Monday, March 14, 2011

'New Politics' yang tidak jelas


Apabila dikeluarkan sesuatu istilah yang kurang difahami dan apabila dipersoalkan orang, maka jalan mudah yang akan diguna pakai ialah dengan mengatakan bahawa itu adalah suatu pendekatan baru.

Kenyataan di atas adalah dirujuk kepada senario yang berlaku di Kerdau, apabila seorang Timbalan Menteri yang dikatakan oleh bloggers sebagai memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak intelek kerana tidak memahami apa yang dikatakan sebagai 'new politics'.

Tambah memburukkan keadaan apabila Timbalan Menteri itu seperti yang didakwa oleh bloggers mengatakan bahawa Timbalan Menteri itu sudah siap siaga untuk membalun mereka. Kata bloggers itu lagi bahawa mereka mempunyai saksi kepada kenyataan Timbalan Menteri itu.

Tidak boleh kita samakan pemikiran seorang Timbalan Menteri dan pemikiran seorang bloggers. Seorang Timbalan Menteri mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau perkatakan dan seorang bloggers mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau tuliskan.

Justeru, jalan terbaik adalah mempertemukan kedua-dua pihak dan memperjelaskan apa yang menjadi punca kepada kekeliruan ini. Baik Timbalan Menteri mahupun bloggers, jika ada mana-mana yang silap eloklah mengakui kesilapan itu. Yang pentingnya adalah kemenangan parti yang disokong..itupun jika masih meletakkan kemenangan itu sebagai suatu matlamat yang tidak boleh dirubah.

Sayugia juga diingatkan bahawa 'sejak BN kehilangan 2/3 di dalam pilihanraya, keadaan tidak ubah seperti orang yang sedang sakit tenat. Dan di dalam prosedur perubatan, hanya ubat yang dikenal pasti boleh diberikan kepada pesakit kerana jika tersalah ubat hanya akan mengancam nyawa pesakit..Lumrahnya begitulah jua kepada BN, haruslah diberi ubat yang tepat kerana jika tidak hanya mengancam hayat BN..kita tidak mahu pendekatan 'trial and error' yang hanya difahami oleh golongan tertentu kerana BN bergerak sebagai suatu pasukan..Setiap langkah harus diterangkan kepada semua jentera'..

Harapnya tidak ada lagi tindakan yang memperlekeh mana-mana pihak di dalam satu pasukan..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment