusia pastinya tahap kesabaran ada penghujungnya. Bolehkah pihak PDRM bersabar jika mereka diherdik dan dicemuh dengan perkataan-perkataan yang maha kesat oleh penjerit-penjerit jalanan?

Perkataan seperti ANJING KERAJAAN yang terhambur keluar semasa demo itu jelas menidakkan kesabaran pihak PDRM..sesiapa yang dihamburkan dengan perkataan anjing pastinya merah telinga dan menghapuskan kesabaran. Kalau aku juga begitu..bayangkan kalau perkataan serupa dihamburkan oleh penyokong BN kepada penyokong Pakatan..sendiri mahu ingat dan sendiri boleh fikir.

Perlu diingat anggota PDRM juga manusia seperti kita..punya hati perut..punya perasaan dan punya anak bini..Kalau kita mahu orang hormat dan santun pada kita begitulah juga harusnya santun kita pada orang.

Yang menariknya...bila sebarang musibah berlaku PDRM juga yang ditagih bantuannya..Adilkah kita kepada PDRM?

Sarang tebuang jangan dijolok..Sabar manusia ada hadnya...

Friday, September 3, 2010

Janji tinggal janji

Agak tertarik dengan nukilan seorang pengirim email di agendadaily, aku letakkan di sini untuk sesiapa yang ingin membaca:

Assalamu`alaikum warga Agendadaily,Saya seronok baca berita-berita yang dikeluarkan oleh Agendadaily terutama tentang apa yang berlaku di Selangor sejak dipegang pembangkang. Seronok membaca pembongkaran tentang janji-janji manis pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin' dan berjaya mengabui mata rakyat termasuklah saya untuk mengundi mereka dalam PRU12 dulu. Ternyata kini mereka semua pakar main wayang semata-mata. Bercakap dan berjanji memang mudah, nak mengotakannya lain perkara.

Saya suka kalau Agendadaily membongkar pula cerita tentang rumah kuarters exco Selangor di Seksyen 7 yang dulunya jadi modal menghentam kerajaan BN. Saya masih ingatlah janji-janji mereka masih berkempen di padang permainan di Seksyen 7 Shah Alam untuk PRU12 dulu. Masa itu Hassan Ali berteriak sambil menuding ke arah rumah-rumah eksklusif banglo berkembar itu yang terletak berhampiran padang tempat berkempen dan kata, "Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!" Kata-kata Hassan Ali itu disambut tepuk sorak gemuruh pada hadirin semua.

Saya nak tahu, apa sudah jadi pada rumah-rumah itu sekarang? Saya duduk di seksyen 7 dan selalu lalu di hadapan rumah-rumah itu dan saya tak nampak pun janji-janji itu dikotakan. Keadaannya masih sama macam ketika BN memerintah Selangor dulu.

Saya sebagai rakyat Selangor mahu tahu apa yang telah dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim terhadap rumah-rumah itu. Jangan buat tak tahu dengan janji-janji masa nak memancing hati rakyat pada tahun 2008 dulu. Sekarang sudah hampir penghujung 2010.

Imam Abdullah

Tuesday, August 31, 2010

Melayu: Semakin tak waras

Tadi dengan sedikit rezeki yang lebih yang dianugerahkan pada aku dapat juga akhirnya membawa keluarga aku berbuka puasa di luar. Bukan di hotel mewah tapi di pasaraya yang agak besar di Selangor. Rezeki keluarga bulan Ramadhan dan rezeki anak anak. Terima kasih Tuhan atas rezeki yang kau berikan pada aku.

Selepas berbuka puasa, aku memandang keluar dari pusat membeli belah tu. Dan seperti lazim malam malam yang semakin hampir dengan hari raya dan tambahan pula malam merdeka, aku dapat lihat kilauan bunga api menerangi awan malam. Bukan sedikit jumlahnya. Rasanya, pertunjukan bunga api percuma tu berlangsung sekitar 10 minit. Banyak wang yang dibakar. Kaya pulak Melayu dengan pesta bunga api.

Aku sengeh sendirian bila kenangkan sikap Melayu. Gula naik 20 sen sekilo, Melayu menjerit macam nak kiamat esok. Agaknya dengan pembakaran bunga api sebanyak tu, berapa ratus ringgitlah yang dibelanjakan. Melayu bersorak kegembiraan dengan bunga api tu. Tidak ada langsung rungutan walaupun membakar wang ratusan ringgit.

Kalau dikirakan nisbah kenaikan harga gula dengan pesta bunga api tu, rasanya akan melibatkan ratusan kilogram gula. Petrol naik 5 sen, Melayu menjerit lagi..Alangkah sempitnya fikiran kita dengan merungut pada benda yang tak sepatutnya sedangkan bergembira pada benda yang membazir. Ada pula puak yang 'menyiram minyak' pada kemarahan Melayu berhubung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dan petrol sebanyak 5 sen. Nak serah memorandum, nak suruh rakyat tukar kerajaan lah..macam macam benda yang tak waras.

Kenapa puak puak pemertintah di Selangor tidak menasihatkan supaya orang orang Selangor tidak membazir wang dengan pembakaran bunga api yang melibatkan ratusan ringgit? Kenapa kerajaan Selangor tidak terus memberi subsidi kepada rakyat Selangor sekiranya mengatakan tindakan kerajaan pusat menstruktur semula subsidi sebagai satu langkah yang silap? Harga barang di Selangor tetap sama macam di negeri lain. Kita mahu lihat pimpinan Selangor jangan hanya mencari salah orang lain tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu rakyat Selangor. Kepimpinan melalui teladan. Jangan cakap saja berdegar degar tetapi macam tin kosong.

Rakyat Selangor pasti akan membawa perubahan di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Tunggu dan lihat sajalah. Mata yang memandang kadangkala membawa kekhilafan, justeru dacing akan pasti menjadi penimbang yang sebaiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.

Monday, July 19, 2010

Hai mambang tanah, mambang pasir, mambang angin



Seperti kata laman portal Agendadaily, Pakatan kini punya banyak mambang. Boss Perkasa, YB Ibrahim Ali kata di Selangor ada mambang pasir, di Perak ada mambang tanah apabila isu pemberian tanah selama 999 tahun dan di Kelantan ada mambang balak apabila hutan hutan menjadi gondol akibat aktiviti pembalakan haram.

Ini semua bukaan cubaan macam yang dalam cerita P. Ramlee cakap tapi ini betul betul. Menarik bila Khalid GAP GAP kata yang dia baru tahu akan hal ni. Alaaaaaaaaaa Khalid ini bukan cubaan tapi betul betul!!!!

Nasib baik mambang botol brandi tu tak menang dalam pilihanraya hari tu, kalau tak mesti lengkap ayat dalam cerita P.Ramlee..Hai mambang tanah, mambang angin, mambang air, mambang pasir...MAMBANG MABUK MINUM BRANDI. Patutlah mambang di Selangor kata arak tak haram, rupanya untuk mambang mabuk minum brandi.

Kalau ikut orang tua tua, mambang biasa keluar masa bulan mengambang. Patutlah mambang di Selangor cakap yang orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Mambang bulan penuh biasanya macam orang meroyan.

Mambang yang paling orang takut ialah mambang Mokhtar. Mambang jenis ni mambang yang handal dalam hal ehwal ekonomi lelaki.

Tuesday, July 13, 2010

Tak susah jadi Yang Berhormat



Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.

Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.

Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.

Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.

Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.

Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.

Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.

Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.

“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.

Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.

“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.

-agendadaily.com

Tuesday, April 13, 2010

Hulu Selangor:Perayaan botol

Malam tadi dah diumumkan Zaid sebagai calon PKR di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Dan kalau tak de apa aral melintang, Barisan Nasional akan umumkan calonnya pada 15hb ni. Hampir semua orang dah tahu dan kalau tak ada sebarang magik atau silap mata calon BN adalah daripada MIC.

Jika keadaan ini berlarutan, maka adalah dijangkakan Hulu Selangor akan menjadi medan tarian botol. Dan taukeh taukeh botol tak kira botol baru atau terpakai akan berlumba-lumba ke Hulu Selangor. Kerana antara dasar yang akan digariskan di Hulu Selangor ini kelak ialah ..BOTOL DIDAHULUKAN, RAKYAT TAK DIPEDULIKAN.

Dan industri mencari botol dijangka akan meningkat dan akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Hulu Selangor sebanyak 6% untuk suku tahun pertama. Selain dari industri mencari botol, industri sampingan iaitu industri bahan lusuh yang dikitar semula juga harus dititikberatkan kerana botol-botol ini jika tidak diuruskan dengan baik akan membawa wabak penyakit demam denggi.

Kandungan alkohol di dalam botol-botol ini juga haruslah dikawal kerana jika berlebihan akan menyebabkan sindrom baring di tengah jalan sambil memegang bendera. Satu kajian telah dijalankan di negeri Perak bahawa akibat dari terlebih botol ini mengakibatkan manusia bertindak di luar tabiee.

Jadi, rakyat Hulu Selangor haruslah memikirkan di antara pemilik botol hitam atau pemilik botol putih yang mana satukah akan menjadi pilihan. Barang perlu diingat bahawa pemilik botol hitam sudah amat biasa dengan botol-botol tanpa mengira jenis botol tetapi pemilik botol putih hanya bijak di dalam menguruskan botol-botol yang ada jenama. Ini adalah kerana pemilik botol hitam asalnya memang dari Hulu Selangor tetapi pemilik botol yang satu lagi dari mana terbitnya tidaklah diketahui asal-usulnya. Khabarnya dari syurga buatan manusia.

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor:PKR akan letak Zaid sebagai calon jika BN letak Palanivel

Malam tadi terbaca crawler di siaran televisyen yang tulis PKR akan letak Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor sekiranya BN letak Dato G sebagai calon. Bila Tan Sri Muhyiddin cakap wakil BN di Hulu Selangor adalah di kalangan anak jati Hulu Selangor..siapa pulak yang PKR nak letak sebagai calon di Hulu Selangor kerana sah Dato G. bukan anak jati Hulu Selangor.

Kalau ikut spy leman yang dah banyak bersepah di Hulu Selangor dan ikut poster Zaid yang ada di Hulu Selangor rasanya PKR pasti akan letak Zaid sebagai. Jadi, kalau ikut sifirnya siapa pun calon BN di Hulu Selangor lawannya hampir pasti Zaid.

Jelas, percaturan Zaid tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional berbaloi hari ni. Selepas kalah dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Bahru, nampaknya nyawa politik Zaid kembali berdenyut. Kalau diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor, lagi terang hayat politik Zaid. Kalau menang Zaid di Hulu Selangor....Anwar dah tak perlu risau dengan hala tuju PKR kerana Zaid dikatakan akan menerajui PKR. Ada pulak kawan-kawan dari Kota Bahru kata yang Zaid akan bertanding di Parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum yang akan datang. Jadi, apa perlunya Zaid bertanding di Hulu Selangor, macam melepaskan batuk di tangga nampaknya.

Orang-orang Hulu Selangor perlu bijak mengundi calon yang merupakan anak jati Hulu Selangor kerana apa jua permasalahan senang disampaikan kepada wakil rakyat. Kalau ikut apa yang Tan Sri Muhyiddin katakan bahawa calon BN di Hulu Selangor adalah anak jati Hulu Selangor tidak ada sebab kenapa pengundi di Hulu Selangor tidak mengundi BN.

Mungkinkah Azmin Ali setuju dengan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor?Jika memang benar Zaid diletak sebagai calon dan menang pula di Hulu Selangor..mungkinkah Azmin perlu menunggu lagi untuk menerajui PKR. Macam aku cakap dulu, Azmin sebenarnya lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor. Kesian Azmin berjuang untuk PKR tapi selalu tertinggal bas.

Saturday, January 30, 2010

I Love Tok Guru Di AU2 Keramat


Semasa menulis artikel ni Jebat baru saja balik dari meninjau-ninjau program I LOVE Tok Guru Di AU2 Keramat. Saja Jebat gunakan perkataan meninjau-ninjau pasal program yang dianjurkan oleh Perakan (khabarnya persatuan anak-anak Kelantan di perantauan, entah ye entah tidak Jebat peduli apa) pasal program yang diadakan malam ni tak lebih kepada nak meninjau PAS ni masih laku atau tidak di Lembah Kelang, tak lebih dari tu. Tak ada apa yang dihujahkan sepanjang program yang diadakan ni. Program ni dihadiri oleh beberapa exco dari Kelantan dan Selangor. Kau orang fikir apa kejadah exco dengan Nik Aziz ni turun ke Keramat? Tak ada sebab lain semata-mata nak tinjau-tinjau populariti dia orang sama ada masih di ranking atas ke tak.

Programnya macam mana? Program PAS takkan kau orang tak boleh fikir apa yang dia orang cakapkan. Selain dari cakap dia orang bagus dan baca baca sikit-sikit ayat Al-Quran apalagi yang dia orang tahu. Adalah sentuh sikit sikit pasal royalti minyak dan PAS yang sememangnya asyik nak ambil kesempatan ni walaupun terpaksa jual agama katakan yang Tengku Razaleigh sendiri kata memang Kelantan berhak dapat royalti. Tengku Razaleigh ni nak jadi hero ke?Presiden UMNO tak nak ambil apa apa tindakan ke?

Exco Selangor malam ni kata yang Selangor ni lubuk mas pasal tu Barisan Nasional beria-ia nak tawan balik Selangor sampai meletakkan Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Dia kata di Selangor ni ada KLIA dan bermacam-macam lagi kemewahan yang ada. Pandai pulak exco ni cakap macam tu. Tak nak pulak dia tanya pada yang hadir malam ni siapa yang buat segala kemewahan di Selangor tu. Kalau tak kerana kerajaan Barisan Nasional sampai kesudahlah Selangor jadi macam Kelantan yang mundur tu. Jadi siapa yang rampas Selangor?Barisan Nasional bukan mahu rampas Selangor tetapi cuma mahu mengambil balik apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional di Selangor yang telah DIROMPAK oleh kerajaan Fuckatan Rakyat. Kita cabar Fuckatan Rakyat, kalau betul nak berjuang sila robohkan semua kemudahan yang ada di Selangor dan buat dengan usaha sendiri. Itu pun kalau mampu. Kalau dah merampas hak orang tu jangan pulak buat buat tak sedar diri dan jangan buat muka tak malu pulak kata kau orang yang buat tu semua.

Pasal perangai anak-anak ayam PAS malam ni(penyokong-penyokong tegar PAS lah) sama macam dulu. Kalau dah seluar bersinsing dan kopiah di kepala campur pulak muka muka sedikit kelabu asap sah dia orang ni anak-anak ayam PAS. Orang kata orang alim ni muka berseri-seri tapi kalau dah muka cam bontot kuali dan berjerubu ni alim apa kejadahnya. Jebat perhatikan muka orang orang PAS ni muka macam orang dengan seribu masalah dan penuh dengan kekecewaan. Biasanya muka orang orang yang dibasahi wudhuk ni berseri-seri. Ada sorang yang Jebat nampak malam ni berjubah hitam dan berserban. Muka hitam ala ala bontot kuali sibuk berteriak kuburkan UMNO. Jebat cuba dekatkan diri dengan mamat ni, sekali terpandang lencana di jubah dia tertulis 'JUSTICE FOR BENG HOCK'. Bau badan?? Ada lah bau macam kuih semprit yang dah berkulat dalam tin tu. Hehehehe...

Sedih jugak pasal N.Ajis cuma dapat berucap lebih kurang 5 minit je..Tak sihat dia kata, selsema. Agaknya Tuhan pun tak izinkan N.Ajis berucap lebih malam ni pasal kalau berucap pun menambahkan dosa je. Hehehehe..Umur pun dah tua...dosa dah banyak eloklah rehat je. Sekejap-sekejap pun program ni pau tetap pau..Kantung sedekah mesti kena bawak beb. Anak-anak ayam PAS yang macam kena pukau tu pun hulurlah. Ke mana duit sedekah malam ni disalurkan pun Jebat tak tahu. Reload Smart Tag N.ajis kot..hehehe...Sesekali Jebat terfikir..nak tengok badut badut berucap atas pentas patutlah kena bayar...Ni sarkas dah jinak macam kata Sudin dalam cerita P.Ramlee..

Jebat simpulkan program PAS malam ni hanyalah program untuk test market Fuckatan Rakyat. Seluruh anak-anak ayam PAS kena kencing bulat bulat dengan bapak-bapak ayam malam ni. Bayangkan hero pujaan cuma berucap sekitar 5 minit dan lebih nak mintak simpati anak ayam pasal tak sihat.
p/s: Tok Guru?? bila pulak orang Keramat berguru dengan alim kucing ni??

Saturday, January 16, 2010

Mamphuz suruh Hishamuddin letak jawatan


Mamphuz suruh Hishamuddin Si Menteri Amaran letak jawatan pasal gagal nak tangani isu bakar sana bakar sini kata si Mamphuz. Mamphuz ni tak habis habis buat hal. Kau nak suruh Hishamuddin duduk jaga kat semua gereja dalam Malaysia ni ke? Kau nak suruh Hishamuddin kerah semua anggota polis berjaga jaga kat gereja sepanjang masa ke? Lepas tu kes kes jenayah lain sapa nak jaga? Kau nak jaga ke Mamphuz?

Suka tekak kau je Mamphuz nak suruh Hishamuddin letak jawatan. Menantu kesayangan N.Ajis pemegang kunci syurga kenapa kau tak melalak suruh dia letak jawatan 24 jam? Nak tunggu sampai bulan tiga baru nak lepaskan jawatan. Tua kutuk N.Ajis tu kau tak suruh pulak letak jawatan selepas dia sendiri mengaku ada kesilapan di dalam proses membeli Bazaar Tok Guru (mual tekak aku nak panggil Guru)..Aku rasa elok kau je lepaskan jawatan kau sebagai Ahlul Parlimen pasal kau cakap tak serupa bikin.

Khalid Gonjol Bapak Gereja kau tak suruh pulak dia letak jawatan kan Mamphuz..Terang terang dia lawan titah Baginda Sultan Selangor pasal isu kalimah Allah ni. Kau diam je tak menyalak pulak..Ini mana adil Mamphuz..Kalau kawan kawan kau semua betul kalau orang lain semua salah. Mana ada jalan macam ni.

Kita tengok bila si Mamphuz ni akan berlaku adil pada semua orang. Kalau dia betul betul anak jantan kita suruh dia diamkan Khalid Gonjol Bapak Gereja tu. Baru anak jantan Mamphuz..Menteri Amaran Semalaysia apa lagi beri lah amaran kali ke 600 pada si Mamphuz..Ada bran?

Tuesday, January 12, 2010

Forum meyesatkan akidah bertajuk 'Allah:Siapa Yang Punya?'

"Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) 'Allah' itu sendiri yang berbeza-beza," jelas beliau dalam Forum 'Allah: Siapa Yang Punya?' Forum bangang ini diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan di sinilah Khalid Samad si alim besar berucap..

Apa kejadah pulak si Khalid Samad ni kata bukan isu kalimah Allah yang dibincangkan dan menjadi punca ketegangan dalam tempoh seminggu ini. Kalau nak pusing cerita pun biarlah berakal sikit. Satu Malaysia bahkan mungkin satu dunia dah tahu yang isunya di sini ialah apabila akhbar-Herald-The Catholic Weekly memohon untuk menggunakan kalimah Allah dan mahkamah telah membenarkannya dan inilah punca isu ini tercetus. Apa kejadah Khalid kata bukan isu kalimah Allah pulak?? Nak jadi hero pada orang bukan Islam lagi ke? Tajuk forum pun dah nampak macam tak betul. "Allah siapa yang punya? Bodoh ke bangang tajuk forum tu.

Mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui bahawa tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah jelas menunjukkan bahawa Allah itu milik dan akuan orang orang Islam sahaja. Sejak bila pulak kafir laknat nak mengaku kalimah syahadah ni? Sejak bila kafir laknat nak mengaku tentang keesaan Allah? Apa ke bangang orang Islam nak hadiri forum forum yang tajuknya saja dah menunjukkan bahawa siapa yang hadir kalau tak kuat imannya akan menyesatkan akidah. Tapi Khalid orang yang fleksibel walaupun dalam hal hal agama jadi tak le dia risau nak hadir. Yang penting nampak macam hero dan boleh glamor. PAS memang macam tu..untuk dapat publisiti lelong agama pun tak apa..Agaknya Khalid belajar dengan ustaz Ngeh ataupun Ustaz Gobala..ke belajar dengan Khalifah Guan Eng..patutlah alim semacam si Khalid ni..Siapa yang nak belajar boleh daftar nama di pondok Guan Eng..Nama nama tersohor dalam bidang keagamaan ni..Kahhhh!!!!

Baginda Sultan Selangor dah pun bertitah tentang isu ini, kita sama sama harap tiada lagi yang akan mempersoalkan perkara ini. Daulat Tuanku..di bawah payung negeri Tuanku kami tumpang bernaung dengan izin Allah jua..Daulat Tuanku.

Monday, January 11, 2010

Daulat Tuanku: Kalimah Allah hanya untuk Islam di Selangor



Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Patik doakan semoga Allah pelihara kesihatan Tuanku dan putera puteri tuanku.
Patik mohon mengucapkan setinggi tinggi Terima Kasih keatas titah Tuanku hari ini.
Titah tuanku mendatangkan kelapangan kepada dada patik yang gundah gulana sejak seminggu ini akibat serangan bertubi tubi terhadap Agama Islam yang kita cintai.
Titah tuanku yang jelas telah memberi satu harapan kepada umat Islam di seluruh negeri Selangor ini dan di harap wakil wakil kerajaan Tuanku dapat memahami titah tuanku ini dengan baik dan berhenti dari mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan keadaan.
Patik juga mohon berharap apa kiranya tuanku berkenan untuk mengajak kekanda kekanda yang lain untuk bermesyuarat dan mengeluarkan satu ketetapan tentang penggunaan nama Allah di bumi bertuah dan berdaulat Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia.
Sekali lagi patik memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuanku dan mendoakan Allah memelihara Tuanku dan putera puteri Tuanku.
Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Moga dengan titah tuanku ini akan meredakan keadaan kucar kacir yang telah melanda negara kita. Jangan ada di antara kita yang engkar dengan titah tuanku ini, barang siapa yang engkar maka DERHAKA LAH dia pada tuanku..

Tuesday, November 17, 2009

Maka Bankraplah Selangor



Budak Permatang Pauh tu akan jadi penasihat ekonomi Selangor pulak..Macam kata Tun Mahathir apa yang budak tu tau pasal ekonomi..Budak tu kalau bab bab sastera dan bahasa bahasa bombastik ni dia taulah.

Si Khalid gagap tu apasal sampai nak ambik penasihat ekonomi? Dah tak percaya dengan kemampuan sendiri untuk mentadbir atau memang tak tau mentadbir? Atau dah tak yakin dengan bayangan Azmin Ali (budak yang baru didedahkan kaya raya tu) yang khabarnya akan duduk kat kerusi empuk Menteri Besar di SUK Selangor..Dah le Khalid gagap elok ko berenti je..Nampak sangat ko tak mampu nak tadbir Selangor.Negeri yang semua orang anggap sebagai lombong mas pun kau tak boleh nak jaga inikan pulak nak jadi menteri pusat kalau budak Permatang Pauh tu jadi Perdana Menteri. Alamat melingkup Malaysia ni.

Budak Permatang Pauh tu pun dah diuji kebodohan dia kata Tun Mahathir..Sibuk dengan IMF masa kemelut ekonomi dulu..Kalau tak kerana kebijaksanaan Tun Mahathir melingkup dah Malaysia. Rakyat Selangor dah bersiap sedia ke sebelum Selangor tergadai?

Penasihat dan Menteri Besau sama sama bodoh jawabnya MELINGKUP!!!