Friday, February 11, 2011

Kehendak berhelah atau apa?


Dalam setiap demonstrasi yang Pakatan Haram lakukan antara yang paling teruk dicemuh adalah pasukan polis. Bermacam kata nista dan cerca yang dilemparkan pada anggota polis biarpun anggota polis hanya menjalankan tugas dan kewajipan mereka.

Tetapi apabila dikatakan kadar jenayah di Selangor adalah amat membimbangkan, pihak polis juga yang dipertanggungjawabkan di dalam menangani isu ini. Tidak cukup dengan itu, Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Benarkah jenayah menjadi-jadi atau ada udang disebalik batu dengan permintaan itu? Adakah Selangor ingin menubuhkan Pasukan Polis Bantuan yang ahlinya adalah di kalangan ahli-ahli Pakatan yang sedia untuk ditindik hidungnya dan boleh dibawa berunding untuk kepentingan indvidu tertentu?

Atau adakah tindakan penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Selangor ini sekadar mahu mempersoalkan integriti pasukan polis di peringkat pusat? Mungkinkah penubuhan Pasukan Polis Bantuan ini sekadar ingin membayangkan bahawa pasukan yang sedia ada tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab untuk membendung kegiatan jenayah?

Tidak ada salahnya jika Selangor memohon kepada kerajaan pusat untuk ditambah bilangan anggota polis di Selangor dengan menempatkan anggota polis yang sedia ada.

Soalnya, adakah keinginan untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di Selangor benar-benar dapat dan untuk membendung kegiatan jenayah di Selangor atau sekadar merencanakan kemahuan politik yang penuh tersirat?

Kita mahu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengkaji permintaan yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya ini.

Sekadar ingin mengingatkan pepatah "Jerat tidak pernah melupakan pelanduk".

No comments:

Post a Comment