

Mereka yang ke kawasan peranginan Bukit Belacan di hujung kawasan Ampang pasti akan melalui kawasan penempatan ini.Ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti.
Sejarah bagaimana kawasan kampong ini dibuka untuk memberi lot rumah kepada penduduk sekitar adalah sesuatu yang diketahui oleh semua mereka yang menikmati faedah itu.
Ia adalah hasil usaha bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang,Allahyarham Dato Mufti Shuib.
Namun kawasan yang teretak di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya di Ampang itu kini diwakili oleh ADUN Khasim Abdul Aziz yang menewaskan Ketua UMNO Bahagian Ampamng Dato Ismail Kijo semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Kawasan parlimennya pula diwakili oleh Zuraida Kamaruddin.
Pada ketika usaha pembangunan pakatan pembangkang sejak lebih dua tahun memerintah Selangor belum nampak sangat – salah satu yang menimbulkan persoalan kalangan penduduk tempatan ialah perbuatan ‘ mencilok’ usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pimpinan BN.
Makanya kalau dulu ia dikenali sebagai Desa Dato Mufti kini nama tempat berkenaan sudah bertukar kepada Kampong Bukit Seputeh.
Pertukaran namanya dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Jun 2009 tidak lama selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun itu.
Ada kalangan penduduk di situ melihatnya tidak lebih sebagai usaha untuk memadam jasa pemimpin BN yang bersusah payah membuka kawasan berkenaan.
“Kerja mudah…datang rasmi tukar nama saja.Usaha yang orang lain buat boleh main padam begitu saja.Kalau hebat sangat buatlah pembangunan sendiri untuk cari nama,”kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengenai hal berkenaan.
Baginya pakatan rakyat memang ‘ masuk bawa beg saja’ ke Selangor kerana banyak pembangunan sudah dilaksanakan di negeri itu sejak merdeka.
“Kalau setakat macam tukar nama kampong dan masuk buat sikit sebanyak tak payahlah…tunggu kita tukar balik masa pilihanraya umum akan datang,”katanya.
-agendadaily.com