Thursday, February 24, 2011

Merlimau: Restoran KFC akan dibuka di Merlimau?


patutlah ada orang perempuan tak suka KFC

Apa yang tidak ada di Merlimau..Hampir semuanya ada..cuma satu saja kekurangan di Merlimau..iaitu RESTORAN KFC...

Mungkin sejak berhari-hari Tok Ali dah berada di Merlimau ini telah menyebabkan Tok Ali merasakan perlunya dibuka restoran KFC di Merlimau.

Apa yang berlaku semalam jelas membuktikan kesungguhan Tok Ali untuk membuka restoran KFC di Merlimau.

Khabarnya, ada pengusaha KFC yang telah datang ke Merlimau. Tetapi dek kerana sibuk dengan proses pilihanraya di Merlimau, pengusaha KFC itu dikatakan telah mengalihkan perhatiannya untuk menghadirkan diri ke majlis pengumuman calon PAS malam tadi.

Risik punya risik..rupanya pengusaha itu dulu pernah bertanding di dalam satu pilihanraya kecil. Tetapi kalah kerana dia tak suka makan KFC. Mungkin kerana kekesalan kalah dalam pilihanraya kecil itu telah menyebabkan dia hadir ke Merlimau..nak tebus salah mungkin..mungkin dengan hanya membuka restoran KFC akan menenangkan jiwanya yang celaru sejak kalah dan hilang jawatan sebagai....sebagai apa lupalah pulak..bukan YB lah katakan..kalau YB semua orang akan ingat.

Orang kata dulu suaminya sampai mengambil cuti yang lama kerana nak temankan isterinya ke sana ke mari berkempen. Semalam, tak nampak pulak kelibat suaminya..berminggu-minggu boleh MC sebelum ini takkanlah 1 hari dah tak tahu punca nak ambil MC.

Nasib badanlan..abang pun dah tak mau teman..jatuh bangunlah sendiri..Dulu banjir sama diredah sekarang dalam cuaca elok pun abang dah tak mahu teman..mungkin abang fikir tidur di rumah lebih sedap..Dunia dunia!!!

No comments:

Post a Comment