Monday, September 20, 2010

Gila kuasa sebenarnya

Aku mati-mati ingat PKR ni benar benar berjuang untuk rakyat semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan peribadi di dalam parti. Kalau dulu, puak-puak di dalam PKR kata orang-orang UMNO gila kuasa semasa pemilihan parti, lihat saja apa yang sedang berlaku di dalam PKR menjelang pemilihan parti itu. Ada yang tak segan silu menyatakan pendirian untuk masuk kem mana dan siapa yang akan disokong. Rupanya, ada kem kem dan ada puak puak juga di dalam PKR. Ingatkan sejak bersekongkol dengan PAS dah tak ada istilah puak-puak. Dalam PAS sendiri pun ada kem kem dan puak puak inikan pulak di dalam PKR. PAS kan jauh lebih alim dari PKR walaupun PAS tak berapa nak bangga jadi Melayu.

Yang paling menarik adalah kisah pertembungan Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Azmin yang dah berhempas pulas sejak penubuhan PKR kini nak 'disondol' oleh pendatang baru di dalam PKR yang kalah di dalam pemilihan UMNO dan yang kalah di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Kalau dulu semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim dikatakan mahu sangat berkhidmat untuk rakyat Hulu Selangor, rupanya khidmat Zaid Ibrahim sendiri tidak diperlukan sangat oleh ahli-ahli PKR bila ada yang secara terang menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali.

Azmin Ali tidak punya banyak pilihan, dia kena menang dalam pemilihan ni. Kalau kalah, jawabnya tinggal bot lah Azmin. Dulu ada ura ura kata Azmin Ali orang yang sepatutnya jadi MB Selangor tapi dek kerana Anwar bercita cita nak ke Putrajaya, Azmin silap langkah. Di pilihanraya kecil Hulu Selangor, ada orang kata Azmin nakkan calon lain selain Zaid Ibrahim tapi sekali lagi pandangan Azmin ditolak ke tepi. Nasib kaulah Azmin.

Ada orang kata, Nuar Berahim mahu Azmin jadi Timbalan Presiden PKR tapi Nurul Izzah pula dikatakan membuat sokongan terbuka pada Zaid Ibrahim. Pandai anak beranak ni main wayang. Main selamat lah tu. Andaikata, Azmin menang maka Azmin akan terhutang budi pada Anwar dan kalau Zaid Ibrahim menang, maka Zaid Ibrahim akan terhutang budi pada Nurul Izzah. Yang pasti, siapa pun menang, Nuar Berahim dan family akan tetap menongkat kuasa di dalam PKR. Semua orang di dalam PKR akan merasakan yang mereka terhutang budi pada Nuar Berahim and family. Hebat percaturan anak beranak ni.

Mudah mudahan, Zaid Ibrahim tidak akan kalah di dalam pemilihan ni, kalau dia kalah rajuk Zaid sukar dipujuk. Silap silap boleh tinggalkan PKR. Risau juga kalau Zaid akan sertai mana mana parti yang bukan Melayu kerana Tok Guru yang alim pun dah kata yang dia tak bangga jadi Melayu.

Siapa yang kalah dalam pemilihan ni, boleh lupakan hasrat nak ke Putrajaya bersama Nuar Berahim pada tahun 4 juta Masihi.

No comments:

Post a Comment