Friday, September 3, 2010

Janji tinggal janji

Agak tertarik dengan nukilan seorang pengirim email di agendadaily, aku letakkan di sini untuk sesiapa yang ingin membaca:

Assalamu`alaikum warga Agendadaily,Saya seronok baca berita-berita yang dikeluarkan oleh Agendadaily terutama tentang apa yang berlaku di Selangor sejak dipegang pembangkang. Seronok membaca pembongkaran tentang janji-janji manis pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin' dan berjaya mengabui mata rakyat termasuklah saya untuk mengundi mereka dalam PRU12 dulu. Ternyata kini mereka semua pakar main wayang semata-mata. Bercakap dan berjanji memang mudah, nak mengotakannya lain perkara.

Saya suka kalau Agendadaily membongkar pula cerita tentang rumah kuarters exco Selangor di Seksyen 7 yang dulunya jadi modal menghentam kerajaan BN. Saya masih ingatlah janji-janji mereka masih berkempen di padang permainan di Seksyen 7 Shah Alam untuk PRU12 dulu. Masa itu Hassan Ali berteriak sambil menuding ke arah rumah-rumah eksklusif banglo berkembar itu yang terletak berhampiran padang tempat berkempen dan kata, "Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!" Kata-kata Hassan Ali itu disambut tepuk sorak gemuruh pada hadirin semua.

Saya nak tahu, apa sudah jadi pada rumah-rumah itu sekarang? Saya duduk di seksyen 7 dan selalu lalu di hadapan rumah-rumah itu dan saya tak nampak pun janji-janji itu dikotakan. Keadaannya masih sama macam ketika BN memerintah Selangor dulu.

Saya sebagai rakyat Selangor mahu tahu apa yang telah dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim terhadap rumah-rumah itu. Jangan buat tak tahu dengan janji-janji masa nak memancing hati rakyat pada tahun 2008 dulu. Sekarang sudah hampir penghujung 2010.

Imam Abdullah

No comments:

Post a Comment