Tuesday, December 21, 2010

Alahai Pakatan Aladdin


Kencing dan kencinglah lagi..Apa pula yang Pakatan janjikan pada rakyat?Janji 100 hari yang diikrarkan di dalam Konvensyen yang entah apa-apa sekali lagi Pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Nak struktur pelbagai aspek ekonomi dalam tempoh 100 hari setelah menawan Putrajaya? Lawak bodoh apa yang Pakatan sedang dendangkan ini? Tidak ada seorang pakar ekonomi dalam dunia pun yang boleh mencorakkan ekonomi dalam tempoh 100 hari. Tanyalah mana-mana economist atau setidak-tidaknya remisier berhubung perkara ini.

Berapa lama kita ambil tempoh nak bina Lebuhraya Utara-Selatan? Berapa lama kita bina Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang?Berapa lama kita bina Jambatan Pulau Pinang..waimah kes liwat Nuar Berahim pun lebih dari 100 hari.

Apa yang Pakatan dendangkan hanyalah untuk meraih undi rakyat yang semakin berkurangan terhadap mereka. Setidak-tidaknya untuk meraih undi di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Nak naikkan gaji, nak hapuskan tol..cakap memang murah dan macam tin kosong. Kalau dengan mendapatkan nasihat Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 macam inilah kesannya.

Sama sahaja seperti seorang ayah yang bergaji RM 1000 (macam aku) menjanjikan hendak membeli Ferrari kepada anaknya..Sudahnya ayah dan seluruh keluarga mati kebulur tidak makan..

Atau kepada yang muda dan sedang bercinta..semuanya dijanjikan kepada pasangan kekasih..Kekasih nak bunga dibelikan bunga..nak phone baru pun sanggup ditunaikan..Sudahnya, si lelaki makan maggi di rumah..Kononnya kerana sayang..Samalah seperti Pakatan..kononnya sayang pada rakyat..Sudahnya dengan rakyat dengan negara sekali bangkrap..

Mungkin Pakatan akan minta doa dari wali selipar Nik Ajis untuk panggil Aladdin..gosok-gosok lampu, keluar jin maka ekonomi Malaysia akan mampu dicorakkan dalam tempoh 100 hari..Kelakar memang kelakar..jangan gosok keluar koch keretapi pulak sudah...kalau keluar wanita bertuala merah lagi haru..

Pakatan Alladin..memang mengharukan..!!!!!!

No comments:

Post a Comment